CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9341|Reply: 31

[Tempatan] Download apps MySejahtera . Scan QR code. Tak perlu lagi tulis nama, no hp masa

[Copy link]
Post time 29-5-2020 12:51 PM | Show all posts |Read mode
Kod QR MySejahtera ganti sistem bertulis untuk masuk ke premis perniagaan

Bermula 1 Jun 2020, kerajaan akan memasukkan penggunaan kod respons pantas (QR) ke dalam aplikasi MySejahtera, sebagai alternatif lebih selamat untuk pendaftaran masuk ke premis perniagaan dan makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, naik taraf aplikasi berkenaan juga dilakukan bagi mengantikan sistem bertulis dan penggunaan pen yang telah mengundang kebimbangan orang ramai terhadap isu kebersihan.

Jelasnya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap aplikasi MySejahtera dari semasa ke semasa.

Orang ramai dinasihatkan supaya membawa pen sendiri, sekiranya premis yang dikunjungi masih menggunakan sistem bertulis. Ia sebagai langkah keselamatan daripada jangkitan COVID-19.

Pemilik premis juga boleh melaksanakan inisiatif, dengan menempatkan kakitangan dan menugaskan mereka untuk menulis maklumat pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke premis.

Sementara itu, orang ramai digalakkan supaya memuat turun aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan maklumat berhubung perkembangan dan maklumat COVID-19 di dalam negara.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut memaklumkan bahawa aplikasi berkenaan turut dilengkapi dengan fungsi pengesan Hotspot. Ia merupakan peta yang memaklumkan perkembangan kes di kawasan dalam radius 1km dari lokasi carian.

Penggunaan fungsi berkenaan boleh dijadikan sebagai salah satu langkah berjaga-jaga dalam merancang perjalanan atau ketika berada di rumah.

Setakat ini, sebanyak 752,711 individu telah memuat turun aplikasi MySejahtera. Bagi mereka yang belum mendapatkan aplikasi berkenaan, boleh berbuat demikian dengan memuat turun secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Pengesanan kod QR dan daftar dalam talian ini menggunakan konsep sama seperti yang telah dilaksanakan menerusi aplikasi SeLangkah serta KLSTEP. Bila aplikasi MySejahtera sediakan fungsi sama dan majoriti peniaga menggunakannya, kita tidak perlu muat turun banyak aplikasi pada satu masa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg Selangkah tu still kena isi detail lps scan qr code..takde ke app yg boleh save detail diri kita siap2....so just perlu scan qr code dan masukkan suhu badan terkini..lagi mudah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2020 01:33 PM | Show all posts
KL ada apps KLstep
Penang ada apps Penang Care
Selangor ada apps Selangkah
berapa byk kerajaan negeri PH  suruh download apps maaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sini msh pakai qr scan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm apps tu takde ke feature utk merchant or kedai or ape jela administer details dorg. Ala2 marketplace gitu ada merchant2 tp sekadar nak record visitor’s details je. Dari situ govt dpt la jugak trace mall mana paling byk org pergi n boleh increase safety n precaution measures.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 29-5-2020 12:56 PM
Kalau yg Selangkah tu still kena isi detail lps scan qr code..takde ke app yg boleh save detail diri ...

Supposed kalau apps ni ada link dgn jpn and immi record senang lah kan. Then kalau takde rekod automatik la bleh kesan pati. Killing 2 birds with 1 stone
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2020 01:47 PM | Show all posts
baguslah memudahkan org ramai semua.. tp saya banyak habiskan masa dkt rumah je haha yelah sampai skrg still lg work from home... risau nak keluar rumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:49 PM | Show all posts
ina_na replied at 29-5-2020 01:33 PM
Kat sini msh pakai qr scan tu..

leceh wei tiap satu kedai nak kena scan bagai. kadang beratur dekat depan kedai dalam shopping mall nak scan qr code punya pasal.. yelah org semua takleh balik kampung beraya so serbu shopping mall jelah hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 01:53 PM | Show all posts
R2D2 replied at 29-5-2020 01:33 PM
KL ada apps KLstep
Penang ada apps Penang Care
Selangor ada apps Selangkah

tulah pening gila wei banyak pulak jenis qr code hahaha dah lah tension takleh balik kampung... bila pikir balik sedih sangat raya tahun ni. lagi lagi org bujang. tgk time raya semua habiskan masa g shopping mall je pakai baju melayu bagai haih. mmg bebetul lain lah tahun ni kan. iklan raya tm pun lain gak haha tp serious best https://t.co/b5sMvaHRxa?amp=1&am ... KlBhy0v9VMU9vHJU7Go
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:55 PM | Show all posts
suhada10 replied at 29-5-2020 01:49 PM
leceh wei tiap satu kedai nak kena scan bagai. kadang beratur dekat depan kedai dalam shopping mal ...

tahu takpe bila pasang lagu raya rasa nak nangis rindu kampung halaman. tp apakan daya kena follow arahan kerajaan asalkan semua sihat sejahtera tu pun dah bersyukur sgt
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:56 PM | Show all posts
suhada10 replied at 29-5-2020 01:53 PM
tulah pening gila wei banyak pulak jenis qr code hahaha dah lah tension takleh balik kampung... bi ...

mmg lain sgt ni. tkde muka retis langsung dalam video ni.. just muka barisan hadapan kita je, mmg salute beb!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pki qr scan pesbuk je.. org muda reti la.. weols dok terkial2 scan, abh weols dgn penuh gaya gi tulis nama kt buku. Sakit ht btl ckp dgn warga emas ni drg pikir xde apa pegang pen
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
rengsa betul kalau jenis nak kena tulis pakai pen bagai
haritu keluar g the curve ikea sana..semua outlet pakai qr code..berbuka kat tgif pon pakai digital menu tapi ada table mintak fizikal menu..mungkin hempon dorang zaman kuno punya takleh nak scan qr code
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:09 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 29-5-2020 12:56 PM
Kalau yg Selangkah tu still kena isi detail lps scan qr code..takde ke app yg boleh save detail diri ...

I scan selangkah sekali je kena isi personal details, lepas tu scan hari lain terus keluar status aktif, nama premis, dah takde kena isi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:11 PM | Show all posts
This is a dumb question. Katala sekeluarga datang, ada husband wife anak etc, and the husband je yg tulis nama. The rest tak.

Is it ok ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:11 PM | Show all posts
Elle_mujigae replied at 29-5-2020 12:56 PM
Kalau yg Selangkah tu still kena isi detail lps scan qr code..takde ke app yg boleh save detail diri ...

Selangkah tu aku isi sekali je, lepas tu xyah isi dh... dia auto detect.

tapi ada yg jenis kena isi setiap kali. contoh klu masuk aeon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 29-5-2020 02:11 PM
This is a dumb question. Katala sekeluarga datang, ada husband wife anak etc, and the husband je yg  ...

Kat sini seorg je yg guna qr scan kat hf atau tab.. Isteri atau pasangan x yah.. Ade yg srh tulis kat buku je pasangan tu.. Ada yg ckp x yah pasangan dah bt qr scan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
suhada10 replied at 29-5-2020 01:49 PM
leceh wei tiap satu kedai nak kena scan bagai. kadang beratur dekat depan kedai dalam shopping mal ...

Yu sbb aku kalo nak p eon p awal2.. Eon bukak kul 10..9. 50 dah parking dlm eon.. Bukak je eon trs qr scan.. Sbb nk p market dlm eon tu kn scan lg sekali qr scan tu gan check suhu.. Kalo nk bl ape2 pun skrg ni pg je.. Sbrnye dr dl pun Pg2 je.. Beza dl lps anto anak ke sekolah blk rumah kemas2 rumah2, memasak.. Skrg ni Pg2 kejo pasar basah dl blk mandi br memasak.. Beza skt skrg ni anak mcm anak burung.. Makan je keje nye.. Pipi tu bergoyang2 je mengunyah nye.. Hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:04 PM | Show all posts
AEON jusco pki QR ms gie hr tu
DIY nilai pun guna QR tp bangi tulis buku
sekrg ni klu bawa pen sesiap klu kena tulis kat buku dan cecepat guna hand sanitizer lps tulis
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2020 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Why tak guna satu apps sahaja utk semua negeri. Lecehnya kalo ade yg kerja rentas negeri nak kene ade 14 apps gitu. Redundant n membazir duit rakyat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.107946 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list