CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11132|Reply: 161

[Tempatan] PN pernah cuba gantikan Noor Hisham

[Copy link]
Post time 6-6-2020 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Mahathir dakwa PN pernah cuba gantikan Noor Hisham


Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada usaha dibuat untuk menggantikan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dengan seorang ahli politik.

Bercakap kepada media di Putrajaya hari ini, bekas perdana menteri itu berkata tindak balas kerajaan terhadap ancaman wabak Covid-19 sekarang berkesan kerana usaha itu diterajui seorang profesional.

"Kerajaan melakukan tugasnya dengan baik tetapi ia berlaku. kerana itu orang politik tak boleh mengambil alih tugas profesional.

"Tugas itu dilakukan oleh orang profesional, seorang doktor dan dia menjalankan tugas dengan baik.


"Pada satu ketika ada cubaan menggantikan beliau (Noor Hisham) dengan seorang ahli politik dan meletakkan orang politik di situ kerana ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu," katanya.

Bagaimanapun kata Mahathir usaha itu tidak berjaya kerana berlaku bantahan terhadap usaha berkenaan.

"Jadi pegawai terbabit masih ada di situ," katanya.

Mahathir tidak menamakan sesiapa dalam kenyataan tersebut. Tidak dapat dipastikan juga sama ada kenyataan beliau itu merujuk kepada cubaan menggantikan Noor Hisham sebagai ketua pengarah kesihatan atau pihak yang bertanggungjawab memberikan respon kepada ancaman Covid-19.

Untuk rekod jawatan ketua pengarah kesihatan adalah posisi yang dikhususkan untuk kakitangan awam.

Terdahulu Mahathir mengulas mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional menggantikan pegawai profesional di syarikat berkaitan kerajaan atau agensi kerajaan dengan ahli politik.

Ia dilakukan sejurus selepas Muhyiddin Yassin menubuhkan kerajaan PN dengan kerjasama BN dan PAS dan mendapat kerjasama Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malaysiakini sudah menghubungi Noor Hisham untuk mendapatkan komen beliau.

Noor Hisham menjadi peneraju gerakan memerangi Covid-19 sejak sebelum PN wujud. Semasa kerajaan Pakatan Harapan, jawatan menteri kesihatan disandang Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Muhyiddin melantik Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba sebagai menteri kesihatan.

Semasa peringkat awal, taklimat mengenai perkembangan terkini Covid-19 di negara ini disampaikan Adham tetapi kemudian ia dilakukan oleh Noor Hisham.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2020 09:06 AM | Show all posts

"Pada satu ketika ada cubaan menggantikan beliau (Noor Hisham) dengan seorang ahli politik dan meletakkan orang politik di situ kerana ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu," katanya.

Bagaimanapun kata Mahathir usaha itu tidak berjaya kerana berlaku bantahan terhadap usaha berkenaan.

"Jadi pegawai terbabit masih ada di situ," katanya.



aku nak tengok apa komen

@dino
@slyfynx
@sarah82
@salamon
@skuau
@baghal_bortuqal
@akusukaq
@harizs
@capiloton
@arnauld
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lepas dr hisham puji2 pm sbb dengar saranan kkm eh? Oh I get it...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:10 AM | Show all posts
cuba nak gantikan  sbb menterinya incompetent  laaaa .dah la tu muka mintak penyepak.DG pulak  jauh bertiang meninggalkan.utk sama level ....kena la lantik DG tonggong jua.tapi taakkkkkkkkk sesetgh  barua bersungguh-sungguh memarah pertahankan adham nehh.sampai org lain pulak kena list down kan kebaikan adham tu.owh negara ku malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:14 AM | Show all posts
X abis2 lg la die ni.
So kalau die cakap tu kene caye ke?
Dan2 DG tgh org suke, gunekan nama DG untuk buat cerita.
Try harder @Knights
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 09:15 AM | Show all posts
slyfynx replied at 6-6-2020 09:14 AM
X abis2 lg la die ni.
So kalau die cakap tu kene caye ke?
Dan2 DG tgh org suke, gunekan nama DG un ...

so kenapa nak gantikan dengan ahli politik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2020 09:16 AM | Show all posts
Noor Hisham ni dilantik jadi Ketua Pengarah Kesihatan zaman bila yek? Zaman PH atau zaman BN?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 09:17 AM | Show all posts
highcastle replied at 6-6-2020 09:16 AM
Noor Hisham ni dilantik jadi Ketua Pengarah Kesihatan zaman bila yek? Zaman PH atau zaman BN?

tak kisah la zaman mana pun.
tapi masa musim covid ni, ketika DG tengah menangani covid dengan baik
kenapa nak digantikan dengan ahli politiK?

tu macai umno malaun pas langsung tak mau jawab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 6-6-2020 09:14 AM
X abis2 lg la die ni.
So kalau die cakap tu kene caye ke?
Dan2 DG tgh org suke, gunekan nama DG un ...

Tu lah. Sedihnya ex pm jd mcm makcik bedah kaki mengacum sambil sentil tembakau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Knights replied at 6-6-2020 09:17 AM
tak kisah la zaman mana pun.
tapi masa musim covid ni, ketika DG tengah menangani covid dengan ba ...

Nak mati dgn dah mati mana satu yg confirm?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:23 AM | Show all posts
Edited by alesandra at 6-6-2020 09:49 AM

ada je keluar citer dr hisham neh nak  kena pecat bulan puasa haritu.bukan sbb air suam. tapi seblm keluar citer SPRM siasat rasuah KKM makmal  covid 30 juta ka hapa kaaa......

p/s rumours yg dr hisham nak  kena pecat tu ...dia jadi kambing hitam tau.dr hisham tak terlibat dlm skandal kes tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x puas ati skrg ni knp tv1 x tunggu sampai abis pc.. Dl sampai abis.. Clear btl DG jawap soalam dr wartawan.. Bab nak ganti kan gan menteri tu ade dgr.. Tp satu je x jd sbb rakyat Malaysia ni mmg dah suka nau kat DG tu yg x jd.. Cute pe DG tu bl wish ukm n fakulti perubatan.. Muka malu2 meow.. Hehehe tp tetap x puas ati tv1 skrg x de siarkan sampai abis pc
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgok je lah menteri ya cmne punya perangai. Yg lgi pelik bin ajaib, timb ment 2 langsung x kelihatan. Muncul time buat ucapan perayaan jah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 09:39 AM | Show all posts
boleh tengok bagaimana pn handle covid ni

dg yang prestasi elok pun nak diganti dengan ahli politik
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by minime88 at 24-12-2021 12:10 PM


delete........
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:44 AM | Show all posts
"Pada satu ketika ada cubaan menggantikan beliau (Noor Hisham) dengan seorang ahli politik dan meletakkan orang politik di situ kerana ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu," katanya.


Clue:- ia adalah langkah publisiti yang baik untuk orang politik itu


Emmm siapa ya? Adakah Najib? Adakah Wak Jahid komidi? <--- dua ni image mmg tercalar balar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 6-6-2020 09:10 AM
cuba nak gantikan  sbb menterinya incompetent  laaaa .dah la tu muka mintak penyepak.DG pulak  jauh  ...

Yg ni i setuju
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:45 AM | Show all posts

Ohhhhh maybe si Kitol <------------- semburit kes!!

Yeap aii teka si Kitol yang bakal jadi polong tak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:48 AM | Show all posts

Clue kedua: Bagaimanapun kata Mahathir usaha itu tidak berjaya kerana berlaku bantahan terhadap usaha berkenaan.


Mmg si Kitol la --  bantahan dari UMNO&PAS. Abah sanggup bagi apa sahaja utk menjaga hati MN. Kena paw manjang ler ko abah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:51 AM | Show all posts
Move yg dibuat oleh beberapa org ahli politik sendiri.
Tak nak sebut sapa, tapi rasa2 korang boleh agak.
Perangai ahli politik ni satu, tak boleh tengok orng lebih dari dia, auto dia akan lihat org tu sebagai ancaman ataupun roadblock untuk dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.275013 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list