CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11441|Reply: 116

[Tempatan] Satu kampung terpana tengok Nyah tangkap King Kobra besar lengan

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
LAIN macam kau bang ilmunya ni”

Demikian antara reaksi netizen terhadap perkongsian video oleh seorang pelayar di Twitter yang memaparkan kehandalan seorang lelaki menangkap ular tedung selar.

Menerusi video berdurasi 41 saat itu, kelihatan seorang lelaki selamba mencengkam kepala seekor ular tedung selar sambil menarik haiwan tersebut ke kawasan lapang selepas ia ditangkap.

Riak muka si penangkap ular yang selamba memegang kepala haiwan tersebut sementara menunggu ketibaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bukan sahaja membuatkan orang kampungnya terpana, malah netizen juga turut kagum dengan kehebatan lelaki tersebut.

Apatah lagi melihat saiz reptilia itu yang sebesar lengan orang dewasa dan panjangnya gampir mencecah dua meter!
Pasti si penangkap ular tersebut bukan calang-calang hebatnya.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar Twitter yang hanya mahu dikenali sebagai Yob itu berkata, insiden berkenaan dirakam di kampung halamannya di Kampung Lembah, Padang Rengas, Perak baru-baru ini.

Sebenarnya ketika kejadian saya tiada di lokasi itu, namun menerusi video yang diterima daripada group WhatsApp, dimaklumkan ular ditangkap di sebuah kawasan di kampung,” katanya.

Menurut Yob, lelaki yang menangkap ular tersebut dikenali dengan nama Nyah oleh penduduk kampung.

“Penangkap ular ni dikenali dengan panggilan Nyah. Handal atau tidak itu saya tidak pasti, tapi si penangkap memang pernah tangkap ular beberapa kali sebelum ni,” ujarnya.

Tambah Yob, ular tedung selar tersebut merupakan antara ular terbesar yang pernah ditangkap lelaki berkenaan.

Ular tersebut kemudian diserahkan kepada JPAM yang tiba tidak lama kemudian.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih sehingga 7,300 retweet dan 4,700 like selain dihujani ratusan netizen.

Selain kagum dengan kehebatan lelaki yang menangkap ular tersebut, rata-rata komen netizen juga nyata terhibur dengan loghat Perak yang digunakan oleh Yob dalam posting tersebut




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 09:28 AM | Show all posts
Tercari2 tang mana lembutnya..rupanya nama beliau
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:30 AM | Show all posts
ngeri jer. klu terlepas
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:31 AM | Show all posts
Apa nak kata...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab ramai sgt mak nyah, igt kaum tu jg la yg tangkap
Biasa la org perak, yong, yang, nyah, panggilan biasa dlm keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:34 AM | Show all posts
ya robbi aku baca Nyah tu igtkan ponen


skali mmg nama nya Nyah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 09:39 AM | Show all posts
oarng perak memang panggil Nyah...bukan maksud mak nyah...apola....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dahsyat. Besar betul. Berapa la umur dia. Kalo sawa, besar gini umur2 remaja atau awal dewasa. Kalo tedung seluar, mahu pangkat2 atok atau moyang nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Laju2 aku klik benang ni nk tgh rupa nyah tu, terbyg nyah mcm papaicici tangkap ulau,,sekali tgk rupanya abam yg tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:00 AM | Show all posts
Nyah = Abang Ngah = Abang Long = Anak lelaki sulong.

Boleh juga guna untuk perempuan tapi letak Mak Nyah.

Tapi slang moden mak nyah = pondan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:06 AM | Show all posts
ingatkan nyah tu @Kurex ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pulak akak tengok muka ular tu sengsara kena cekik.

Apa boleh buat la ular. Dah ngkau ular. Kalau ngkau kucing, lain cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
OK

Ai terkena... choyyy
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kurex at 4-6-2020 10:17 AM

Aku panggil akak aku pun nyah.. sebab anak no dua kan dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:56 AM | Show all posts
tajukk puunn tertipu wa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:59 AM | Show all posts
punya kuat dia cekik sampai kejung ular tu..
nasib baik tak mati..
kang ada pulak rusuhan snakelivesmatter..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 12:02 PM | Show all posts
Memang hati kering Nyah, syabas diucapkan berjaya tangkap ulaq besaq
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:04 PM | Show all posts
Wow beraninya besar tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kita cerita kat ore...'Nyah tangkap ulau king kobra'...ckp kita tipu pulak......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:40 PM | Show all posts
pergh salute lah nyah.....x gentar langsung....

ular binatang aku plg takot / geli
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.134840 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list