View: 15619|Reply: 112
|
[Tempatan]
Senduk, sudip hitam membahayakan kesihatan. Elok guna jenis kayu - pakar kimia
[Copy link]
|
|
Pakar dedah ramai tak tahu sudip warna hitam membahayakan kesihatan... senduk kayu berkilat kini dah selamat digunakan
Khamis, 04 Jun 2020 4:00 PM
4 minutes
LAMBAKAN peralatan memasak di pasaran ada kalanya membuat kita rambang mata untuk membuat pilihan terbaik.
Ada yang harganya murah tidak kurang juga mencecah ratusan ringgit kerana berkualiti tinggi.
Namun ramai ambil ringan soal keselamatan peralatan memasak yang tanpa kita sedari tidak selamat untuk kegunaan seharian.
Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, perkakasan memasak seperti senduk dan sudip berwarna hitam boleh memudaratkan kesihatan penggunanya.
"Biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.
Paparan skrin pertanyaan seorang individu mengenai penggunaan senduk dan sudip plastik berwarna hitam yang dikongsi Fatimah di Facebooknya.
"Juga dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya," katanya menerusi satu posting di Facebook.
Jelasnya lagi, kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran bahan-bahan kimia ke dalam makanan yang dimasak selain penebat api berbromin jika dipanaskan melebihi suhu 70 darjah Celsius.
"Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Biasanya peralatan memasak yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan plastik polyamide (PA) yang dikitar semula.
DR FATIMAH SALIM
Pakar kimia
"Maka elakkan penggunaan plastik jenis ini pada suhu yang mendidih," katanya.
Sebagai alternatif, Fatimah menyarankan penggunaan senduk yang diperbuat daripada besi, keluli tahan karat, kayu atau buluh, kaca dan seramik kerana lebih selamat.
"Bergantung kepada kombinasi bahan binaan. Senduk silikon juga boleh digunakan, namun kurang tahan apabila terdedah terus kepada haba memasak," katanya.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai penggunaan senduk kayu berkilat, Fatimah berkata perkakasan itu selamat digunakan.
"Benar suatu masa dahulu, peniaga menggunakan bahan kimia berbahaya plumbum (lead) untuk mendapatkan rupa yang berkilat itu.
"Namun penggunaan plumbum telah diharamkan sejak tahun 1972 dalam produk yang melibatkan makanan," katanya.
Beliau berkata, senduk kayu (berkilat) itu kini disalut dengan menggunakan bahan selamat seperti minyak, selaput sintetik dan lilin.
"Sesetengah rawatan ini sememangnya menggunakan larutan organik untuk menggalakkan perlekatan maksima selaput kepada senduk.
"Namun proses rawatan dan permunian akhir akan pastikan kesemua larutan ini meruap dan ianya selamat digunakan," katanya.
Namun beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membeli perkakasan tersebut daripada peniaga yang ada reputasi baik dan diyakini kualitinya.
"Mungkin juga, ada lagi peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan bahan kimia plumbum sebagai bahan pengilat ini.
"Walaupun sedikit mahal, belilah daripada peniaga yang ada reputasi baik dan kita yakini berkualiti," katanya. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ai prefer sudip senduk kayu
Hat jenis hitam tu buat gantung perhiasan lawo la |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x guna pun senduk sudip jenis macam ni. Sbb macam x tahan lasak. Aku guna jenis dari besi & kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by umbut at 5-6-2020 12:04 AM
Aku pun x suka pki senduk camni... cam rasa makan plastik prefer sudip besi tahan karat |
|
|
|
|
|
|
|
Brg plastik x selamat, Kopok lekor pisang goreng laksa murtabak bubuh plastik n tisu pun x selamat |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 4-6-2020 04:01 PM
Aku x guna pun senduk sudip jenis macam ni. Sbb macam x tahan lasak. Aku guna jenis dari besi & kayu ...
i punya sudip pemegang dia tu plastik. plastik tu dah hancur tinggal body besi je. kalau masak masakan panas sudip tak tarik keluar ibarat rendam tangan dalam sup menggelegak |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 5-6-2020 12:18 AM
i punya sudip pemegang dia tu plastik. plastik tu dah hancur tinggal body besi je. kalau masak mas ...
I feel u aku pun ada 2-3 sudip mcm ni, masa masak kena standby piring kecik buat alas dia. Kot tinggal aje kat kuali tu mau gelupur nak pegang balik dah..panasss |
|
|
|
|
|
|
|
set sudip plastik kat ikea color hitam
murah dan ramai orang guna termasuk aku
dah tau macam ni
harus segera cari yang kayu
guna yang besi calar la kuali |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 5-6-2020 12:18 AM
i punya sudip pemegang dia tu plastik. plastik tu dah hancur tinggal body besi je. kalau masak mas ...
aku recommend beli sudip atau senduk cap zebra...ko tggal atas kuali pun dia punya pemegang tu x cair,berbekas..mantain je
mmg best la..kukuh pulak tu
jenama paling bagus pernah aku guna.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu lagi kalau masak, aku cuma akan pakai kayu atau besi je.
Plastik mmg tak pakai le. |
|
|
|
|
|
|
|
never ever guna plastik utk guna d aktiviti. yg berkaitan. benda2 panas.. |
|
|
|
|
|
|
|
I is guna jenis kayu. Sbb hitam ni plastik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau berniaga, KKM tak benarkan guna peralatan kayu, termasuklah senduk & papan pemotong. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak produk lambakan dari China sebenarnya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kayu susah nak dpt yg tajam hujung..nak buat balik2 ikan..so.maku pakai yg hitam tuh...hmmm..baru je try beli silikon..aku ingat tahan laa..skali buat gireng karipap..menggelembong plak |
|
|
|
|
|
|
|
adakah IKEA overlooked isu ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Plastik ni lembik. Tak feel nak keletung keletang. Kalau pakai kuali tak melekwt tu baru pakai yang kayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nham22 at 5-6-2020 08:33 AM
Sat kalau periuk or kuali stainessteel xelok plak guna jenis besi... Adehh.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak tahan pun... beli yg sudip plastik camni kat tefal ... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa besa silicone dgn plastik? Sudip. kayu berkilat tu macam mana rupanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|