CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 1 Jun kelonggaran rentas negeri - urusan kerja, kecemasan, suami-isteri berjauha

   Close [Copy link]
Post time 16-7-2020 09:01 AM | Show all posts
nazghul_h replied at 2-6-2020 07:29 AM
Btul, hb & wife nk lpskn rindu x leh video call. But this is more on psychology issue. Hb & wife n ...

Kalau untuk urusan mustahak boleh la, lain2 termasuk balik kampung jangan.. Virus C19 masih ada lagi.. Tgk la kes baru kekadang melonjak dua angka.. Yang di perantauan terus kekal sebagai barisan depan.. Tunggu virus C19 sifar baru merentas negeri selain urusan mustahak.. INI NASIHAT TAU

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2020 04:01 AM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 16-7-2020 09:01 AM
Kalau untuk urusan mustahak boleh la, lain2 termasuk balik kampung jangan.. Virus C19 masih ada la ...

Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2020 08:45 AM | Show all posts
Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp

Sesuai la nih.. Yang berada di Sabah, kekal di Sabah.. Yang berada di Sarawak, kekal di Sarawak.. Yang berada di Perak, kekal di Perak.. Negeri2 lain perlu buat benda sama (elak merentas negeri tanpa urusan penting termasuk balik kampung) sehingga virus C19 sifar (tarikh dirahsiakan)..

Hari Merdeka tahun ni pun sah2 tiada perbarisan pada pagi Merdeka yang mulia itu, jadi tak perlu ganti Hari Raya Puasa tempoh hari..


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2020 05:06 PM | Show all posts

Guru, tiga murid Taska dikuarantin kerana rentas negeri ke Kedah

matchstick replied at 30-5-2020 06:39 PM
Alhamdulillah..

Dh boleh pergi site kt negeri lain

KUALA TERENGGANU – Seorang guru dan tiga kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Permata Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) diarah menjalani kuarantin di rumah bermula 3 Ogos lalu.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, ia berikutan kesemua mereka dilaporkan pulang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di Kubang Pasu, Kedah dan Perlis.

Menurutnya, guru wanita berusia 33 tahun itu diarah menjalani kuarantin selama 14 hari manakala tiga kanak-kanak berusia satu tahun setengah, tiga dan empat tahun pula dikuarantin selama tujuh hari.

“Mereka bukan kena kluster Sivagangga tapi mereka balik ke Kedah (Kubang Pasu) dan bila dia nak masuk sambung kerja, kita minta dia pergi ke klinik isi borang mana yang keluar rentas kawasan.

"Daripada borang itu, kita tengok mereka ada keluar ke Kedah, jadi kita minta dia buat saringan di klinik,” katanya ketika ditemui di luar dewan selepas Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di sini hari ini.

Hanafiah berkata, guru berkenaan yang mempunyai gejala batuk dan selesema dinasihatkan menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah berjaga-jaga.

Katanya, tindakan pihak pengurusan Taska menyediakan borang bertujuan mengelak jangkitan koronavirus (Covid-19) menular dalam kalangan guru dan kanak-kanak yang ditempatkan di taska berkenaan.


P/S: Ada bagusnya larangan merentas negeri tanpa urusan penting mula dilaksanakan semula sebelum Raya Haji tempoh hari sehingga sekarang.


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2020 07:44 PM | Show all posts

COVID-19: Selesaikan urusan sebelum Isnin

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan sekatan rentas negeri bermula dua hari lagi di Sabah dan mereka dinasihatkan menyelesaikan urusan, sebelum Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata hanya individu yang ada urusan penting atau kecemasan dibenarkan merentasi negeri itu antara 12 hingga 25 Oktober depan.

"Saya ingin mengingatkan mengenai sekatan keluar masuk ke Sabah membabitkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang akan bermula dua hari lagi.

"Apabila sekatan rentas negeri ini bermula, hanya kakitangan kerajaan dan anggota pentadbiran yang menjalankan urusan rasmi kerajaan dan negara, serta kes kecemasan seperti kematian, perkhidmatan penting dan yang berkaitan saja dibenarkan bergerak masuk dan keluar dari Sabah.

"Mana-mana individu yang belum membuat perancangan perjalanan ke Sabah atau keluar dari negeri itu, perlu berbuat demikian hari ini dan esok, sebelum sekatan ini berkuat kuasa pada 12 Oktober," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

P/S: Harapnya suami isteri berjauhan termasuk dalam larangan merentas negeri kali ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 08:51 AM | Show all posts

Rentas Negeri Cara ORKA. Akhirnya jatuh ke tanah jua

ROMPIN: Empat individu menjadi kumpulan kumpulan pertama dikenakan tindakan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membabitkan penumpang pengangkutan udara.

Kumpulan membabitkan seorang juruterbang dan tiga penumpang itu menaiki pesawat ringan jenis Piper Warrior PA 28 dan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di Selangor ke Pulau Tioman, di sini.

Keempat-empat mereka berusia antara 33 hingga 43 tahun masing-masing dikenakan didenda kerana ingkar PKPB apabila gagal mendapatkan kebenaran polis bagi penerbangan ke Pulau Tioman.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon, berkata empat individu terbabit masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Semakan di Pusat Operasi COVID-19 negeri memaklumkan tiada seorang pun mempunyai kebenaran sebelum berlepas dari Subang. Mereka melakukan perjalanan rentas negeri dari kawasan PKPB tanpa kebenaran.

"Mereka memberitahu kunjungan terbabit untuk menguruskan perniagaan menyelam, tetapi gagal mempamerkan kebenaran perjalanan rentas negeri, pas majikan atau perjalanan dengan tujuan kerja.


"Mereka akan bermalam di sini, sebelum diarah berpatah balik ke Subang esok, kerana juruterbang memaklumkan dia tidak dibenarkan membawa pesawat malam ini dan pergerakan kumpulan ini akan dipantau pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2020 08:56 AM | Show all posts
ni golongan kayangan ke apa naik jet sendiri langgar PKPB hihi..mmg terbang di atas kayangan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 12:15 PM | Show all posts

COVID-19 : Kerajaan Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin



Kabinet telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 bagi memastikan vaksin dapat diperoleh pada kadar segera, selamat dan sempurna apabila tersedia, lapor AWANI pada 14 Oktober 2020.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa itu akan diketuai secara bersama oleh beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Keputusan penubuhan jawatankuasa khas ini adalah penting bagi memastikan persediaan awal yang rapi dibuat sebelum bekalan vaksin diterima untuk kegunaan seluruh rakyat Malaysia," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan menyediakan rangka kerja dan pelan perolehan serta pengagihan vaksin COVID-19 apabila ia diluluskan untuk kegunaan di Malaysia.


Menerusinya, beberapa jawatankuasa kecil dengan skop tugas tertentu akan turut dibentuk merentasi pelbagai kementerian dan agensi bagi memudah cara serta mempercepat pelaksanaan tugasan itu.

Khairy berkata skop tugasan itu termasuk pemilihan vaksin, komunikasi, pendaftaran dan kelulusan, memudah cara perdagangan, kewangan, penstoran, logistik dan pengangkutan serta pengagihan vaksin.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata vaksin COVID-19 dari China mungkin digunakan di Malaysia menjelang akhir tahun ini dengan negara itu bersetuju memberi keutamaan kepada Malaysia sebagai penerima vaksin COVID-19.

Sumber : Astro AWANI  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2020 09:06 AM | Show all posts

Hantar anak, bercuti antara alasan remeh rentas negeri

Gombak: Mahu hantar anak ke kampung serta bercuti atau mahu menghadiri majlis perkahwinan di negeri lain yang tidak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Itu antara alasan remeh diberikan oleh beberapa individu yang terpaksa ditolak permohonan dibuat mereka untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula sejak empat hari lalu.


Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima sebanyak 1,587 permohonan daripada orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas sempadan negeri bagi tempoh empat hari berkenaan.

"Daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan serta keperluan lain.


"Pada masa sama, sebanyak 32 permohonan ditolak atas alasan remeh seperti mahu bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan di luar kawasan PKPB di negeri lain serta mahu menghantar anak balik kampung tanpa sebarang tujuan penting," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Operasi Khas Pematuhan PKPB di sekitar Pasar Borong Selayang dan Sri Gombak di sini, malam tadi.


Dalam operasi sama, beliau turut meluangkan masa melakukan tinjauan penugasan sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak di kedua-dua arah.


Arifai berkata, mana-mana individu yang ingkar arahan PKPB boleh diambil tindakan termasuk dikompaun mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan (11) 1 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.


"Saya nasihatkan orang ramai supaya menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan orang lain bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.


"Jika tiada keperluan mendesak, orang ramai dinasihatkan supaya terus kekal berada di rumah bagi mengelakkan terdedah dengan risiko jangkitan virus berkenaan," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2020 12:36 PM | Show all posts

Rentas negeri: Mohon jika perlu, usah beri alasan remeh


Anggota Polis membuat sekatan jalan raya bagi mengawal pergerakan orang awam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.- Foto NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin membuat permohonan rentas negeri diingatkan supaya tidak memberi alasan remeh dan hanya melakukannya jika ada keperluan mendesak.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe, berkata dalam tempoh empat hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt, sebanyak 1,587 permohonan rentas negeri diterima dan daripada jumlah itu, 1,555 permohonan diluluskan manakala bakinya ditolak.

"Kebanyakan permohonan merentas negeri untuk tujuan perubatan, kematian, urusan kecemasan dan keperluan lain yang kita rasa perlu dibenarkan.

"Bagi permohonan yang ditolak kerana mereka mengemukakan alasan remeh seperti ingin bercuti atau melancong di negeri lain, menghadiri kenduri kahwin selain menggunakan alasan mahu menghantar anak pulang ke kampung tanpa tujuan atau bukan kecemasan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas operasi khas pematuhan PKPB di kawasan Selayang Baru dan Sri Gombak, dengan tujuh individu dikompaun serta dua warga asing ditahan dekat sini, tengah malam tadi.

Arifai, bagaimanapun berkata, pihaknya akan mempertimbangkan permohonan rentas negeri yang membabitkan ahli keluarga yang sakit tenat dan alasan lain yang dianggap munasabah.

Khamis lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata borang permohonan permit pergerakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dilaksanakan PKPB boleh diperoleh di balai polis atau dimuat turun melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada balai polis berdekatan bagi mendapatkan tanda tangan ketua balai dan dicap bagi kegunaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Pada 12 Oktober, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 hingga 27 Oktober, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan COVID-19 seperti di Klang, Daerah Petaling serta Gombak. – BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 09:51 AM | Show all posts

Separuh permohonan rentas negeri kena 'reject'

Sepang: Sebanyak 2,479 permohonan merentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sehingga kini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, pelbagai alasan dikemukakan orang ramai yang membuat permohonan berkenaan termasuk menziarahi kematian ahli keluarga yang tinggal di negeri lain, isu perubatan dan hal kecemasan.


Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 1,237 daripada permohonan terbabit diluluskan pihaknya.


Katanya, sebanyak 1,260 permohonan ditolak kerana gagal mengemukakan penjelasan munasabah seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


"Setiap permohonan yang dibuat akan diteliti terlebih dahulu sebelum kebenaran dikeluarkan untuk membolehkan mereka melakukan perjalanan rentas negeri," katanya sewaktu membuat pemantauan Sekatan Jalan Raya (SJR) PKPB di sempadan KLIA-Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan, tadi.

SJR KLIA-Bandar Enstek, Nilai adalah satu-satunya SJR di bawah pentadbiran IPD KLIA, dan dijalankan 24 jam setiap hari, membabitkan tujuh anggota dan seorang pegawai.


Sepanjang PKPB ini juga, IPD KLIA sudah mengeluarkan sebanyak 30 kompaun membabitkan kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Imran berkata, sepanjang SJR diadakan setakat ini, polis belum mengeluarkan sebarang kompaun dan lebih kepada memberi pendidikan kepada orang ramai.


Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki pada 15 Oktober lalu selepas didapati menyimpan dadah di dalam kenderaan sewaktu polis mengadakan pemeriksaan di SJR.

Katanya, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan dan apabila pemeriksaan dibuat terhadap kenderaannya, polis menemui dadah jenis syabu, dianggarkan seberat 0.2 gram.


"Suspek berkenaan ditahan reman selama lima hari mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan denda serta dipenjara," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 11:49 AM | Show all posts

PKPB: ‘Weekend Husband’ Tak Dibenarkan Rentas Negeri Kerana...




Permohonan daripada individu yang mendakwa ‘weekend husband’ (suami hujung minggu) untuk perjalanan rentas negeri negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Okt lalu adalah antara yang ditolak polis.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bagi tempoh itu hingga sekarang, pihaknya menerima lebih 1,000 permohonan rentas negeri daripada mereka yang menetap di daerah ini dengan 830 diluluskan.

"Kira-kira 300 ke 350 permohonan pula ditolak kerana alasan yang diberikan tidak cukup kuat atau tiada dokumen sokongan. Sebagai contoh, ada yang memberikan alasan dirinya adalah weekend husband (suami hujung minggu) dengan keluarga berada di kawasan yang diwartakan PKPB.

"Bila ditolak, ada yang mengatakan polis tidak prihatin sedangkan kita minta mereka yang tidak perlu melakukan perjalanan duduk di rumah daripada masuk ke kawasan PKPB yang boleh merisikokan diri mereka atas sebab keprihatinan polis," katanya


Sementara itu, Mohamad Noor berkata setakat hari ini, dua pegawainya serta seorang koperal sedang menjalani kuarantin kendiri sejak enam hari lepas.

"Dua pegawai terlibat baru pulang daripada kursus di Kuala Lumpur yang mana seorang pengajar mempunyai gejala dan ujian saringan selepas itu didapati positif COVID-19 menyebabkan kita mengarahkan mereka (pegawai terbabit) bersama keluarga menjalani kuarantin kendiri.

"Koperal lelaki yang masih bujang itu pula diarahkan menjalani kuarantin kendiri kerana tidak sihat selepas selesai menjalani tempoh kuarantin 14 hari di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur selepas pulang daripada bertugas di Sabah baru-baru ini," katanya lagi.

Sumber: Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2020 12:15 PM | Show all posts

Rentas negeri, pelakon wanita ditahan

Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pelakon wanita serta rakannya kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana merentas negeri tanpa kebenaran ketika melakukan akitiviti berbasikal, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu hantaran di Instagram.

"Laporan polis dibuat Ketua Balai Polis Gombak pada jam 3.14 petang, semalam selepas meneliti gambar dua wanita sedang berbasikal di akaun Instagram mengguna nama 'belladally' dengan kapsyen 'Woohoo Genting Sempah with @diyanabana'.

"Kita mengesyaki pemilik akaun Instagram itu merentas negeri tanpa kebenaran polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya pelakon wanita bersama rakannya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam bagi membantu siasatan.
"Kedua-duanya ditahan kira-kira jam 8 malam, tadi ketika mereka hadir ke IPD Gombak.

"Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai mengambil keterangan mereka," jelas Arifai.

Menurutnya lagi, siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menaiki kenderaan dengan membawa basikal masing-masing dari Dutamas ke Restoran Marina Seafood berhampiran Hospital Orang Asli Gombak, kira-kira jam 7.45 pagi, Ahad lalu.

"Mereka mula berbasikal pada jam 8.30 pagi melalui Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah.

"Selepas berbasikal kira-kira 10 kilometer, mereka berpatah balik ke kenderaan dan bergerak ke ibu negara," katanya.

Kata beliau, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

Siasatan turut dijalankan mengikut Perkara 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan Jangkitan)(No.8) 2020

Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang dikuatkuasakan bagi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.


P/S: Prefer Yatt Hamzah than others including Asfan Shah and Bella Dally.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:18 PM | Show all posts

“Saya Takut Sampai Macam Tu Sekali Sebab…”- Demi Anak, Adira Suhaimi Sanggup Tak

Edited by hayrin86 at 25-10-2020 12:20 PM
Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp





Penyanyi Adira Suhaimi mengakui sanggup tidak keluar rumah demi menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anaknya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Menurut Adira dia akur untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu selepas pandemik Covid-19 melanda seluruh negara.

“Alhamdulilah saya dan anak-anak sihat  di rumah kerana untuk keadaan sekarang ni bukan sahaja anak-anak, malah diri saya sendiri tidak galakkkan untuk keluar jika tiada hal penting atau memaksa.

“Saya sangat mematuhi arahan ketika PKPB ini, saya tidak akan rentas daerah atau negeri dan hanya duduk di rumah sahaja.

“Saya takut sampai macam tu sekali kerana ada anak-anak kecil yang sangat berisiko tinggi terdedah dengan penyakit berbahaya seperti Covid-19. Jadi perlu fikirlah itu dulu sebelum lakukan apa-apa.

“Malah saya sangat selesa sahaja untuk menjalani kehidupan ini dengan norma baharu,” katanya kepada Astro Gempak yang dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Adira yang menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red itu mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Anggerik, 3, Assan, 2, dan  Anggun, berusia setahun.

Tambah Adira lagi, dia bersyukur suaminya juga tidak perlu merentas daerah untuk ke rumahnya dan madu, Sharifah Norshafilla Hassim atau Datin Red.

“Alhamdulilah suami saya pun sihat dan setakat ini dia tidak perlu pun merentas daerah atau negeri kerana kami (bersama madu) tinggal berdekatan sahaja,” katanya lagi.


Mengenai perkembangan terbaharu, Adira kini muncul dengan single Maaf yang sudah mula dimainkan di corong-corong radio.


P/S: Prefer ADIRA and her second husband than ASFAN SHAH, like YATT HAMZAH! SAY NO TO ASFAN SHAH!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 12:02 PM | Show all posts
Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei. hellodear.in

Regards, downloadthoptv.com
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 04:31 PM | Show all posts

Beri alasan tak masuk akal mahu rentas negeri


Polis IPD Putrajaya mengingatkan warga Putrajaya untuk patuh SOP PKPB yang telah dikuatkuasakan sejak 14 Oktober lalu.


PUTRAJAYA - Mahu menghadiri jamuan hari jadi serta hendak menghantar haiwan peliharaan menjadi sebab utama permohonan rentas negeri dan daerah ditolak.

Itu antara alasan permohonan rentas negeri yang diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan pada 14 Oktober hingga kelmarin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah menerima 4,700 permohonan manakala 53 daripadanya telah ditolak atas pelbagai alasan.

"Antara alasan tidak masuk akal adalah saja berjalan-jalan, bosan duduk di rumah, hendak bermain golf, pergi berjumpa kawan, ingin menghadiri jamuan hari jadi, hendak menghantar haiwan peliharaan untuk disimpan di hotel haiwan (pet boarding), memancing dan beriadah.


"Selain itu, terdapat juga permohonan yang kami terima untuk menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang dan permohonan seperti ini terpaksa kami tolak kerana ia jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang sedang dikuatkuasakan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, bagi tempoh berkenaan, sebanyak 61 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar SOP PKPB seperti tidak memakai pelitup muka, mengabaikan penjarakkan fizikal, menaiki kenderaan persendirian melebihi dua orang selain premis yang tidak menyediakan alat pemeriksaan suhu.



Sekatan jalan raya yang dilaksanakan Polis IPD Putrajaya.



Katanya, selain itu, terdapat juga kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan pemilik dobi membuka premis lebih masa daripada yang telah ditetapkan.

Tambah Mohd Fadzil, lima warga asing turut ditahan kerana ingkar PKPB.

Justeru, penuntut warga asing khususnya diingatkan agar tidak mengambil kesempatan yang ada dalam tempoh PKPB ini untuk keluar bersiar-siar atau melakukan aktiviti di kawasan Putrajaya.

"Saya juga memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang menggunakan bas pekerja untuk menghantar pekerja asing ke lokasi di sekitar kawasan Putrajaya agar sentiasa mematuhi SOP PKPB iaitu tidak membawa penumpang terlalu ramai dan amalkan penjarakan fizikal.

"Malah, semua warga Putrajaya khususnya, adalah penting untuk terus kekal berada di rumah dan tidak perlu keluar jika tiada keperluan mendesak sebagai langkah untuk memutuskan wabak pandemik Covid-19," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2020 05:09 PM | Show all posts

Deepavali: Tiada pergerakan rentas kawasan PKPB, PKPD dibenarkan

KUALA LUMPUR - Tiada pergerakan rentas mukim, daerah atau negeri dibenarkan bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk tujuan balik kampung bersempena Deepavali, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, itu antara dipersetujui pada sidang khas hari ini yang mendengar pembentangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) sambutan Deepavali pada 14 November ini.

Beliau berkata, sidang khas itu juga bersetuju penganut Hindu di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan PKPB dibenarkan mengikuti upacara keagamaan pada hari pertama sambutan dengan SOP yang ketat.

"Bagaimanapun, aktiviti sembahyang di rumah ibadat, aktiviti ziarah dan perniagaan adalah tidak dibenarkan dalam kawasan PKPD," katanya pada sidang akhbar perkembangan PKPP di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kuil hanya dibuka dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari dengan upacara disertai tidak lebih 30 orang pada satu-satu masa, bergantung pada keluasan premis.

"Sesi sembahyang itu perlu dibahagikan kepada lima sesi (30 minit setiap sesi) dengan diselangi operasi sanitasi selama 30 minit dengan manisan juga perlu diagihkan secara bungkus kepada penganut dan mereka perlu bersurai selepas selesai upacara sembahyang," katanya.

Mengenai sambutan di rumah, Ismail Sabri berkata, hanya maksimum 20 orang terdiri daripada keluarga terdekat dibenarkan bagi kediaman bertanah sementara kediaman strata pula tidak boleh melebihi 10 orang bagi keluasan kurang 1,500 kaki persegi (kps) dan maksimum 15 orang untuk premis berkeluasan 2,500 kps.

Sementara itu, beliau berkata, polis menahan 506 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP semalam merangkumi kegagalan merekod butiran pelanggan (145); tidak memakai pelitup muka (124); gagal mematuhi arahan penjarakkan fizikal (96); aktiviti pusat hiburan (72); premis beroperasi lebih masa (17) dan lain-lain (52).

Mengulas Operasi Benteng, katanya, seramai 41 pendatang asing tanpa izin, dua tekong dan dua penyeludup ditahan semalam serta lima kenderaan darat dirampas. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 12:25 PM | Show all posts

PKPB: Pintu keluar masuk negeri dikawal ketat

Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp


Anggota polis membuat sekatan dan pemeriksaan terhadap pemandu kenderaan yang melalui Plaza Tol Skudai, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)) dilaksanakan, bermula hari ini di Johor sehingga 6 Disember depan.- Foto NSTP/Zain Ahmed


JOHOR BAHRU: Pintu keluar masuk ke negeri ini dikawal ketat dengan sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam tadi, di semua lokasi sempadan keluar dan masuk di kawasan strategik dan sempadan negeri.


Tinjauan di Plaza Tol Skudai yang menjadi antara laluan utama keluar dan masuk ke daerah ini pagi tadi mendapati, setiap kenderaan yang ingin meneruskan perjalanan ke pusat bandar diperiksa dengan rapi.


Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat turut bertanya pemandu kenderaan tujuan mereka selain meminta surat atau dokumen berkaitan.


Jurucakap polis berkata, keadaan di SJR Plaza Tol Skudai terkawal dengan kenderaan merentas masuk memahami dan sedar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, bermula hari ini sehingga 6 Disember depan.


"Selain memantau jumlah penumpang dalam setiap kenderaan, kami juga menasihatkan supaya tiada cubaan merentas keluar negeri dibuat supaya mereka tidak dikompaun dan diarah berpatah balik semula ketika sampai di sempadan Johor nanti.

"Kebanyakan pengguna jalan raya yang diperiksa menyatakan, sama ada ingin pergi bekerja, ada temujanji di hospital selain mahu membeli barangan keperluan.


"Kami jangkakan peningkatan pengguna setiap kali waktu puncak bekerja dan balik kerja, setiap hujung minggu selain menjelang perayaan Deepavali nanti dan sudah membuat persediaan sewajarnya termasuk melaksanakan lorong lebih banyak," katanya.


Kelmarin, semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan dilaporkan akan dikenakan PKPB selama sebulan bermula hari ini hingga 6 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan, berkata negeri yang terbabit ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

Beliau dilaporkan berkata, pelaksanaan PKPB ini juga akan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah yang sepatutnya berakhir 9 November ini.

Langkah itu diputuskan dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) kelmarin selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kes COVID-19 di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik duduk phg
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2020 02:01 PM | Show all posts

Deepavali: 37,000 polis pantau SOP


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perayaan Deepavali bagi mengurangkan kes ingkar arahan dan melanggar SOP.


KUALA LUMPUR: Kira-kira 37,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan memantau prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Deepa­vali esok termasuk pemeriksaan rambang dari rumah ke rumah.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), orang ramai bukan sahaja tidak dibenarkan merentas negeri atau daerah tetapi tidak boleh berkumpul melebihi 20 individu pada satu-satu masa di sebuah rumah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, selain pemantauan rumah ke rumah, jumlah tersebut melibatkan sekatan jalan raya (SJR), pemantauan penjarakan sosial di kawasan awam dan sebagainya.

Menurut beliau, individu melanggar SOP termasuk menziarah rumah jiran, saudara dan adik-beradik akan dikompaun RM1,000.

“Saya telah berikan arahan untuk setiap kontinjen mempertingkatkan operasi sempena sambutan Deepavali bagi memastikan setiap penganut agama Hindu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Pantau dari rumah ke rumah seperti dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Bagi penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mereka tidak boleh keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Abd. Rahim mengialu-alukan masyarakat menyalurkan maklumat jika terdapat individu yang melanggar perintah ketika sambutan Deepavali atau apa-apa acara.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, beliau mengarahkan setiap pegawai dan anggota menjalankan pemantauan di kuil-kuil terlibat sepanjang tempoh Deepavali.

Jelasnya, rondaan berkala dilaksanakan termasuk di kawasan perumahan sekitar Selangor bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin serta terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Mengikut SOP MKN, di kawasan PKPB, sambutan pera­yaan di rumah jenis teres dalam kalangan keluarga terdekat tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa manakala kediaman strata tidak melebihi 10 hingga 15 orang bergantung pada keluasan rumah.

Semua diwajib memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan penjarakan fizikal dan mengutamakan kebersihan diri serta elak menziarahi warga emas dan individu berpenyakit kronik.

Di kawasan PKPD pula, upa­cara sembahyang di rumah ibadat iaitu di kuil tidak dibenarkan manakala sambutan perayaan dibenarkan bagi seisi keluarga dalam rumah sama sahaja. -UTUSAN




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.130683 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list