View: 8325|Reply: 123
|
[Tempatan]
Pelbagai Perkara Perlu Diperhalusi Sebelum Sekolah Dibuka- Muhyiddin
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 28 Mei — Pelbagai perkara akan dipertimbangkan termasuk kesediaan guru untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap murid sebelum sekolah kembali dibuka, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memastikan sama ada Kementerian Pendidikan bersedia untuk mematuhi prosedur operasi standad (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.
“Mungkin kita perlu memastikan dengan Kementerian Pendidikan sama ada mereka dapat mematuhi SOP baharu di sekolah-sekolah…nak memeriksa, nak basuh tangan, nak ambil (suhu), dan adakah alat-alat semua dah sedia?”
“Dalam kelas yang saya tahu biasanya dekat 40 orang, mana boleh duduk 40 orang rapat-rapat. Sekarang tinggal separuh sahaja… maknanya kalau separuh, dah jadi dua kelas, kalau 20 orang sekelas, tak tahu jarak macam mana,” katanya dalam sidang video bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam sidang video berdurasi 40 minit itu Muhyiddin berkata, jika bilangan pelajar dalam satu kelas dikurangkan kepada 15 orang, ia sudah tentu akan melibatkan bilangan kelas yang banyak dan dalam hal ini memerlukan sesi persekolahan dilaksanakan pada sesi pagi dan petang.
Semua perkara itu, katanya antara perkara yang diambil kira dan sedang diperhalusi sebelum sekolah kembali dibuka dan setakat ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk sekolah mula dibuka.
Semua sekolah di negara ini ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lepas bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menteri Kanan (Kluster Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pembukaan semula sesi persekolahan tidak akan dibuat secara tiba-tiba sebaliknya pengumuman tarikh akan dibuat selewat-lewatnya dua minggu sebelum sekolah dibuka.
“Sekarang ini belum pasti lagi, belum ada tarikh yang ditetapkan. Saya rasa pada satu peringkat, berdasarkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM), semuanya ok, semua orang akan dapat menguruskannya, guru dan kanak-kanak di sekolah dapat mengikuti arahan… inilah yang ingin diketahui oleh ibu bapa,” kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata persoalan mengenai bila sekolah akan dibuka semula banyak dibangkitkan oleh ibu bapa.
“Saya jelaskan kepada mereka berdasarkan apa yang kita putuskan sebelumnya hanya yang nak ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dan … yang SPM kita belum menetapkan tarikhnya,” katanya.
— BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Klu amik selang sehari, mcm mana ye?
Say hari senin rabu utk form 3, 5 dan 6
Selasa khamis, utk form 1, 2 dan 4.
Atau senin selasa utk form 3, 5 dan 6
Rabu khamis tuk, 1, 2 dan 4 |
|
|
|
|
|
|
|
MASIH DALAM KAJIAN DEMI KAJIAN MENGKAJI, TENGOK DULU, KITA LIHAT, |
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 29-5-2020 03:20 AM
Klu amik selang sehari, mcm mana ye?
Say hari senin rabu utk form 3, 5 dan 6
Selasa khamis, utk f ...
Kalau sekolah harian biasa mmg doable suggestion tu. Tp utk sekolah berasrama, mmg tak possible utk semua students attend skolah since semua students tinggal Di asrama. Social distance hanya berlaku di sekolah, tapi bukan Di dorm2 asrama. Kena betul2 perhalusi SOP yg KPM nak laksana. Maklumla, we’re talking about lives here. Silap langkah, besar impaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
kena selidik selidik dulu tau ~
|
|
|
|
|
|
|
|
So mana mana cikgu yang dah bersara boleh lah masuk perkhidmatan semula -- ini juga menjana ekonomi negara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib gomen xkan tergesa2 bukak balik sekolah semata2 didesak mak bapak murid stok2 mak bapak mcm ni, apa jaminan dia boleh bagi yg anak dia selamat dr jangkitan dekat sekolah? Sekolah 1 hal, bas / van sekolah pulak mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
So di tempat ai Bagan Dato ni sekolah MUNGKIN dikekalkan as distance learning or blend approach.
Meaning: Dua tiga hari pergi sekolah selebihnya (mostly on minimum days) students belajar dari rumah (online/distance learning). |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk sekolah berasrama, rasanya mmg susah skit la.
Seingat dulu2 masa sekolah asrama, pernah jadi kes penyakit campak berjangkit.
Mmg sekolah masa tu arahkan semua student balik rumah je, kecuali student yg exam year(spm, pmr)
Rasanya, best solution tuk sekolah asrama, buat masa ni, cuma student spm dan stpm je yg balik ke asrama.
Yang lain, continue mcm skrg ni, belajar secara online.
|
|
|
|
|
|
|
|
Eric.n9 replied at 29-5-2020 06:44 AM
Untuk sekolah berasrama, rasanya mmg susah skit la.
Seingat dulu2 masa sekolah asrama, pernah jad ...
That sounded like a logistical nightmare from where I was sitting as it would’ve demanded a lot of things to be streamlined before that actually happened. Anyways, before any discussions regarding school opening could happen, perhaps it’s best to wait the 14-day period after Hari Raya. See if local cases patterns numbers could shoot up. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm xtau nk komen pe, tngok Korea selatan bukak 1 Hari n tutup semula sbb dh ade jangkitan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sekolah rendah
Depa ada ingat ka social distancing bagai?
Memula je..masuk skola..pastu jumpa kawan..hilang semua pesanan mak pak dan cikgu dok bising tu...
Kalau sekolah menengah ni dah pandai fikir dan dengar kata..jadi yang form 4 5 6 tu boleh la
Kalau umur anak anak.iols neh..hahaha...
Memang dah lupa diri bila tengok kengkawan |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 28-5-2020 07:23 PM
MASIH DALAM KAJIAN DEMI KAJIAN MENGKAJI, TENGOK DULU, KITA LIHAT,
Pada pendapat saya, apa yang pm kita maklumkan tu bukan kajian. But more to perancangan. Sebelum kita laksanakan sesuatu kan memang perlukan perancangan yang teliti. Lebih-lebih lagi melibatkan nyawa. Banyak perkara perlu diambilkira.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 29-5-2020 06:26 AM
Nasib gomen xkan tergesa2 bukak balik sekolah semata2 didesak mak bapak murid stok2 mak bapak mcm ...
That’s true. I pun terkejut parents nk bukak skolah cpt2 - putting aside the so-called teachers’ incompetency in doing remote classes as mentioned by a lot of forumers here - don’t they care about their children’s health though? I mean if the teachers are so damn incompetent, there are a lot of books on the market that could help guiding their kids’ learning - since they seemed to be better than teachers who actually had a degree in teaching lol.
Teachers pun dh tak sabar nak naik skolah sebenarnya; segelintir je la yg suka makan gaji buta ni. they’re waiting for KPM to allow teachers to come back to school so that even remote learning has to be continued until the end of this year; they managed get it done properly. Most of their teaching materials are at school anyways. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 29-5-2020 06:59 AM
Kalau sekolah rendah
Depa ada ingat ka social distancing bagai?
Memula je..masuk skola..pastu jump ...
Lagi pulak dah lama betul tak jumpa kan. Siap pakej, salam, peluk, cium pipi, jalan bergandingan berpimpin tangan lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeah, i did mention regarding this matter(wait 10 to 15 days after raya) in other thread.For now, bertabah la banyak2. Harap semua dipermudahkan lepas ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
What have you been doing during these whole good 2mths of PKP PKPB? Baru nak merancang?
Kiwak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Bile sekolah buka tergesa2 kene condemn, bila still in kajian & selidik pon kene condemn. Aptb.
Let KPM do their job even if it takes months.
In the meantime, parents jgn lepas tgn,,ni dok bising2 ckp anak2 kt umah melepak x study. |
|
|
|
|
|
|
|
bz susun susun jawatan la .. tak susun glc tu semua ramai lak melompat nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sek naik 2021.kecuali f5 n f6 sekian |
|
|
|
|
|
|
| |
|