CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1330|Reply: 13

[Tempatan] Bangsa DAP langgar penunggang motorsikal sehingga retak tempurung kepala di Perl

[Copy link]
Post time 1-6-2020 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by whitemagic at 1-6-2020 10:05 AM

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/695006/lelaki-cedera-dilanggar-pemandu-mabuk



Penunggang motosikal retak tempurung kepala dan cedera di anggota badan selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong malam tadi.- Foto ihsan pembaca





Lelaki cedera dilanggar pemandu mabuk
Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman
bhnews@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
KANGAR: Seorang penunggang motosikal cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dikatakan sedang menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 10 minit selepas kejadian berlaku.

"Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.

"Bagaimanapun setibanya di hadapan pasar raya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan turut merempuh sebuah lori di parkir di bahu jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun suspek melarikan diri dari hospital sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira satu jam selepas itu.

"Hasil ujian alkohol terhadap suspek mendapati dia memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang ditetapkan di dalam badan.

"Dia kini berada dalam tahanan polis dan akan dibawa reman pada pagi ini untuk siasatan lanjut, manakala mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2020 10:04 AM | Show all posts
siap nak lari lagi tu



Wari berkata, mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun suspek melarikan diri dari hospital sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira satu jam selepas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mana pembela ummah sejagat yg konon nk haramkan kilang arak smua tu? xberkutik diorg sjak pgg high position...kalu tidak,xbgun subuh lg dok meratib dap...dap...dap laknatullah.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Covid2 juga
Tp dah melambak kes mati/cedera ni
Cpt la sikit weiiii ubah peraturan
Slow mcm siput babi je tindakan

Kes adib pn senyap je
Sj nk tgk tahp kesabaran org melayu ke?
Tgh org savar lg ni
Buat la ap tg patut nk cegah kes2 cmni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Langgar kepala lori tu xmampus pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:22 AM | Show all posts
mcm mane time pkp makin ramai mabuk bukan ke kelab malam dah tak boleh beroperasi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa mau latah lagi ? Siapa langgar dia tido lokap
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangang abadi
Tak psl org kesakitan sbb ko mabuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 02:20 PM | Show all posts
Mana perli nya tak nampak pun..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 1-6-2020 02:20 PM
Mana perli nya tak nampak pun..

S tertinggal kot
Perlis

Lawak plak kot mmg cari perlian tsebut
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:04 PM | Show all posts
Nasib umur abang ni panjang.
Klu nasib tak baik melayang nyawa.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:29 PM | Show all posts

laaa hahaha aku pun bengong kenapa di perli lembab naw processor nak tangkap... lawak.. serious aku ingat pemandu tu kena perli..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:33 PM | Show all posts
dia copy ayat tu....cuma tertinggal huruf 'S'.....ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 04:35 PM | Show all posts
Usaha harus ditingkatkan agar benda macam tak terus menerus berulang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.383666 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list