CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girlfriend_^^

Duit hantaran...bakal suami tanya berapa duit hantaran..macam mana nak jawab..io

[Copy link]
Post time 5-6-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dipermudahkan utk tt, segala urusan dan mudah bernikah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bincg ngn parents n tgk la tahap mampu lelaki tu mcm mana. Jgn sbb nak majlis gah pastu hutang keliling pinggang. Toksah membazir dok perabis kat belanja2 yg x perlu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik tanya family.. jangan jadi macam daku.. berkali majlis.. bosan.. daku buat kekecil.. tamu jemputan by rsvp ja.. skali family daku x puas hati ea.. nak jgk buat majlis2.. belah laki pon kami xnak buat.. adek bradek belah laki pon xpuas hati ea.. susah oooo nak puaskan hati semua org.. maka bincang la hati ke hati sama dua keluarga jika boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:02 PM | Show all posts
sarah82 replied at 5-6-2020 04:15 PM
Hahaha.. Jadi bini ang boleh request la mcm tu..

nak request ape,hp baru,boleh..... tp kena potong perbelanjaan la hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:04 PM | Show all posts
Chah21 replied at 5-6-2020 05:44 PM
X pon.. I dulu klu boleh nk akad nikah ja  mak kta gila

mmg la,kalau akad nikah xde kenduri mcm x lengkap je,nt org kate ape plak,
lain la kalau dah xde parent xpe la
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mas kahwin (Mahar), menurut istilah Syara’ ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.

Mengikut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan isteri.

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka.”(Surah An-Nisaa-Ayat 4)Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi.” (Riwayat Bukhari)

Namun, mas kahwin adalah mengikut negeri. Perundangan syariah di negara kita adalah di bawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka, ini bermakna, perkara berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Justeru itu, mas kahwin yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan.

Wang hantaranpula merupakan satu bentuk hadiah berupa wang tunai yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.

Manakala, wang hantaran pula bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya isteri, ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggarakan majlis perkahwinan.

Apa yang paling penting, pemberian mas kahwin adalahWAJIB. Manakala pemberian wang hantaran adalahTIDAK WAJIB.

Seperti yang dijelaskan di atas, mas kahwin adalah hak milik isteri sahaja, maka terpulang kepada isteri untuk membelanjakannya. Kebanyakkannya membeli barang kemas, terpulang kepada kehendak masing-masing.

Secara kesimpulannya, Islam tidak menggalakkan umatnya untuk meletakkan mas kahwin terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.
Rasulullah SAW menggalakkan kita agar mempermudahkan mas kahwin:

“Kebanyakkan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mas kahwin)”

Mudah di sini membawa maksud tidak membebankan mana-mana pihak terutamanya pihak lelaki yang perlu memberinya. Islam itu mudah. Perkahwinan itu mudah. Cuma kita sahaja yang merumitkannya. Wallahualam.

https://baitulmuslim.com/artikel-dakwah/apa-itu-mas-kahwin-dan-apa-itu-wang-hantaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 5-6-2020 08:04 PM
mmg la,kalau akad nikah xde kenduri mcm x lengkap je,nt org kate ape plak,
lain la kalau dah xde  ...

Itu la pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 5-6-2020 08:02 PM
nak request ape,hp baru,boleh..... tp kena potong perbelanjaan la hahahhaha

Perbelanjaan rumah atau nafkah utk dia? Hahahaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp je senaskah al-quran. Setel. Apa nk pening2
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit hantaran ni digunakan untuk buat majlis kan
Tengok kemampuan bakal suami u lah
Kemudian bincang dengan mak ayah

Musim ni x perlu buat kenduri besar
Tapi duit hantaran kena ambil
guna buat makan2 sikit
Yang lain simpan untuk kegunaan masa depan
Tapi pastikan baki duit tu jangan inform suami
Ingat dek. Jangan.

Simpan dalam ASB
Esok2 masalah kat tpt kja
Atau suami buat hal sekurangnya ada simpanan
Ada anak, boleh guna utk kpluan anak

Letsay hantaran 10k, setakat mahlis 20 org musim ni berapa sgt habis kn
Baki 5k je pun, terus simpan asb
Sekurangnya dh ada simpanan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
GigaMom replied at 5-6-2020 08:34 PM
Duit hantaran ni digunakan untuk buat majlis kan
Tengok kemampuan bakal suami u lah
Kemudian binca ...

Terbaik nasihat sis

Hantaran kalau putus tunang kena pulangkan. Katakan hantaran dah bagi utk persediaan kawin rm30k hangus, kena refund. Kalau tunang lenjan kasut louboutine sampai haus kena ganti yang baru. Hati2 spending

Pertunangan kena ada kontrak bertulis, simpan resit, screenshot perbualan. Sebelum kawin jangan joli dulu




Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 5-6-2020 02:58 PM
serba berdiri tu
subang
cincin

Oo maksud serba berdiri tu satu set complete rupanya
Dasat oi tapi kalau nak yg halus halus takpela heheh
Cincin 2.75g
Subang 0.75g
Rantai 5g loket 2g
Gelang 7g

Ha okla kan
Rantai kaki 5g
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal kawen nikah ni
Majlis kecik kecik dahla seadanya yg tak membebankan mana mana pihak
Yg penting setel
Lagipun kehidupan lepas kawen tu lagi penting
Gaji banyak pun kalau bayar hutang pl je dah 70%
Aduhh sakit tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2020 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you semua bagi pendapat..saya baca satu-satu.. sekarang macam dah ada rough idea nak buat apa lps baca komen2..saya plan nak tanya balik bakal suami bajet dia berapa untuk duit hantaran..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:23 PM | Show all posts
adelea replied at 5-6-2020 02:39 PM
anak jiran  rumah iols xde spm pon ,
belanja hangus rm 10k
barang kemas serba berdiri

Kisah sepupu lelaki i, sebelum pergi majlis merisik dah deal hantaran 8k je, tapi bila sampai family perempuan nampak rombongan lelaki datang ada naik kereta mahal dia up jadi 10k. Padehal bukan kereta mak bapak lelaki tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakal suami dah sebut lepas kahwin dia akan tanggung semua pasal saya termasuk tempat tinggal ,makan minum , pakaian, beri nafkah... so saya rasa segan pula kalau nak demand puluh2 k.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2020 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 5-6-2020 02:58 PM
serba berdiri tu
subang
cincin

Baru tahu maksud serba berdiri ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bincg elok2 dgn parents n tnya bakal suami berapa mmpu

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
aku kawen 2015 hantaran 10k ada degree belajar oversea. akak2 aku yg ada degree grad local pon 10k juga. bakal SIL aku lawyer ada master pon 10k

bagi aku, bincang elok2 je la. fikir lebih nak survive lepas kawen nnt mcm. laki aku bagi 10k pon umah da siap ada disediakan dan barang2 asas umah sume da lengkap. mmg aku cuci kaki je. masuk umah top up brg2 dapur yg basah2 je dgn brg memasak lain mcm lesung batu.haha

kalau ko minta tinggi2 pon tp lepas kawen strugle nak survive pon xguna dik. kawen dan hidupla seadanya. ukur baju badan sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:37 PM | Show all posts
Tanya bakal suami berapa bajet yang dia mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.123995 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list