CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16637|Reply: 77

[Tempatan] 7 rumah diancam tanah runtuh di Taman Kelab Ukay

  [Copy link]
Post time 30-5-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AMPANG: Tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay terjejas susulan berlaku tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.21 pagi tadi dan satu jentera dengan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang di hantar ke lokasi untuk membuat pemantauan

Seramai 40 penghuni di tujuh buah rumah terbabit diarah meninggalkan kediaman masing-masing kerana bimbang keselamatan mereka terjejas.

"Buat masa ini semua penghuni tidak dibenarkan berada di kediaman masing-masing sehingga pihak kerajaan tempatan memutuskan tindakan seterusnya," katanya.

Tanah runtuh berlaku dipercayai berpunca daripada hujan berterusan sejak petang semalam

.Ketika ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin hadir ke lokasi untuk meninjau kediaman dan bertemu penduduk yang terjejas.

Buat masa ini penduduk yang terjejas belum ditempatkan di mana-mana pusat pemindahan dan hanya menumpang di rumah jiran serta keluarga berhampiran.

Tinjauan BH mendapati sebahagian penduduk kini berkumpul di sebuah khemah di kawasan lapang berhampiran kediaman masing-masing.

Penduduk tidak dibenarkan masuk ke kediaman mereka untuk tempoh 48 jam kerana pihak berkuasa tempatan sedang memantau keadaan sekiranya ada berlaku lagi sebarang pergerakan tanah di lokasi itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/694325/7-rumah-diancam-tanah-runtuh



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoii la syg rumah elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan ini akan sentiasa ada pergerakan tanah bila hujan lebat. PBT patut buat slope analysis terkini struktur tanah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian.. tp mmg tanah runtuh betul2 bahagian bawah rumah.. mmg tahap kritikal sgt
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dulu kisah rumah banglo yg runtuh tu. Pilot ke sape tuan punya. Yg brapa org mati kena timbus. Apa cite trkini mereka tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah orang have-have..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapalah beli rumah tengah2 bukit, mestilah lama kelamaan ada hakisan. Bukan murah2 pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg risiko area situ.
Baik pindah rumah sementara waktu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
siannya..nk jual pasti tak laku area ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 30-5-2020 04:24 PM
Kenapalah beli rumah tengah2 bukit, mestilah lama kelamaan ada hakisan. Bukan murah2 pulak tu

Barulah gah atas bukit, sis...
Tinggi kedudukan dari rumah marhaen gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 30-5-2020 04:42 PM
Barulah gah atas bukit, sis...
Tinggi kedudukan dari rumah marhaen gituhh

Gah memag gah, dah jadi gini...pergi kau menanges di sana
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya.. Elakkan la beli tempat2 mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Besar giler banglo tepi tu.. Antara 2 darjat dgn teres  marhaen ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 30-5-2020 04:17 PM
Teringat dulu kisah rumah banglo yg runtuh tu. Pilot ke sape tuan punya. Yg brapa org mati kena timb ...

mejar b kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 30-5-2020 04:48 PM
Besar giler banglo tepi tu.. Antara 2 darjat dgn teres  marhaen ni

Pastu kena keluar jugak sebab ta ah runtuh deret yang sama..hahaa


Iols seram kat bukit teratai ke apa tah...ada.pembinaan hiway suke atau ekve tah...semua dibuat pembangunan tepi bukit..lama lama.iols takut jadi mcm ni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 30-5-2020 09:01 AM
Pastu kena keluar jugak sebab ta ah runtuh deret yang sama..hahaa



Baiklah duduk atas tanah rata ni je. Takda la risau tido malam.
Developer ni nak kaut untung je, takdanya nak pacak elok2 tanah tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 30-5-2020 05:05 PM
Baiklah duduk atas tanah rata ni je. Takda la risau tido malam.
Developer ni nak kaut untung je, ...

Itu lah
Dari iols kecik lagi..pembangunan dibina mcm ni .
Ada kawan ayah iols dok area bukit ninkena.pindah sebab risiko...
Mencari lah area tanah landai neh..
Beli.memahal kat bukit plak tu..hari hari tak tido.riso tanah runtuh...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 30-5-2020 04:17 PM
Teringat dulu kisah rumah banglo yg runtuh tu. Pilot ke sape tuan punya. Yg brapa org mati kena timb ...

ramadhan 2002 kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat tanah runtuh bukit antarabangsa.. 2008 kaa 2011
org org kaya yg duk dlm khemah tak mau. makan nasi bungkus yg dibagi pihk berkuasa... kah kah kah.. forumer dlm ni pun pakat kecam.. sampai ada mangsa register jd forumer.. dan kutuk org miskin dlm cari ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukit dan gunung tu kan pasak bumi. Bila kacau pasak bumi, memang terganggu la struktur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.640581 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list