CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 1 Jun kelonggaran rentas negeri - urusan kerja, kecemasan, suami-isteri berjauha

   Close [Copy link]
Post time 24-11-2020 11:58 AM | Show all posts

KKM Cuba Lindungi Warga Emas (Golongan Berisiko), Tolong Jangan Balik Kampung Ka

Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama orang ramai khususnya yang menetap di zon merah untuk tidak pulang ke kampung jika tiada keperluan memaksa untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kerjasama orang ramai itu amat diharapkan bagi mengelak golongan berisiko seperti warga emas dan mempunyai penyakit kronik termasuk di zon hijau bebas daripada jangkitan Covid-19.


Menurut Dr Noor Hisham, saranan itu seiring dengan usaha KKM yang sejak awal lagi cuba melindungi golongan berisiko.

"Sejak awal lagi kita cuba melindungi kumpulan berisiko kerana berdasarkan rekod yang ada, sebanyak 64 peratus kematian membabitkan pesakit berusia lebih 60 tahun.

"Sebanyak 87 peratus lagi terdiri daripada pesakit darah tinggi dan diabetes, jadi adalah lebih baik untuk tidak pulang ke kampung.

"Ini kerana ada kemungkinan anda pembawa wabak dan memindahkannya kepada golongan berusia atau berisiko," katanya ketika sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini.


P/S: Tunggu aje la wabak C19 beransur pergi dan ada vaksin C19.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
hayrin86 replied at 24-11-2020 11:58 AM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon kerjasama orang ramai khususnya yang menetap di z ...

Jgn pkp buln 12 sudah
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2020 04:38 PM | Show all posts

Pencarian vaksin hampiri penamatnya



Penghasilan vaksin Covid-19 buatan Pfizer dan BioNTech SE serta Moderna menjadi sinar harapan buat semua masyarakat dunia.



STATISTIK Universiti John Hopkins merekodkan lebih 58 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus Covid-19 justeru penghasilan vaksin yang terbukti berkesan dan selamat digunakan manusia dilihat sebagai satu keutamaan untuk komuniti global termasuk Malaysia.

Pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat (AS) dan China masing-masing giat menjalankan ujian klinikal bagi menghasilkan vaksin yang diharap dapat menjadi benteng pertahanan daripada virus maut yang telah mengorbankan lebih sejuta nyawa setakat ini.

Terkini, syarikat farmaseutikal Pfizer dari AS dengan kerjasama firma bioteknologi BioNTech SE dari Jerman mendedahkan hasil ujian klinikal akhir mendapati vaksin yang dihasilkan mereka adalah 95 peratus berkesan dan tidak mempunyai isu keselamatan yang serius.

Yakin dengan kemampuan vaksin tersebut bertindak aktif dan berkesan melawan jangkitan Covid-19, Pfizer dilaporkan akan memohon kelulusan untuk penggunaan vaksin berkenaan daripada pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, sebuah lagi firma bioteknologi dari AS, Moderna mendedahkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan mereka adalah 94.5 peratus berkesan dan lebih mudah disimpan berbanding vaksin buatan Pfizer dan BioNTech SE yang perlu disimpan dalam suhu ultra sejuk.Walaupun dua syarikat itu mendakwa bahawa vaksin mereka mencapai lebih 90 peratus keberkesanannya namun pada ketika ini terdapat enam vaksin yang sudah melepasi ujian klinikal fasa tiga.

Enam vaksin itu adalah Ad5 dari syarikat CanSino Biologics di China, vaksin Sputnik V dari Gamaleya Research Institute di Rusia, vaksin EpiVacCorona dari Vector Institute di Rusia, vaksin CoronaVac dari syarikat Sinovac Biotech di China dan dua lagi vaksin dari syarikat Sinopharm di juga dari China.

Boleh dikatakan kejayaan kesemua vaksin tersebut sedikit sebanyak meniupkan sinar harapan namun adakah penemuan itu menandakan kita semakin hampir ke garisan penamat memerangi Covid-19?

Bagi pakar epidemiologi daripada Universiti Malaya (UM), Datuk Profesor Dr Awg Bulgiba Awg Mahmud, pengumuman oleh firma Pfizer dan BioNTech SE serta Moderna adalah terlalu awal memandangkan ujian klinikal fasa tiga bagi kedua-dua vaksin berkenaan masih belum lagi selesai.

“Cara pengukuran keberkesanan yang dilaporkan sebagai 90 peratus juga adalah daripada dapatan awal dan belum lagi diterbitkan dalam mana-mana jurnal yang berwasit. “Kita berharap bahawa keberkesanan ini adalah betul dan benar daripada segi epidemiologi dan bukan didorong oleh kepentingan komersial semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian.

Biarpun penemuan awal vaksin itu dapat memberi sedikit harapan, Awg Bulgiba membangkitkan beberapa isu berkaitan vaksin yang dihasilkan firma-firma terbabit.Tegasnya, hanya setelah terdapat bukti yang kukuh dan telah diteliti oleh pakar-pakar dalam bidang ini, barulah sebenarnya syarikat itu boleh memohon kelulusan daripada badan yang bertanggungjawab mengawal-selia ubat-ubatan seperti FDA Agensi Perubatan Eropah dan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di Malaysia.

“Pertama, sama ada ia benar-benar selamat untuk digunakan oleh kumpulan sasaran. Kedua, sama ada ia benar-benar berkesan terutama sekali dalam kalangan kumpulan sasaran yang tertentu seperti warga emas dan orang yang berisiko tinggi dan ketiga, sama ada ia boleh dikeluarkan dalam kuantiti yang mencukupi,” katanya.

Pujian harus diberikan kepada kerajaan kerana berusaha meringankan beban rakyat menerusi pelbagai bentuk bantuan malah kerajaan juga dilaporkan telah memperuntukkan RM3 bilion untuk membiayai perolehan vaksin Covid-19.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat baru-baru ini, keperluan mendapatkan vaksin berkenaan termasuk dalam peruntukan Kumpulan Wang Covid-19.

Selain itu, Malaysia dan China juga dilaporkan telah menandatangani perjanjian kerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan.



Penghasilan vaksin Covid-19 buatan Pfizer dan BioNTech SE serta Moderna menjadi sinar harapan buat semua masyarakat dunia.

Khairy juga mengatakan kerajaan telah berhubung dengan 10 pengeluar vaksin Covid-19.

Ia membabitkan lapan pengeluar yang dihubungi secara terus manakala dua lagi pengeluar Covid-19 dihubungi melalui Fasiliti Akses Global Vaksin Covid-19 (Covax) yang bakal menjamin Malaysia akan mendapat akses bekalan vaksin Covid-19 untuk 10 peratus populasi negara.

Menyentuh tentang keutamaan imunisasi, Khairy memaklumkan Jawatankuasa Khas Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang ditubuhkan pada 14 Oktober lalu bersetuju membahagikan kepada tiga fasa dengan kumpulan petugas barisan hadapan diberikan keutamaan.


Bagi pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman, kejayaan penemuan kedua-dua vaksin berkenaan berkemungkinan menjadi langkah penyelesaian kepada krisis Covid-19.

Malina menambah sekiranya vaksin tersebut terbukti berkesan dan mula berada di pasaran Malaysia, keutamaan perlu diberikan kepada anggota barisan hadapan, kakitangan kesihatan dan perubatan, sama seperti yang ditegaskan oleh Khairy.

“Golongan berisiko untuk mendapat komplikasi teruk serta mereka yang perlu membuat perjalanan ke kawasan berisiko juga perlu diberi keutamaan,” kata Malina yang berharap vaksin itu selamat digunakan untuk setiap kumpulan umur.


Malina turut menegaskan dengan penemuan vaksin berkenaan, ia seharusnya tidak menghalang komitmen rakyat Malaysia untuk terus patuh terhadap semua langkah pencegahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2020 12:55 PM | Show all posts

Jangan ghairah balik kampung



MOHD. Taufik Maidin menyerahkan tongkat kuasa sebagai simbolik penyerahan tugas kepada pemangkunya, Sik Choon Foo (kanan) sambil disaksikan Shafien Mamat (tengah) di IPD Gua Musang, Kelantan, hari ini.



GUA MUSANG: Warga kota dinasihatkan  jangan terlalu ghairah pulang berjumpa ahli keluarga sehingga membawa jangkitan Covid-19 di kampung.

Ketua Polis negeri, Deputi Komisioner Datuk Shafien Mamat berkata, individu yang berada di zon merah atau dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang pulang ke kampung memberi risiko kepada  warga emas, ibu bapa dan ahli keluarga lain.

Katanya, mereka juga diseru supaya tidak menyembunyikan fakta diri yang tidak sihat.


“Saya nak tekankan supaya kita jangan ambil kesempatan apabila tidak ada lagi batasan sempadan, negeri dan daerah.

“Semua berlumba-lumba nak balik, tetapi kita kena ingat apabila diri rasa tidak sihat serta bergejala,  dapatkan rawatan terlebih dahulu sehingga sembuh,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Gua Musang, di Ibu pejabat Daerah (IPD) Polis, di sini hari ini.


Pada majlis tersebut, beliau menyaksikan Penyerahan tugas Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin kepada pemangkunya, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Sik Choon Foo.


Mohd. Taufik dilantik bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Gua Musang selama tiga tahun bertukar ke negeri Kedah sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik memangku pangkat Asisten Komisioner berkuatkuasa 28 Disember ini.


Shafien berharap warga kota yang sudah pulang ke negeri ini supaya menjaga prosedur operasi standard (SOP) terutama di premis makanan, pusat membeli belah dan tempat awam.


Katanya, dalam tempoh itu penguatkuasaan oleh agensi masih diteruskan.



“Jangan nak balik Kelantan buat benda tak tentu hala dan tindakan masih boleh diambil.

“Jadi gunakan peluang kebebasan yang diberikan oleh kerajaan ini dengan sebaik mungkin dan jangan buat perkara yang memudaratkan orang sekitar kita,” katanya. – UTUSAN ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 02:03 PM | Show all posts

Masih risau merentas negeri untuk bercuti?


KUALA LUMPUR: Orang ramai menunjukkan kesedaran tinggi terhadap risiko merentas negeri untuk bercuti ketika pandemik COVID-19.


Hasil kaji selidik terbaharu Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati seramai 816 responden (63.1 peratus) daripada 1,289 responden yang mengambil bahagian memilih untuk tidak merentas negeri ketika bercuti hujung tahun ini.


Pusat Penyelidikan Undian UCSI menjelaskan, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang panjang menjadi punca utama sebahagian responden memilih untuk merentas negeri bagi melepaskan tekanan terutama ketika musim perayaan.


"Kelonggaran diberikan kerajaan terhadap larangan merentas negeri dan sudah lama tidak melancong antara dua alasan utama 36.9 peratus responden memilih untuk merentas negeri.


"Banyak promosi yang hebat jika melancong ketika ini, melancong adalah aktiviti tahunan, membantu ekonomi dengan melancong dan merasa selamat untuk melancong ketika ini antara alasan lain yang diberikan responden," kata kenyataan itu.


Selain itu, lebih ramai responden memilih untuk tidak merentas negeri kerana keadaan masih tidak selamat untuk melancong dan menganggap melancong boleh meningkatkan kes COVID-19.


Katanya lagi, mereka dari kumpulan pendapatan isi rumah yang tinggi mempunyai keinginan melancong merentas negeri sempena cuti hujung tahun ini.


P/S: Lebih baik tak payah berbuat demikian jika tiada apa-apa urusan penting merangkumi kerja, kecemasan dan keperluan mendesak.


Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2020 02:11 PM | Show all posts

26.5 Juta Rakyat Malaysia Bakal Diberikan Suntikan Vaksin Covid-19 Percuma

Sebelum ini, Menteri Sains dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata bekalan vaksin Covid-19 untuk Malaysia dijangka akan diterima pada suku pertama tahun depan dan bekalan vaksin itu dapat meliputi 30% populasi negara.



Terkini, menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Khairy Jamaluddin di Twitter, beliau berkata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan portfolio terbaru iaitu bekalan vaksin untuk 82.8% populasi negara. Jumlah vaksin itu adalah sebanyak RM2.05 bilion tetapi akan diberikan percuma kepada rakyat Malaysia.
Tambahan 6.4 juta dos vaksin Covid-19
Foto: The Edge Marketers

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan baru sahaja memeterai perjanjian dengan syarikat farmaseutikal, Astra Zeneca bagi memperoleh tambahan dos vaksin Covid-19 sebanyak 6.4 juta ataupun 10 peratus tambahan untuk populasi rakyat Malaysia.

Kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan syarikat pengeluar vaksin iaitu Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan jaminan tambahan bekalan vaksin melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2.05 bilion melalui semua rundingan dan perjanjian yang sudah dan akan dimeterai buat masa ini.



Menurut beliau, kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan syarikat farmaseutikal lain bagi memastikan negara mempunyai jaminan akses bekalan vaksin percuma yang mencukupi.
Muhyiddin bakal terima suntikan vaksin Covid-19 terawal
Foto: Libur

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 itu bagi membuktikan dan meyakinkan rakyat Malaysia bahawa vaksin yang diperoleh adalah selamat dan berkesan. Beliau turut berkata, ini akan diikuti oleh ‘frontliners’ sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit kronik.

Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin yang telah ditubuhkan akan memastikan bekalan vaksin diperoleh dengan keadaan segera. Jangkaan bekalan pertama akan diterima pada seawal Februari 2021.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2020 11:47 AM | Show all posts

Dua perkara buat Pandelela rindu

mimi098 replied at 2-6-2020 01:26 AM
walaupun tk dpt balik raya kita kena bersyukur sbb family and org kita sayang semua sihat. nanti h ...


Pandelela bersama keluarga ketika menyambut Krismas pada 2017.


KUALA LUMPUR: Masakan ibu dan berkumpul bersama ahli keluarga. Itu dua perkara yang akan dirindui ratu terjun negara, Pandelela Rinong selepas tidak dapat meraikan sambutan Krismas tahun ini bersama keluarga tercinta.

Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Bau, Sarawak selepas kerajaan negeri itu mengenakan perintah kuarantin selama 10 hari terhadap orang ramai yang tiba dari luar Sarawak.

Katanya, dia akan meraikan Krismas kali ini bersama teman serumah dan akan melepaskan kerinduan terhadap keluarga menerusi panggilan video.

"Makanan kegemaran saya pada Krismas adalah makanan laut yang dimasak ibu. Itu yang saya akan rindui selain berkumpul dengan ahli keluarga.
"Sebenarnya ini bukan kali pertama saya menyambut Krismas tanpa keluarga, memang sudah biasa pun sebelum ini. Tahun ini sambut di rumah bersama teman serumah dan rakan-rakan yang lain.

"Sambutan biasa sahaja, mungkin hanya duduk di rumah dan mungkin buat 'virtual party'. Harapan saya dapat pulang bertemu keluarga tahun depan sebaik tamat perintah kuarantin di Sarawak," katanya yang diberikan cuti daripada latihan sehingga tahun depan.

Kedua-dua kejohanan boleh dianggap sebagai aksi pemanas badan buat atlet berusia 27 tahun berkenaan sebelum beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung bermula 23 Julai hingga 8 Ogos.

Pandelela sudah pun melayakkan diri ke Tokyo dalam acara 10 meter platfrom seirama bersama gandingannya Leong Mun Yee selain 10m platform individu.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 10:27 PM | Show all posts

Rentas Negeri, Rentas Daerah Tidak Dibenarkan Selama 14 Hari





Pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan di seluruh negara selama 14 hari bermula Rabu ini, manakala bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pergerakan rentas daerah juga tidak dibenarkan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan rantaian COVID-19, aktiviti sosial membabitkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun katanya, bagi negeri di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu Perlis dan Sarawak, aktiviti sosial adalah dibenarkan tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas mengenai pelaksanaan PKP, hari ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2021 10:52 PM | Show all posts

COVID-19: Malaysia dijangka terima vaksin Pfizer hujung Februari




KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia dijangka menerima bekalan vaksin Pfizer untuk fasa pertama pada hujung Februari ini.


Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa hanya vaksin yang memenuhi ciri-ciri keselamatan, berkualiti dan berkesan akan didaftarkan serta digunakan di Malaysia.

"Proses penilaian ini dibuat oleh Jawatankuasa Penilaian Produk NPRA untuk kelulusan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah bagi tujuan pendaftaran sebelum vaksin COVID-19 itu boleh digunakan di Malaysia," katanya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2021 11:27 AM | Show all posts

Pendaftaran untuk vaksin Covid-19 akan dibuka


FOTO HIASAN



Putrajaya: Pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Sementara itu, mengenai penerimaan rakyat terhadap vaksin Covid-19, Dr Adham berkata tinjauan oleh KKM secara dalam talian pada 21 hingga 28 Disember lalu mendapati sebahagian besarnya bersetuju.

"Tinjauan dalam talian ini disertai 212,000 responden dan daripada jumlah itu 67 peratus bersetuju, 17 peratus tidak pasti dan 16 peratus tidak bersetuju.

"Peratusan yang tidak pasti itu kerana mereka risau akan keberkesanan vaksin terbabit. KKM akan membuat tinjauan dan kaji selidik dari masa ke semasa untuk mengetahui penerimaan rakyat," katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin.

Turut dilaporkan ialah vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).


Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan dan ada sebahagian daripada negara itu sudah mula menggunakan vaksin berkenaan.

Untuk rekod, vaksin Pfizer juga menjadi vaksin Covid-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2021 09:30 AM | Show all posts

Pasukan Liga M boleh rentas negeri

Kuala Lumpur: Jika tiada perlawanan persahabatan apalah ertinya persediaan pasukan Liga Malaysia (Liga M) menjelangnya aksi sepak mula liga yang hanya berbaki tidak sampai sebulan saja lagi.


Namun kebimbangan mereka itu akhirnya didengari pihak berkaitan apabila pasukan Liga M akhirnya diberikan lampu hijau untuk mengadakan perlawanan persahabatan termasuk kebenaran merentas negeri dalam tempoh terdekat ini.


Khabar gembira itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan yang memaklumkan pasukan dibenarkan mengadakan perlawanan persahabatan dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.

"Kelulusan perlawanan persahabatan dan latihan turut membenarkan pergerakan rentas negeri dan daerah bagi perlawanan persahabatan itu yang mana pasukan harus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri masing-masing untuk tujuan berkenaan.

"Kebenaran ini seharusnya diiringi dengan disiplin tinggi oleh pemain dan pegawai pasukan supaya mereka tidak dijangkiti pandemik berkenaan sekali gus akan menyusahkan banyak pihak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, keputusan Liga M untuk bermula pada 5 Mac depan adalah demi kepentingan aksi domestik.

Keputusan itu dicapai selepas mendapat pandangan dan persetujuan daripada rakan kongsi liga menerusi mesyuarat dalam talian bersama ketua pegawai eksekutif kelab.

Menurutnya, keputusan sepak mula Liga M pada 5 Mac itu juga adalah langkah terbaik pada masa ini demi memberikan laluan kepada pasukan kebangsaan yang bakal beraksi untuk kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di samping survival industri bola sepak tempatan.

"Perkara berhubung sepak mula Liga Malaysia bermula 5 Mac 2021 adalah keputusan relevan buat masa ini dan perkara ini telah mendapat sokongan daripada setiap wakil kelab ketika mesyuarat dalam talian bersama CEO kelab semalam.

"Untuk makluman, pasukan negara meminta supaya membuat persiapan akhir dengan mengadakan sesi latihan pusat pada bulan depan selepas perlawanan kelayakan dijangka dipinda ke Jun depan. Ini penting memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe sudah setahun tidak berlatih bersama.

"Perjuangan pasukan kebangsaan adalah agenda nasional di mana wakil kelab berasa bertanggungjawab dalam memastikan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mendapat slot automatik ke pentas Piala Asia 2023.


"Kedua, MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan perlawanan penuh (22 perlawanan) di mana kami tidak mahu mengambil risiko yang akan memberikan kesan kepada penajaan selain langkah mengurangkan perlawanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cabaran terpaksa diambil jika kalendar Liga Malaysia bermula lebih lambat," katanya.


P/S: Harapnya penggiat-penggiat sukan lain selain pasukan Liga Malaysia dikecualikan daripada sekatan merentas negeri dan daerah. Lain-lain selain warga sukan khasnya tiada urusan penting kekal sekatan merentas negeri dan daerah sehingga sifar kes baru C19.



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:16 AM | Show all posts
miaryy replied at 2-6-2020 01:21 AM
kalau urusan kerja boleh je rentas negeri. Kalau saja saja tu yg tak boleh. yelah kang merebak bal ...

Setuju.. Sekarang pasukan Liga Malaysia dibenar merentas negeri..

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 09:19 AM | Show all posts
Esmiria replied at 17-7-2020 04:01 AM
Kita jaga diri sendiri sekrng..org x ikut sopp


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kurun punya citer ni lahai
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 08:54 AM | Show all posts

Jangkitan Covid-19 dijangka tamat enam hingga sembilan bulan


Kuala Lumpur: Vaksinasi dijangka menjadi titik penamatan jangkitan Covid-19 dalam negara dalam tempoh enam hingga sembilan bulan.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksinasi memberikan perlindungan dalaman manakala kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) serta tindakan kesihatan awam menyediakan perlindungan luaran.


"Peringkat awal kita menggunakan dua strategi iaitu perlindungan dalaman dan luaran.

"Jika dijangkiti, kita harap vaksin antibodi yang dijana akan memutuskan jangkitan dalam tubuh.

"Kaedahnya kita akan gunapakai dalam enam hingga sembilan bulan lagi sehingga mencapai imuniti kelompok," katanya dalam sesi libat urus media kali keempat menerusi sidang maya, hari ini.


Menurutnya, sekiranya negara berjaya mencapai 70 peratus imuniti kelompok iaitu 23.6 juta daripada 32 juta penduduk Malaysia mendapat vaksinasi, ia dijangka dapat memutuskan rantaian Covid-19 dalam negara.

"Vaksin ini hanya sekali suntikan saja dan penting digunakan kepada kumpulan tertentu terutama di pedalaman," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2021 09:01 AM | Show all posts

264 atlet, pegawai terima suntikan April depan

totokreturn. replied at 27-2-2021 07:07 AM
Berapa kurun punya citer ni lahai

Putrajaya: Seramai 264 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara ke kejohanan antarabangsa dalam misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Tokyo dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula April depan.


Ia kumpulan pertama daripada keseluruhan 4,000 atlet dan pegawai dalam senarai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa pertama.


Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menjangkakan pada Mei ini, kesemua 264 individu itu akan mendapatkan suntikan dos kedua sekali gus memberi keyakinan kepada mereka untuk kembali bertanding di peringkat antarabangsa.

"Kami mengharapkan sekurang-kurangnya pada Mei ini, 264 akan berjaya divaksin, maknanya mereka sudah disuntik dua dos vaksin supaya setibanya bulan Julai, mereka berada dalam keadaan yang boleh menyertai (kejohanan) dan bebas Covid-19," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Perkongsian antara Techninier Sdn Bhd dan Impact Integrated di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, hari ini.


Reezal Merican berkata meskipun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 untuk Sukan Olimpik Tokyo, pengambilannya dilihat mampu menjamin keselamatan serta tahap kesihatan atlet.


Bagaimanapun, beliau berkata keputusan untuk menerima suntikan vaksin tersebut adalah bersifat sukarela.


"Pengambilan vaksin adalah secara sukarela, kami sediakan jika mereka (atlet) ingin divaksin dan terdapat beberapa prosedur serta borang perlu diisi, tetapi seperti disebut Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini percuma dan secara sukarela, bukannya wajib.


"Saya yakin semua atlet akan memilih untuk divaksin kerana ia satu perkara yang memberi kedudukan mereka jauh lebih selamat," katanya.


Minggu lepas, KBS mengesahkan senarai nama 4,000 atlet dan pegawai untuk diberikan keutamaan sebagai penerima vaksin Covid-19 dihantar sendiri kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Rabu lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin Covid-19 selepas kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech tiba di tanah air, Ahad lepas.


Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2021 09:49 AM | Show all posts

PDRM perketat sekatan antara negeri


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperketat penguatkuasaan kawalan sekatan jalan raya di seluruh negara dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19, sekali gus memastikan tidak berlaku 'kluster antara negeri'.


Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sebelum ini ada tanggapan dan dakwaan menyatakan anggota keselamatan itu bertindak sambil lewa dalam penugasan anggota serta pegawainya di sekatan jalan raya.


Beliau berkata, sehubungan itu, semua Pesuruhjaya Polis dan Ketua Polis Negeri diarahkan untuk mengerah anggota dan pegawai mereka mengawal setiap sekatan jalan raya dengan lebih ketat.


"Saya tidak menolak kemungkinan berlaku pergerakan rakyat curi balik ke negeri di pantai timur. Mungkin esok berlaku cubaan rentas ke Perak dan Pulau Pinang. Saya akan pastikan pegawai tinggi setiap negeri dan juga dari Bukit Aman turun pantau operasi.


"Saya tidak mahu PDRM dipersalahkan, dan tidak sanggup lihat sekali wujud 'kluster interstate' (antara negeri) seperti sebelum ini," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 01:09 PM | Show all posts

Bimbang muncul kluster baharu bila balik kampung

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tahun ini, dinasihat supaya tidak meletakkan harapan tinggi untuk kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri bagi tujuan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi bayangan bahawa aktiviti rentas negeri dibimbangi akan terus menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 yang kini sedang menunjukkan trend penurunan.

Katanya, kerajaan sudah pun beri kelonggaran untuk beberapa aktiviti seperti bazar Ramadan, solat terawih dan aktiviti masjid dan setiap keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

"Seperti yang kita tahu, rentas negeri adalah satu daripada faktor penyumbang kepada kluster kes-kes baharu positif COVID-19 dan sebanyak 32 kluster 'balik kampung' dan rentas negeri direkodkan.

"Contoh di Sarawak, dulu sebuah negeri hijau dan terbaik di negara ini daripada segi kawalan namun akibat aktiviti balik kampun, sebuah rumah panjang menjadi kluster dan sekarang Sarawak banyak zon merah dan jingga," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu lagi contoh klasik adalah keadaan COVID-19 di Kelantan apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri pada Disember lalu, rakyatnya yang tinggal di Lembah Klang ramai pulang ke kampung.

"Akibatnya lebih 65 peratus daerah di negeri itu bertukar menjadi zon merah dan kes terus meningkat sehingga status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan di negeri itu ditukar kepada PKP kerana kes 'balik kampung'.

"Oleh demikian, KKM merasakan kawalan rentas negeri ini perlu dilakukan dengan cara yang lebih tegas," katanya.

Justeru, katanya, keputusan untuk membenarkan rakyat pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri kali ini akan dibuat berdasarkan nasihat KKM kepada Jawatankuasa Teknikal PKP atau sidang khas MKN kelak, sama ada membenarkan atau tidak.

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 12:34 PM | Show all posts

Tangguh rentas negeri hingga warga emas divaksin

Kuala Lumpur: Kebenaran rentas negeri perlu ditangguhkan hingga majoriti kumpulan rentan khususnya warga emas diberikan vaksin COVID-19 terlebih dahulu.


  Pakar epidemiologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mengambil kira faktor vaksinasi di samping enam indikator yang diguna pakai kementerian itu ketika ini dalam membuat penilaian risiko.


  Selain itu, katanya, faktor pertambahan jumlah zon hijau dan penurunan kes aktif dan kes baharu kepada dua atau satu angka juga perlu dipertimbangkan sebelum aktiviti rentas negeri khususnya untuk menyambut Aidilfitri dibenarkan.


  "Apabila rentas negeri dibenarkan, memang orang akan balik kampung khususnya menjelang Ramadan dan Aidilfitri. Ini bermakna risiko jangkitan kepada orang tua di kampung akan meningkat.

  "Saya berpendapat wajar untuk ibu bapa kita yang berusia 60 tahun ke atas divaksin terlebih dahulu menerusi Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula bulan depan.

  "Jika kapasiti vaksinasi maksimum iaitu 126,000 dos sehari berjaya dicapai, kita akan mencapai hampir 7.6 juta kelompok rentan divaksin sekitar dua minggu selepas Aidilfitri, selain jumlah kes baharu dan kes aktif dijangka menurun kepada satu atau dua angka ketika itu jika pematuhan SOP dikekalkan.

  "Sehubungan itu, saya berharap rentas negeri hanya dapat dibenarkan paling awal satu atau dua minggu selepas Aidilfitri," katanya ketika dihubungi BH, semalam.


  Terdahulu, KKM menerusi Facebook memaklumkan, kebenaran rentas negeri menjelang Aidilfitri akan diputuskan berdasarkan penilaian risiko yang membabitkan enam faktor, antaranya situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang; trend dan kadar kebolehjangkitan; serta situasi semasa iaitu kadar dan jumlah kes kematian.

  Selain itu, keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital; situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti; dan ujian saringan di lapangan, termasuk penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

  Malina berkata, berdasarkan pola tingkah laku masyarakat pada Disember tahun lalu, jangkitan COVID-19 dikhuatiri melonjak semula apabila rentas negeri dibenarkan, sekali gus langkah melindungi golongan rentan perlu diberi keutamaan sebelum ia dibenarkan.

  "Pada Disember tahun lalu, pelanggaran SOP amat ketara apabila rentas negeri dibenarkan dan jika ia berulang, Malaysia berpotensi berdepan gelombang keempat COVID-19," katanya.

  Sementara itu, pakar dasar kesihatan awam, Dr Khor Swee Kheng, berkata KKM disaran turut mengambil kira kadar kes positif berbanding jumlah saringan yang dilakukan yang perlu berada di bawah lima peratus mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

   Beliau berpandangan, ia akan melengkapkan indikator dalam penilaian risiko KKM untuk memutuskan sebarang perkara, termasuk sama ada membenarkan rentas negeri atau sebaliknya.

  "Enam indikator yang diumumkan oleh KKM hari ini hendaklah dialu-alukan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi ketelusan untuk rangka proses membuat keputusan di dalam KKM, dan ia amat penting untuk keputusan yang konsisten dan mudah difahami.  Untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses ini, semua data itu perlulah diumumkan kepada rakyat Malaysia secara berkala," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:51 AM | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.152012 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list