CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9821|Reply: 172

[Tempatan] Warga emas 77 tahun nikahi adik arwah isteri pada raya kedua.

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 06:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2020 02:07 PM

Warga emas 77 tahun nikahi adik arwah isteri pada raya keduaOleh Nor Amalina Alias
bhnews@bh.com.my





























































KOTA BHARU: Aidilfitri tahun ini menjadi detik bersejarah buat warga emas, Yaacob Hassan, 77 dan Saudah Yaacob, 64 apabila selamat diijab kabul hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Imam Tua Masjid Mukim Padang Bongor, Muhammad Nurul Amin Abdul Rahman kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Majlis hanya dihadiri anak-anak dan saudara seramai 20 orang mengikut peraturan yang ditetapkan sempena Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Yaacob berkata, dia bersyukur kerana majlis itu dipermudahkan selepas dua kali ditunda berikutan penularan COVID-19.

"Saya turut menyerahkan pelitup muka dan pembasmi kuman sebagai hantaran kepada pengantin perempuan.

"Syukur kerana hasrat mendirikan rumah tangga berjaya dilaksanakan dan kami akan membuat majlis selepas keadaan pulih," katanya ketika ditemui di Kampung Desa Taqwa, Pengkalan Chepa, hari ini.


Yaacob Hassan, 77 dan isterinya Saudah Yaacob, 64. -Foto NSTP/ Nor Amalina Alias

Selain hanya dihadiri tetamu yang terhad, akad nikah itu dijalankan dengan singkat sekitar 33 saat sahaja dan tidak ada acara bersalaman ketika lafaz akad nikah.

Pengantin dan tetamu turut memakai pelitup muka dan pembasmi kuman disediakan kepada tetamu yang hadir.

Yaacob yang mempunyai 10 anak, 31 cucu dan dua cicit itu berkata, dia mengahwini adik arwah isterinya, Aminah Yaacob yang meninggal dunia lima bulan lalu akibat kanser.

Katanya, dia mengahwini adik iparnya kerana wanita itu memahami dirinya selain mampu menjaganya dengan baik.

"Saya sendiri yang lahirkan hasrat nak kahwin dengan isteri (Saudah) untuk hilangkan rasa sunyi, dan anak-anak kami bersetuju," katanya.

Sementara itu, Saudah berkata, Yaacob memberitahu hasrat ingin mengahwininya pada Mac lalu.

Bagaimanapun katanya, bukan mudah dia menerima lamaran itu dan mengambil masa dua bulan untuk bersetuju selepas berbincang bersama empat anaknya yang berusia antara 42 hingga 34 tahun.

"Keluarga kami memang rapat, malah rumah kami pun dekat, perkahwinan ini juga mengeratkan lagi hubungan dua keluarga," katanya yang kematian suami empat tahun lalu.

Seorang cucu mereka, Nur Azwaadiey Rosli, 25 berkata perkahwinan Yaacob yang dipanggil Tok Ayah adalah hadiah Aidilfitri paling bermakna buat keluarga mereka meskipun perayaan kali ini disambut berbeza kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, perkahwinan itu dipersetujui supaya mereka berdua dapat menemani dan menjaga satu sama lain memandangkan anak-anak bekerja dan masing-masing sudah berkeluarga.



Pasangan warga emas, Yaacob Hassan, 77 dan Saudah Yaacob, 64, selamat diijab kabul hari ini ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Desa Taqwa, Pengkalan Chepa. - Foto NSTP/ Nor Amalina Alias



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/692766/warga-emas-77-tahun-nikahi-adik-arwah-isteri-pada-raya-kedua





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Grosssssss
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada tahap ni dorang perlukan seseorang di sisi sbg teman... Lg2 si lelaki... Makan pakai mereka... Kalau takde ank2 duduk ngan mereka... Payah jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe diaorang sunyi tp bila baca bab menguruskan diri tu mcm org cacat la plak
Aku kalau dah tua, aku uruskan diri aku sdr udah la...xkuasa aku nak menguruskan seorang laki dewasa lain plak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:26 AM | Show all posts

Bersalin tikar ya ~

Hanya orang lelaki sebab orang lelaki ni tak reti jaga diri kot?  Orang perempuan elok jer menjanda sampai mati bila suami meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 27-5-2020 07:18 AM
Maybe diaorang sunyi tp bila baca bab menguruskan diri tu mcm org cacat la plak
Aku kalau dah tua,  ...

khenz...sejenis jantan selfish..
sempurna tubuh badan tapi dok harap org len utk urus makan pakai segala..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak cucu ada yg rentas negeri tak tu? Jeng jeng jeng ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniahh      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Pokcik ni kaya tak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
koko2 replied at 27-5-2020 07:26 AM
khenz...sejenis jantan selfish..
sempurna tubuh badan tapi dok harap org len utk urus makan pakai ...

Itu la...jenis semua xreti buat sdr, geram je tgk
Nasib baik la mak aku xteringin nak kawin baru lps arwah abah aku xde
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 27-5-2020 07:18 AM
Maybe diaorang sunyi tp bila baca bab menguruskan diri tu mcm org cacat la plak
Aku kalau dah tua,  ...

Ada setengahh lelaki  mmg cacat...sbb sejak kecik diajar jd oku...bila tua paralyse pulak, itu ini x reti buat
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghhhh....tersandar pcik dok imajin mlm pertama....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:29 AM | Show all posts
kalau da jodoh
tp bg aku kalau da single, baik aku trus single
x kosa dah nk uruskan org lain lagi
baik aku manjakan diri sendiri, drpd nak hadap pulak org lain
yg aku blum tau hati budi dia
kalau ada ank2 baik bergantung harap pd anak bila da tua x larat
ni kang kawin lain, da sendiri pun da tua, nak hadap laki yg tua lagi
nak minta tolong ank2 da segan, sape suruh kawin lagi tmbah beban kat diri dn ank2 pulak
x pasal jerk
biar la xde jodoh..asal hati senang
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
tiesza169 replied at 27-5-2020 06:37 AM
Pada tahap ni dorang perlukan seseorang di sisi sbg teman... Lg2 si lelaki... Makan pakai mereka...  ...

Kesian la achik ni dikahwini hanya untuk di orang gaji tak bergaji. Takpe la, dia redho.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:34 AM | Show all posts
org2 tua berkahwin sbb nak berkawan
diorg sunyi korang tak tau
anak2 jauh jarang balik
sakit pening ada jgk org ambik tau
selalu org lelaki mmg mcm ni
pempuan mmg lebih suka sorang2
sbb pempuan cerewet
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:41 AM | Show all posts
chandrahusin replied at 27-5-2020 08:34 AM
org2 tua berkahwin sbb nak berkawan
diorg sunyi korang tak tau
anak2 jauh jarang balik

tau x pe prempuan cerewet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 08:47 AM | Show all posts
poasti po cik yaakub ni baik, sebab tu mak cik
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:49 AM | Show all posts
haryatie replied at 27-5-2020 08:29 AM
kalau da jodoh
tp bg aku kalau da single, baik aku trus single
x kosa dah nk uruskan org lai ...

I setuju dengan U.

Kalau I, baik hidup sendiri. Dah tua2, tak kuasa nak layan orang lain. Ni belum dia sakit pulak!
Anak2 senang aje nak lepas tangan. Malas nak jaga bapa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas beberapa bulan isteri meninggal, dah lamar adik dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iol kadang happy jugak bila baca senior citizen bertemu jodoh semula sebab ada peneman. Umur beza mcm ni ok dah, jgn beza 30-40 tahun tu iol tak bole nak terima

Orang tua ni ada yang jenis tak boleh hidup sorang. Semangat dia mati. Bukan pikir nak tido ada bantal peluk manusia sgt pun. Depa nak ada teman makan teman borak teman beramal. Anak2 mampu ke nak penuhi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.068167 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list