CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2823|Reply: 39

[Tempatan] Tak boleh rentas negeri. Temuduga kemasukan IPT semua secara ONLINE

  [Copy link]
Post time 30-5-2020 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Tak boleh rentas negeri untuk temu duga kemasukan ke IPT - Ismail Sabri
Mei 29, 2020 17:25 +08

PUTRAJAYA: Bakal mahasiswa tidak dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri temu duga kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keadaan itu tidak menghalang proses kemasukan ke universiti atau IPT lain kerana temu duga masih boleh dijalankan secara dalam talian.
“Kita memang tidak benarkan rentas negeri. Dua hari lepas, ada soalan berkaitan temu duga kerja yang memerlukan rentas negeri dan kita kata lakukannya melalui online (dalam talian) sahaja, sama juga dengan pelajar.

“Pelajar boleh buat temu duga melalui online (dalam talian) dan perkara ini telah pun berjalan. Universiti telah pun laksanakan secara online sejak April lalu,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Jumaat.
Tambah beliau, mereka yang tiada akses Internet di kawasan rumah pula boleh menggunakan kaedah bersesuaian termasuk merakam video terlebih dahulu dan kemudian menghantarnya ke universiti.

"Mungkin ada soalan... bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada Internet, di luar bandar misalnya, universiti (sebenarnya) telah membenarkan mereka gunakan telefon bimbit atau pintar untuk buat video dan hantar kepada universiti mereka.

“Zaman sekarang ini tak semestinya temu duga secara bersemuka sahaja, boleh guna kaedah maya,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 01:25 AM | Show all posts
Corona memaksa kita berganjak paradigma, satu hal yg positif
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:30 AM | Show all posts
Decon replied at 30-5-2020 01:25 AM
Corona memaksa kita berganjak paradigma, satu hal yg positif

jimat kos pengangkutan...xperlu lg nak sewa hotel utk parents mai teman p iv...jimat lagi


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:34 AM | Show all posts
bagus sgt ke IPTA ni sampai nak kena interview bagai, company tongsan byk yg bagi gaji mur mur dekat fresh graduate ipta ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 09:45 AM | Show all posts
Cara ni lebih memudahkan sesuai untuk waktu pkpb macam sekarang ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2020 07:11 PM | Show all posts
COVID-19: Temuduga dalam talian kaedah terbaik UA kenal pasti calon pelajar


KUALA LUMPUR: Temuduga dalam talian adalah antara kaedah terbaik dilaksanakan universiti awam (UA) ketika wabak COVID-19 ini, bagi mengenal pasti calon pelajar yang layak diterima melanjutkan pelajaran.

Presiden Persatuan Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI), Raja Shah Erman Raja Ariffin, berkata temuduga itu dibuat terhadap calon yang memenuhi kriteria minimum dan disenarai pendek Jawatankuasa Pemilihan Universiti.

Beliau menjelaskan, tidak semua universiti menjalankan temuduga bagi kemasukan pelajar, selain hanya membabitkan kursus tertentu saja.

"Berdasarkan maklumat diterima, tidak sampai 50 peratus UA yang melaksanakan sesi pengambilan secara temuduga dan ia juga membabitkan kurang 25 peratus daripada program pengajian yang ditawarkan.

"Antara kursus yang memerlukan sesi temuduga adalah seni bina, sains kemanusiaan, sains sukan dan program pengajian teknikal seperti teknologi maklumat (IT).

"Jika ada keperluan untuk melihat fizikal calon bagi program pengajian tertentu, maka ia boleh dinilai melalui rakaman video atau sidang video yang diadakan," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai pelaksanaan temuduga secara atas talian yang akan dilaksanakan UA ke atas calon pelajarnya, susulan penularan COVID-19 ketika ini.

Raja Shah Erman memaklumkan, kebanyakan UA akan mula melaksanakan temuduga dalam talian itu minggu depan, justeru pihaknya belum menerima maklum balas berhubung hasil kaedah berkenaan.

Mengenai masalah capaian internet dalam kalangan calon, beliau berkata, isu itu tidak timbul kerana berdasarkan panduan temuduga berkenaan, calon perlu menyediakan rakaman video resume bagi latar belakang diri, portfolio dan tugasan ringkas yang mengambil masa kurang 15 minit.

"Video berkenaan perlu dimuat naik dan ada juga pelaksanaan ujian dalam talian menggunakan Google Meet serta kaedah lain.

"Walau apa pun, UA sudah mengambil kira semua aspek untuk tidak menyukarkan pelajar melalui kaedah ini," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, mengakui akan wujud perbezaan antara temuduga dalam talian berbanding secara bersemuka, antaranya panel kemungkinan kurang dapat menilai bahasa tubuh dan emosi calon.

"Selain itu, ia juga mungkin akan menghadkan peluang panel bertanyakan banyak soalan secara spontan, yang mampu menilai kualiti calon, contohnya pengetahuan mengenai isu semasa yang berkaitan dengan pengajian dan keperluan masa depan," katanya.

Justeru katanya, pihak UA perlu memastikan kualiti calon yang dipilih melalui temuduga dalam talian adalah sama dengan yang dijalankan secara bersemuka.

"Universiti boleh menumpukan kepada strategi seperti mengemukakan soalan atau kaedah temubual yang lebih efektif bagi mencungkil potensi dan kemampuan sebenar calon.

"Kaedah temuduga sedia ada perlu ditambah baik kerana dalam talian ini adalah pendekatan baharu yang perlu dilaksanakan dan kita jangkakan, lebih banyak urusan universiti akan dilaksanakan menggunakan kaedah itu terutama ketika PKPB masih berjalan," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 07:17 PM | Show all posts
ade keee orang fikir nak rentas negeri????

hahahahahahahhaah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 30-5-2020 09:34 AM
bagus sgt ke IPTA ni sampai nak kena interview bagai, company tongsan byk yg bagi gaji mur mur dekat ...

Entahnya nk berinterview bagai ujong2 hauk jua graduan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 30-5-2020 09:34 AM
bagus sgt ke IPTA ni sampai nak kena interview bagai, company tongsan byk yg bagi gaji mur mur dekat ...

Rasanya tak semua course perlu ditemuduga colannya. Biasanya colan pendidikan jah yang perlu ditemuduga lisan iniew sebab deyol nak tengok ko mampo becok ka idok bila mengajar dalam kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 30-5-2020 09:34 AM
bagus sgt ke IPTA ni sampai nak kena interview bagai, company tongsan byk yg bagi gaji mur mur dekat ...


Tak semua course dan tak semua IPTA ada interview ni. Course yang kena interview macam

1. Seni Bina.
Ada ujian bertulis dan ujian melukis

2. Undang-udang/law (degree)

3. Perubatan

4. Sains sukan.
Ada ujian larian , ujian stamina. Tak boleh obes.

5. Muzik, seni lakonan, tarian.
Dorang kena tunjukkan bakat dorang. Kalau bidang muzik, if dia cakap pandai main piano. Then, dia kena mainkan beberapa lagu guna piano. Tunjukkan bakat anda gituuuuuu.

6. Pendidikan

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:04 AM | Show all posts
Bergosip replied at 30-5-2020 08:56 PM
Tak semua course dan tak semua IPTA ada interview ni. Course yang kena interview macam

1. Se ...

camana depa nak buktikan skil yg ada?i.e. seni bina kena ada ujian melukis
sains sukan kena ada ujian stamina, larian
muzik: kalau takde alat muzik kat umah..

iols tak tau pulak law kena ada interviu juga


tahun ni amat mencabar

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2020 01:04 AM
camana depa nak buktikan skil yg ada?i.e. seni bina kena ada ujian melukis
sains sukan kena ada u ...

Biasanya muzik mesti ada alat muzik. Sbb yg interview ni mesti ada skill. Mcm adik iols interview nak masuk course Muzik kat uitm dulu, paling2 pun dia ada gitar sendiri. Zaman skrg, bdk2 dah advance dan diorang pun kdg2 dah bersedia pun
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:38 AM | Show all posts
sh00 replied at 31-5-2020 09:25 AM
Biasanya muzik mesti ada alat muzik. Sbb yg interview ni mesti ada skill. Mcm adik iols interview  ...

ooo... baru iols tau interviu depa mcm ni.. agak2nya kalau yg kena menari, akan buat rakaman juga la.. ke menari live masa interviu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 09:40 AM | Show all posts
interviu audition mcm ni



Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2020 09:04 AM
camana depa nak buktikan skil yg ada?i.e. seni bina kena ada ujian melukis
sains sukan kena ada u ...

Untuk ujian melukis bagi course seni bina. Tak mustahil kalau diadakan secara online. Adik saya pernah pergi IV seni bina (degree). So, saya ceritakan based on pengalaman adik saya.


Bagi ujian melukis seni bina. Mereka hanya menggunakan kertas A3, pensil 2B dan pemadam sahaja. Tak dibenarkan menggunakan pembaris dan peralatan yang lain.

Adik saya cakap masa ujian melukis tu. Dia masuk dalam satu bilik ni dengan beberapa orang candidates yang lain (ramai).  Ada beberapa bongkah geometri diletakkan dekat tengah2 bilik which is triangle, sfera, piramid). Dorang kena lukis bongkah2 tu dekat kertas A3 mengikut sudut pendangan masing2. Tak dibenarkan guna pembaris. Lepas tu, adik saya cakap ada candidates yang tambahkan beberapa kesan bayang2 (penataan cahaya), construction line, gabungkan beberapa geometri dalam satu geometri. Ni ikut kepada kemahiran teknikal candidates masing2. Boleh je buat online untuk ujian melukis ni. Plus, adik saya cakap lagi bagus IV online ni. Tak payah berlecak ketiak masa nak tunggu giliran hahaa.


Untuk ujian inteview (seni bina). Akan ada soalan macam

1.kenapa pilih architecture
2. Bangunan yang candidates suka dekat Malaysia dan bangunan yang di luar negara. Kenapa suka bangunan tu.
3. Siapa inspirasi dalam bidang ni
4. Siapa favourite architect


Untuk bidang undang-undang/law. Ada interview . Saya tau pon sebab ex-bf saya kena pergi iv dekat UITM dulu. Dia IV undang2 untuk degree. For degree, yes ada IV. Tak kuasa pulak saya nak text ex-bf untuk tanyakan pasal iv law(degree) ni hahaha. So, saya letak link blog mereka2 yang pernah pergi IV degree undang2.


Link
http://zemalaysiano.blogspot.com/2016/06/interview-degree-uitmukmum.html?m=1

http://www.bajuwarnacoklat.com/2018/12/pengalaman-temuduga-sarjanamuda-undang.html?m=1


Untuk couse muzik, seni lakonan dan tarian. Candidates yang pergi IV ni. Bukan biasa2, dorang memang dah ada pengalaman. Bukan beginner yang baru nak belajar note muzik hihi. Candidates ni memang ada masuk private class untuk bidang yang dorang mintak tu. Dan memang ada peralatan. Untuk muzik, tak semestinya piano. Mungkin gitar, harmonica, drum, violin dan lain2.

Kelayakan course muzik (tengok yang saya bulatkan tu)


Untuk ujian sains sukan. Forumer R2D2 dah letak kenyataan media dekat post #6.

"Jika ada keperluan untuk melihat fizikal calon bagi pengajian tertentu, maka ia boleh dinilai melalui rakana video dan sidang video yang diadakan"

Ada lah tu task yang disediakan untuk calon. Maybe macam berapa tekan tubi yang calon dapat buat dalam 1 minit. So, calon just record je lah dalam seminit berapa tekan tubi yang dia buat hihi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:38 AM | Show all posts
Bergosip replied at 31-5-2020 11:15 AM
Untuk ujian melukis bagi course seni bina. Tak mustahil kalau diadakan secara online. Adik saya pe ...

wow... kagum iols... iols taktau kat ipta ada interviu. mcm susah je nak masuk...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 31-5-2020 12:03 PM
Tinot7 replied at 31-5-2020 11:38 AM
wow... kagum iols... iols taktau kat ipta ada interviu. mcm susah je nak masuk...


Nak masuk IPGM (Institut Perguruan) sekarang pun ada 3 ujian:

1. Bertulis (uji IQ).
2. Fizikal (tak gemok, takda penyakit kronik, sehat, ketinggian cukup, mampu berlari keliling padang habiskan 10 pusingan dalam tempoh berapa minit ntah, tak tau pula).
3. Lisan (masa ni, jika ko jantan kelempok, confirm dirijek. Jika tak petah bercakap nampak sangat sisi introvert pun, dirijek pedulik la ngko budak Sains straight As SPM sekalipun).
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:08 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 31-5-2020 12:01 PM
Nak masuk IPGM (Institut Perguruan) sekarang pun ada 3 ujian:

1. Bertulis (uji IQ).

ujian fizikal kena buat mcm virtual run la ye?

mencabar jadi pendidik jaman skang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2020 12:08 PM
ujian fizikal kena buat mcm virtual run la ye?

mencabar jadi pendidik jaman skang

Ditiadakan kot ujian fizikal tu. Paling tinggi kemungkinan, KPM minta data ujian SEGAK tingkatan 5 ja untuk tau colan fit ka idok. Apa tu SEGAK, chuol google la.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:16 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 31-5-2020 12:11 PM
Ditiadakan kot ujian fizikal tu. Paling tinggi kemungkinan, KPM minta data ujian SEGAK tingkatan 5 ...

ini masih ada lagi kaa??? last iols buat masa skolah menengah rendah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.084200 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list