CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7774|Reply: 110

[Dunia] Huru Hara di Minneapolis gara gara polis bertindak ganas sebabkan kematian

[Copy link]
Post time 28-5-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by sekngucing at 30-5-2020 04:06 AM

Mcm takdalagi thread ni... tgah huru hara sekarang di Minneapolis usa

MINNEAPOLIS - Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) untuk menuntut bela atas kematian George Floyd yang menjadi korban tindakan kekerasan anggota polis kulit putih ketika kejadian kelmarin.

Peserta protes itu turut membawa plakad tertera 'saya tidak boleh bernafas' dan 'keadilan untuk Flyod' ketika mereka berhimpun pada malam semalam selepas rakaman insiden tersebut yang memaparkan Floyd, 46, merayu kepada anggota polis yang melutut pada belakang lehernya hingga mangsa tidak sedarkan diri menjadi tular.

Pihak berkuasa bagaimanapun melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah kumpulan tersebut yang menggesa penahanan keempat-empat anggota polis yang terlibat dalam kejadian menggemparkan tersebut.

Tindakan pasukan polis yang lengkap memakai pakaian seragam antirusuhan itu bagaimanapun telah menyebabkan protes bertukar ganas dan keadaan menjadi huru-hara.

Peguam mewakili keluarga mangsa memaklumkan anggota polis dikenali sebagai Derek Chauvin melutut pada belakang leher Floyd selama lapan minit sejurus dia ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes penggunaan dokumen palsu di sebuah kedai makanan berdasarkan gambaran imej suspek.

Rakaman video didedahkan individu yang berada di lokasi kejadian menunjukkan keadaan Floyd tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hennepin County Medical Center.

Menerusi klip itu, dia turut berulang kali memberitahu anggota polis terbabit tentang kesukarannya untuk bernafas.

"Tolong, tolong. Saya tidak boleh bernafas. Perut dan leher saya sakit," rayunya kepada dua anggota polis terbabit.

Sementara itu, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Floyd kelihatan tenang dan tidak berlaku sebarang pergelutan sewaktu dia ditahan dan tangannya digari malah lelaki terbabit juga akur dengan arahan pihak berkuasa.

Bukti rakaman itu jelas menyangkal dakwaan polis yang kononnya mendakwa dia bergelut dengan anggota polis sejurus dia keluar dari keretanya.

Pemilik bar, Conga Latin Bistro yang merupakan tempat dia bekerja menyifatkan Floyd seorang lelaki yang sangat baik dan bukan jenis individu yang agresif serta berkelakuan biadab.

Susulan insiden itu, empat anggota Jabatan Polis Minneapolis itu dilaporkan telah dipecat dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bersama pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang turut melancarkan siasatan ke atas kematiannya.

Insiden itu turut mencetuskan perbandingan kes melibatkan penduduk kulit hitam tidak bersenjata, Eric Garner yang turut menjadi mangsa tindakan kekerasan polis New York yang menyebabkannya meninggal dunia akibat sukar bernafas ketika kejadian pada 2014. - Agensi

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2020 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sekngucing at 28-5-2020 06:46 PM

punca kes....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tak reti tepek twitter...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengok video ni.. Tapi aku tak faham isu sebab kalut.. Sat g aku nak baca la komen kat ig.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 06:36 PM | Show all posts
aku tertengok video nya lebih 2 minit dia tekan lutut kat leher orang tu. dari boleh bercakap sampai dah lembik lunyai .

apesal polis tu teruk sangat? lagi teruk sbb rakan sekerja dia tak menghalang.

harap dorang semua didakwa atas kesalahan membunuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bnyak video black sana pecah kedai

sapa sapa ada link bleh tepek...

blacklivesmatter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2020 06:58 PM | Show all posts
kat amerika polis sana mmg psiko, banyak footage kill black nigga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:01 PM | Show all posts
Tak Patutlah fia dia lakukan seperti tu, tetapi dia orang blacks memang teruk sangat kalau di uk ni boldikatakan kalau tidak hari hari dalam seminggu mesti ada kes bunuh membunuh sesama mereka tikam menikan menggunakan pisau.

Bawa pisau kemana mana simpan dalam pocket ...bila polis check mereka on the spot bangsa hitam ni complain mereka menjadi mangsa diskriminasi.

Nak buat Macamana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 28-5-2020 06:42 PM
bnyak video black sana pecah kedai

sapa sapa ada link bleh tepek...

Bukan  alllivesmatter ka? Aku rasa geng liberal sana guna hastag tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts


Nah.. Yg ni aku jumpa kat youtube

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:20 PM | Show all posts
perangai polis tu mengingatkan i pada
sebuah parti penghasut ketuanan perkauman.
rakyat jugak yg jd mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik dia gambarkan dia sebab gentle giant.. Apa yg buat dia snap dan kena tahan dgn polis?aku x junpa komen penyebab kes ni.

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula lah   
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:19 AM | Show all posts
sarah82 replied at 28-5-2020 03:18 AM
Nah.. Yg ni aku jumpa kat youtube

Memang sesuai pun polis tu di charge sabagai membunuh. Terlebih sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:24 AM | Show all posts
ai nampak manusia2 opportunist tak kira hitam dan putih yg ambik kesempatan atas kematian org lain utk mencurik. #BlackLivesMatter tp balik rumah, buat parti barbeku jamu family, bg hadiah kat anak2 hasil looting. Gitu cara ajar polis dan gov racist, biar dia org tahu erti penyesalan.


















pastuh pemilik2 bisnes guna senjata melindungi kedai dia org mcm Koreatown di LA.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 29-5-2020 01:19 AM
Memang sesuai pun polis tu di charge sabagai membunuh. Terlebih sangat.

Sedih bika aku dengar dia bagitau x boleh bernafas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 01:29 AM | Show all posts


salah sorg polis keturunan asia
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:27 AM | Show all posts
dani-rox replied at 29-5-2020 01:24 AM
ai nampak manusia2 opportunist tak kira hitam dan putih yg ambik kesempatan atas kematian org lain u ...

Ramai yg kesempatan, kekonon nak support, tp buat keja lain, loot sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:32 AM | Show all posts
Eric.n9 replied at 29-5-2020 02:27 AM
Ramai yg kesempatan, kekonon nak support, tp buat keja lain, loot sana sini.

apa kaitan entah curi 2-3 bijik lampu meja dgn memprotes keganasan polis
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:37 AM | Show all posts
dani-rox replied at 29-5-2020 02:32 AM
apa kaitan entah curi 2-3 bijik lampu meja dgn memprotes keganasan polis

Takde kena mengena pun.. heheh. Kecuali lah klu tokey kedai tu ada kena mengena dengan polis tu.

Aku ada tengok td, ada yg angkut tv, microwave ke oven ntah.
Sesedap rasa je. Itulah konon2 nye, nak protes? tp sudahnya hahahahah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.096881 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list