CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2853|Reply: 47

[Tempatan] Jalan terakhir krisis politik semasa ialah PRU15. Cina DAP/PH tentu bantah sebab

  [Copy link]
Post time 31-5-2020 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Jalan terakhir tamatkan krisis politik, pulangkan kuasa memilih kepada rakyat
Mei 31, 2020 16:24 +08

KUALA LUMPUR: Sekiranya krisis politik di negara ini masih berlarutan, jalan terakhir yang paling relevan ialah kembalikan semula kuasa memilih kepada rakyat, tegas penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani

Namun begitu, tegas beliau, kemungkinan besar ia tidak akan sampai ke tahap sedemikian kerana pergolakan itu masih dilihat tidak memberi ketidakstabilan kepada pentadbiran negara.
Jelas beliau lagi, apa yang penting ialah kerajaan sedia ada iaitu Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah memberi tumpuan kepada isu pandemik COVID-19 serta membaiki semula ekonomi  yang terjejas teruk akibat wabak itu.

“Cuma saya rasa belum sampai lagi ke tempoh (pembubaran Dewan Rakyat) itu. Maksudnya ada urusan lain yang saya rasa lebih baik untuk dilaksanakan dan dalam masa sama kerajaan Perikatan Nasional (PN) pun sedang berusaha untuk memantapkan kerajaan.
“Dalam konteks ini mungkin saya rasa, peluang perlu harus diberi kepada PN. Sekiranya mereka gagal, barulah kita fikirkan alternatif yang lain dan mungkin beri mandat semula kepada rakyat untuk diadakan pilihan raya umum,” katanya lagi.

Krisis politik yang dilihat seakan-akan reda sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac lalu kembali hangat apabila Pakatan Harapan (PH) mendakwa mempunyai majoriti kerusi yang cukup untuk mendapatkan kembali tampuk pentadbiran negara.

Selain itu, krisis dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menjadi perhatian apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas beliau masih Pengerusi yang sah.

Selain itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menganggap tindakan Muhyiddin memisahkan Bersatu dari PH sebagai bercanggah dengan Perlembagaan parti yang diasaskan beliau.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg PRU yg terbaik ..tapi masa tak sesuai..tahun depan okay la tu..isu covid dah reda ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni mmg aku setuju.... Pening dah aku dengan perangai sekor2 ni.... Baik puak sana maupun puak sini.. baik H maupun N....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Jalan terbaik.....mengekang ahli politik bersikap/bersifat 'DEWATA'...pada masa yg sama undang2 lompat parti patut/harus digubal..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari awal lagi aku nak PRU
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:34 PM | Show all posts
Pada aku, mmg ni lah jalan yg terbaik,
Fedup dah tgk, perangai politaik2 kat malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2020 05:36 PM | Show all posts
Itu aje cara ngajo nya, BUBAR.......... Pastu gubal undang2 lompat parti.......... Langsung tak hormat rakyat yg undi dia orang ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah ratib MALAYSIA MEMILIH 2020 dah lama... Semoga memakbul la doa aku tu.. Kita pilih semula sapa jadi kerajaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayangi sawitku kasihi kita

we oso mareshian maa

apa sarahan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
'Ketika Muhyiddin kerja keras mahu majoriti, Najib mahu PRU'

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak kini sedang mendesak agar diadakan pilihan raya umum (PRU) baru kerana yakin gabungan Umno-PAS bakal memenangi PRU tersebut.


Kata Liew, ia bertentangan dengan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mahu mengelak sebarang PRU dan sedang cuba untuk menarik lebih ramai ahli parlimen bagi mengukuhkan majoriti tipisnya di Dewan Rakyat.

“Sementara Muhyiddin sedang berusaha keras untuk menarik lebih ramai ahli parlimen Pakatan Harapan (PH), Najib mahu PRU.

“Beliau (Najib) tidak mahu Muhyiddin sebagai perdana menteri dan khabar angin terkini adalah Umno menggesa untuk pembubaran (parlimen) pada pertengahan tahun ini,” kata Liew dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, bekas timbalan menteri pertahanan tersebut tidak menyertakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

Liew turut mendakwa bahawa meskipun Muhyiddin dilihat sebagai tunggak utama dalam PN, Najib turut memainkan peranan di belakang tabir.

Jelasnya lagi, Najib kini menunggu peluang untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Justeru, Liew berkata terdapat dua strategi yang diambil PN dalam menentang PH dan gabungannya, Warisan serta kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Bersatu.

Tak dapat tunggu lebih lama

Kata Liew lagi, Najib dan Muhyiddin masing-masing mahu memecah-belahkan sekutu PH bagi mendapat majoriti selesa di Dewan Rakyat.

Bagi mencapai perkara tersebut, Liew berkata mereka - Muhyiddin dan Najib- melancarkan propaganda dalam kalangan sekutu PH bagi menimbulkan rasa tidak percaya di antara pemimpin dan penyokong.

Bagaimanapun, kata Liew, ketika Muhyiddin sedang berusaha keras untuk menarik sokongan lebih ramai anggota parlimen PH, Najib mahu PRU diadakan segera.

Liew kemudian mendakwa Najib kini tidak dapat menunggu lebih lama untuk PRU diadakan kerana berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah.

Muhyiddin juga, katanya, kesuntukan dalam mendapatkan sokongan sebelum persidangan parlimen pada Julai.

Liew turut menyorot bahawa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesyaki bahawa kerajaan akan cuba untuk menunda persidangan parlimen pada Julai dengan alasan membendung penularan Covid-19 sekiranya Muhyiddin masih tidak dapat meraih majoriti selesa.

“Bagaimanapun, perdana menteri tidak boleh lari dari persidangan parlimen bagi Belanjawan 2021, (kerana) tanpa persidangan itu, kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk dibelanjakan tahun depan,” kata Liew lagi.

Liew juga berkata bahawa sekiranya Muhyiddin ingin meraih majoriti selesa di parlimen, Muhyiddin akan mahu melihat Najib dipenjara.

“Tidak mengapa sekiranya Muhyiddin tidak layak (sebagai perdana menteri), tetapi jika Najib ke penjara di bawah pengawasannya terhadap pertuduhan rasuah, kredibiliti politik Muhyiddin akan meningkat.

"Muhyiddin juga dapat mengatakan bahawa dia tidak berkompromi dengan prinsipnya, setidaknya dalam kes 1MDB," kata Liew.

Kata Liew lagi, Muhyiddin juga sedang berusaha untuk mengelakkan PRU baru kerana sedar bahawa ahli Bersatu di bawahnya turut akan disingkirkan.

“Najib yang dicemari dengan skandal 1MDB yakin bahawa beliau boleh memenangi PRU dengan gabungan Umno-PAS (iaitu) Muafakat Nasional yang berlawan dengan Perikatan Nasional ditubuhkan Muhyiddin,” jelas Liew.

Kumpulan Najib, kata Liew, juga menunggu perpecahan sekutu PH kerana percaya bahawa Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak sehaluan.

Justeru, kata Liew, sekutu PH perlu berganding bahu secara teguh supaya rancangan Najib dapat digagalkan.

“Saya berasa yakin dengan rakyat Malaysia pertengahan (middle ground). Saya percaya jika mereka teguh, rancangan Najib dapat digagalkan.

“Gabungan kuasa Umno dan PAS tidak sekuat yang disangka. Satu tambah satu tidak semestinya bersamaan dengan dua.

“Situasi masih keruh sekarang tetapi jika sekutu PH bersatu, kita bakal mempunyai harapan,” kata Liew.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kluster PRU15

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:54 PM | Show all posts
pilihanraya kecil pon asyik manjang je kalah lps  satu satu jatuh ke tgn pembangkang( now dh jdi kerajaan)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:09 PM | Show all posts
salamon replied at 31-5-2020 07:54 PM
pilihanraya kecil pon asyik manjang je kalah lps  satu satu jatuh ke tgn pembangkang( now dh jd ...

looser manjang pun tetap meratib mandat raykat ke hulu ke hilir..


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sokong pru15.   tapi Pakatan Fitnah mesti takut nak pru sbb kalah 5 prk berturut2.   fitnah mrk dah x jalan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Abah ..  ternyata strategi bahagi2kan harta glc tak menjadi . pasni dah boleh bayangkan duduk main anak bini kat rumah .
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:23 PM | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 05:17 PM
Dari awal lagi aku nak PRU

lagi cepat pru lg sedap.
sementara GTB masih tak berdaptar lg.

PH vs parti logo kunci

kalu dorang da daptar besok susah skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 08:26 PM | Show all posts
underground replied at 31-5-2020 08:09 PM
looser manjang pun tetap meratib mandat raykat ke hulu ke hilir..

bukan setakar looser, siap jadi joker(badut sarkas) lgi...asyik buat org ketawa je dgn angan2 epik comeback to putrajaya..habis la joker xleh cari makan lgi dah pasni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 31-5-2020 08:23 PM
lagi cepat pru lg sedap.
sementara GTB masih tak berdaptar lg.


Ke hulu ke hilir dok sembang GTB.. Sedangkan dari awal MN nak pru.. ph juga meroyan tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 05:17 PM
Dari awal lagi aku nak PRU

Bila tun letak jawatan aku nak jer pru. Tp macai kata malaysia xder duit hutang 1 trillion. Ni xhabis2 gedik nak tukar sana sini ekonomi pun terganggu baik teruskan pru15. Saper nak tadah kencing percaya manifesto tunjuk bintang silakan...haha.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 31-5-2020 07:41 PM
'Ketika Muhyiddin kerja keras mahu majoriti, Najib mahu PRU'

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong m ...

Tak habis dgn najib najib najib.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.552800 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list