CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1469|Reply: 18

[Tempatan] Gantung jualan arak sehingga langkah diambil halang pemandu mabuk, PAS cadang

[Copy link]
Post time 27-5-2020 03:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2020 11:47 AM

Gantung jualan arak sehingga langkah diambil halang pemandu mabuk, PAS cadangFMT Reporters -

May 26, 2020 4:16 PM


PETALING JAYA: Parti Islam terbesar dan rakan utama Perikatan Nasional hari ini mencadangkan kerajaan menggantung pengeluaran, perniagaan, dan penjualan arak sehingga “langkah baru” diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk, susulan kes “menjadi-jadi” mutakhir ini.
Dalam tempoh penggantungan itu, PAS berkata, pentadbiran Muhyiddin Yassin perlu menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk segera tangani kes itu.

“Menurut langkah ini, PAS meminta kastam dan pihak berkuasa tempatan menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam,” kata Ketua Penerangan Kamaruzaman Mohamad dalam kenyataan hari ini.

PAS berkata kesalahan memandu dalam keadaan mabuk berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguatkuasaan, selain sifat pentingkan diri dan degil pemabuk.

Kamaruzaman Mohamad.
“Hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, PAS menarik perhatian kepada senarai negara mengikut pengambilan alkohol oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Malaysia di tempat ke-10 dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia,” kata Kamaruzaman.

“Statistik yang dikeluarkan WHO menunjukkan rakyat membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada 2016. Pengambilan bir berada pada tahap membimbangkan.”

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong hari ini berkongsi gambar sampul mengandungi pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan melibatkan seksyen berkaitan memandu bawah pengaruh alkohol.
“Sepanjang bulan Mei ini saja, beberapa kemalangan berturut-turut dilaporkan berkaitan pemandu mabuk,” katanya di Facebook.

Wee berkata pejabatnya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat dan Aidilfitri meneliti semua cadangan berkaitan pindaan itu.
“Pada 1 Jun, saya akan memanggil satu sesi taklimat di kementerian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan untuk segera meneliti dan menyemak cadangan pindaan akta berkaitan,” katanya.

Pindaan akta ini mesti dimuktamadkan dalam pertengahan Jun ini, katanya, dengan mengambil kira pandangan orang ramai melalui kajian soal selidik yang sedang dijalankan, sebelum ianya dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet.
Soal selidik yang dijalankan melalui Bahagian Logistik dan Pengangkutan Darat (BLPD) itu boleh diakses di sini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 06:19 AM | Show all posts
yang ni setuju sangat2  bodoh punya cina mabuk. lagi pun kelab malam tutup. mohon pkp dilaksanakan dengan aspek roadblock tangkap pemabuk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih la. Ada usaha utk tangani masalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:47 AM | Show all posts
Molek la nih.. Harap dipertimbangkan agar hentikan terus penjualan arak.. Banyak lagi minuman halal yang boleh minum..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:47 AM | Show all posts
untuk langkah pertama dah bagus,  
PAS menanti sokongan melayu muslim dari Bersatu & UMNO ... kalau mereka tak minum la
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu kalau baca hal pemandu mabuk ni mcm taboo je. Tak kira la yang bukan muslim pun. Hush-hush je. Means susah nak dapat arak tu kot?  Sekarang mcm minum air sirap, kedai serbaneka pun jual selamba pastu takda kesedaran dah mabuk jgn memandu. Kwn2 atau orang sekeliling pun tak halang ke?

Yg kes kat kuantan tu, baru balik rumah kawan. Kwn nampak dia ting tong masih dibaginya bwk kereta. Kalau dia meronta pun, call je polis daripada bagi dia drive balik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Konsep nya nak buat sesuatu biar ikut kepentingan .  Ikit kesuaian . Dah tentu2 minum arak bukan satu kesalahan ..  yg salahnya memandu dipengaruhi arak . Jadi buat satu2 dulu . Tak payah sembang kencang .
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut pn gantung..
Arak ada di mn2..dh tau mabuk tp xreti dok diam..moga cepat2 le usus korg mereput
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 03:02 PM | Show all posts
Maka akan merempan la segala penyokong so called hak asasi manusia.
Tak caya tengok la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:09 PM | Show all posts
abis FM nk minum ape? mse FM kata aurora tu graviti jupiter lemah brbanding earth FM tngah brada dalam keadaan mabuk atau sound mind?

prffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:57 PM | Show all posts
hat neh aku setuju dgn dess.


pesal PAS tak gesa hentikan jualan minyak dhab, cincin totey, ekor kuda, tongkat ali utk elakkan rogol?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:22 PM | Show all posts
nak haramkan terus penjualan arak ni mcm susah jgk sbb penduduk malaysia berbilang kaum dan agama.  cuma pada aku baik la diperketatkan seketat2nya akta tuk kesalahan mabuk & memandu. dulu kempen dont drink & drive rasanya rajin jgk kan dilaung2kan. kenapa sekarang mcm dah tak ada?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:23 PM | Show all posts
Eric.n9 replied at 27-5-2020 03:02 PM
Maka akan merempan la segala penyokong so called hak asasi manusia.
Tak caya tengok la nanti

siti kassim dah merempan uols. katanya kalau nak haramkan arak .. haramkan sekali sekolah2 tahfiz. gitu .. pejuang hak asasi angat.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dess402 replied at 27-5-2020 09:10 AM
Konsep nya nak buat sesuatu biar ikut kepentingan .  Ikit kesuaian . Dah tentu2 minum arak bukan sat ...

Sabar yer dess...mereka tengah nak buat satu2 tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:29 PM | Show all posts
.....katanya di facebook
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:35 PM | Show all posts

ko pn ganja cam dess gak ke baghal..org yg rogol tu sume men bnde2 tu ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 04:36 PM | Show all posts
pittjie replied at 27-5-2020 08:23 AM
siti kassim dah merempan uols. katanya kalau nak haramkan arak .. haramkan sekali sekolah2 tahfiz. ...

kalo x nk kena khianat ngn muhyidin..haramkan muhyidin...kalo x nk kena tipu ngn mahathir..haramkan mahathir...ini formula cai2 dap dlm mnjalan amanah menulis media sosial

prfffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffght


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Matila kafir kehausan di aidil fitri
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_Arwen replied at 27-5-2020 04:28 PM
Sabar yer dess...mereka tengah nak buat satu2 tu...


terima kasehh ..   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.069488 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list