CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1617|Reply: 12

[Tempatan] COVID-19: Kalau Dalam 14 Hari Tak Ada Gejala, Pesakit Tak Boleh Menjangkiti -KP

[Copy link]
Post time 1-6-2020 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Putrajaya, 31 Mei – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan dua perbezaan antara pesakit COVID-19 yang tidak bergejala. Katanya, kedua-dua pesakit mempunyai kadar kebolehjangkitan yang berbeza antara satu sama lain.

Katanya, pesakit yang tidak bergejala perlu dibezakan sama ada mereka memang tidak bergejala selama 14 hari jangkitan atau belum menunjukkan simptom.

Kalau mereka yang tiada gejala, viral load mereka adalah rendah. Tapi kalau bila mereka mendapat gejala, dua hari sebelum mendapat gejala, viral load tinggi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jadi kalau mereka yang tiada gejala, mereka boleh menjangkiti dua hari sebelum mendapat gejala.”

“Mereka boleh menjangkiti pada minggu pertama. Jadi, minggu pertama bergejala, masa itulah ia aktif kebolehjangkitan.

Tambahnya, kebolehjangkitan berkurang dan menghampiri sifar selepas 14 hari.

Jika pesakit tidak bergejala terus tidak bergejala, mereka tidak dapat menjangkiti.

“Kalau kita asingkan mereka selama lapan hingga 14 hari, jadi kebolehjangkitan berkurang, hampir menjadi sifar selepas 14 hari.

“Jadi kita kena bezakan yang tiada gejala ini, terus tiada gejala, tiada masalah kerana tiada kebolehjangkitan.

“Tetapi jika mereka mendapat gejala, dua hari sebelum (pra simptomatik), mereka boleh menjangkiti,” jelasnya.

Sebelum ini, KKM mengumumkan prosedur rawatan baru pesakit COVID-19 yang akan membenarkan pesakit yang telah dirawat 14 hari untuk pulang.

“Mereka tiada gejala dalam tempoh 14 hari, mereka tidak boleh menjangkiti. Jika kita asingkan mereka, kita boleh putuskan rantaian COVID-19,” kata Noor Hisham.

Sumber: KKM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu
Bolehla bebaskan semula
Rimas tau tak terperap berbulan2
Menyampah tengok ada yg bebas ke sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur.leh cri jodoh t. La lala
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Waoo..good job Dato..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
harap2 dh boleh bebas sikit la kita2 ni nanti.. dalam mall tu satu pintu je la q , check , register. ni nk jalam dlm mall pun tersekat byk kali.. x tau berapa kali kena q
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit yg unik si covid 19
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cemtu mohon kuarantin diri anda dkt rumah dua minggu la
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga ade sinar di hujung jalan.:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Statement ni la geng antivaksin duk gelak2 secara sinis.
Dorang tak abis2 kata covid tak bahaya bagai sbb DG sendiri yg kata tak menjangkiti org lepas 14 hari blablabla.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:19 AM | Show all posts
untuk kurangkan kos kerajaan untuk yg balik dari oversea, bolehlah sesapa yg dah swap test negative,  dibenarkan kuarantin di rumah.

mahal oo tanggung makan minum depa  rm150/day*14 days (ini yg lama) and starting today (1 June) rm75/day * 14 days.

and same goes to local, depa swap test negative stay rumah je kan kan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:47 AM | Show all posts
Self management ya semua.  Hidup dalam new normal.  
Mana yang boleh urus sendiri, buat. Tolong jangan bebankan petugas kesihatan.

Sebenarnya kita - rakyat adalah barisan hadapan. #kitajagakita
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts

Harapnya covid19 yg ada skrg dah xsekuat sepertimana masa dia mula mula keluar dulu. Dah nampak pattern covid19 ni makin lemah, kalau ada yang kena jangkit pun ramai yang dah xmengalami gejala yang teruk. Bagusnya malaysia buat lockdown awal so dapat elak mass jangkitan pada masa virus tengah kuat. Tapi itulah selagi xde confirmation virus ni dah xbahaya, xboleh la nk senang hati.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau kuarantin 14hari then xde simptom boleh bebas la semua berkeliaran kan? Kalau mcmtu buat lah full lockdown 14days lepastu check ada simptom ke x then bebaskan semua org. Xperlu nak pkpb yg acah2 pkp tpi xpkp pon sebenarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068519 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list