CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5640|Reply: 91

[Tempatan] Ada menteri Bersatu pernah label Muhyiddin 'gila jawatan' - Syed Saddiq

  [Copy link]
Post time 31-5-2020 01:15 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pemuda Bersatu (Armada) yang kini dipertikaikan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa sebelum pilihan raya umum (PRU) lalu seorang menteri pernah mengajak datang ke pejabatnya untuk mempelawa agar beliau meninggalkan parti berkenaan.

Selain itu, kata Syed Saddiq, menteri terbabit - ketika itu merupakan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno - juga mendakwa Muhyiddin Yassin seorang ahli politik yang kemaruk mahu menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya, kata Syed Saddiq, menteri Umno terbabit menyertai Bersatu pula dan kini dilantik menjadi menteri.

“Saya ingat lagi, sebelum PRU ke-14, salah seorang menteri jumpa dengan saya dan cuba untuk tarik saya keluar dari Bersatu (dan individu tersebut)tidak lain tidak bukan adalah orang yang sama yang mengepelai Bersatu sekarang ini untuk membuang Tun (Dr Mahathir Mohamad).


“[...] (Beliau) memanggil saya ke pejabat dia dan bila berjumpa, dia juga yang tengah berkuasa (sebelum PRU ke-14) berkata bahawa Muhyiddin gila jawatan nak jadi perdana menteri. Sebab itu dia (Muhyiddin) masih menyerang Najib Razak (pada ketika itu).

“Malangnya orang ini sekarang diberi kuasa besar untuk tentukan hala tuju Bersatu,” katanya pada sidang media pimpinan Armada di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, sebelum Bersatu ditubuhkan, Muhyiddin merupakan timbalan presiden Umno manakala Najib menjadi presiden sekali gus perdana menteri.

Muhyiddin dipecat dari Umno pada 2016 kerana lantang mempersoalkan tindakan Najib berhubung skandal 1MDB. Beliau kemudian menyertai gerakan anti-Najib yang turut membabitkan Dr Mahathir Mohamad.

Mereka kemudian menubuhkan Bersatu dengan Mahathir menjadi pengerusi manakala Muhyiddin dilantik sebagai presiden. Bagaimanapun ketika ini hubungan kedua-dua mereka tegang ekoran langkah yang diambil Muhyiddin untuk meninggalkan PH dan bekerjasama dengan Umno.

Malaysiakini sudah cuba menghubungi menteri yang dinyatakan Syed Saddiq dan masih menunggu respons beliau.

Syed Saddiq adalah seorang daripada lima anggota parlimen yang diisytihar Bersatu sebagai tergugur keanggotaan mereka dalam parti baru-baru ini.

Sementara itu Syed Saddiq juga mengingatkan Muhyiddin agar supaya tetap menghargai "rakan" sama ada sewaktu berdepan masa sukar atau ketika senang.

“[...] Saya nak ingatkan Muhyiddin bahawa ingatlah rakan kamu dalam keadaan susah dan senang, dan siapa yang tinggalkan kamu dan tikam di belakang sehingga tiada kuasa sampai melabel kamu sebagai seorang yang gila jawatan,” katanya lagi.

Apa kata Pak Lah tentang Muhyiddin.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Pa eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2020 01:33 PM | Show all posts
Edited by ResellerMaxis at 31-5-2020 05:47 PM

Nampaknya segala persoalan dah terjawab.

Dah tahu siapa dalang utama. Selama ni iol ingat azmin kepala semua ni. rupanya Azmin pun dah ditundukannya.

patutlah pdrm xleh selesaikan video semburit azmin. Rupanya buah catur beliau untuk paksa azmin bawa beberapa MP dari PKR untuk menyokong kerajaan baru beliau.

Agaknya video Sandakan tu pun hasil kerja beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2020 01:34 PM | Show all posts

ramai gak ex menteri umno dalam kabinet muhyidin sekarang kan. xdapat dipastikan samada yang melompat ke bersatu or yang tidak melompat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbaik yb. Teruskan usaha anda. Semoga sentiasa aman bahagia..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 31-5-2020 05:34 AM
ramai gak ex menteri umno dalam kabinet muhyidin sekarang kan. xdapat dipastikan samada yang melom ...

Dia kata ex umno pastu masuk bersatu. Tok Pa la kot.
Walaupun aku masih lagi husnozon ngan tok pa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu scheme of amenda tu kehulu kehilir wpon sakit cancer
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh, ok.. noted..

Bila nak keluar cerita pasal sex scandal pula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 02:00 PM | Show all posts
kalau TSMY gila jawatan pun...
terbukti dia boleh memimpin...
jgn gila jwtn tapi syok sendiri..
diberi peluang melingkup pulak...
camner nak manage covid...
bende simple subsidi petrol RM30 pun x mampu laksanakan...
yg dah bagi RM30 e wallet...ambik balek....
malu aku jadi rakyat bawah PH...BANGANG
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 31-5-2020 02:00 PM
kalau TSMY gila jawatan pun...
terbukti dia boleh memimpin...
jgn gila jwtn tapi syok sendiri..

khueeen
aku x kesah pun sapa2 nak gila kuasa.yg penting reti buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo ya pun gila jawatn, tak kisahpun.
asalkan bole memimpin.
Kami dh selesa dgn keadaan skrg bebanding sebelum ni.
Didoakan semoga kekal sehingga PRU akn dtg
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pulak video sex yidin nk keluar ni....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:00 PM | Show all posts
Kalau gile kuasa tp keje jalan aku x berapa kisah sgt.

BTW, SS, sometimes diam tu lg nmpk bijak dr byk bercakap
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 31-5-2020 02:00 PM
kalau TSMY gila jawatan pun...
terbukti dia boleh memimpin...
jgn gila jwtn tapi syok sendiri..

Gila jawatan pentingkan rakyat ..siapa kisah kan..
Ni gila jawatan pentingkan kroni dan anak-anak..Rakyat disutuh ikat perut..pe jadah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
aireen24 replied at 31-5-2020 01:47 PM
Dia kata ex umno pastu masuk bersatu. Tok Pa la kot.
Walaupun aku masih lagi husnozon ngan tok pa ...

Ramai jer exumno masuk bersatu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
anisa replied at 31-5-2020 02:56 PM
kalo ya pun gila jawatn, tak kisahpun.
asalkan bole memimpin.
Kami dh selesa dgn keadaan skrg beba ...

Setuju sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
leetaemin replied at 31-5-2020 03:00 PM
Gila jawatan pentingkan rakyat ..siapa kisah kan..
Ni gila jawatan pentingkan kroni dan anak-anak ...

Ya betul. Kalau xgiler jawatan xmasuk politiklah. Duk pi kebun tanam sayur. Jd ss tu dlm politik giler jawatan jugak ke camner?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:09 PM | Show all posts
Muhyuddin tetap dihatiku...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:11 PM | Show all posts
leetaemin replied at 31-5-2020 03:00 PM
Gila jawatan pentingkan rakyat ..siapa kisah kan..
Ni gila jawatan pentingkan kroni dan anak-anak ...

cakap melayu pemalas...
padahal anak sendiri masih mengharapkan bapa jadi PM utk hidup senang...
anak semua x guna...
x jaga pun maruah bapa kena hamun maki dgn netizen...
x de yg suruh bapa berhenti tumpukan amal ibadah .....\
family ni mmg gila...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan dia buat kerja, gila kuasa lantak pi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.404961 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list