CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4824|Reply: 46

[Tempatan] Sekolah akan dibuka. Pelajar-pelajar mula luahkan di sosial media malas nak data

[Copy link]
Post time 5-6-2020 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Rasakan! Pelajar tak suka sekolah dibuka, bermulut celupar ‘disekolahkan’ lebih awal - “Biawak dekat longkang pun tahu cari makan”
Jumaat, 05 Jun 2020 10:00 AM
3-4 minutes

PENURUNAN angka jangkitan Covid-19 di negara ini ternyata memberi kelegaan kepada orang ramai.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memberi bayangan lebih banyak sektor sosial termasuklah sesi persekolahan akan dibuka semula tidak lama lagi.

Berita itu bagaimanapun tidak disambut baik semua golongan pelajar, malah sebilangan mereka secara lantang turut bersuara di media sosial.

"Tak nak mati ramai lagi ke? Aku malas nak kena pergi sekolah ni. Mati demi aku please hahahaha," tulis seorang pelajar perempuan di Twitter.

Perbuatan itu sesuai dengan peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' apabila dia kini teruk dihentam netizen.

Akibat dihujani pelbagai komen di laman sosial itu, dia akhirnya menetapkan akaun Twitter miliknya kepada mod privasi.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi individu turut menyuarakan hal sama menerusi laman Twitter.


Satu lagi tweet yang turut dikecam ramai.

"Kami tak nak sekolah dibuka," kongsi individu berkenaan sehingga dia dihujani pelbagai komen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan dua pelajar itu sehingga mereka 'disekolahkan' di laman sosial tersebut.

Menurut pelayar Twitter, individu seperti itu bagaikan tidak tahu bersyukur dan sikap berkenaan jika berterusan boleh menyusahkan ibu bapa masing-masing.

    Tak nak mati ramai lagi ke? Aku malas nak kena pergi sekolah ni. Mati demi aku please hahahaha.
    PELAJAR CELUPAR

"Habis tu kau nak jadi apa duduk rumah? Dah la tak pandai, kerja menyusahkan mak ayah," tulis seorang individu sehingga dikongsi hampir 12,000 pelayar Twitter.

"Kelas online kata susah, internet lembab, mental penat. Kerajaan nak buka sekolah tak mahu pula. Tak fahamlah budak-budak sekolah.

"Bila sekolah diarah tutup kau melalak nak sekolah, ha ni sekolah dah buka balik tak nak sekolah pula?

"Tak nak sekolah? Pergi kerja. Jangan jadi biawak hidup kat rumah. Biawak dekat longkang pun tahu cari makan.

"Saya sebagai budak sekolah pun malu dan kesal dengan tweet dia," tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, segelintir golongan pelajat turut membuat luahan di Twitter kononnya tak sedia kembali bersekolah memandangkan masih banyak kerja rumah dan tugasan yang belum disiapkan.

Apa-apapun, kita nantikan sahaja pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bakal mengumumkan tarikh mula persekolahan tidak lama lagi.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 12:56 PM | Show all posts
takkan nak duduk je rumah sampai umur 18 pastu komplen kat kerajaan sebab dia takde kelulusan minimum SPM? pastu nak cari kerja pun tak dapat, terpaksa bergantung kat kerja kampung gaji hari. ada kerja ada la duit, ada la makan. agaknya camtu lah street smarts yang derang nak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:00 PM | Show all posts
Dalam pada itu, segelintir golongan pelajat turut membuat luahan di Twitter kononnya tak sedia kembali bersekolah memandangkan masih banyak kerja rumah dan tugasan yang belum disiapkan.


take it for granted ... sekolah lambat lagi bukak





Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:55 PM | Show all posts
taknak sekolah, lepastu sok bila takde kerja, taknak buat kerja2 bawahan...merempan pula bila bg kerj kat pendatang...gitulah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah tu budak2 malas sekolah. Dorang mana paham kehidupan lagi2 yg hidup cukup makan pakai
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:02 PM | Show all posts
Dah makin lama di rumah jadi makin liat nak ke sekolah tak hairan kalau macam tu response nya.  Tapi kalau nak teruskan juga bidang kerja yang ditinggalkan oleh pati bolehlah mereka tolong isikan nanti sebab bidang kerja tu tak perlukan kelayakan tinggi hanya perlu tenaga dan rajin kerja je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak akak memang rare. Masa raya kami tanya apa yg dia rindu. Dia kata rindu nak gi sekolah. Rindu nak aktif ke sana ke sini di sekolah. Rindu nak belajar dlm kelas, face to face dgn cikgu. Rindu nak bercamping dan kumpul sijil2 pengakap. Dan yg utama, dia rindu badan yg kurus siap jawline dekat 3 bulan lepas. Sejak MCO ni muka dah bulat.
Tapi dia Form 3.. Form 3 x dibenarkan ke sekolah kan.. Harap dia istiqomah buat routine dia yg dah dimulakan sejak 3 minggu lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:09 PM | Show all posts
anak aku pulak tak habis tanya bila nak sekolah... tapi maybe sebab baru darjah 2  kot... excited nak pegi sekolah tu lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
biasa la budak2 dah lama cuti liat la dia. sama juga lepas cuti hjg tahun nak naik sekolah tu rengsa semacam. bezanya ade bdk2 masih waras dlm meluahkan rasa ada yg extreme sampai tahap biadap kurang ajar.

kesimpulannye dah nama pun pelajar kerja korang adalah belajar
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kikuri replied at 5-6-2020 02:09 PM
anak aku pulak tak habis tanya bila nak sekolah... tapi maybe sebab baru darjah 2  kot... excited na ...

samalah my kids.. but we know its hard for them to social distance klu bukak sekolah lagi2 primary school..hrtu bwk diaorg jln2 dlm kereta diaorg nak tgk sekolah. so setelah lebih 80 hari x keluar rumah benda pertama diaorg nk tgk adalah Sekolah. dpt tgk dr dlm kereta pun diaorg excited. huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 anak aku pun ramai yg ckp x sabar nk sekolah.. Tp aku yg risau mcm mana la kt sekolah nnt.. Dgn share toilet semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasain la perangai anak2 korang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:37 PM | Show all posts
aku kalo dibagi peluang gi sekolah, mahu sekolah balik..bosan la kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:38 PM | Show all posts
kiddos kt rumah ni x menyabor pulak nk pergi school..  ckp xtau tanye lagi.. ckp next monday.. every jumaat tnye, nk susun buku dah..

haihh.. siap ckp nnt lame2 xschool kawan kt kelas tak nak kawan dah.. lama tak jumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
so sebenarnya anak2 yg malas??
pastu parents pon malas nak ajar anak drg yg malas2 tu
pastu condemn cikgu makan gaji buta sbb xleh hantar anak drg yg malas tu p skola spy cikgu2 yg makan gaji buta tu boleh ajar anak2 drg yg malas?


gile pny circle mcmni. smp kiamat xdpt kete terbang.hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:43 PM | Show all posts
dalam forum ni pun ada 2-3 biji parents yang tak habis2 kutuk cikgu pemalas...

tapi entah2 anak sendiri tengah tweet malas datang sekolah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2020 02:43 PM | Show all posts
terbuka la tembelang
si parents tak didik anak2 ttg akhlak
kantoi
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:45 PM | Show all posts
Budak2 cmni lah jadi mat rempit, bohsia bohjan ,matpet lepastu kehulu kehilir hidup ketuatnan dan meroyan dgan bangsa lain. Moga tuhan insafkan kau org dik!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:46 PM | Show all posts
sekolah la best
main tamiya dlm longkang
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantaklah korang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.095225 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list