CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7056|Reply: 10

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1992 DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 3-6-2020 08:51 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Tahun 1992 masih merupakan tahun kegemilangan  Ratu Rock Ella kerana album beliau berjudul 30110 menjadi album paling laris tahun 1992. Anggaran jualan album ini ialah lebih 300,000 unit. Oleh itu, secara tidak rasmi, ianya turut mengesahkan populariti Ella sebagai Penyanyi Paling Popular  tahun1992.  Untuk Penyanyi Lelaki Paling Popular pula jatuh kepada Nash dan Kumpulan Paling Popular ialah Fotograf. Artis Baru Paling Popular tahun 1992 ialah kumpulan 4U2C. Komposer paling popular pada tahun ini ialah Fauzi Marzuki. Tahun ini juga merupakan tahun permulaan populariti irama Rap/Hip Hop di Malaysia apabila kumpulan 4U2C meletop dengan lagu Fiona. Selain itu, kemunculan Sandy Suzukii iaitu penyanyi Jepun  yang menyanyikan semula lagu klasik Melayu seperti Ikan Kekek dan Lengang Kangkong dalam versi Remix telah membawa satu perubahan baru dalam dunia muzik Malaysia. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila banyak lagu Irama Malaysia yang mula digabungkan dengan muzik  lain sehingga wujudnya irama Pop Etnik Fusion seperti lagu Monolog Duka Noraniza Idris, Yang Remeh Temeh Pak Pandir, Siti Payong Liza Aziz, Khazanah Malaya Ayati Tasrip dan banyak lagi. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1992 di Malaysia.



TOP 12

LAGU MALAYSIA  PALING POPULAR

TAHUN 1992


01. ALAM FANA CINTAMU
Artis : Fotograf
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Zur' Ain
Album : Fotograf  92
Tahun  : 1992
Catatan :
Lagu ini adalah lagu paling popular di Malaysia tahun 1992. Tahun ini juga kemuncak kejayaan di dalam karier kumpulan Fotograf. Antara kejayaan yang diperolehi ialah menjadi Juara kategori Rock di Anugerah Juara Lagu 1992, Lagu Paling Popular Radio (kumpulan) Pujaan Nescafe 10 1992 dan Kumpulan Paling Popular di Anugerah Bintang Popular. Lagu ini juga pernah memegang rekod paling lama No.1 di dalam Carta Muzik Muzik 1992 iaitu selama 15 minggu tidak berturutan iaitu daripada tahun 1992 hingga 1994 dan berada di dalam carta selama 23 minggu. Jualan album mereka pada tahun itu ialah sebanyak 40,000 unit sahaja.






02. KEKASIH AWAL DAN AKHIR
Artis : Jamal Abdillah
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Jamal
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu ini boleh dikatakan lagu Balada paling popular daripada Raja Pop Jamal Abdillah kerana populariti lagu ini yang bertahan lama dan menjadi malar segar sehingga kini. Lagu ciptaan komposer legenda Fauzi Marzuki ini juga telah berjaya memenangi Lagu Paling Popular Radio (solo) dan Persembahan Terbaik (solo) di pertandingan akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 7 minggu berturut-turut dan berada di dalam carta selama 17 minggu. Selain itu, lagu ini juga berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 1992 di dalam kategori Pop Kreatif.




03. PADA SYURGA DI WAJAHMU
Artis : Nash
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Bob Lokman
Album : Nash
Tahun  : 1992
Catatan :
Satu lagi karya mantap daripada komposer legenda Fauzi Marzuki apabila lagu nyanyian Nash telah berjaya menjadi Juara kategori Pop Kreatif dan Anugerah Juara Lagu tahun 1992. Berikutan impak populariti lagu ini juga, secara tidak langsung telah memberikan  kemenangan berganda kepada Nash apabila berjaya memenangi  undian anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1992. Lagu ini juga pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1992 selama 3 minggu dan berada di dalam carta selama 19 minggu.




04. MADAH BERHELAH
Artis : Ziana Zain
Komposer : Saari Amri
Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Madah Berhelah
Tahun  : 1991
Catatan :
Lagu signature Ratu Pop Ziana Zain ini adalah salah satu lagu paling kerap dinyanyikan di dalam pertandingan nyanyian di negara kita walaupun kita semua sedia maklum lagu ini sebenarnya antara lagu yang sukar dinyanyikan kerana memerlukan stamina vokal yang sangat mantap dan nada tinggi yang jitu. Selain itu., lagu ini juga berjaya membuktikan yang Ziana adalah Ratu Pop in the making kerana kelainan vokal beliau dan gaya nyanyian beliau yang unik. Antara teknik vokal beliau yang kerap dipuji ialah sebutan nyanyian Ziana sangat jelas/bulat dan teknik  vibrato yang dinamik serta sedap didengar. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1992 ialah No.2 sebanyak sekali dan berada di dalam carta selama 14 minggu. Jualan album ini pada tahun ini ialah sebanyak 40,000 unit.




05. SATU
Artis : SM Salim feat Zainal Abidin
Komposer : Roslan Aziz
Penulis Lirik : Nizam & Zainal Abidin
Album : 1
Tahun : 1992
Catatan :
Tiada siapa yang akan menjangka Raja Irama Malaysia SM Salim akan berduet dengan Raja Pop Etnik Zainal Abidin  di dalam satu lagu dan lagu itu juga dinamakan dengan judul Satu. Lagu unik dan kreatif ini sememangnya menarik perhatian ramai peminat seni hiburan dan boleh dikatakan lagu ini adalah salah satu  karya lagu Etnik Malaysia yang terbaik dan malar segar sehingga kini.

INFO LANJUT DAN SUMBER RUJUKAN >> LAGU PALING POPULAR 1992


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2020 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu iols baru 2 tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun I lahir ni. Tahun monyet hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-6-2020 09:13 PM
Masa tu iols baru 2 tahun...

WoW sebaya la kite ekk.,, aku igtkan kau dah tua kertu. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 4-6-2020 12:31 AM
WoW sebaya la kite ekk.,, aku igtkan kau dah tua kertu. Huhu

Penat la dok ulang aku 30 tahun di setiap orang yg bertanya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:55 AM | Show all posts
tak sangke. ramai yg lahir 92' termasok iols

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Uiii muda2 semua... Aku jgk yg kertu.. Lagu 01 tu bkm ke tajuknya Di Alam Fana Cinta? Sedap sore penyanyi tu serak2 basah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sory la. Thn 1992 aku tgh gila dgn 4u2c n kru. X layan ella. Masa ni rap tgh nak mendonia uollss tarian  rappers tgh in masa tu.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana lagu Gubahan Rindu Puisi Syahdu nyanyian Fauziah Latiff? Aku rasa lagu tu ngetop kot tahun 1992. Lg popular dari lagu Nek Jena.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 10:19 PM | Show all posts
no_el replied at 6-6-2020 01:10 AM
Sory la. Thn 1992 aku tgh gila dgn 4u2c n kru. X layan ella. Masa ni rap tgh nak mendonia uollss tar ...

yeahh, awal 90an rap dan hip hop tengah mendonia.
gara2 NKTOB dan MC Hammer tengah meletop di US time tu.

kat malaysia ada 4u2c, KRU, nico, feminin
ni otai2 hip hop dan pop group in malaysia
bebudak sekolah baru naik mesti follow salah satu dari big 4 di atas.








Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2020 05:53 PM | Show all posts
Lagu yang bagus, bolehkah saya mendapatkan lirik yang sama? Lihat juga ciptaan saya mycfavisit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053939 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list