CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4682|Reply: 14

Apa itu Gunung G7? Baca Perkongsian Tentang G7 Yang Ramai Hikers Konfius

[Copy link]
Post time 6-6-2020 03:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 6-6-2020 03:57 AM

Bagi peminat aktiviti jungle trekking ataupun hiking, pasti anda selalu terdengar pendaki-pendaki lain menyebut tentang gunung G7. Bagi belum tahu, jom kami baca perkongsian dari pemilik Facebook Siti Hajar Awang Hasaan ini. Teruskan membaca.
Sebenarnya, G7 ialah Senarai 7 Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 2000 meter atau 7000 kaki dan ke atas. Gunung-gunung yang berketinggian 2000 meter atau 7000 kaki ke atas yang terletak di Sabah dan Serawak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Tambuyukon, Gunung Kaingaron dan Gunung Mulu tidak termasuk dalam senarai G7.




Kredit Foto: Siti Hajar Awang Hasaan via Facebook HACAM.

Untuk pengetahuan anda, 6 gunung terletak di Banjaran Titiwangsa dan 1 lagi terletak di Banjaran Tahan (Gunung Tahan). Senarai di bawah menunjukkan 7 gunung dengan ketinggian masing-masing:





Senarai Gunung G7
Jika anda pernah terdengar tentang V1, V2 dan V3, ianya ialah panggilan untuk versi-versi menawan Gunung G7 ini.





Versi Gunung G7
Bagi anda yang ingin menawan Gunung G7. Anda boleh rujuk durasi yang biasa dilakukan oleh pendaki seperti di bawah. Bergantung kepada pendaki itu sendiri, mereka bebas untuk memilih pakej program yang ditawarkan oleh penganjur ataupun GOGO.





Antara variasi masa yang diambil untuk menawan gunung G7





Bagi yang belum pernah menjejak kaki mahupun mendaki gunung G7, persediaan rapi sebelum memulakan pendakian gunung G7 amatlah penting disebabkan setiap gunung G7 mempunyai keistimewaan tersendiri:

1) Tahan – Terletak di Taman Negara. Terdapat haiwan liar (rusa dan haiwan lain)
2) Korbu – puncak tertinggi antara semua gunung di Banjaran Titiwangsa
3) Yong Belar – Air terjun lumut, hutan lumut
4) Gayong – Gunung berkapit (antara Korbu & Yong Belar) dan asal usul seni silat gayong
5) Chamah – Terletak di Kelantan. Merupakan hutan tebal dan terdapat haiwan liar (harimau & gajah) di dalamnya.
6) Yong Yap – Mempunyai puncak berbentuk piramid. Anda diwajibkan untuk menaiki 4 wheel untuk ke tapah permulaan di perkampungan asli. Trek ini akan melalui pokok tumbang dan buluh-buluh besar.
7) Ulu Sepat – Terletak di Hutan Royal Belum. Gunung ini terletak bersebelahan Gunung Chamah dan merupakan laluan paling sukar.
Jadi, gunung mana nak di tawan dahulu?

tepuk dada tanya semangat dan teruskan berlatih kuatkan kaki anda. hehe.. Sebabnya bukan senang nak daki gunung ye. Tak semua orang punyai semangat, persiapan mental dan fizikal yang kuat untuk mendai gunung. Bukan setakat itu sahaja, ilmu-ilmu pergunungan juga perlu anda tahu sebagai persedian untuk masuk ke hutan.
Note: Artikel ini telah diolah mengikut format


Sumber: Siti Hajar Awang Hasaan via Facebook HACAM.





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
rindu nk hiking. haaaa.. habis musim pkp, sambung balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 07:10 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 6-6-2020 06:26 AM
rindu nk hiking. haaaa.. habis musim pkp, sambung balik

wah..minat ye.saya dah lama nak tanya kepada seseorang
yang hebat ada minat hiking ni hehe

kalau sudi, boleh ke bagitau saya, apakah yang membuatkan
awak minat hiking ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tak hiking wpn setakat ni pegi yang rendah rendah je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 6-6-2020 07:10 PM
wah..minat ye.saya dah lama nak tanya kepada seseorang
yang hebat ada minat hiking ni hehe


boleh kenal ramai org yg padu, lepastu suasana hutan yg best. paling excited bila di puncak. view cantik.

pengalaman yg mencabar. pastu camping ramai

bg aku kn, kalau pada yg nk berjinak dgn hiking, korg cuba start naik gunung berembun langsing chemerong (CBL)

view dia cantik. air jernih boleh google tgk. kalau nk extreme, boleh naik G7

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2020 12:20 AM | Show all posts
loladaily replied at 6-6-2020 10:32 PM
Dah lama tak hiking wpn setakat ni pegi yang rendah rendah je.

rendah2 pun,tentu macam gunung kan hehe
apa nama last yang awak hiking tu ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2020 02:19 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 7-6-2020 12:20 AM
rendah2 pun,tentu macam gunung kan hehe
apa nama last yang awak hiking tu ?

Hehehe takde la awak. Bukan gunung pun. Saya suka pegi rendah rendah mcm bukit je. Sbb ikut kemampuan fizikal. Last bukit gasing. Hehehe. Before this ada la pegi mcm bukit saga, broga, wawasan and few lagi. Sikit2 je sbb ikut kemampuan diri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2020 03:56 AM | Show all posts
loladaily replied at 7-6-2020 02:19 AM
Hehehe takde la awak. Bukan gunung pun. Saya suka pegi rendah rendah mcm bukit je. Sbb ikut kemamp ...

fuh,kalau saya,bukit belum tentu larat keke
takpe, tunggu malaysia clear dengan wabak ni
bolehlah awak teryskan hobby ni hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 7-6-2020 03:56 AM
fuh,kalau saya,bukit belum tentu larat keke
takpe, tunggu malaysia clear dengan wabak ni
bolehla ...

Inshallah. Awak pun boleh. Start small and then baru pegi gunung gunung semua tu. Saya ingat waktu memula ke broga it takes me longer hours nak complete and then saya pegi utk second third time utk try lagu then saya boleh reduce banyak masa. For org lain maybe broga tu takde apa apa. But for me it's measure your determination proven with the numbers. So you also can do it. Never say never
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa I start hiking zaman kolej dulu, orang duk sibuk nak grad G7 ni. Kira otai la kalau dah settle G7. Ada siap nak pecah rekod la apa la.

My 1st G7 trip CUS (Chamah- Ulu Sepat) 6 days. Best gila! Memang bonding sgt masa tu rasa mcm adik beradik sebab susah senang dalam hutan tu dengan lineups yg sama. I paling junior masa tu, baru 19 tahun. Ikut senior2 grad G7 dorang sebab 2 tahun sebelum tu dorang buat 1st G7 Gunung Tahan, 1 tahun sebelum tu 2nd G7, reverse V2 (korbu, gayung, yong yap, yong belar) then 3rd year baru CUS.

Lps tu ada I hajat nak buat V2 tapi takde rezeki, busy belajar and dah kerja pulak lps tu. So I buat single trip G7 je which is Gunung Tahan, Gunung Yong Belar on different year. Balance 3 lagi tak tau la bila ada rezeki, dah makin tua makin malas pulak

Eh panjang pulak komen, sape faham feeling hiking trip panjang ni, faham la apa I bebel2 ni hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 6-6-2020 10:40 PM
boleh kenal ramai org yg padu, lepastu suasana hutan yg best. paling excited bila di puncak. view  ...

CBL memang best! Gunung 1st I daki and terus jatuh cinta dengan hiking activity ni. Kalau suka gunung jenis ada view and ada reward (air terjun) boleh cuba ke Gunung Stong, Kelantan pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2020 12:30 AM | Show all posts
soulskull replied at 7-6-2020 11:09 PM
Masa I start hiking zaman kolej dulu, orang duk sibuk nak grad G7 ni. Kira otai la kalau dah settle  ...

haha..tapi itula,, hobby seseorang tak sama.. saya kurang minat hiking
tapi, sangat kagum dengan kehebatan dan ketabahan seseorang yang
minat hiking ni .dengan nyamuk nya.bunyi2 macam2 dalam hutan tu.
entahlah haha.mngkin 1 hari nanti akan terbuka hati keke

alah awak hiking bukit2 dekat2 dahla dlu, kadang umur kita dah
berubah ni.minat pun dah lain sikit hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
soulskull replied at 7-6-2020 11:11 PM
CBL memang best! Gunung 1st I daki and terus jatuh cinta dengan hiking activity ni. Kalau suka gun ...

stong best gila. rindu hiking weyh. tapi tiap kali turun je, confirm aku injured. sbb x bersenam
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Andyscenes replied at 8-6-2020 02:03 PM
stong best gila. rindu hiking weyh. tapi tiap kali turun je, confirm aku injured. sbb x bersenam

Untuk long term, kena jaga-jaga juga tu. Nanti makin meningkat umur sakit2 badan pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
soulskull replied at 8-6-2020 02:05 PM
Untuk long term, kena jaga-jaga juga tu. Nanti makin meningkat umur sakit2 badan pulak.

its ok. aku da biasa hiking. kalau aku  bersenam, xde la injured. naaib bek la kalau injured just 2 hari je elok balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065496 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list