Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1109
View
53
Reply

[Tempatan] Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian wajib dihukum mati, setuju tak?

[Copy link]

Author: Modngengade       Show all posts   Read mode

Author
Post time 28-5-2020 09:23 AM | Show all posts |Read mode
PEMANDUAN dalam keadaan mabuk adalah masalah serius yang mengakibatkan ribuan kematian setiap tahun. Terlalu banyak nyawa hilang kerana memandu dalam keadaan mabuk. Kematian akibat memandu dalam keadaan mabuk bukan saja mempengaruhi mangsa, tetapi juga menimpa semua orang di sekitar mereka seperti keluarga dan rakan-rakan.
Satu malam, satu minuman, satu kesilapan adalah semua yang diperlukan untuk memandu dalam keadaan mabuk. Memanusiakan manusia adalah suatu usaha yang agak sukar. Isu pemandu mabuk adalah antara cabaran realiti sosial yang semakin menjadi polemik netizen. Adakalanya ia menakut dan membimbangkan.
Statistik tangkapan pemandu mabuk bagi 2018 adalah sebanyak 735 individu ditahan meningkat kepada 828 individu pada 2019. Ini jelas menunjukkan peningkatan bilangan kes saban tahun. Banyak persoalan timbul apabila mendepani isu ini. Apakah kesudahannya? Suatu ketika, amat dikesali apabila seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meninggal dunia akibat bahana pemandu mabuk.
Di media sosial pelbagai lunak emosi dan ekspresi netizen diluahkan. Ada yang marah, melontarkan komentar ejekan kata-kata kesat, sarkastik, mencarut sudah normal baharu dalam realiti alam maya. Jika anda seorang yang suka minum arak, anda adalah individu yang bermasalah seandainya memandu selepas mengambil alkohol adalah suatu jenayah serius.
Sesetengah pemandu mungkin tidak menunjukkan tanda amaran berada di bawah pengaruh arak. Malah, mereka terfikir tindakan itu tidak mendatangkan kecelakaan kepada orang lain. Adalah penting untuk ingat apa-apa bentuk minuman dan memandu ketika mabuk salah di sisi undang-undang yang boleh diadili hukuman berat. Undang-undang sedia ada? Jawapannya ada dalam diri anda semua.
Kajian di Amerika Syarikat mendapati kumpulan terbesar yang berisiko minum dan memandu adalah mereka yang sering minum minuman keras atau sedang mengalami gangguan ketagihan alkohol. Ini bermakna mereka mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak pada jangka masa singkat boleh mendatangkan kecelakaan dan berbahaya kepada orang lain. Diperlukan kira-kira 30 minit hingga dua jam untuk alkohol diserap ke dalam aliran darah anda.
Apabila alkohol berada di dalam sistem badan anda, ia mempengaruhi seberapa cepat anda dapat bertindak balas terhadap situasi yang berbeza. Minum arak melambatkan masa tindak balas anda yang dapat meningkatkan kemungkinan berlakunya kecelakaan. Oleh itu, jika kereta di hadapan anda brek secara tiba-tiba atau pejalan kaki melintasi jalan ataupun anda terkejut ada sekatan pemeriksaan polis, otak anda akan mengambil masa lebih lama untuk memproses situasi tersebut bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Memandu yang selamat memerlukan kemampuan untuk berkonsentrasi, membuat pertimbangan yang baik dan cepat bertindak balas terhadap sebarang situasi yang berlaku.
Sekatan jalan adalah kaedah konvensional yang digunakan oleh pasukan polis untuk meningkatkan pengawasan mereka terhadap pemandu dan mencegah memandu dalam keadaan mabuk.
Pemanduan dalam keadaan mabuk adalah contoh terbaik bagi keperluan dan peluang pencegahan secara menyeluruh. Tegasnya, undang-undang sedia ada tidak mampu mengekang masalah ini daripada terus berlaku. Tetapi, tindakan undang-undang saja tidak dapat menyelesaikan masalahnya. Banyak strategi lain juga berpotensi untuk mengurangkan pemanduan dalam keadaan mabuk.
Terdapat banyak penyelesaian yang dilakukan untuk mencegah pemanduan dalam keadaan mabuk. Namun, pencegahan yang digunakan masih gagal membendung masalah pemandu mabuk. Undang-undang lalu lintas; teknologi keselamatan; kempen kesedaran orang ramai; pendidikan. Teknologi baru dicadangkan bagi membendung masalah ini adalah pengenalan aplikasi berkongsi perjalanan baharu.
Sama seperti Grab Car, MyCar Passenger dan EzCab, aplikasi perkhidmatan ini membolehkan pengguna meminta perjalanan dengan telefon pintar mereka; sistem kemudian menghantar pemandu yang tersedia, terdekat untuk mengambil penumpang dan membawa ke tempat tujuannya. Aplikasi ini khas pada peminum arak untuk melanggan perkhidmatan yang biasanya cepat, boleh dipercayai, langsung, dan murah.
Sukar untuk mempercayainya bahawa masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu betapa bahayanya minum arak dan memandu. Pada ketika ini, bagaimana mereka yang tidak tahu bahawa memandu dalam keadaan mabuk boleh membuat anda ditangkap atau terbunuh?
Sikap manusia hanya boleh dikawal dengan undang-undang. Di Taiwan, khususnya merancang untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang menyebabkan kemalangan maut ketika memandu dalam keadaan mabuk. Ini termasuk hukuman mati untuk kes yang paling mengerikan dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
Lontaran idea dan luahan ekspresi kemarahan rakyat marhaen di 'Jabatan Netizen Negara' juga mencadangkan hukuman mati adalah hukuman paling tepat kepada pesalah pemandu mabuk. Hukuman pada pesalah pemandu mabuk
di Bulgaria paling berat. Rakyatnya berdepan hukuman mati jika mengulangi kesalahan itu kali kedua. Apa pilihan kita?
Pada bingkisan noktah ini, pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman mati kerana wang dilihat tidak mampu membeli nyawa bagi menyelamatkan diri. Pilihan di tangan kita. Pilih apa yang kita ada. Buatlah keputusan bijaksana menjadikan pengguna jalan raya dan orang awam lebih selamat.
Terlalu banyak orang yang sudah mati kerana sikap pemandu mabuk. Sebagai masyarakat, kita masih belum benar-benar memperhitungkan tanggungjawab yang wujud dengan menjadi masyarakat sebagai pemacunya. Sudah tiba waktunya kita menyingkirkan segala prasangka dan pertempuran politik. Fokus pada satu-satunya perkara yang sangat penting iaitu menyelamatkan nyawa!
Penulis Pakar Kriminologi di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, (SAPSP), Universiti Utara Malaysia



  Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 9:08 AM

Single Polls, Total 67 Users voted
95.52% (64)
4.48% (3)
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 28-5-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sangat2. .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak setuju ..  cukuplah kalau kes pengambilan alkohol tu di gantumg lesen . Dan kes menyebabkan kematian dikenakan hukuman penjara . Agak ptactikal sebab kalau hukum bunuh tu nanti complicated pulak . Nak kema piawaian sop dunia pulak . Last2 apapun tak jadi . Kita buat apa yg boleh dulu . Yg penting hukuman yg lebih berat diperlu .jangan biarkan pemabuk terus bebas diatas jalanraya .
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Penjara x kurang 10 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tgk k drama,bila hro mabuk depa pnggil driver hntarbalik, teksi @ personal driver.. kt mesia xde budaya gini ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju. Kalau masuk hospital automatik terminate pemabuk tanpa bicara
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:50 AM | Show all posts
setuju..
ko nak mabuk, ko punye pasal.
but pls dont drink and drive. tu je..

degil jugak nak drive and end up mengakibatkan kematian, then u definitely deserve death sentence.
period.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju

bila hukuman berat dikenakan, secara ansur2
penjualan arak makin tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:01 AM | Show all posts
Edited by pokaibanktokyo at 28-5-2020 03:02 AM

Tak setimpal. Penjarakan saja
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:10 AM | Show all posts
patut kene asing2
pemandu mabuk
pemandu melawan arus

ada juga memandu melawan arus tapi xmabuk
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:39 AM | Show all posts
Tanggung sekali family mangsa seumur hidup
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
X setuju. Hukuman patut lebih menyeksa spt penjara max 30 thn x boleh diganti dgn denda..pampasan seumur hidup pd waris si mati...digantung lesen maksimum 30 thn.
Hukuman case by case
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:58 AM | Show all posts
Hutang nyawa dibalas nyawa


Gitu konsepnya


Kalau terjadi kemalangan melibatkan kehilangan nyawa pada ahli keluarga kita,


Sanggup kita biarkan si pelaku sekadar denda dan penjara ? Sekadar bertanya


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:49 PM | Show all posts
Huhu itu semua bersabit pada kesalahan.
Klu pendubuk tu, ada lawyer yg handal, biasanya diaorg kena bayar denda je.
Tu yg ramai pendubuk tak heran,

Cuba hukuman sekarang ni, digandakan sekali atau dua kali ganda.
Tambah lagi pampasan wajib pada keluarga mangsa yg dilanggar.
Pasal kebnykan yg jadi mangsa, bread winner utk keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat2 setuju
Kalau hukum mati kat public lagi bagus

Nak mabok2 itu hak individu tapi kenala bertanggungjawab

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 28-5-2020 01:13 PM | Show all posts
CT Khossim kata sebelum tutup kilang arak..tutup tahfiz dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat setuju, hukuman maksimum sehingga hukuman mati perlu dilaksanakan bagi mendidik rakyat bahawa memandu semasa mabuk adalah perkara yang sangat serius
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju sangattr
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:15 PM | Show all posts
harisbee replied at 28-5-2020 11:47 AM
X setuju. Hukuman patut lebih menyeksa spt penjara max 30 thn x boleh diganti dgn denda..pampasan se ...

.. dh ko nak sgt mabuk smpi membunuh kannn...dpt hukuman gini baru serik kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukuman bunuh tu setuju....ala saje je utk takut2kan....blh kurangkan kes....non malay kan selalu hire lawyer hebat2....nnt hkmn kurang le tu....drpd hukum gantung tetibe jd denda 10k je....mcm kes kerani cabok non malay maki polis tu....kerani la sgt....pastu kes2 lawan arus tetibe ade kad oku....hebat ke idokkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list