|
TT, i nasihatkan jangan fail permohonan cerai, lagi2 kalau suami tak setuju nak cerai.
Permohonan cerai yang tidak dilayan pihak suami atau tiada persetujuan suami adalah sesuatu yang merumitkan dan kemungkinan TT digantung tak bertali sangat la tinggi.
TT ada 2 pilihan. Kalau nekad nak bercerai.....
Kalau berduit, cari lawyer dan bg tau nak failkan cerai fasakh. Pandai la lawyer nasihat & uruskan.
Kalau kurang berduit, pergi mahkamah bagi tau nak failkan cerai fasakh. Lps tu blh mohon dapatkan khidmat guaman.
Pilihan ke2.....
Kalau ada rasa masih nak selamatkan rumahtangga, pergi dulu pejabat agama. Nanti dapat no giliran untuk kaunseling, suami pun dipanggil sama. Cuma ingat, pejabat agama kebiasaannya akan nasihatkan bla3x, hujung2 suruh redho dan doa siang malam hari2 tahun2... biasanya la.
Sila google Akta Undang-undang Keluarga Islam [nama negeri]...rujuk Section Pembubaran Perkahwinan, subsection Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh..Hadamkan dan senaraikan sebab2 nak fasakh..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|