CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Jalan terakhir krisis politik semasa ialah PRU15. Cina DAP/PH tentu bantah sebab

  [Copy link]
Post time 1-6-2020 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_Arwen at 1-6-2020 12:08 AM
ResellerMaxis replied at 31-5-2020 07:41 PM
'Ketika Muhyiddin kerja keras mahu majoriti, Najib mahu PRU'

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong m ...


Bagaimanapun, bekas timbalan menteri pertahanan tersebut tidak menyertakan bukti bagi menyokong dakwaannya.


“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al Hujurat: 6)

Sebab tu lah bila orang bawa berita jangan terus percaya. Semaklah dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nes3in1 replied at 31-5-2020 11:53 PM
Pengundi kelantan dan terengganu tak payah balik negeri masing2 utk mengundi sbb di sana dah tentu p ...

Betul. Melau babyak duduk di bandar besar. Buktinya bila musim hariraya bandar besar sunyi sepi semua balik kampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 10:43 AM | Show all posts
Rakyat sudah muak
Timmy Say -
June 1, 2020 9:00 AM


Apakah pilihan raya umum ke-15 akan diadakan tahun ini?

Pakatan Harapan yang diketuai Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad secara berasingan memulakan perang psikologi untuk menimbulkan was-was terhadap bilangan sokongan ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Mengapa perang psikologi ini dibuat melalui perspektif ini? Jika Muhyiddin tidak memiliki majoriti ahli Parlimen, siapakah yang memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen?

Apakah Anwar ataupun Mahathir? Setakat ini Anwar dan Mahathir, kedua-duanya menyatakan mereka tidak tahu siapa ialah calon PM dari PH.

Jika salah satu mereka sudah mempunyai majoriti, sudah pasti perang psikologi akan berubah arah daripada menimbulkan was-was Muhyiddin tidak mempunyai sokongan yang cukup, kepada perang psikologi menimbulkan kenyataan Anwar ataupun Mahathir sudahpun mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk menjadi PM.

Selagi sokongan terhadap Anwar dan Mahathir sebagai PM tidak diketahui, maka Muhyiddin adalah ahli Parlimen yang mempunyai sokongan paling banyak untuk menjadi PM di waktu ini.

Strategi PH sejak dulu ialah mewar-warkan sesuatu agar rakyat percaya terlebih dahulu. Contohnya Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata PH boleh kembali membentuk kerajaan sebelum Julai. Liew Chin Tong dari DAP pula memulakan tulisan-tulisan “psywar” cuba melagakan pimpinan Perikatan Nasional. Manakala PPBM terus meledakkan audio-audio mesyuarat yang sepatutnya tidak dirakam.

Langkah Kajang, 16 September dan strategi cuba menekan Mahathir menyatakan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar boleh dilingkungkan sebagai strategi yang sama. Masalah strategi PH ini ialah ia memberikan masa kepada musuh untuk merancang tindakbalas, dan akhirnya strategi ini membuahkan hasil yang tidak dijangka dan diinginkan.

Persoalannya, apakah kali ini ia akan menghasilkan kesudahan yang berbeza?

Ini berbeza dengan strategi politik yang diambil oleh pimpinan PN. Strategi PN seperti langkah Sheraton. Ia mengejutkan dan ia mematikan. Ia tidak diwar-warkan untuk musuh bersedia dan ia dilancarkan ketika musuh paling tidak bersedia.

Setakat ini, pimpinan PH memilih untuk tidak berperang mulut dengan PH. Jika ada yang menjawab pun hanyalah bekas perdana menteri Najib Razak. Maklumlah, hampir setiap perkara yang dicetuskan PH meski dikait dengan beliau.

Tiada siapa yang tahu apa yang sedang dirancang PN untuk bertindak balas. Apakah ada kejutan menanti PH? Atau apakah PN akan ketandusan idea kali ini?

Jika antara PN dan PH, mereka terus tidak dapat mencapai perbezaan sokongan majoriti di Parlimen yang nyata menjelang sidang parlimen seterusnya, eloklah semua pihak menghentikan drama politik dan membiarkan kerja pemulihan ekonomi dilakukan tanpa gangguan.

Apapun, Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mula merangka prosedur operasi standard mengendalikan pilihan raya. Ini kerana kemungkinan PRU15 bakal diadakan adalah sangat tinggi jika politik negara terus bergolak.

Biarpun wabak Covid-19 di dalam keadaan terkawal, mengadakan pilihan raya adalah satu risiko yang amat besar kepada kesihatan rakyat dan ekonomi negara.

Jika politik negara terus bergolak sehingga pimpinan kerajaan tidak dapat memfokuskan kerja memulihkan ekonomi negara ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP), percayalah majoriti rakyat akan lebih rela memilih untuk berdepan dengan risiko yang ada dan menuntut Parlimen dibubarkan. Ini kerana majoriti rakyat sudah berasa muak dengan drama politik yang sedang berlaku hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 31-5-2020 08:27 PM
Ke hulu ke hilir dok sembang GTB.. Sedangkan dari awal MN nak pru.. ph juga meroyan tak nak

PH tau mereke akan kalah teruk itu sebab takut pd pembubaran parlimen. bukti nya tidak seorang pun mahacai dan pemimpin ph yg berani sebut perkataan bubar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 1-6-2020 08:55 PM
PH tau mereke akan kalah teruk itu sebab takut pd pembubaran parlimen. bukti nya tidak seorang pun ...

Ingat lagi masa di ayam. Ph dok meratib kata bubar parlimen nanti bazir duit negara.. Lps tu bila tak memihak kat depa.. Terus nak bubar.. Hahaha.. Kita dari awal nak bubar parlimen.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:31 AM | Show all posts
Sebab tu bila kita tengok akal PH and sekutu dari atas ke bawah - apa kite lihat?

a) dalam bulan puasa mereka  paling kuat becakap soal kuasa,  kuasa kuasa- arab jahilliyyah pun ada konsep bulan bulan yg dihormati
b) tak hormat ramadhan
c) acah acah siapa yang have gotten the numbers
d )saranan depa tang bab handle  krisis - contohnya saranan siapa yg suruh buat bilik operasi control centre gitu - ni saya paling tak faham sah sah tak cerdik yg dia tak faham apa tu fungsi MKN...ni basics - pemimpi gang macam ni u all nak ? seriously -
e)para penyokog dia paling banyak persepsi , reka persepsi etc - kita dapat tengok dalam forum
  maka kata dalam  kepalaialah power

f) handle covid-19 niPara pemimpin PN yg dulu dalam BN secara faktanya dilihat lebih cool, bersahaja and boleh gunakan pengalaman handle big crises
g) hairan bila NGOs, Sarawak report main sentimen

so tak nampak bebenda ni? mustahil

so pada i - bubar je parliament, tu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-6-2020 12:14 PM | Show all posts
PH ni acah2 je ugut bubar Parlimen
bila dia baca sentimen sekarang
pd dia bubar Parlimen kekalahan lagi teruk
lagipun apa lagi manifesto dia nak kencing
22 bulan dia berkuasa
kes COVID-19 boleh ckp jangan panik, denggi etc
tgk la isu semasa sepanjang 22 bulan
asal melibatkan Cina
DAP akan back-up tanpa hujung pangkal
abu komunis la etc
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pru pun x guna jugak kalu akta lompat parti tidak digubal...jap lg melompat2 lg lepas pru15 how?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.087079 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list