CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5380|Reply: 1

Telco Jenis Apa Patut Beli Bila Sampai Di Makkah?, Internet Laju & Keluarga

[Copy link]
Post time 29-5-2020 06:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 29-5-2020 06:41 PM

3294


Bersyukurlah kepada sesiapa  yang mendapat peluang mengerjakan ibadah umrah dan haji terutama usia masih muda. Bukan apa, ibadah haji dalam usia emas tentunya agak mencabar terutama melibatkan jutaan umat berkumpul di Makkah bagi mendapat haji yang mabrur.

Dalam pada gembira menjadi tetamu Allah, tentu saja terselit di dalam hati tentang kerisauan kepada anak-anak yang ditinggalkan di tanahair terutama bagi mak-mak yang masih mempunyai anak kecil di peringkat sekolah menengah.

Masa yang sama, anak-anak yang sedia ada di sini, sudah tentunya tertanya-tanya bagaimana keadaan mak dan ayah yang sudah selamat berada di Tanah Suci. Adakah mereka sihat dan dan sebagainya.



Baca perkongsian seperti ditulis oleh Siera Haiyi yang berpeluang mengerjakan haji tahun lalu mengenai telco terbaik untuk menghubungi keluarga di tanah air. Ironinya ramai yang akan terbit rasa risau baik di pihak mak ayah di tanah suci dan anak-anak yang ada di sini untuk dapat berhubung dengan baik ketika berjauhan.



Baca perkongsiannya.

APA LINE TELEFON/INTERNET YANG BAGUS UNTUK HAJIDIMANA BOLEH BELI

Disebabkan ramai sangat yang DM saya bertanyakan tentang haji,jadi saya kongsikan di wall saya jawapannya ya.Biar ramai boleh baca sama.

Insyallah more to come.Jika tak nak ketinggalan updates,bole FOLLOW dan SEE FIRST fb saya.


SOALAN KEENAM

Sudah tentu apabila disana nanti kita mesti nak contact keluarga kita kan?Lagi-lagi yang tinggalkan anak2.Mestila nak buat video call nak tengok muka anak,nak sembang,nak tanya sekolah dia macamana..




Jadi amatlah perlu kepada line telefon/internet.













Inilah telco yang dicadangkan dibeli semasa mengerjakan haji
Boleh cuba dahulu di airport agar memudahkan urusan kelak

Ada lebih kurang 3 syarikat telco yang popular semasa haji.

1. ZAIN
2. MOBILY
3. STC

Antara 3 ni yang mana paling bagus?

Saya menilai mengikut kepada pengalaman dan perbualan saya dengan rakan2 jemaah haji yang lain.

Ketiganya ada menawarkan pakej telefon dan internet khas untk haji.PAKEJ HAJI lain dengan pakej biasa.Jadi biasanya penjual tahu apa nak offer pada kita.

Saya sarankan line ZAIN walaupun ramai jemaah yang menggunakan mobily & STC.


SEBAB APA?

Sebab kebanyakan pondok-pondok (booth) yang menjual simkad ini akan hilang selepas sahaja habis musim haji.?

Ini terjadi kepada salah seorang roomate saya.Jenuhla mencari mana lah pondok nak beli topup.

Tetapi ZAIN ada kedainya di dalam mall yang dihadapan Masjidilharam.Jadi kalau kita nak topup mudahlah sikit.Tak perlu kesana sini mencari.

DIMANA NAK BELI

Anda boleh beli sim kad di AIRPORT.Ada pak arab muda yang jual.Terus suruh dia masukkan dalam fon kita dan cek line telefon/internet ada tak masa dia isi tu.Terus cek depan dia.

Jangan bayar selagi tak settle.Cek betul-betul fon kita tu dah ada line ke x.

Saya sarankan beli data internet.Sebab kita masih boleh call juga pakai internet menggunakan WHATSAPP.Line telefon kalau nak call jadi mahal dan tak puas nak cakap.

Wifi ada di lobby hotel.Kalau data dah habis,bolehlah lepak di lobby.Kat bilik takde wifi.

Didalam Masjidilharam,line internet tak berapa nak stable sebab orang terlalu ramai.Tapi kalau nak contact pasangan insyallah boleh.Kene cuba try call banyak kali.



TIPS : Jika makayah anda yang warga emas ,saya amat-amat sarankan untuk anda beritahu makayah anda agar minta tolong jemaah yang lebih muda untuk belikan simkad untuk mereka.Banyak kes warga emas yang dah beli simkad tetapi masih tak dapat line.Tau-tau sajalah..nak beli simkad kat sana pun macam beli goreng pisang panas.Berebut.Kalut agaknya pak arab tu.




Semasa nak beli simkad,bawa bersama passport.Itulah sebab mengapa saya sarankan beli di airport ketika mula-mula tiba di airport Jeddah/Madinah.Kerana pada masa itu kita masih lagi memegang passport sebelum dikutip oleh petugas Tabung Haji nanti.

ATAU….



jika tak sempat beli di airport,AMBIL GAMBAR PASSPORT dan VISA HAJI siap-siap.Visa haji ada di dalam buku passport.

**Info ini adalah berdasarkan pengalaman saya ketika menunaikan musim haji tahun 2017.Saya amat mengalu-alukan pandangan dari jemaah haji yang lain sekiranya ada maklumat penting yang boleh dikongsi bersama.


**Boleh share dan tag sesiapa yang anda kenal yang mungkin akan menunaikan haji tahun ini.Mungkin mereka amat perlukan info ini.Terima kasih


#NShajj1438h
#haji1439h
#hajiumrah
#soaljawabhaji





sumber

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2020 06:42 PM | Show all posts
TIPS MEMBELI SIM KAD KETIKA DI MEKAH DAN MADINAH

Terdapat 2 jenis sim kad di Mekah dan Madinah iaitu :

– Data internet

– Khas untuk panggilan

Anda boleh dapatkan sim kad di “airport” atau di telco centre.
Harga sim kad di sana lebih murah berbanding dengan roaming dari Malaysia kerana anda berada disana hanya 12 hari 10 malam
Harga sim kad sekitar Rm100 – Rm150 untuk data 5GB dan 10GB.
Di sana whatsapp akan di block jadi anda perlu download apps imo untuk video call dengan keluarga atau sedara mara di Malaysia.

sumber
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049021 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list