CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8294|Reply: 8

DIY Kabinet Dapur Yang Cantik & Kemas Ini Dengan Bajet RM300 Je

[Copy link]
Post time 27-5-2020 03:21 AM | Show all posts |Read mode


Rumah yang lengkap dengan kabinet dapur merupakan idaman semua orang. Kabinet dapur dapat membantu menjimatkan ruang bagi tujuan penyimpanan barang agar kelihatan lebih tersusun. Namun, kos pembuatannya bukanlah murah ada yang mencecah sehingga ribuan ringgit.
Di Facebook, individu ini kongsi cara DIY kabinet dapur dengan hanya RM300. Cara dan proses pemasangan pula mudah, cubalah!

DIY kabinet dapur serendah RM300
DIY KABINET DAPUR RM300 JER !
Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. 10k pun ade. Nk jimat punye pasal. Setelah google2. Akhirnya saya mengambil langkah untuk buat sendiri. Simple je. 100% buat sendiri.
Nak cuba buat? Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.
Bahan yang diperlukan
Antara bahan2 yang sy gunakan:
– Kayu 1×2
– Papan playwood 4mm
– Kayu siling (utk bingkai)
– Engsel pintu
– Skru kayu 1 inci
– Siller + cat minyak + kertas pasir
– Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit)
– Magnet pintu almari
Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.
Pastikan saiz diukur dengan betul
– Sebelum pergi beli barang2 tu elok ukur dulu saiz dan panjang serta catatkan banyak mana nk beli bkn ape nanti terlebih beli. Kalau boleh minimum kan kos die lagi baik.
– Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.
– Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah. Sekian perkongsian dari sy.
Share jika rase nk buat
SUMBER: ALIFF MUHAMMAD

Projek Kabinet Dapur DIY Dengan Kos Sekitar RM250
Siapa sangka dengan kos serendah ini pun boleh memiliki kabinet idaman sendiri.
Disini saya ingin berkongsi cara-cara membuat kabinet dapur DIY yang dibuat oleh suami saya Mat’in Ali. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanya jika kami mengambil tempahan. Maaf kami cuma buat untuk rumah kami dan sekadar suka-suka sahaja.
Mana-mana yang kurang budget dan ada masa, anda boleh mencuba membuat kabinet dapur seperti kami. Budget untuk barang-barang yang kami beli di kedai hardware adalah sekitar RM250 sahaja.

Kerangka kabinet
Mula-mula sekali, buat kerangka menggunakan kayu 1×2. Untuk dinding anda boleh tampal dengan playwood nipis kiri dan kanan. Bagi rak hujung, lantai boleh dilapik dengan playwood tebal.
Pintu kabinet
Untuk pintu kabinet, buat bingkai terlebih dahulu. Kemudian tampal dengan playwood nipis sebelah belakang depan. Bagi bingkai depan, guna kayu halus untuk hiasan. Biasanya dijual sekitar RM1 sebatang.
Kayu 1×2 untuk kerangka
Inilah kayu 1×2 untuk buat kerangka dan bingkai pintu. Manakala, kayu halus untuk bikar RM1 sahaja untuk sebatang.
Memasang pintu
Apabila pintu siap dibuat, anda boleh cuba pasang untuk tengok ukuran padan atau tak. Masa inilah untuk anda ubah mana yang patut. Selepas itu anda boleh pasang engsel dan magnet.
Kerja mengecat
Sekarang adalah untuk kerja-kerja mengecat.
Skincoat
Gunakan skincoat dahulu untuk menutup lubang-lubang kayu.  Jemur sehingga kering, kemudian gosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Cat undercoat
Cat undercoat, kemudian jemur sampai kering. Selepas itu, gosok dengan kertas pasir sampai licin sekali lagi.
Cat warna
Kemudian, cat warna. Ini kod warna ungu kabinet saya. Apabila dah siap cat, keringkan & boleh pasang.
Bahagian dalam
Untuk bahagian dalam, gunakan cat berwarna putih.
Penyangkut
Penyangkut periuk, anda boleh beli di kedai RM2. Cuma bengkokkan penyangkut tersebut untuk mendapatkan kedudukan macam tu.
Tadaa. Dah siap kemas pun. Selamat mencuba!
Jumlah kos: (beli barang-barang sahaja seperti kayu 1×2, kayu bingkai(halus), playwood, cat, skincoat, undercoat, skru, paku, magnet, engsel) : RM250
Tempoh: 2 minggu untuk disiapkan (suami ada masa malam, pagi sebelum pergi kerja & hari cuti jumaat untuk siapkan)
sumber

-------------------------------
hebatnya dapat suami yang pandai bertukang macam ni
rajin betul.tak payah upah orang mahal2..selamat mencuba hehe




Rate

3

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantiknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 03:10 PM | Show all posts

kan..kalau dalam group facebook hias2 rumah ni
kebanyakan ibu2 guna barang2 dari kedai Eco
untuk hias rumah dia orang. gila hebat
sampai tak terfikir hehe

boleh masuk sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 27-5-2020 03:10 PM
kan..kalau dalam group facebook hias2 rumah ni
kebanyakan ibu2 guna barang2 dari kedai Eco
untuk ...

Kalau rumah sendiri boleh la buat semua ni.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2020 03:35 PM | Show all posts
sarah82 replied at 27-5-2020 03:12 PM
Kalau rumah sendiri boleh la buat semua ni.. Huhuhu..

kalau tak ada rumah sendiri pun takat yang mudah2
hias rumah,macam dapur boleh aje buat ,bagi ada
mood memasak hehe

itu kalau minat kraf,,setiap kita,ada minat masing2
kalau nak join group tu tengok2 orang buat
pun tak ada rugi juga,bosan nanti ,join
group lain,banyak lagi hihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 27-5-2020 03:35 PM
kalau tak ada rumah sendiri pun takat yang mudah2
hias rumah,macam dapur boleh aje buat ,bagi ada ...

Mmg dok beli barang2 buat dapur tok bagi cantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2020 05:03 PM | Show all posts
Good idea..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna purple tu mcm kotak tudng itik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2020 08:59 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 17-6-2020 05:10 PM
Warna purple tu mcm kotak tudng itik

ahaha kam.. tapi ,kalau tak ada warna2 sikit kat kabinet nanti
dapur akan nampak bosan gila..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.078930 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list