CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5444|Reply: 81

[Tempatan] PH Johor cukup kerusi bentuk semula kerajaan

[Copy link]
Post time 31-5-2020 04:39 PM | Show all posts |Read mode
PH Johor cukup kerusi bentuk semula kerajaan

Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini yakin bahawa kerusi untuk mengambil semula kerajaan dari Perikatan Nasional (PN) mampu dilakukan.

Menurut Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata bilangan kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan itu sudah diperolehi dan hanya menanti waktu yang sesuai untuk membuat tindakan.

Tegasnya, sebelum ini perbezaan antara kerajaan PN dan PH di Johor hanya terpisah dengan satu kerusi dan ia menggambarkan kerapuhan sebuah kerajaan yang dibina oleh PN.

“Dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini kita dapat lihat pergolakkan berlaku dan pastinya perkara itu terkesan di negeri ini.

“Hitungan serta susun gerak kerja yang dilakukan telah membuktikan bahawa kerajaan PN hari ini akan menjadi kerajaan terpendek dalam sejarah negeri Johor dengan kerapuhan dalam mereka membentuk kerajaan di negeri ini.

“Kita sudah kenal pasti beberapa Adun PN di Johor yang mampu untuk menunjukkan sikap berprinsip mempertahankan mandat rakyat bagi bertaut semula dengan PH di negeri ini.

“Senarai pendek yang diterima kita sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan PH akan terbentuk semula di Johor dengan bilangan yang lebih stabil berbanding dengan kerajaan PN hari ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Beliau ketika ditanya tidak menjawab Adun dari parti mana yang akan membuat tindakan menyokong PH tersebut namun dalam pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa PH sedia menerima mana-mana Adun dari PN yang mahu bersama.

“Kita hanya menegaskan bahawa bilangan itu cukup. Rakyat hanya perlu tunggu dan lihat keadaan ini berlaku.

“Kita tidak nafikan bukan sahaja Adun dari rakan lama PH sahaja yang akan menyokong PH malah ada juga dari kalangan parti-parti lain di kalangan mereka.

“PH bersedia untuk menerima sesiapa sahaja Adun dari PN bagi sama-sama menjalankan semula usaha memartabatkan rakyat setelah rakyat ditipu dengan janji manis mereka yang inginkan kuasa namun tidak memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat,” tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Aminolhuda Hassan dalam sidang media pagi tadi turut menyebut akan perkara tersebut.

“Berdasarkan kepada mandat rakyat, saya yakin dan percaya ada wakil rakyat (Adun) yang pro Tun M akan berpihak kepada kami (PH) dan Insya Allah dia akan bersama dengan kita.

“Pada kami, sekiranya Adun dari PKR yang menyokong PN sebelum ini mahu membuat keputusan bersama semula PH kami terima. Yang penting mereka sedar sekarang berlakunya kepincangan dalam pentadbiran dan sebagainya apabila kerajaan yang diambil hari ini secara tidak betul,” katanya.

Mampus lah macam ni. hari in lompat sana esok lompat sini. bila nak berakhir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lompat parti budaya kita, jangan persoal kan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila anggota PN lompat parti, digelar berprinsip.

Pi parliament, buat satu akta, mana2 wakil RAKYAT, diulang, RAKYAT, yg lompat parti, gantung segala jawatan, keahlian, gaji dan apa2 yg diambil masa memerintah termasuk pinggan mangkuk selama sepenggal selagi PRU tak berlansung.

Jawatan dia diisi oleh orang dalam parti sama.

Main politik mcm orang bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawak apakah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunku tolong maki deyols ni bagi pihak kami.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
HANYA BERLAKU DI MALAYSIA...KERAJAAN BOLEH SAHAJA BERTUKAR SAMADA BEBERAPA BULAN SEKALI ...ATAU BEBERAPA MINGGU SEKALI.......WTH......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai dah boleh nmpk bakal berubah je setiap 4 bulan je kerajaan ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu ekonomi makin teruk sbb tak ada kestabilan politik.. Buat PRU saja la.. Biar sapa yg menang memerintah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 05:18 PM
Lepas tu ekonomi makin teruk sbb tak ada kestabilan politik.. Buat PRU saja la.. Biar sapa yg menang ...

Pastu sambung melompat. Sampai bila xsudah.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 31-5-2020 05:19 PM
Pastu sambung melompat. Sampai bila xsudah.

Laa.. Buat PRU.. Dah selesai pru.. Masuk dewan gubal undang3 lompat.. Win2 situation utk semua parti.. Masa tu boleh tengok sapa mercun.

Dan why bother reply komen aku yg tak berilmiah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelaq..
Bagi tuanku saja perintah mcm ni. aku percaya, takdak exco pun kerajaan boleh ja ditadbir mcm biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:25 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 05:20 PM
Laa.. Buat PRU.. Dah selesai pru.. Masuk dewan gubal undang3 lompat.. Win2 situation utk semua par ...

Itu lah.. Aku rasa mmg dah kena gubal undang2 lompat parti ni....... Baik gomen atau pembangkang dua dua dpt faedah..... Sebelum nak lompat sila letak jawatan MP buat PRK.. Mesti ramai MP tak berani buat.......... Itu aje cara nak ngajo..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:25 PM | Show all posts
Lompat, lompat sana sini lompat
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 31-5-2020 05:25 PM
Itu lah.. Aku rasa mmg dah kena gubal undang2 lompat parti ni....... Baik gomen atau pembangkang d ...

Bila ada undang2 ttg katak ni.. Semua pihak untung..yg tak untung adalah yg cuba guna duit utk dpt pengaruh.. Jadi masa tu kita boleh tau sapa yg suka guna duit ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:30 PM | Show all posts
Masalahnya yang kita harap nak gubal undang2 anti lompat katak tu semua katak...

kalau tidak dah lama dah buat

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:34 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 31-5-2020 05:30 PM
Masalahnya yang kita harap nak gubal undang2 anti lompat katak tu semua katak...

kalau tidak dah  ...

Rasanya rakyat/netizen kena berkeras suarakan juga pasal isu lompat melompat ni..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 05:40 PM | Show all posts
highcastle replied at 31-5-2020 05:34 PM
Rasanya rakyat/netizen kena berkeras suarakan juga pasal isu lompat melompat ni..........

bila kita ada MP yang betul2 ikhlas
lompat ni is their last card, lubuk duit lagi nak ka dorang give up?


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka korang la mp oi
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 05:18 PM
Lepas tu ekonomi makin teruk sbb tak ada kestabilan politik.. Buat PRU saja la.. Biar sapa yg menang ...

Haha puak2 PHancing ada berani ka.. Asik2 ulang PRU akan makan kos besar.. Tak pun up pasal covid-19 haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 31-5-2020 05:46 PM
Haha puak2 PHancing ada berani ka.. Asik2 ulang PRU akan makan kos besar.. Tak pun up pasal covid- ...

Hahaha.. Mana depa akui yg depa tak nak pru..ulang2 sampai mampos kata depa x nak pru
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 1.359171 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list