|
[Tempatan]
1 Jun kelonggaran rentas negeri - urusan kerja, kecemasan, suami-isteri berjauha
[Copy link]
|
|
Betul.. Yang beragama Islam tunggu Raya tahun depan la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya still kena cop juga la kan. Sblm ni polis takmo cop sbb tak dibenarkan masa raya tu.
Skrg ni dah dibenarkan mcm sblm ni maknanya kena isi form cop polis gak la.
Mana la boleh redah je pastu kabo saya kije kat mana2 mestila kena ade surat kebenaran kan. Atleast surat majikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari raya haji ni mgkn boleh dah tu benarkan blk kg..
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Suami isteri 'PJJ' dibenar rentas negeri mulai esok
KUALA LUMPUR: Berita baik untuk pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas tuntutan kerja, kerajaan kembali membenarkan individu berkenaan melakukan perjalanan rentas negeri mulai esok.
Sebelum ini (21 Mei), kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri buat sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei lepas.
Bagaimanapun, disebabkan lambakan kenderaan yang 'curi-curi' merentas negeri tanpa memberikan alasan munasabah, kerajaan menarik balik kelonggaran berkenaan.
Namun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keistimewaan itu hanya diberikan kepada pasangan jarak jauh (PJJ) kerana bekerja di dua negeri berbeza.
Namun bagi mereka yang masih bujang, sabarlah kerana giliran anda pasti tiba nanti. Jadi terus patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Bagaimanapun, perjalanan rentas negeri itu terhad, untuk seminggu sekali sahaja dan individu 'istimewa' terbabit perlu mengemukakan permohonan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan kebenaran perjalanan merentas negeri.
Bagi urusan kerja dan kes kecemasan seperti kematian atau perubatan, tiada masalah untuk perjalanan merentas negeri asalkan ada surat kebenaran dikeluarkan oleh pihak polis.
Bermula esok juga, institut memandu dan latihan serta proses pelesenan pemandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kembali beroperasi dari 8 pagi sehingga 4 petang, namun dilakukan dengan standard prosedur operasi (SOP) yang ketat.
Berdasarkan perkongsian di media sosial baru-baru ini, beberapa pejabat JPJ bagai hendak pecah pintu apabila diserbu orang ramai selepas kembali dibuka pada 17 Mei.
Diharapkan orang ramai usah 'kalut' menyelesaikan urusan yang tertangguh sebelum PKP.
Hari ini, hari ke-28 Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sejak 4 Mei lepas, memperlihatkan Malaysia kini dalam fasa pemulihan terakhir susulan kejayaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-75.
Buktinya, pada sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu jumlah kes positif COVID-19 kembali mencatat dua angka dengan 30 kes, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif terkini ialah 7,762 kes dengan kematian masih kekal 115 kes.
Pastinya, masyarakat mula menarik nafas lega apabila kes baharu positif dan kes kematian angkara wabak itu menunjukkan trend menurun sejak dua minggu kebelakangan ini namun ingatlah perang melawan COVID-19 belum berakhir. – BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Kebenaran golongan bujang bertemu keluarga dipertimbangkan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada golongan bujang pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa atau keluarga masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, memahami perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.
"Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.
"Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.
"Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo yg meniaga sendiri, nak bagitau apa dekat polis, dia la majikan dialah pekerja? |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu cikgu yg terperangkap ari tu dh boleh balik la kan..tp dorg dgr sekolh tutup smpi ujung thn, so dorg nm stay smpi ujung thn la gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 31-5-2020 05:41 PM
Cikgu cikgu yg terperangkap ari tu dh boleh balik la kan..tp dorg dgr sekolh tutup smpi ujung thn, s ...
Stay kat kampung la best. Tak payah nak beratur beli barang basah. Kos of living rendah. Kes covid pun zero kat kampung. Hati senang lenang. |
|
|
|
|
|
|
|
totokreturn. replied at 31-5-2020 05:49 PM
Stay kat kampung la best. Tak payah nak beratur beli barang basah. Kos of living rendah. Kes covid ...
Kalau yg mengajar online tu iols x kisah kat mana pun dia berada..tp yg diam berkutik xde dgr pun dia bg keje kat student apatah lg nk online face to face..erm... |
|
|
|
|
|
|
|
Da kene masuk opis . Ulang alik semban melaka padahal keje boleh buat dekat rumah je pon. Susah ada manager selfish ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap boleh, kejap tak boleh, lepas tu boleh balik, dah tu tak boleh, la ni boleh balik. Dakam pada tu dah berbondong2 org lepas balik ke kampung. Cukup2 lah ko kantoi masa jadi menteri tanam sayur dan Mara Digital lingkop Mael Sabri oiii. |
|
|
|
|
|
|
|
PKPB:Mulai hari ini boleh rentas negeri
301 Less than a minute
MESYUARAT Khas Menteri bersetuju untuk kembali memberi kelonggaran rentas negeri bermula 1 Jun ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, kebenaran hanya akan diberi kepada pasangan terpisah, urusan kesihatan, bekerja dan kecemasan seperti kematian.
“Perjalanan merentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi urusan kerja dan kes-kes kecemasan seperti kematian atau perubatan.
“Setelah mendapat nasihat pihak PDRM, Mesyuarat Khas Menteri mengenai Pelaksanaan PKP hari ini bersetuju bahawa pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020,” katanya pada sidang media harian pada Sabtu.
Sebelum ini, pada 21 Mei lalu, Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi pergerakan rentas negeri yang dibenarkan menjelang perayaan Aidilfitri sebelum ini.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan masih ada yang beratur panjang di balai polis untuk mendapatkan kebenaran balik kampung seperti yang berlaku di Kuantan.
Lebih memeritkan, kelonggaran kepada suami isteri yang menjalin hubungan rentas negeri untuk dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada hujung minggu juga turut ditarik balik kerajaan. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 31-5-2020 05:41 PM
Cikgu cikgu yg terperangkap ari tu dh boleh balik la kan..tp dorg dgr sekolh tutup smpi ujung thn, s ...
Idok. Walaupun budak tak dak mesti cikgu kena g sekolah jugka. Nanti kan netizen jeleous hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana kalau merentas ke sabah/srwk? Kena kuarantin 2minggu jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
iznanaziz replied at 31-5-2020 03:21 AM
tak yah dah.
tapi kalau majikan ko boleh kuar surat kebenaran rentas negeri, tu pun dah cukup bai ...
Kena g balai jugak..register...mcm laki aku kena rentas negeri utk keje..dia bwk surat dr MITI& company dia.pastu g balai..ad isi borg kt balai...pstu balai amik particular sket... |
|
|
|
|
|
|
|
sama jer macam proses sebelum ni,
kena pi balai minta kebenaran jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih tetap kena ikut arahan kerajaan negeri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|