CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2796|Reply: 21

[Tempatan] Kerajaan digesa luluskan tebus cuti rehat penjawat awam 75 hari dengan wang tuna

[Copy link]
Post time 31-5-2020 10:41 PM | Show all posts |Read mode
Cuepacs gesa kerajaan segerakan penebusan ganti cuti rehat
31 Mei 2020


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menyegerakan pelaksanaan penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2020, tahun lepas.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pengumuman tersebut melibatkan penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pelaksanaan itu sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari 2020.

Beliau berkata, kerajaan perlu menyegerakan pindaan ke atas peraturan yang berkaitan dalam Peraturan-Peraturan Pencen 1980 bagi membolehkan pelaksanaan itu dilakukan.

“Cuepacs sebelum ini juga menyuarakan mengenai isu ini, bagaimanapun sehingga tempoh enam bulan pertama tahun ini keputusan mengenainya masih tiada khabar berita.

Cuepacs memahami kekangan dialami kerajaan disebabkan penularan wabak koronavirus (Covid-19) serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagaimanapun ketika ini hampir 70 hingga 80 peratus penjawat awam di pelbagai jabatan dan kementerian diarahkan bertugas seperti biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berharap perkara tersebut diselesaikan segera pada tahun ini dan tidak dibawa kepada tahun hadapan sebagai sebahagian daripada belanjawan baharu.

“Setiap janji atau perancangan yang telah dibuat dalam belanjawan sewajarnya diberi perhatian yang sepatutnya,” katanya. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
imabh mesti setuju
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak setuju. Untuk apa? Simpanlah dulu. Penjawat awam tak terjejas kewangan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
halah halah,,,,,time gini pon mencapup kupek ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 11:48 PM | Show all posts
ini masa belanjawan tahun lepas sebelum Covid
P Ramlee kata dah bodah bentul pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah alah dia ni, dari awal pkp sampai sekarang berbunyi..diam la weii, org lain tengah struggle nak hidup ko sibuk minta macam2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 12:17 AM | Show all posts
Bukan rugi ke tebus awal sebab dikira ikut kadar gaji akhir.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 1-6-2020 12:14 AM
Alah alah dia ni, dari awal pkp sampai sekarang berbunyi..diam la weii, org lain tengah struggle nak ...

Wpun akubekas gomen dan laki.aku gomen..

AKU TAK SETUJUKKKKKKKK..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuepacs ni macam bagi nama tak baik pulak pada penjawat awam. Orang tengah sibuk fight virus, dengan yang tak bekerja, dengan family members tengah dirawat sebab covid, baru recover sebab covid lain, you sibuk gesa tukarkan cuti kepada duit? Hmmmmm dah dah la. Gaji penjawat awam tak terkesan pun kan? Dah dapat wfh tak keluar duit minyak, tol, nak mintak macam macam lagi.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:38 AM | Show all posts
kalau tebus skang
kang ganjaran pencen dapat sket
mengamuk lah pesara
tak ada duit pula nk pusing-pusing dunia
sedih la macau scam tak dapat aim pesara lepas ni
harapkan duit pencen untuk survive before mati
kalau gaji akhir tinggi, pencen sedaplah dapat
kalau rendah, tak cukup mahu sruvive
dah la kerja berpuluh tahun nak cukup kan GCR tu
nak bayar pencen dimusim covid pun  kerajaan dah cukup sakit
sebab banyak perbelanjaan lain perlu ditanggung
dah dapat bonus raya agak meriah jua kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh kupek. Penjawat awam gaji sikit pun tak terusik sebab PKP. Nak tebus cuti buat apa???? Kalau macam swasta gaji potong ka apa boleh la nak sembang... hanat sungggu kupek. Apa gila sangat tah nak dpt duit dan dan ni gak. Bodoh takleh ajar
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:56 AM | Show all posts
CUEPACS ni rata2 barisan pimpinan dari Kumpulan Pelaksana dan Sokongan, jadi pemikirannya banyak tertumpu kpd golongan ini dan juga yg paling banyak buat loan dan Keterhutangan Serius kumpulan ini juga (ini fakta ya bukan serkap jarang). Tu yg minta mcm2 tu. Padahal pd aku mcm2 manfaat staf gomen dapat, WFH, moratorium, gaji penuh dll. Tak taulah apa lg yg tak cukup2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
BERNANAH telinga2 kuli batak swasta.



haaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 08:14 AM | Show all posts
cuepacs bersuara ckp dia menyibuk
tak bersuara dikata makan elaun buta
kiri kanan kena
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:52 AM | Show all posts
Orang gomen kan suka kumpul cuti sampai pencen.  Nanti bila pencen, en-cash cuti baru dapat banyak duit.

Ekonomi tengah teruk, nanti-nanti ajelah.

Kita orang swasta cuti habis burned aje. Tak dengki pun sebab husband kita orang gomen juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 10:33 AM | Show all posts
dia perjuangkan org nk pencen tahun ni
dah tentu bakal pesara nak cash
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 10:45 AM | Show all posts
Bestnya cuti boleh ditebus kepada wang tunai
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 1-6-2020 07:13 AM
Cuepacs ni macam bagi nama tak baik pulak pada penjawat awam. Orang tengah sibuk fight virus, dengan ...

betul sgt ni...
buat malu org gomen oi...
sabo la ckit, ke ada org gomen masih blh huha huha dan act ignorance kpd masyarakat lain mentang2 x trjejas pun???..

semoga org keja gomen x begitu ye...sian org lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:33 PM | Show all posts
CUEPECS NI keldai DAP...dulu masa PH haram xde bunyi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 12:40 PM | Show all posts
untung gomen
cuti boleh c/f sampai nk pencen
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.087837 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list