View: 2081|Reply: 33
|
[Tempatan]
Majoriti rakyat Malaysia puas hati cara kerajaan tangani Covid-19
[Copy link]
|
|
Majoriti rakyat Malaysia puas hati cara kerajaan tangani Covid-19
MAJORITI rakyat Malaysia yang ditemui dalam satu kaji selidik didapati berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan pandemik Covid-19.
Kaji selidik yang dijalankan pada Februari dan Mac oleh Merdeka Centre itu menunjukkan 70% daripada mereka yang ditemubual berpendapat Putrajaya bertindak sewajarnya terhadap situasi Covid-19.
Sebanyak 25% berpendapat kerajaan boleh melakukan lebih lagi sementara hanya 3% berasakan kerajaan bertindak berlebihan terhadap pandemik Covid-19, kata Pengarah Eksekutif Merdeka Centre Ibrahim Suffian.
Ibrahim berkata demikian pada satu forum secara maya yang dianjurkan oleh Yusof Ishak Institute (ISEAS) bertajuk “Gabungan, Covid-19 dan Perubahan di Malaysia”, semalam.
Beliau berkata kaji selidik itu juga menunjukkan 91% rakyat Malaysia bimbang tentang pandemik itu.
“Keputusan kaji selidik itu selaras dengan peratusan tinggi (94%) pematuhan sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Taklimat harian kerajaan membantu dalam penarafan tinggi terhadap kerajaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata Ibrahim.
Kaji selidik Merdeka Centre juga menunjukkan rakyat berpuas hati terhadap cara kerajaan mengendalikan pandemik itu dengan peningkatan 18 mata kepada 79% pada Mac ketika PKP bermula, berbanding 61% pada Februari.
Tahap puas hati rakyat terhadap KKM ialah 86% berbanding terhadap kerajaan (79%). Masyarakat umum kurang berpuas hati dengan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba (61%).
“Saya fikir sebahagiannya kerana komen yang salah seperti membunuh Covid-19 dengan minum air suam,” kata Ibrahim.
Badan kaji selidik itu berkata kebimbangan terbesar terhadap Covid-19 ialah ekonomi.
“Ketika kaji selidik dijalankan, kami dapati majoriti pekerja B40 tidak dapat bekerja dari rumah, sementara hanya sebahagian M40 dapat berbuat demikian.
“Kesan ekonomi daripada PKP akan lebih dirasai kemudiannya,” katanya.
Menurut kaji selidik itu, 67% berkata mereka ada simpanan mencukupi untuk dua minggu, dengan 42% berkata simpanan mereka cukup untuk sebulan. Hanya 27% berkata mereka ada simpanan yang cukup untuk dua bulan.
“Bila kita mulakan kaji selidik itu, kami sangka PKP hanya untuk dua minggu. Sekarang sudah lebih 10 minggu, dan kesan akan ekonomi akan bertambah teruk,” kata Ibrahim.
Kaji selidik itu menunjukkan hanya 22% berkata mereka tidak ada simpanan untuk dua minggu, dengan 37% dan 53% berkata yang sama ketika ditanya sama ada mereka mempunyai simpanan mencukupi untuk sebulan dan dua bulan.
“Satu lagi kebimbangan sudah tentu tentang bila moratorium pinjaman bank akan berakhir. Pada waktu itu nanti, kita mungkin dapat melihat betapa teruknya kesan ekonomi,” kata Ibrahim.
Malaysia merekodkan 8,266 kes jangkitan Covid-19 dengan 116 kematian. – 6 Jun, 2020. |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang puashati walopon aku tak dapat satu sen2 dari inisiatif2 Kerajaan. Bukti: antara terbaik dunia dalam menangani Covid. Dalam lembut ada keras..... dalam keras ada lembutnya. |
|
|
|
|
|
|
|
yg 3% tu mesti kaki langgar pkp kannnn |
|
|
|
|
|
|
|
Better drpd PigH y tak buat apa2,malahan duk bwk lg masuk virus tu dgn mggalakkn kemasukan puak prc..
Kes mabuk ni ai harap gomen skrg dpt bertegas 100% terhadap pemabuk2 y dah bunuh org tu..biar kasi pengajaran pd set2 pemabuk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik puashati.... |
|
|
|
|
|
|
|
sngt puas hari.. persekitaran dan udara lebih bersih dan segar.
harap dpt perbanyakkan lagi operasi warga asing ke flat, apartment, kondo bagi membendung jangkitan
memana tokey yg jadi lintah, memerah tenaga kerja warga asing, nyusahkan org lain utk keuntungan sendiri... x perlu wujud lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat puas hati. Kerajaan sekarang tak sindir2 rakyat macam kerajaan yang sebelumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
So far ok malah lebih baik berbanding dengan sesetengah negara lain dan rakyat Malaysia yang mahu berkerjasama banyak membantu ianya berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih semua.. We all play a part.. Syukur, Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg sangat puas hati...
x tau lah kalau PH masih berkuasa..
nak set pembayaran PTPTN utk gaji RM4K keatas pun tak mampu pikir.....
apatah lagi disaster camni n plan pemulihan ekonomi...
bkn nya ada otak pun dorang tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 meratib DSN punca tu punca ni...
apa keje x jalan....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangat puas hati...mula2 nak pkp ada kelam kabut sikit tapi lps tu tersusun..3 org je yg keluar tv...ada medium penyampaian maklumat rasmi kat telegram mkn....tak ada byk menteri nak mencapub bagi statement bodoh....
Dan yg paling penting adalah rasa suara hati majoriti rakyat kerajaan dengar dan ambil peduli.. bukan mcm masa ph perintah..rakyat bising bising depa buat dek je |
|
|
|
|
|
|
|
batu kikir replied at 6-6-2020 09:04 AM
Memang puashati walopon aku tak dapat satu sen2 dari inisiatif2 Kerajaan. Bukti: antara terbaik duni ...
Dapat moratorium pun dah rasa untung walaupun tak dpt duit. |
|
|
|
|
|
|
|
zeed replied at 6-6-2020 11:33 AM
Dapat moratorium pun dah rasa untung walaupun tak dpt duit.
Betul. Buh duit tu dlm asb ada juga divident walaupun sikit. Interest loan remain. |
|
|
|
|
|
|
|
The current government handles the pandemic so well.
Banyak ambil kira pandangan rakyat dan golongan pelaksana.
It's a shame yg Muhyiddin Yasin mungkin jadi PM paling sekejap dalam sejarah Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat aku dulu...
apa je kes SS akan mencapub...
semua kementerian dia kaver...
bongok btoi...
sampai twitterian komen..
kalau ada apa2 isu bgtau je SS..dia direct link dgn PM...
berdekah aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah gomen PN.. Nasib baik bukan pkr dan dap.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap YDPA x sebodoh itu nak membiarkan perkara ini berlaku....PN kena kekal sampai next PRU...
otherwise mmg busuk lah nama Msia ni..
apa yg Tun M buat aritu tak sepatutnya terjadi..
dan penglibatan YDPA didalam pemilihan PM dengan kekdah aritu tak septtnya berulang..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|