Kisah Aiza Syafinaz Shahak, balu kepada pesakit COVID-19 pernah kami siarkan sebelum ini. Dari detik mendapat perkhabaran duka, suami pergi menemui illahi kerana COVID-19 sehingga sambutan Aidilfitri serba-serbi pilu disebabkan tiada suami tersayang di sisi. Kami juga berpeluang merakam kenangan Aiza Syafinaz menziarahi pusara Allahyarham suaminya, pada hari ketujuh Syawal.
Terdahulu Aiza Syafinaz Shahak bersama arwah suami; Inspektor Mohd Fairos Saberon beserta bapanya dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 Mac hingga 12 Mac 2020. Mereka juga menghadiri majlis perkahwinan di Perlis.
Suaminya yang berusia 36 tahun kemudian diuji positif COVID-19 pada 17 Mac dan dimasukkan ke wad jagaan rapi Hospital Kuala Lumpur. Sehari kemudian, keadaannya menjadi tenat. Beliau diletakkan dalam keadaan ‘induced coma’ (keadaan koma yang sementara) oleh doktor untuk rawatan lanjut bagi organ jantung, paru-paru dan hati yang semakin tidak berfungsi.
Panggilan video terakhir dilakukan oleh arwah pada 18 Mac 2020 (hari pertama PKP dikuatkuasakan di Malaysia) sebelum beliau kemudian dikomakan merupakan kali terakhir beliau menatap dan bercakap dengan suaminya. Lima hari selepas mendapat rawatan iaitu pada 26 Mac 2020, arwah Inspektor Mohd Fairos Saberon meninggal dunia. Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Post time 31-5-2020 08:38 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Nie anak hj sahak ,iks simpang renggam tempat yg pertama kena kawal sepenuhnya tuhari. Dia pi Bandung, yg kecoh2 bapa dia positive setelah bersentuhan dengan jemaah tabligh then buat majlis kenduri kahwin sblm PKP bermula 15 mac kot gitulah.tu ramai positive kat simpang renggam
Post time 1-6-2020 12:15 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku harap lg banyak balu2 pesakit covid19 ni tampil atau bekas pesakit covid19, citer psl pengalaman menderita covid19 ni. Aku rimasla skrang ni geng2 antivaks flat earth tak caya covid19 ni wujud, cuma konspirasi illuminati nk tutup masjid je
Post time 1-6-2020 09:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
annehuda replied at 1-6-2020 12:15 AM
Aku harap lg banyak balu2 pesakit covid19 ni tampil atau bekas pesakit covid19, citer psl pengalaman ...
Kan.. dorang mmg sedaya upaya nak cakap semua ni konspirasi
Rasanya depa takmo amik vaksin tu nanti so depa nk sedapkan hati sendiri gak bahawa covid tu tk bahaya dan tk perlu vaksin bagai