Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2228
View
71
Reply

[Politik] Adakah Najib akan disabitkan bersalah pada 28hb Julai nanti?

[Copy link]

Author: safriehalim    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-6-2020 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Keputusan tujuh pertuduhan penyewelengan milik SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diketahui 28 Julai ini

Pertuduhan itu melibatkan pecah amanah, salah guna kedudukan dan penggubahan wang haram.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh tersebut selepas hujahan penggulungan akhir kes pembelaan SRC International berlangsung selama hari yang mana pihak pembelaan mengemukakan hujah pada hari ini.

Ketika menetapkan tarikh itu, kata Mohd Nazlan, beliau telah mendengar hujah kedua-dua pihak dan juga membaca hujah bertulis setebal 2,000 muka surat.

Setelah mendengar semua hujahan dua-dua belah pihak secara panjang lebar dan mendalam, mahkamah akan menimbang semua fakta, bukti yang telah dikemukan sebelum memutuskan andainya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 182A(1) Kanun Acara Jenayah.

Semoga hujahan lengkap dan mendalam oleh kedua-dua pihak ini membantu mahkamah dalam memastikan dan menimbangkan serta memutuskan jika pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Saya berhasrat untuk memberikan penghakiman akhir pada bulan hadapan iaitu pada 28 Julai depan, katanya selepas pendakwaan dan pembelaan menutup hujahan masing-masing di akhir kes sebentar tadi.

Pada 11 November tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib membela diri terhadap tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga tuduhan pengubahan wang haram dan satu tuduhan salah guna kuasa.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 2 Mac 2015.

Pendakwaan itu mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaram, manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ialah peguam utama pihak pembelaan.

Sebanyak 807 eksibit atau barang kes dikemukakan ke mahkamah dalam perbicaraan selama 91 hari bermula 3 April 2019 yang turut membabitkan nota prosiding kira-kira 6,000 muka surat. Sebelum ini, pihak pendakwaan mengemukakan 57 orang saksi.

Manakala perbicaraan pembelaan yang bermula 3 Disember tahun lepas selama 33 hari dan 19 saksi. CMalaysiaGazette


Korang rasa adakah DS Najib Razak akan disabitkan bersalah pada 28hb Julai nanti?
Single Polls, Total 62 Users voted
Your User group have no permission to vote

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 5-6-2020 08:14 PM | Show all posts
ini berita dari luar negeri.....

1MDB-linked corruption trial closes, with defence saying Najib was victim of a scam

KUALA LUMPUR - The corruption trial of Malaysia's former premier Najib Razak relating to funds misappropriated from SRC International, a former subsidiary of 1Malaysia Development Berhad (1MDB), has finally closed, with the judge setting July 28 for a verdict. The trial began in April last year.

The defence has pinned the blame on elusive financier Low Taek Jho, otherwise known as Jho Low, calling Najib a "victim of a scam".

Led by Shafee Abdullah - himself on trial for money-laundering and tax evasion - the defence has maintained that Low mismanaged Najib's accounts.




Perdana Muntri Malaysia kena scam


Bukan saja makcik2 gersang kena scam dgn negro....korang punya PM pun kena scam juga lol









Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:16 PM | Show all posts
Kalau tak semua 7 pertuduhan pon, pertudohan salah guna kuasa dan pengubahan wang harom (yakni 4 pertudohan semuanya akan sangkot.

Inilah tarikh permulaan yang dinanti nantikan rakyat Malaysia sementara perbicaraan lainnya bermula.

Semoga rakyat berdoa mengikut kepercayaan masing masing agar keadilan ditegakan.

Syabas diucapkan kepada Dato Sitham!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:17 PM | Show all posts
Najib tak salah. Yang salah Jholow











Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:21 PM | Show all posts
Najib tak salah. Yang salah Jho Low taek

















Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya percaya najib seorang yg naif dan suci mcm bayi yg baru dilahirkan sbb tu kena scam..jahat la jolow tu..isk x baik tau jolow scam najib
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang Melayu mengharapkan DS Najib bebas daripada segala fitnah dan pertuduhan berunsur politik

hanya nons yang perlukan najib bersalah demi kepentingan sempit mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg najib x bersalah. Tapi terpulang pada Hakim lah kalau dia x suka Najib boleh jer dia nak twist alasan2 utk jadi kan Najib tu bersalah. Tp kelakar lah sedangkan saksi2 utama Jlow n Nik Faisal x jumpa sampai skrg. Padahal Atuk n gang kemain kata tau diaorg kat mana n bg mcm2 alasan x nk bwk balik 2 org tu sampai kata dah jd beruang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:43 PM | Show all posts
Dalam mendokan Allah SWT akan menunjukan kebeneran jangan lah hendaknya kita memohon yang tidak baik untuk Najib Klepto.....

Misalnya janganlah kita berdoa dia akan di sontot oleh otai otai penjara kelak. Cukoplah jika kita berdoa agar si Klepto itu menjalani hukomannya dengan aman dan diberi peluang untok bertaubat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdana muntri sebuah Negara kena scam... Berbillion billion duit Negara Dan rakyaat hilang kerana Perdana muntri bongok sampai kena scam.

Malang sungguh negara itu....


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:01 PM | Show all posts
Kesilapan Klepto Kepit itu hanyalah dia terlalu leka mendahulukan rakyat sehingga tak sadar dia kena scam di mana orang masokan Rm42,000,000.00 kedalam akaun dia lalu dia pon menggunakannya setelah merasa takajut. Prrrrrrrrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg bersalah dihumban ke penjara secepat mungkin........amin
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul dia bersalah, selayaknya lah dia dikenakan hukuman...

Nanti blh kongsi pengalaman dgn anuar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
dizekni replied at 5-6-2020 08:58 PM
Semua orang Melayu mengharapkan DS Najib bebas daripada segala fitnah dan pertuduhan berunsur politi ...

insya Allah DSN akan terlepas dari bencana fitnah Pakatan Hancing yg sekian lama menabur fitnah termasuk mengfitnah DSN sebagai pembunuh bersiri yg bunuh ramai org kononnya.  semoga tukang2 fitnah ini mendapat bala yg setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:26 PM | Show all posts
UMNO=Najib=PN=Bebas
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
harizs replied at 5-6-2020 11:23 PM
insya Allah DSN akan terlepas dari bencana fitnah Pakatan Hancing yg sekian lama menabur fitnah te ...

Insha Allah

itu la yang kita harapkan,
keadilan untuk semua manusia tak kira apa latarnya

Amin
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Apsal rakyat marhaen kena scam laen machiam. Mangsa hilang duit, scammer pakai duit scam. Bijan pakai duit, scammer bagi duit. Rakyat tetap rugi la sebab duit rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Zahid Hamidi kena panggil mesyuarat ni,  buat persiapan untuk raikan pembebasan Najib.
Pastikan buat besar2an
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:47 AM | Show all posts
Edited by salamon at 6-6-2020 02:00 AM

1MDB: Rafizi Didapati Bersalah Langgar OSA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli didapati bersalah kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 apabila memiliki laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa kebenaran dan mendedahkannya kepada media.

Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mendapati Rafizi bersalah di atas kedua-dua kesalahan.

Zulqarnain pada Isnin berkata, video mengenai Rafizi membuat sidang media berhubung isu terbabit jelas menunjukkan beliau melakukan kedua-dua kesalahan.

Tambah Zulqarnain, Rafizi gagal membangkitkan keraguan di atas dakwaan terhadapnya.

Rafizi didakwa memiliki halaman 38 laporan audit 1MDB tanpa kebenaran, yang mana beliau melanggar OSA 1972.

Beliau dikatakan melakukan kesalahan itu di lobi Parlimen di Jalan Parlimen di sini, pukul 3 petang 24 Mac tahun ini.

Rafizi, 39, turut didakwa kerana mendedahkan kandungan laporan audit pada halaman yang sama menerusi sidang media 28 Mac lalu.

Pada 8 April lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah kerana melanggar OSA. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi sebutan semula kes.

Menurut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, ahli Parlimen akan hilang kelayakan sekiranya dijatuhkan hukuman untuk tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.

p/s: nak tangkap org lain tapi diri sendiri tertangkap terlebih dahulu .. PAKAR FORMULA TERCIDUK GAISS
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
sudah2 la tu menabur fitnah bertahun2 mcm fitnah Lynas adalah loji nuklear
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list