Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
6551
View
248
Reply

[Tempatan] 2,000 guru 'terkandas' di kampung sejak awal PKP hingga lepas Aidilfitri mujur tak sampai Aidiladha. Syarikat penerbangan diharap bagi tiket harga special utk guru

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-6-2020 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 6-6-2020 08:42 PM

Bantu guru dapatkan tiket penerbangan murah untuk pulang bertugas
SYAMILAH ZULKIFLI | | 6 Jun 2020


SEREMBAN - Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berharap syarikat penerbangan dapat menawarkan harga tambang murah atau secara pakej kepada golongan guru yang terkandas di Semenanjung untuk pulang bertugas di Sabah dan Sarawak.

Presiden iGuru Mohd Azizee Hasan berkata, ia bagi mengurangkan beban kos penerbangan yang tinggi terpaksa ditanggung mereka terutama yang berkeluarga.
"iGuru mengambil maklum berkaitan arahan kepada guru-guru supaya kembali bertugas ke tempat asal bekerja berdasarkan surat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis lalu.

"Namun arahan itu boleh memberikan sedikit masalah kepada guru-guru yang berada di semenanjung untuk merancang pulang bertugas.

"Ini kerana ia melibatkan kos penerbangan, jadual penerbangan, tempoh kuarantin dan jarak serta perjalanan ke tempat bertugas terutama yang bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pihaknya turut mencadangkan jadual penerbangan ditambah dari dua kali seminggu kepada empat kali seminggu dalam tempoh ini bagi memudahkan guru-guru yang berada di Semenanjung untuk pulang bertugas di Sabah dan Sarawak atau guru dari negeri berkenaan untuk pulang bertugas ke Semenanjung.

Selain itu katanya, pihaknya juga mencadangkan pentadbir sekolah dapat menggunakan budi bicara dan ambil maklum masalah yang mungkin dihadapi guru dengan diberikan sedikit kelonggaran untuk pulang.

Jelas beliau, pihak sekolah boleh mengutamakan guru yang sedia ada di dalam kawasan bertugas dahulu sebelum yang berada di luar kawasan apatah lagi di Semenanjung.

"Utamakan guru-guru yang mengajar tingkatan lima dan enam dahulu sebelum guru-guru dari tingkatan lain.

"Ia boleh dilakukan secara berperingkat mengikut keutamaan dan kesesuaian masa," katanya.

Beliau berharap keprihatinan pihak yang berkaitan dapat membantu untuk menangani masalah dihadapi segelintir warga pendidik untuk kembali bertugas ke tempat kerja masing-masing dengan selamat dan tiada beban kos kewangan yang tinggi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tuk-pulang-bertugas

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 6-6-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Harintu oeluang merentas negeri tu bukan termasuk cikgu sekali ka?
Penjawat awam kat taman iols ni ramai juga merentas negeri dah balik pung..takut kena buang le tu..tp depa dh start keje opis dah pung gilir gilir ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkandas ape bende? Memang cari peluang kan orang suruh balik taknak balik! Mengada sangat,kerajaan tak payah layan. Sendiri cari penyakit sendiri tanggung la

Ni nanti ada la ug backup ramai rengsa dengan cikgi2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi3! Banyak cantik
Masa boleh balik aritu kenapa x balik?
Lapar bantuan jg golongan gaji jalan ni ya
Aku sayang para guru
Kat ats tu utk yg sengaja xnak blk masa gerak malaysia dl ye
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjawat awam lain elok je blk msa boleh rentas negeri b4 raya lps....mai tang cikgu mcm2 plak demand nya, budi bicara lah, airlines bg tix murah lh...apoo
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
.kesian mereka kena guna duit gaji berbulan2 dapat haritu time duduk rumah....allahu..selamatkan kaummu ya teraniaya innnieeehhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurangkan harga untuk semua rakyat malaysia lah, tak kan untuk cikgu jer. Kitorg pun nak pergi bercuti selepas terperuk dalam rumah. Bantu ekonomi negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
itu rohingya punya bot yg mendarat kat Langkawi aritu..kasi pinjam sama cikgu semua...(maaf cikgu...gurau jer...)
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Opportunists.....

Attitude unbecoming of tenaga pengajar....

And kita expect anak bangsa(murid murid) kita punyai peradaban yg luhur?

Too bad so sad...

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 6-6-2020 01:33 PM
Terkandas ape bende? Memang cari peluang kan orang suruh balik taknak balik! Mengada sangat,kerajaan ...

Dalam setandan pisang takkan semuanya busuk? defence line....


haaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:42 PM | Show all posts
Confirm nangis, check tiket air asia KL ke Kuching dah RM 1K
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa pkp takkan x simpan duit lebihan yg biasanya digunakan ketika hari2 mengajar macam duit petrol,tol,mekap,duit mkn dan mcm2
Kan duit tu boleh guna utk beli tiket
Mana aci semua advantage nak kat dia je
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul cikgu2 ni.

Dah balik semenanjung,  pasti dah ada simpan budget untuk balik bertugas.  Tiket tu boleh open kan?  Tak perlu la nak beli tiket kapal balik2.

Gaji cikgu bulan2 jalan,  tak cukup beli tiket cash,  guna la kad kredit....  Bayar bulan2...

Anak2 cikgu ni berapa je kepalanya.. Paling biasa pun 3 plus mak ayah 2, 5orang,  max tiket rm 1k per kepala,  baru 5k...  Hujung tahun dah boleh habis bayar tiket tu...

Tak perlu la nak bantuan cikgu2 tu...  Kalau dorng minta airlines kurangkan harga tiket,  logik juga..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mengambil kesempatan di dalan kesempitan..akhirnya tersepit
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan xde simpanan ke...
Keluar ajelah simpanan tu..
Gaji masuk setiap bln kan.

X pn..claim kwsp...
Usik duit sendiri..asyik bantuan aje.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by CatMiow at 6-6-2020 03:02 PM

Tak mahal mana pun tiketnya..

IMG_20200606_145928.jpg

Jangan la nak ambik mas time ni.
Ke habis duit bayar kompauN

Jiran aku siap bagi tau,  pengetua dah warning awal kat cikgu,  7hb kena berada d tanah labuan, dia cerita masa awal raya...  So ada masa lebih seminggu buat persiapan nak balik. ..


Lagipun memang kena sedia untuk balik pun kan...

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:01 PM | Show all posts
sonatalady replied at 6-6-2020 02:47 PM
Xkan xde simpanan ke...
Keluar ajelah simpanan tu..
Gaji masuk setiap bln kan.

Kalau dah ambik option pencen, takde kwsp. Memang mengharap simpanan sendiri la jawabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:05 PM | Show all posts
ehhhh .. mengada ngada nya cikgu cikgu ni ... tak kan lah nak belitiket ekonomi domestik korang tak berduit .... malulah sikit meminta minta ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:09 PM | Show all posts
PKP patut dipanjangkan lagi, masih tak puas cuti dekat kampung


yg benar


cikgu murni ala kasim
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh semua nak pree
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list