CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] 2,000 guru 'terkandas' di kampung sejak awal PKP hingga lepas Aidilfitri mujur t

[Copy link]
 Author| Post time 6-6-2020 08:43 PM | Show all posts
Tiket penerbangan mahal, guru luar Sarawak 'terkandas'
    myMetro>mutakhir
Mohd Roji Kawi



KIRA-KIRA 2,000 guru dari luar Sarawak kini menghadapi masalah untuk kembali ke negeri ini selepas bercuti sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan harga tiket penerbangan yang terlalu mahal selain kekurangan penerbangan antara wilayah.

Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Ahmad Malie berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada guru ekoran masalah itu yang mungkin menghalang mereka untuk berada di sekolah masing-masing esok, seperti yang diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Katanya, KGBS kesal dengan harga tiket penerbangan terlalu tinggi itu sehingga menimbulkan kesulitan kepada guru untuk balik bertugas di sekolah masing-masing.

"Berdasarkan maklumat yang KGBS terima, harga tambang penerbangan untuk mencecah lebih RM1,000 sehala.

"Harga tambang seperti ini sudah pasti menyulitkan terutamanya bagi guru-guru yang mempunyai ahli keluarga yang ramai," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, KGBS merayu supaya syarikat penerbangan mempertimbangkan untuk menurunkan harga tiket penerbangan yang mampu dibeli penumpang.

"KGBS membuat rayuan ini supaya guru-guru dapat balik ke sekolah masing-masing selepas cuti persekolahan ini tamat dan akur kepada surat arahan daripada KPM," katanya.

Bagaimanapun katanya, KGBS sedikit lega dengan usaha Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) yang mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Sarawak Volunteers untuk menangani masalah itu dengan NGO terbabit akan bertindak menyelaras penerbangan guru-guru berkenaan.

"Saya berharap, guru-guru harus mengambil peluang yang dirancang dan diurus oleh JPNS dengan kerjasama Sarawak Volunteers untuk memudahkan penerbangan mereka balik ke Sarawak. Mereka perlu berhubung dengan NGO itu untuk maklumat lanjut," katanya.

Katanya, KGBS sudah mengemukakan masalah itu kepada JPNS pada mesyuarat semalam dan guru-guru yang terkandas ekoran ketiadaan penerbangan itu diberi kelonggaran untuk kembali lewat sedikit.

"Guru-guru yang terkandas itu harus menulis surat kepada pengetua atau guru besar di sekolah masing-masing untuk memaklumkan masalah yang dihadapi.

"Perkara itu (kelewatan kembali ke sekolah) sudah kami bincangkan pada mesyuarat prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sekolah semalam dan pihak atasan memahami situasi yang dihadapi sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 7:04 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu ni keje mulia...tp xikgu ni dh kd macam makbapak yg ckp anak derhaka klu xikut kata mereka... Byk betul songehnya skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 08:57 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 6-6-2020 09:10 PM

Laaa kenapa nak govmnt bantu..diorang balik kg kan dah ada bajet tiket balik ke tmpt keje.harga naik sikit pun merungut.
Mana lah org tak kecam cikgu..yelahh ampa keje mulia,perangai tu jaaa tak mulia.
Staff kmntrian lain pun dah start keje.
Malu laaa sikit.
Staff airline tu siap potong gaji,kena terminate.
Pliss govmt jgn bazirkan fund kat cikgu ingkar arahan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:06 PM | Show all posts
Aku baru pegi fb kem pendidikan..ya tuhan mendidih baca komen cikgu2 minta bantuan.
Ehhh pegi mamposss laaa korang,baik buang jaaaa

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Helooo.... Memana cikgu yg kat senanjung nak balik stesen di sarawak, usah gusar. Iols rasa PGB dah info dalam group telegram/whatsapp memasing. Jangan segan silu nak hubungi sarawak volunteers, persetankan aja mereka yg kutuk chuols yg takde duit tu..... Info ni dah mula dihebah dari hari kelmarin, so memana yg butthurt ngan cikgu2 yg nak balik swk tu silakan makan hati dalam2, deyols balik pun freeee jaaaa::

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua PPD/Pengetua/Guru Besar

Untuk makluman semua, JPNS telah berusaha mengadakan perbincangan dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama-sama dengan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (MESTR) YB Dato Sri Michael Manyin ak Jawong, untuk membantu guru-guru kita yang berada di luar Sarawak untuk balik ke Sarawak berikutan dengan surat KPM iaitu Pemakluman Mengenai Arahan Kepada Guru Kembali ke Tempat Bertugas, KPM.100-1/3/1 Jld 2 (93) bertarikh 4 Jun 2020.

Sehubungan dengan itu JPNS telah dinasihat untuk berhubung dengan Sarawak Volunteers yang sebelum ini telah berjaya membantu hampir 10,000 graduan IPT balik ke Sarawak dan juga ke Semenanjung Malaysia.

Persetujuan telah dicapai di antara JPNS dengan pihak Sarawak Volunteers untuk menyediakan satu platform bagi guru-guru dari luar negeri Sarawak yang hendak balik bertugas ke Sarawak dengan menyediakan link atau pautan https://bit.ly/3cwgQ2F bagi guru-guru yang memerlukan bantuan balik ke Sarawak memberi maklumat masing-masing bagi tujuan khususnya untuk tempahan penerbangan balik ke  Sarawak.

Saya memohon kerjasama semua PPD/Pengetua/Guru Besar untuk menyampaikan makluman ini kepada guru-guru masing-masing yang berada di luar negeri Sarawak yang berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan tiket penerbangan balik ke negeri Sarawak serta masalah kekurangan penerbangan ke semua destinasi di Sarawak.

Kerjasama semua adalah amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih


Yang menjalankan amanah,

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

05.06.2020

sila share kepada ahli-ahli STU yang berada di Semenanjung Malaysia utk isikan borang google form disediakan oleh Sarawak Volunteer bagi guru balik SARAWAK.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sebagai guru pun kadang2 menyampah dengan sikap cikgu2 malaysia yang naik lemak ni. Sampai kena keluar surta khas panggil cikgu2 balik stesen. Lepas tu diorang persoal plk buat apa balik stesen dah skolah x bukak lagi. Bagus ko brenti keje la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 6-6-2020 04:44 PM
cikgu yang asal west malaysia
tapi bekerja di semenanjung
tak dapat ye sponsor tiket by government ...

Cikgu2 dapat tapi kena apply segala tu dengan kerani sekolah beberapa bulan sebelum. Biasa cg2 semenanjung yg ngajar di sabah sarawak ambik warrant tiket time raya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu hari dapat bonus Raya pakai la duit tu..berbulan duk relaks kt kmpg, gaji jalan, dpt bonus lagi. Takkan dh habis duit tu..patut masa diorg balik kmpg sblm pkp ritu mesti dh standby duit utk beli tiket return ke tmpt kerja kan..mgkn ada sikit kenaikan tambang, top up la guna duit bonus gomen bagi ritu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:17 PM | Show all posts
Sebab tu kena selalu ikut perkembangan semasa covid19 jangan confident sangat sekolah akan terus cuti hingga hujung tahun.  Dengan kebanyakan syarikat penerbangan menghadapi masaalah kewangan sejak covid19 melanda expected ler harga tambang penerbangan pun akan terpaksa dinaikan juga dari biasa dan tak ada tambang murah macam kebiasaannya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:18 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 6-6-2020 09:22 PM
matchstick replied at 6-6-2020 09:15 PM
Tu hari dapat bonus Raya pakai la duit tu..berbulan duk relaks kt kmpg, gaji jalan, dpt bonus lagi.  ...

hari2 pi sekolah pun tak pandai jugak.. i tak suka govmnt abiskan fund utk hal2 bangang mcm ni.
Byk lagi expenses penting utk negara.
Frontliner,airlines servis,kementerian lain..senyum sinis tgok belang cikgu cikgi

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:19 PM | Show all posts
emptybotol replied at 6-6-2020 06:03 PM
I takleh nak husnuzon sgt dgn cikgu cikgi ni. Bila baca komen dlm fb tu, ya Allahhhhh, memalukan je. ...

Iyeeeee......letak fb parking keta kat depan kedai emas taww!!!
siap ckp nak beli gelang emas yang tgh trending tu
siap ckp nak kena ada set dgn rantai sekali
ni time2 org tgh sesak kot...sana sini kena potong gaji , buang kerja
sensitif la sikit

kang tego kang, cakap kita jeles dgn dorg
haaa....skarang ni nak mintak tambang murah pulakkkk
itu belum kira dorang sembang yang kerja dorang laaaa yang paling molia......


Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 6-6-2020 08:57 PM
Laaa kenapa nak govmnt bantu..diorang balik kg kan dah ada bajet tiket balik ke tmpt keje.harga naik ...

Exactly well said. Semata2 nak angkut cikgu cikgu yg mulia ni yg memang takde financial allocation or emergency funds walaupun ada lebihan gaji masa PKP ni, jangan lah kerajaan nak merugikan airlines yg mmg tengah rugi teruk2 ni. Nak angkut 2000 orang yg konon terkandas (balik kg boleh, balik stesen kena mintak sedekah sikit), dah menggoyahkan staff kerja2 airlines ni (means kalau tiket dimurahkan or kerajaan bg dorang balik free, means airlines terjejas in terms of cost).

Takpelah. Kerja cikgu cikgi ni muliaaa. Semua kena berkorban dan tutup mata jelah. Kang bising lelebih ckp kita dengkiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:34 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 6-6-2020 09:35 PM
emptybotol replied at 6-6-2020 09:31 PM
Exactly well said. Semata2 nak angkut cikgu cikgu yg mulia ni yg memang takde financial allocation ...

Ye dgn duit tiket tu lebih membantu ekonomi..airline servis akan menjana income.
Bantu cikgu tiket flight abis takat tu jaaaaa.
Tulaaaa pi sekolah hari2 pun tak pandai..pandai pelepas diri jaaaa.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
asamfish replied at 6-6-2020 09:19 PM
Iyeeeee......letak fb parking keta kat depan kedai emas taww!!!
siap ckp nak beli gelang emas yan ...

Iye sissss. Sometimes i wonder how dorang boleh jadi cikgu memandangkan akhlak dgn akal tu mcm x menampakkan dorang cikgu je.

Mcm dlm thread satu lg i pernah comment, siap ada cikgu ni dgn bangga post kat fb tak balik masa rentas malaysia pastu gelakkan sape yg dah balik ke stesen masa tu, siap cakap dia boleh raya dgn family, yg dah balik stesen ni kesian sbb pkp extend sampai 9 jun. Now tiket dah mahal, tau serabut nak balik stesen. Cashhhhhh

Again, benda2 camtu pun nak post. Tak ke banganggggg. Tapi apa pun, tugas mereka lah paling muliaaaaa. Jangan dipertikaikan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:39 PM | Show all posts
baru MAB dapat chairman baru.....amboih....hampa minta cut down the cost - kesian MAS...supportlah MAS.

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Meiizu replied at 6-6-2020 09:34 PM
Ye dgn duit tiket tu lebih membantu ekonomi..airline servis akan menjana income.
Bantu cikgu tike ...

Betulllll. Sometimes memang i’m not surprised kalau these kinds of teacher (especially yg tgh meroyan dlm fb KPM tu) ada anak murid yg selalu bg macam2 alasan xnak dgr cakap dorang. Dorang sendiri gomen dah bagi 2-3 kali chance nak balik ke stesen pun liat nak mampus. Mcm2 alasan ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 6-6-2020 09:39 PM
baru MAB dapat chairman baru.....amboih....hampa minta cut down the cost - kesian MAS...supportlah M ...

MAB tgh struggling to survive, ribuan cikgu cikgi mintak tiket murah or tiket free untuk balik ke stesen. The last time MAB tukar ceo, terus ada termination (2015). Now tukar ceo time2 covid ni, faham2 jelah.. kesian MAS. Dah lah kena potong gaji pekerja, dapat pulak org mintak sponsort free tiket or cut cost.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Guru guru ni semua wajar dikenakan tindakan disiplin. Aritu rentas negeri kenapa tak balik semula tempat bertugas. Ada yg tak buat langsung tugasan dan pengajaran online. Kementerian sila bg hukuman. Siap nk tijet murah pulak..sapa suh duduk kg berbulan bulan..ni dah langgar SOP.. beribu ramainye. PDRM sila siasat dan hukum cikgu ni contoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by me12345 at 6-6-2020 10:49 PM

Dan jgn menipu cikgu2 xde duit nk balik..moritarium dpt..gomen duit ttp dapat bukan mcm swasta.. dpt imbuhan khas 500 2 kali...penipu besar. Penjawat awam tak tunjuk contoh baik.ko ingat masyarakat bodoh ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
syarikat penerbangan dah hampir bungkus. guru dok rumah gaji jalan dapat elaun lagi tiberrrr nak mintak tolong bagi harga murah. korang la bantuuuu airlines wehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.079603 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list