CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4788|Reply: 48

[Tempatan] UMNO tak sudi sertai PN secara rasmi,sokong Muhyiddin sehingga PRU-15 sahaja

[Copy link]
Post time 5-6-2020 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 5-6-2020 03:06 PM

'Umno tolak sertai PN secara rasmi, apa langkah Muhyiddin nanti?'

Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi jika gabungan itu didaftarkan pada masa akan datang, menurut anggota Majlis Tertinggi (MT) parti itu Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mendakwa ia berbeza dengan hasrat Bersatu yang menurutnya ingin menjadikan PN sebagai pertubuhan rasmi.

"Ini semua untuk survival Bersatu. Tetapi Umno telah buat keputusan tolak pendaftaran PN sebagai badan formal.

"Umno tidak akan tandatangan. Maka apa langkah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang seterusnya?" soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini,  dua pemimpin tertinggi Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan ada menyatakan Umno hanya akan menyokong PN di bawah Muhyiddin sehingga pilihan raya umum ke-15 sahaja.

MT Umno juga dilaporkan sebulat suara menolak untuk menyertai gabungan itu secara rasmi.

Bagaimanapun pada 17 Mei lalu, Bersatu bersama BN, PAS, GPS dan dua parti berasaskan Sabah menyatakan sokongan terhadap penubuhan PN melalui kerjasama gabungan parti-parti politik.

Kenyataan tersebut ditandatangani Muhyiddin, Ahmad Zahid selaku pengerusi BN, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Pengerusi GPS Abang Johari Openg, Presiden PBS Maximus Johnity Ongkili dan Presiden STAR Jeffrey Kitingan.

Hujung bulan lalu pula, PN menubuhkan Majlis Presiden yang dianggotai pemimpin tertinggi semua anggota gabungan itu

Bagaimanapun Memorandum Persefahaman (MOU) PN dikatakan hanya untuk mencerminkan sokongan majoriti terhadap Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri, dan tidak bersifat mengikat.

PN dibentuk antara Umno, Bersatu dan PAS, serta disokong oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Bersatu Sabah (GBS) serta wakil bebas bagi menubuhkan kerajaan persekutuan.

Ia kemudian disusuli di peringkat negeri yang menyaksikan pertukaran pentadbiran di Johor, Melaka, Perak dan terbaru Kedah,

Malaysiakini sedang menghubungi Mohd Puad untuk mendapatkan maklum balas lanjut.  

https://www.malaysiakini.com/news/528859

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2020 02:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 03:08 PM | Show all posts
See, skrg semua fikir survival sendiri je.
Xde nye nk fikir rakyat tmpt ko susah ke, senang ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:03 PM | Show all posts
Hinanya Din Pagoh.......:sampaikan penyamun pon tak hingin dengan dia..........

Sapulah air mata mu dengan tepi baju maxi Duta Khas Malaysia ke Timor Tengah bertaraf Menteri tu nanti.

Kalau dia tak sentap bajunya dan halau ko, dah kira baik......
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:08 PM | Show all posts
ok.............
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah yg di kata hidung tak mancung, pipi tersorong2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 04:45 PM | Show all posts
asal bukan  phanceng, dapig
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:46 PM | Show all posts
wow kesiannya abah..
lari sana pergi sini, sampai sini diterima "bersyarat" pulak..
betul-betul interesting politik malaysia..
yg at the end of the day, nmpk masing2 pentingkan survival politik sendiri..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MN for pru15
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:13 PM | Show all posts
Abah Din Pagoh nak jaga Malaysia, kuatkanlah semangat jaga rakyat  betul2, kalau silap satu habis bersatu jadi berpecah.

UMNO maybe dah nampak sirna utk menang lagi terang, haha apa lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:28 PM | Show all posts
hakikatnya politik sekrg melayu islam vs melayu islam je ni, cina tepok tgn..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:34 PM | Show all posts
dah ada ka yang ratib asalkan bukan DAP

DAP tepuk tangan ja lah. Penyokong abah sila sediakan tissue berkotak2. Handout pun dah nak habis stok

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:38 PM | Show all posts
Maideen. replied at 5-6-2020 04:03 PM
Hinanya Din Pagoh.......:sampaikan penyamun pon tak hingin dengan dia..........

Sapulah air mat ...

penyokong yang delusional sahaja yang gagal melihat betapa rapuhnya kedudukan PM pujaan depa ni encik maideen.

see ajaibnya handout boleh gelap mata memasing


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:52 PM | Show all posts
Nahnukutu replied at 5-6-2020 05:38 PM
penyokong yang delusional sahaja yang gagal melihat betapa rapuhnya kedudukan PM pujaan depa ni en ...

Kesempitan hidop membuat mereka bergantong kepada dedak dan hampas kelapa yang ditabor penyamun. Mereka juga percaya semua orang adalah penyamun dan kita harus memilih penyamun yang menaborkan lebih dedak dan hampas kelapa. Kasihan.....

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Muhyiddin kekal sbg PM sehingga PRU 15....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:53 PM | Show all posts
So ahli bersatu, utk survival career politik korang, silalah cari parti lain utk next pru ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 09:21 PM | Show all posts
Maideen. replied at 5-6-2020 04:03 PM
Hinanya Din Pagoh.......:sampaikan penyamun pon tak hingin dengan dia..........

Sapulah air mat ...

kalau dia tak khianat Tun, memang sampai mati xde chance nak jadi PM.
sejak dalam UMNO memang dia takat jadi yes man aje,
dia xkan jadi pilihan utama TUN sebagai PM.
sama seperti Zahid Komedi yang suatu ketika back stab Najib untuk jadi PM,
sekali Tun xberkenan, Zahid Komedi terus bodek Najib,
mana tau PRU 14 UMNO tersungkoq..
Dua-dua ni termasuk DSAI, di mata TUN takat alat je



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 5-6-2020 04:45 PM
asal bukan  phanceng, dapig

setuju.  asalkan bukan DAPIG
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:27 PM | Show all posts
ekceli dr sudut positif,   org politik Melayu tak kira berada di parti mana   .....    'jiwa UMNO'  masih kuat di pegang

tak kira undi parti apa atau calon bebas ......   roh UMNO masih hidup

so watpe asik jilat tua bangka spt fosil, zahid, bossku, nuart, hadi   ....  byk lagi pilihan di luar sana


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:30 AM | Show all posts
Darien_Fawkes replied at 5-6-2020 09:21 PM
kalau dia tak khianat Tun, memang sampai mati xde chance nak jadi PM.
sejak dalam UMNO memang dia ...

Satu pengamatan yang baik Darien.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.116586 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list