CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6465|Reply: 23

[Tempatan] Insentif PENJANA. Peluang beli rumah RM300K dan ke atas

  [Copy link]
Post time 6-6-2020 08:55 AM | Show all posts |Read mode
HOC 2020 akan tarik lebih ramai pembeli rumah pertama - CEO IQI Global
Bernama | Diterbitkan pada Jun 06, 2020 04:30 +08 | Durasi: 2 minit, 9 saat

KUALA LUMPUR: Langkah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan menarik lebih ramai pembeli kali pertama ke dalam pasaran pada separuh kedua 2020, kata ketua firma pelaburan dan khidmat nasihat.

Ketua Pegawai Eksekutif IQI Global Group, Kashif Ansari menyifatkannya sebagai satu inisiatif yang disambut baik memandangkan ia akan memudahkan pembeli untuk memasuki pasaran hartanah sekali gus mengurangkan lambakan hartanah semasa yang tidak terjual.
"Kami berharap kerajaan dapat melonggarkan dasar pemberian pinjaman supaya pembeli rumah lebih mudah memperoleh pinjaman," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin semasa membentangkan PENJANA, yang disiarkan secara langsung menerusi saluran radio dan televisyen semalam berkata, untuk merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan disediakan.
Beliau berkata antaranya, menerusi HOC, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai di antara RM300,000 hingga RM2.5 juta.

Selain itu pengecualian duti setem ke atas 14 surat cara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman, katanya.

Perdana menteri berkata pengecualian ini akan berkuat kuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun, 2020 hingga 31 Mei, 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10 peratus oleh pihak pemaju.

Sementara itu, Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) memuji kerajaan yang mengambil langkah memperkenalkan pakej pemulihan ekonomi komprehensif di bawah PENJANA yang merangkumi semua segmen ekonomi.

Presiden, Tan Sri Soh Thian Lai berkata FMM menyambut baik inisiatif kerajaan untuk terus mewujudkan pekerjaan selain pendekatan dalam menangani pengangguran menerusi beberapa inisiatif seperti insentif pengambilan pekerja daripada golongan belia dan penganggur; perluasan Program Subsidi Upah (WSP) dan program peningkatan kemahiran melalui latihan dan penempatan di samping perantisan.

"FMM, bagaimanapun, berharap WSP diperluaskan kepada semua pekerja tanpa mengira tahap upah dan penghapusan had 200 pekerja bagi setiap syarikat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata FFM juga menyambut baik usaha kerajaan yang sedang menggubal Rang Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) untuk mengurangkan kesan negatif berpotensi ke atas aktiviti ekonomi disebabkan pelanggaran kontrak dan penguatkuasaan tindakan insolvensi terhadap kumpulan yang terjejas akibat COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan.

"Kami menggesa usaha penggubalan rang undang-undang itu dipercepatkan begitu juga tarikh muktamad pewartaan.

"Kami turut menunggu untuk menjadi wakil dalam Jawatankuasa Khas Pekerjaan Nasional yang akan dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
I kenot brain. Stamp duty exemption property 300k ke atas.

Yg b40 nak beli rumah mampu milik Tak dpt penjimatan stamp duty.

Kau dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 11:06 AM | Show all posts
kasibiman replied at 6-6-2020 09:19 AM
I kenot brain. Stamp duty exemption property 300k ke atas.

Yg b40 nak beli rumah mampu milik Tak  ...

b40 nk beli rumah camna? counting hilang keja je skrg. Mkn & hutang sedia ada pun mungkin  xmampu byr. Bg la jaga t20 ke atas, kan pakej ekonomi sebelum ni pakat merusuh kata kerajaan focus b40 jer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah merasa tahun 2007 2008 beli umah dlm 150k landed single storey pun bayar stamp duty pun dah beribu. Ikat perut ngn gaji kecik time tu. Sekarang b40 nk beli umah pun kurg2 250k harga umah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:47 PM | Show all posts
minta pencerahan mcamana kira stamp duty ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ElmoRed replied at 6-6-2020 12:47 PM
minta pencerahan mcamana kira stamp duty ?

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/panduan-tentang-duti-setem-13631

Pi la link kat atas tu.. ada pecahan2 dia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2020 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tgh tunggu umah rm5-6 jota jatuh rm1jota

Kalo ada, sila pm tepi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:36 PM | Show all posts
ni nak tolong yg m40 ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bajet aku bwh 250k jerr.. takut dgn komitmen bulan2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo sampai mei depan.
Hopefully harga rumah turun banyak sebelum tamat tempoh pengecualian tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Area lembah klang ni kat mana boleh cari banglo 1 tingkat range harga 800-1mil?boleh bagi cadangan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pasa at 6-6-2020 04:10 PM
kasibiman replied at 6-6-2020 09:19 AM
I kenot brain. Stamp duty exemption property 300k ke atas.

Yg b40 nak beli rumah mampu milik Tak  ...


Rumah 1st home buyer kalau kurang 300k free stamp duty ler

Rumah kalau dh kategori low kost 1st home buyer mmg tak ad la byrn mot


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 04:05 PM | Show all posts
Ni trmasuk beli subsale house ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 04:52 PM | Show all posts
pasa replied at 6-6-2020 03:59 PM
Rumah 1st home buyer kalau kurang 300k free stamp duty ler

Rumah kalau dh kategori low kost 1 ...

terima kasih atas pencerahan pasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 05:14 PM | Show all posts
Edited by pasa at 6-6-2020 05:29 PM
baghal_bortuqal replied at 6-6-2020 04:52 PM
terima kasih atas pencerahan pasa

sama2

thn ni sapa ekonomi stabil beli rumah baru ada home ownership campaign (HOC)

bila ada HOC akan ada:-

1) discount rumah dari pemaju

2) free legal fees utk SPA.

3) Free stamping fees / MOT charges

4)https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=19&bb=file % loan pun ada dgr akan turun lagi.

make sure mana-mana pemaju yg kata ada buat home omenership campaign (HOC) dia berdaftar dgn REHDA. kalau tak berdaftar, dia punya promosi rumah tu ibarat SOGO buat sales raya baju sblm raya dia tulis RM 50, bila nak raya diorg letak harga baju tu harga RM 100 dicsount 45%, tgk2 harga baju tu RM 55 kan mcm jaybon tu namanya.

senarai pemaju tu kene check kat http://rehda.com/hoc2019/ selalu2 tgk kat sini. pemaju yg buat HOC ni kalau tak silap diorg dapat subsidi dari kerajaan utk kurangkan harga rumah.


cara nak beli rumah baru :-
1) Pilih baper lama nak buat loan kalau umur bawah 35 blh lebih 30 thn, kalau umur lebih 35 loan sampai 60. kalau maybank dia pelik2 sikit sapa ada degree blh loan sampai umur 70 thn kikiki. https://www.cimb.com.my/en/personal/day-to-day-banking/tools/property-monthly-instalment-calculator.html

2) make sure layak loan. ada byk apps blh cek loan. make SURE DSR tak lebih 60% + termasuk dgn instalment rumah baru  https://www.maybank2u.com.my/WebBank/M2UHomeloanCalculator.html

dua apps ni sebagai anggaran dan bukan tepat ye apa2 hal sbg rujukan, utk lebih tepat blh cek dgn banker.

3) kedua cek pemaju kat webiste ni, kalau pemaju tu ada dalam senarai blacklist jgn la sekali2 berurusan dgn mereka.https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43

4) https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/172 semak pemaju yg tgh buat projek kat sini.

kadang-kdang kalau rajin google blh jumpa pemaju punya star rating. maknanya kualiti dia buat rumah tu cantik dan kemas.

selamat membeli rumah baru.


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 07:23 PM | Show all posts
thread ni byk bagi ilmu. best!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 6-6-2020 05:14 PM
sama2

thn ni sapa ekonomi stabil beli rumah baru ada home ownership campaign (HOC)

Thanks pasa, amat membantu

Patut dapat kredit byk ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 08:05 PM | Show all posts

ini nak menolong PEMAJU bukan pembeli terutama golongan B40 .... puiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
TaJwId replied at 6-6-2020 07:57 PM
Thanks pasa, amat membantu

Patut dapat kredit byk ni

Sy share je maklumat, sharing is caring.

Beli rumah baru kos rendah tapi risiko tinggi.

Beli rumah sekunder kos tinggi risiko rendah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2020 12:37 AM | Show all posts
korang kena ingat
kalau harga rumah RM300K dan ke atas
bayaran bulanan lebih RM2000 utk selama 25 - 30 tahun
so dh kena la buat side income
lain la kalau gaji dah RM10,000 ke atas
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.088642 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list