CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1860|Reply: 26

[Tempatan] Pemandu mabuk semakin menggila, polis terpaksa buat operasi

  [Copy link]
Post time 1-6-2020 01:22 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur akan mempertingkatkan operasi bagi membanteras isu pemandu mabuk yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan mempertingkatkan lagi operasi dari masa ke masa.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri dengan cara mengelakkan diri daripada memandu kenderaan sekiranya mabuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mazlan berkata, kes terbaharu adalah membabitkan seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan Nissan Grand Livina di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala pusat bandar di sini awal pagi tadi.

“Dalam kejadian pada jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed,44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.

“Sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 21 tahun telah melanggar belakang motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penghantar makanan maut dirempuh pemandu mabuk

Beliau berkata, akibat perlanggaran tersebut, mangsa terbabas ke bahu jalan dan motosikalnya pula telah diseret kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

“Suspek telah ditahan, hasil ujian pernafasannya mengandungi alkohol yang melebihi had. Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebelum ini, Mazlan berkata, seramai 455 individu ditahan atas kesalahan memandu dan menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol di ibu kota sejak Januari hingga Mei lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang mabuk ni menyusahkan ramai orang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
polis pun takyah la nak tahan memana keter yg drive mcm sial tu
kasi tembak je la terus smpi mampos dan tak payah pakai budi bicara lg
kes ni makin lama makin teruk
kalo polis x tembak, sah2 diorg pun akan langgar polis gak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:38 PM | Show all posts
Siapa yang beri arahan tu minta dia juga turun menjaga jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2020 01:46 PM | Show all posts
apa pendapat siti kassim?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
musim happy hour beer hari2 ke. dlm dok menyalak xlayak dpt bpn (peminum) ada je duit beli beer. ke dpt duit bpn beli beer. klu tgh stress , minum jela kt umah sesorg. tgk drama korea, relax je minum sorg2, pastu balik naik teksi. ni ngada2 nk drive.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2020 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn berulang kes polis kena hempap hilux
Safwan ke nama arwah

Lagi satu punya byk jln
Jenuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 02:22 PM | Show all posts
zaman ekonomi teruk ni,
pasti ramai orang kaper minum sampai mabok utk release stress.

so yang bawa moto tu, hati2 ler.
undang2 tak boleh harap, hukuman macam bodoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2020 02:22 PM
zaman ekonomi teruk ni,
pasti ramai orang kaper minum sampai mabok utk release stress.


Drpd minum smpai mabuk,baik dorg bunuh diri jah terus jd mcm jepun sana..stress je,terus bunuh diri..xde nak mnyusahkan org mcm set pemabuk ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:08 PM | Show all posts
salmon-suki replied at 1-6-2020 02:26 PM
Drpd minum smpai mabuk,baik dorg bunuh diri jah terus jd mcm jepun sana..stress je,terus bunuh dir ...

Diaorg ni kebanyakan takut mati, yakni kiasi.
Biar org lain mati, dari dioarg sendri
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu mabuk ni polis pun dia berani langgar. Maklumlah bila dah mabuk automatik dpt lesen membunuh kan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada pesta lelongan arak ke skang ni? Berderet2 pulak kes accident sebab mabuk. Stress sangat ke para2 peminum arak ni duk tonggang pastu langgar pulak public sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 1-6-2020 01:46 PM
apa pendapat siti kassim?

Siti tiada pendapat dalam hal ni.
Terus meniskus.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 1-6-2020 03:20 PM
Siti tiada pendapat dalam hal ni.
Terus meniskus.

Baru2 ni kwn dia mati kena langgar dgn pemandu mabuk. Punya la ramai Ummah bg ikon gelak kt fb dia. Then, geng2 dia acah2 pelik org byk bg ikon gelak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat operasi setiap hujung minggu pun tak apa. Peronda yang sedang memantau pematuhan pkp pun elok bawa sekali alat penguji tahap alkohol.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
From her fb

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2020 03:31 PM | Show all posts

x padan dgn hudoh....ada hati cubit puting tetek orang

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:34 PM | Show all posts
octoberfest lambat lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:41 PM | Show all posts
Eloklah dipertingkatkan dan diberi perhatian serious agar tak lebih ramai yang jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ala mana mana yg kena tahan Masa mabok tu.sumbat dengan makyah dalam bilik hotel.tengok masa tu otak jadi waras ke Tak? kalau yg betina mabok humban je dalam parit
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.080731 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list