CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2539|Reply: 21

[Tempatan] WHO nasihatkan pakai face mask di tempat awam. Jangan lupa update sosial media c

[Copy link]
Post time 6-6-2020 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Covid-19: WHO kini nasihatkan orang sihat pakai pelitup muka di tempat awam
KHAIRULANUAR YAHAYA KHAIRULANUAR YAHAYA Send an email 2 hours ago
71 Less than a minute

JIKA sebelum ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak melihat adanya keperluan untuk orang awam yang sihat memakai pelitup muka dalam menghadapi ancaman virus maut Covid-19.

Badan dunia itu sebelum ini menegaskan tidak ada bukti yang cukup untuk mengatakan bahawa orang yang sihat harus memakai pelitup muka dalam mengelakkan jangkitan itu.

Pertubuhan itu hanya menasihatkan mereka yang mempunyai gejala sahaja untuk memakai pelitup muka bagi menghalang penyebaran virus berbahaya kepada orang lain yang sihat.

Malah WHO berpendapat bahawa pelitup muka hanya perlu dipakai oleh petugas kesihatan dan bukannya oleh orang awam.

Namun organisasi antarabangsa itu telah mengubah nasihatnya mengenai penggunaan pelitup muka dengan mengatakan ia harus dipakai oleh semua orang tidak kira sihat atau tidak ketika berada di tempat awam.

Terdapat bukti saintifik bahawa penggunaan pelitup muka oleh orang ramai di tempat umum membantu menghentikan penyebaran coronavirus Covid-19. Perubahan nasihat tersebut berdasarkan kajian yang dilakukan selama beberapa minggu.

Dr Maria Van Kerkhove, pakar utama teknikal WHO di Covid-19, memberi cadangan agar orang awam memakai “topeng kain – iaitu topeng bukan perubatan”.

Menurutnya, pertubuhan itu kekal menasihatkan bahawa topeng muka perubatan harus dipakai oleh orang yang sakit dan barisan hadapan dalam bidang perubatan.

“Kami menasihatkan agar kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memakai pelitup muka,” kata Dr. Maria.-SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk win.. haha. Face mask ni mcm satu trend dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 09:46 AM | Show all posts
sila delete account FB, IG etc kalau jumlah LIKES, VIEWS kurang dari 1000
kalau rasa malu
beli je fake punya jumlah LIKES, VIEWS
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Erk... Aku baru plan nak beli.. Cantik yg surgical mask corak2..cancel la
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-6-2020 02:02 AM
Erk... Aku baru plan nak beli.. Cantik yg surgical mask corak2..cancel la

Kenapa nak cancel
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 10:24 AM | Show all posts
harga mask sebelum ni kebanyakan penjual suruh beli 4-5 kotak yg 100 pcs punya
sekrang nak beli 50pcs pun dh byk penjual jual
dlm shopee  bawah RM30 pun ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2020 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-6-2020 10:17 AM
Kenapa nak cancel

Hahaha.. Mcm betul juga kata R2D2..hahahahaha.. Iols jumpa kat lazada.. RM83 utk 40 keping 4ply mask.. Hahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:31 AM | Show all posts
Sekarang  bekalan dan stock dah banyak dan mudah nak dapat harga pun dah tak semahal dulu sebab tu dia galakan memakainya.  Dulu stock terhad sebab kilang banyak tutup.  Jadi keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-6-2020 10:43 AM | Show all posts
yg pakai face mask pun
time masuk  makan di kedai
maka sangkut la face mask di dagu
walhal dagu tu berpeluh ka, berdaki ka
kemudian pakai di muka  
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-6-2020 02:25 AM
Hahaha.. Mcm betul juga kata R2D2..hahahahaha.. Iols jumpa kat lazada.. RM83 utk 40 keping 4ply ma ...


4ply yg mana plak
Aku tengah cari yg ada kipas tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-6-2020 10:44 AM
4ply yg mana plak
Aku tengah cari yg ada kipas tu

Yg ada kipas yg aku share hari tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 12:09 PM | Show all posts
WHO galak orang ramai pakai pelitup muka kain
Reuters, Agensi | Diterjemahkan oleh: Nailah Huda
Diterbitkan pada Jun 06, 2020 10:54 +08 | Durasi: 1 minit, 19 saat



PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) sekali lagi mengubah pendiriannya terhadap pemakaian pelitup muka sejak tercetusnya wabak COVID-19 hujung tahun lalu.

Pada Jumaat, pertubuhan itu memperbaharui nasihatnya kepada kerajaan untuk meminta orang ramai memakai pelitup muka kain di ruang awam yang mempunyai risiko jangkitan COVID-19 bagi mengurangkan penularan virus itu.

Garis panduan terbaharu itu berdasarkan bukti saintifik daripada kajian yang dijalankan sejak beberapa minggu yang lalu.

WHO bagaimanapun menekankan bahawa pelitup muka hanya merupakan satu daripada pelbagai alat lain bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan tidak sepatutnya menjadikan orang ramai terlalu selesa.
“Pelitup muka sahaja tidak akan melindungi anda daripada COVID-19,” tegas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan.

Maria Van Kerkhove, pakar teknikal WHO berhubung COVID-19 berkata kepada Reuters: “Kami menasihatkan kerajaan-kerajaan untuk menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka.
“Kami juga bercakap khususnya tentang pelitup muka kain yang bukan untuk tujuan perubatan,” kata Maria.

“Kami mempunyai hasil kajian baharu,” tambahnya.

“Kami mempunyai bukti bahawa sekiranya ia dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi benteng yang menghalang titisan air yang mungkin berjangkit.”

Sebelum ini, WHO memaklumkan bahawa pihaknya masih tidak mempunyai bukti yang mencukupi berhubung pemakaian pelitup muka di ruang awam.

Pertubuhan itu sebelum ini hanya menggalakkan pelitup muka perubatan dipakai oleh individu yang bergejala serta petugas yang merawat mereka.

Terbaharu, Britain mewajibkan pemakaian pelitup muka buat semua penumpang bas, kereta api, pesawat dan feri di England bermula 15 Jun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:46 PM | Show all posts
selamat bertopeng muka

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2020 10:58 PM | Show all posts
Pemakaian topeng muka sangat digalakkan: KKM
HIDAYAH HAIROM | | 6 Jun 2020

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan pemakaian topeng muka ketika berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup adalah sangat digalakkan bagi mencegah dan mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebagaimana yang dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat bukti bahawa topeng muka berkesan menurunkan jangkitan Covid-19.

"Secara prinsip, pemakaian topeng muka perlu diutamakan bagi petugas kesihatan dan juga masyarakat umum yang bergejala. Ini kerana penularan penyakit Covid-19 disebabkan oleh titisan cecair pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti.

"Kepada mereka yang bertugas di wad Covid-19 dan Unit Rawatan Rapi (ICU) mereka diberikan topeng muka serta memakai peralatan pelindungan diri (PPE). Itu memang kita pastikan petugas warga kerja KKM dan barisan hadapan pelbagai agensi untuk memakainya," katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, WHO bagaimanapun menekankan bahawa pemakaian topeng muka sahaja tidak mencukupi untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

Justeru katanya, mereka yang bergejala seperti demam, batuk, badan letih, sakit tekak, pening kepala dinasihatkan tidak keluar rumah kecuali untuk urusan penting.

"Diingatkan bahawa penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta lain-lain langkah kesihatan awam patut diterapkan dalam kehidupan seharian.

"Ini merupakan amalan paling utama yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dalam memerangi Covid-19,"katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 6-6-2020 10:52 AM
Yg ada kipas yg aku share hari tu?

Mahal x sarah yg mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Esel768 replied at 7-6-2020 07:17 AM
Mahal x sarah yg mcm ni?

Yg ada kpas.. Boleh recharger harga rm150+ kalau jenama xioami.. Tapi ada yg bawah 70
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm menarik ni.. Sbb aku ni jenih kuat peluh kalau pakai surgical mask tu.. Hg beli kt mana sarah? Shopee ada?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr mana dulu yg kecoh bila orang nak pakai mask tu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 6-6-2020 10:24 AM
harga mask sebelum ni kebanyakan penjual suruh beli 4-5 kotak yg 100 pcs punya
sekrang nak beli 50p ...

Betul mask dah murah dah skit, malah hand sanitizer pun dah kembali normal harga.
Pegi 99 smlm ade hat dettol 50ml tu budak 99 tu kata beli kak murah ni 50% RM6.50 sebotol.
Padahal bukan murah mmg itulaa harga asal dia sebelum pandemik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cari face mask budak2 hat murah skit. Yg dewasa mmg dah murah hat budak2 tak murah mana. Takat ni iols beli kat shopee hat sepuluh pcs dlm RM14-15 gitu.
Yg dewasa 10pcs RM7 dah murah.

Tp yg dewasa merata2 dah ade org jual kat kedai pakaian Hari2 tu pun nampak ada.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.230524 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list