View: 3911|Reply: 37
|
[Tempatan]
Bukan pemandu mabuk:Tokey Stesen Minyak Antara Dua ditahan susulan aksi drift da
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 1-6-2020 05:19 PM
ARAU: Padah melakukan aksi merbahaya 'drift' dalam kawasan stesen minyak dekat Jejawi, menyebabkan dua lelaki ditahan polis selepas perbuatan itu tersebar menerusi media sosial sejak semalam.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis, Asisten Superintendan Mohd Rizal Emran, berkata dua lelaki termasuk pemilik stesen berkenaan, berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan selepas tampil menyerah diri di Balai Polis Arau pada jam 8.45 malam tadi.
Beliau berkata, polis turut menyita sebuah kereta jenis Subaru BR-2 yang disimpan di perkarangan rumah pemandu terbabit dekat Bintong, dipercayai digunakan untuk melakukan aksi berkenaan.
"Pemilik stesen minyak berkenaan mengaku menganjurkan aksi drift itu, manakala rakannya yang juga pemilik kedai aksesori bertindak memandu kenderaan terbabit.
"Mereka ditahan kerana melakukan aksi berbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan, kebakaran dan kerosakan kepada pelanggan stesen minyak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Rizal berkata, kedua-dua lelaki itu sudah dibebaskan sementara dengan jaminan polis hari ini dan dijangka didakwa dalam masa terdekat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, tular video aksi merbahaya drift di Facebook selama 16 saat yang dipandu seorang lelaki di dalam kawasan stesen minyak sebanyak dua kali.
Sumber : Berita Harian
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/695084/amp
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aksi berbahaya silap sikit bakal mengundang malang dan kebakaran |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaa.. tokey dia punye keje ke? Apa ke bangang kau ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau mereka yang mati takpe org tak kisah...tapi andai mereka menyebabkan kematian orang lain..memang celaka la mereka sepanjang hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tengok.. Aku risau kena kereta langgar pam oetrol tu.. Bum bam.. Meletup tak memasal saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ke tokey minyak yg kata menabung dari kecik sbb nk buat bisness.... |
|
|
|
|
|
|
|
cantiknyaaaaa kereta dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde keja cari kerja, hahaha
Andai silap langkah, jahanam stesen minyak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Stupid.buat la time xde cust |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 1-6-2020 05:54 PM
Ni ke tokey minyak yg kata menabung dari kecik sbb nk buat bisness....
Yezza
Katanya shoot video promosi stesen minyak baru tu
So dah dapat la promosi besar2an peringkat nasional |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya.. muda lagi dah jadi tokey station minyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Stesen mnyk pn nk publisiti jugak ke??aduhai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa..org teganu tu ke?baru baca kisah kegigihan dia nk bukak stesen minyak tu.menabung saving bagai dr wang pampasan eksiden.kalau betul dia la |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je dalam minggu ni jugak viral stesen minyak kat arau ni dibina pakai kontena dan pemiliknya anak muda yg himpun duit dari kecik... Tengok2 jadi tempat drift oleh pemiliknya sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Habis la lesen meniaga stesen minyak dia kena tarik balik.
Ada ja cara lain nak promosi stesen minyak dia tu.
Apa laaa |
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 1-6-2020 08:27 PM
bestnya.. muda lagi dah jadi tokey station minyak..
Dengar citer tokey dia ni dapat duit pampasan ketika kecik sebab pernah terlibat dalam kemalangan, lepas tu simpan duit dalam asb bila dah besar guna duit pampasan ni dan duit tabungan buat stesen minyak |
|
|
|
|
|
|
|
diharap petronas dagangan akan tendang pemilik stesen ni jauh2 dek kebangangan tak boleh di ajar.
bodoh keturunan apa ni buat drift kat setesen minyak? |
|
|
|
|
|
|
|
Cemanapun dia belum mabuk hilang akal accident langgar orang sampai mati tak pepasal. Baru aksi yg mungkin still under control. Tapi still salah sebab menunjuk-nunjuk aksi bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau Tokey ba** buat perangai tak semenggah, bolih la dimaafkan lagi. Ini tokey stesyen minyak yg bodoh piang. Tak ambil kursus safety ke sebelum dilantik jd pengusaha stesyen minyak |
|
|
|
|
|
|
| |
|