CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3766|Reply: 29

[Tempatan] PKPB. Dilema tauke kedai makan. Dah follow SOP, pelanggan pulak degil

  [Copy link]
Post time 28-5-2020 11:36 PM | Show all posts |Read mode
PKPB: Ada pelanggan degil, enggan patuh SOP - Peniaga


KUALA LUMPUR: Segelintir pelanggan yang mengunjungi premis makan dikatakan bersikap degil serta enggan mengikut peraturan ditetapkan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Keluhan itu diluahkan sebilangan peniaga kedai makan dan restoran berhubung masalah dihadapi dalam usaha mereka bagi memastikan pelanggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) digariskan kerajaan.

Hasil tinjauan BH di beberapa lokasi kedai makan dan restoran di sekitar ibu negara mendapati rata-rata peniaga berkenaan mematuhi peraturan menjaga penjarakan sosial orang ramai yang mahu makan di dalam premis atau membungkus makanan.

Kebanyakan mereka juga didapati menyediakan buku rekod pelanggan, menyediakan cecair pembersih tangan dan memeriksa suhu badan, selain memastikan semua pekerja menjaga kebersihan diri serta memakai pelitup muka.

Selain itu, peniaga memasang pelekat sebagai tanda di atas lantai gerai masing-masing bagi memastikan penjarakan sosial dalam kalangan pelanggan yang mahu membungkus makanan.

Mereka turut memasang pelekat 'X' dan mengehadkan hanya dua kerusi diletakkan di setiap meja makan.

Namun, ada peniaga mengeluh berikutan sikap segelintir pelanggan yang seolah-olah sengaja tidak mengendahkan peraturan.

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 35, berkata beliau memang mengehadkan hanya dua pelanggan duduk di setiap meja makan di gerainya terletak di Lembah Pantai untuk menjaga aspek penjarakan sosial.

"Malah, kebanyakan peniaga di sini memang sedaya upaya mematuhi segala SOP ditetapkan kerana tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, namun ada segelintir pelanggan tidak mahu mengikut peraturan.

"Apabila dihadkan dua orang, mereka akan menarik sebuah lagi kerusi lain untuk rakan duduk sekali di meja sama.

"Saya ada cuba menegur mereka tetapi tidak diendahkan. Saya pun tidak boleh menegur lebih-lebih kerana mereka pelanggan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, ada juga pelanggan yang cuba membawa anak kecil masuk ke gerainya untuk makan atau membungkus makanan.

"Saya akan menegur dan melarang mereka masuk. Itu saja yang mampu saya buat.

"Saya juga akan meminta seorang dewasa saja yang masuk jika mahu membungkus makanan. Saya tidak membenarkan mereka makan di sini bersama anak," katanya.

Seorang lagi peniaga dikenali sebagai Ismail, 27, turut kongsikan masalah sama berhubung sikap degil segelintir pelanggan yang makan di gerainya.

"Saya menyediakan buku rekod maklumat pelanggan dan alat memeriksa suhu badan.

"Bagaimanapun, ada sesetengah pelanggan enggan menulis butiran diri dan diambil suhu badan, terutama mereka yang datang untuk membungkus makanan.

"Begitu juga dengan mereka yang makan di sini. Kita memang sudah mengehadkan sebuah meja hanya boleh duduk dua orang, namun pelanggan yang datang lebih daripada bilangan itu tetap mahu duduk semeja," katanya.

Justeru, beliau berkata, pihaknya dan peniaga lain amat menyambut baik pemantauan dilakukan pihak berkuasa.

"Mereka biasanya akan datang membuat pemantauan pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam.

"Ini sedikit sebanyak dapat 'menakutkan' pelanggan yang degil dan tidak mahu mengikut SOP ditetapkan kerana bimbang dikenakan kompaun," katanya.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati sebilangan pelanggan tetap mematuhi peraturan penjarakan sosial dan SOP ditetapkan ketika mengunjungi premis makan.

Sementara itu, Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, 90 peratus peniaga dan pemilik premis perniagaan di sekitar ibu negara mematuhi SOP yang ditetapkan dalam penguatkuasaan PKPB.

"Hanya segelintir peniaga didapati belum mematuhi SOP dengan sepenuhnya dan kita memberikan amaran serta nasihat.

"Pihak DBKL akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua peniaga dan pelanggan mematuhi SOP serta peraturan yang ditetapkan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam petang kat warung nasik lemak
Geram je tgk 3 org mamat ni duduk 1 meja rapat2.. makan2..
Meja sebelah lak 2 org.. rapat gak

Yg beratur order mknn pun sama.. rapat gak
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Penggerai tempat aku ni bising2 minta diizin beniaga, pastu trus salahkan pbt, kerajaan negeri. Walhal izin tak izin tu tunggu green lite kkm.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Betuiiiii.. Depa mai dekat2..aku naik risau. Dgn mask x pakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:59 AM | Show all posts
Sedangkan masa pkp aritu pun bila beratur tak reti nak ikut sop...
Tak boleh balik kmpg tp ramai jgk gigih nak balik...
Time raya, tak leh berhimpun ramai2, pun diaorg langgar...

Ini kan pula kedai makan je yg sedikit atau takde pemantauan.
Mmg lagi sedap la bagidol soot ni melanggarnya.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Leceh nak keluar lunch sekarang ni, kena beratur la, tak boleh dine in lagi..
Last2 puasa je la sepanjang pkpb ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentang2 kes makin kurang,maka manusia mudah melupakan..selagi tak kena kat batang hidung sndiri,selagi tu manusia nu tetap dgn kebodohan mereka..

Semoga mereka y ingkar nih mati kena covid..ai kenot tahan dgn manusia bodoh ni..elok dihapuskn dgn kadar segera
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 07:25 AM | Show all posts
ha ah kat plaza masalam shah alam..elok2 mamak tu buat pangkah X kat meja dan letak 2 je kerusi setiap meja...ada makhluk tak reti bahasa pi tarik kerusi sebelah...nak join meja kawan2..

ntahlah apa dipikiran makhluk ni..nak makan kat kedai sangat tapi tak mau ikut SOP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 08:08 AM | Show all posts
Sama la kat tempat I ni pun. Ada sesetengah kedai makan dah amalkan SOP tapi pelanggan buat macam kedai sendiri pulak. Ada jugak kedai yang maintain take away dengan delivery jek. Tak terima dine in. I dengan family masih belum bersedia dine out. I masuk office la ni bawak bekal. Biskut, roti, air panas pun bawak dari rumah dengan 3in1 segala. Have to lah. Nak makan luar belum berani. Harap harap akan istiqamah. Cuma geram dengan colleagues yang suka suka duduk kerusi orang. Datang tempat orang makan kepek la biskut la. Hey itu stok i kelaparan. Dia entah dari mana mana main terjah gitu. Aiyokkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 11:10 AM | Show all posts
rengsa ea mana2 yg kekal dungu.. nk q rerapat.. jalan main ikot suke jek kalau kat market atau mall.. dah dua bulan kot kjaan buat undang2 gitu.. tak kan x blh nak kekalkan.. otak udang sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:30 PM | Show all posts
Ramai pekedai pening kepala dengan kedegilan pelanggan hanya bila ada polis dan asakar bertugas datang je baru memasing nak ada akal semula baru gigih nak lakukan penjarakan social semula.  Dalam pasaraya pun sama gigih nak rapat2 kena loud speaker dengan supervisor pasaraya bagi ada akal semula.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 12:34 PM | Show all posts
asudau replied at 29-5-2020 07:25 AM
ha ah kat plaza masalam shah alam..elok2 mamak tu buat pangkah X kat meja dan letak 2 je kerusi seti ...

time ni nak pulak rapat2..
time sebelum covid lepak ramai2 pahtu masing2 tgk hp
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:37 PM | Show all posts
Dasar sakai..xboleh pikir pakai otak..spesis bahlol menyusahkan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:46 PM | Show all posts
kat ioi city mall
aman-aman je duduk  6 orang satu meja
dibenarkan ke tidak?
selagi ada meja besar
selagi itulah manusia duduk
letak tanda X pun tiada guna
polis bantuan ada je round


yes, pelanggan memang degil
yang bawa anak baru lepas pantang pun ada
selagi mall benarkan masuk manusia2 sebegini
diorang akan anggap itu tidak apa
kerajaan sila tegas barulah mall akan akur
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua org yg ignorance...
X susah pun ikut SOP sebab lagi susah kalau dah terkena covid ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 11:52 PM | Show all posts
Padah 'lepak' tak jaga jarak sosial

SERAMAI 57 individu dikompaun selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila 'melepak' tanpa menjaga penjarakan sosial di tiga premis di Jalan Bundusan di Penampang, semalam.

Dalam operasi bermula 9.15 malam itu, sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melakukan serbuan di tiga premis dan mengeluarkan kompaun terhadap semua individu berusia 20 hingga 50 tahun kerana tidak mematuhi arahan PKPB.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, tangkapan awal membabitkan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis.

Katanya, polis turut menahan 40 pelanggan lelaki dan 14 pelanggan wanita kerana melanggar PKPB.

"Semua individu berkenaan ditahan kerana berkumpul di premis tanpa menjaga penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya satu meter setiap seorang.

"Semua individu terbabit dibawa ke IPD Penampang bagi tujuan dokumentasi dan tindakan pengeluaran kompaun kerana didapati melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKJ)(No 6) 2020," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Haris menasihati orang ramai khususnya di daerah itu supaya sentiasa mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berhimpun dan sentiasa mematuhi SOP PKPB termasuklah menjaga penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

"Polis Penampang sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap sesiapa yang melanggar peraturan dan SOP PKPB ini," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 10:54 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 replied at 28-5-2020 05:59 PM
Sedangkan masa pkp aritu pun bila beratur tak reti nak ikut sop...
Tak boleh balik kmpg tp ramai jg ...

Kat sini kedai mkn bAik melayu, cina, sume dah serupa melepak dah. Takde nyaa 1 meja 2 org..haih. Kalau dah degil tu mmg tetap degil. Polis dtg, okay sikit. Pastu buat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
tadi lunch g tapau nasi kat mamak..dah macam hari biasa sebelum covid..duk makan lepak2 siap ada sambil buat keje..meja tak satu meter pon..penuh kedai tu lebih kurang 20 orang..macam nak call polis pon ada tadi

mask, sanitizer yilek..ada la 2,3 orang pakai mask termasuk iols..yang lain rilek2 je siap bergelak huha2 smoke bagai..dahsyat jugak pemandangan tadi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka sampai skrg tak blh dine in.
Aku tgk my sil kt jb elok je makan luar dgn takde sosial distancing. Geram pulak kita tgk. Dahlah kita ni dah berbulan tak blk jb tgk mak, dia blh sedap2 berjimba kat luar lepas tu dtg umah mak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang degil n takleh ikut sop ni mentality kelas ke berapa? Kelas belakang?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.099330 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list