CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 686|Reply: 1

[Dunia] Perintah berkurung di Saudi berakhir 21 Jun, kecuali Makkah

[Copy link]
Post time 27-5-2020 02:24 AM | Show all posts |Read mode
Perintah berkurung di Saudi berakhir 21 Jun, kecuali MakkahReuters -

May 26, 2020 10:54 PM


Pekerja membersihkan Masjidil Haram di Makkah pada Mac lalu. (Gambar AP)



KAHERAH: Arab Saudi mula melonggarkan sekatan pergerakan dan perjalanan minggu ini, lebih 2 bulan selepas langkah ketat diperkenalkan untuk mengekang penularan Covid-19.

Sekatan akan ditarik balik dalam 3 fasa, yang berakhir dengan perintah berkurung tamat sepenuhnya – dengan pengecualian kepada kota suci Makkah – mulai 21 Jun ini, menurut kenyataan yang dipetik agensi berita negara itu pada awal Selasa.

Ibadah haji dan umrah – yang menarik berjuta-juta pelancong dari seluruh dunia – akan terus digantung sehingga diberitahu kelak.
Negara itu merekodkan 399 kematian daripada 74,795 kes positif Covid-19 setakat ini. Lebih 2,000 kes baru masih dilaporkan setiap hari.

Fasa pertama, yang bermula Khamis ini, akan menyaksikan perintah berkurung 24 jam dikurangkan kepada 3 petang hingga 6 pagi di seluruh negara.
Perjalanan rentas wilayah dan beberapa aktiviti runcit serta borong, termasuk pusat beli-belah, dibenarkan kembali beroperasi.

Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung 24 jam di kebanyakan bandar, tetapi melonggarkannya bermula bulan Ramadan lalu.
Perintah berkurung selama 24 jam dilaksanakan semula semasa cuti Aidilfitri selama 5 hari, mulai Ahad lalu.

Bermula 30 Mei ini, pergerakan bebas dibenarkan antara 6 pagi dan 8 malam, lapor Saudi Press Agency. Penerbangan domestik akan dibenarkan beroperasi semula, namun larangan penerbangan antarabangsa masih kekal.
Masjid boleh mengadakan solat semula, tertakluk kepada penjarakan sosial dan langkah kebersihan, kecuali di Makkah yang melarang kehadiran jemaah.

Kakitangan sektor awam dan swasta dibenarkan kembali ke pejabat mereka.
Perhimpunan sosial melebihi 50 orang masih dilarang, termasuk majlis perkahwinan dan pengebumian.

Rakyat Saudi dinasihatkan memakai topeng di tempat awam dan terus menjaga kebersihan serta mengamalkan penjarakan sosial selepas 21 Jun ini.
Makkah kekal satu fasa di belakang seluruh negara itu, dengan perintah berkurung diselaraskan kepada 3 petang hingga 6 pagi sehingga 20 Jun ini, disemak semula sehingga 8 malam selepas itu. Solat di masjid hanya boleh disambung semula mulai 21 Jun ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Haji tak ada la kan tahun ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.065802 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list