CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 8

[Tempatan] Kali nih di Selangor: Padah mabuk, enam lagi dicekup. Manakala, seorang wanita e

[Copy link]
Post time 7-6-2020 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 7-6-2020 03:12 AM

Padah mabuk, enam lagi dicekup

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/586895/padah-mabuk-enam-lagi-dicekup

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 9:58 AM

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


POLIS melakukan pemeriksaan di salah satu sekatan jalan raya di Selangor.  FOTO Ihsan Polis.

POLIS menahan enam individu selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam enam sekatan jalan raya Op Mabuk yang dilakukan di beberapa lokasi di Selangor, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari'at berkata, pihaknya melakukan enam sekatan jalan raya Op Mabuk bermula jam 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam di enam lokasi di daerah ini, Subang Jaya, Klang dan Ampang.

"Dalam operasi berkenaan, kami menahan enam individu itu selepas ujian saringan dilakukan mendapati bacaan paras alkohol melebihi daripada jumlah ditetapkan.

"Semua lelaki yang ditahan berusia antara 30-an hingga 40-an berkenaan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengetuai Op Mabuk di Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) dari arah Seri Kembangan menghala ke Pekan Batu 11 Balakong, di Kajang, malam tadi.

Azman berkata, pihaknya juga menahan seorang wanita berusia 36 tahun yang enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk melakukan ujian saringan pernafasan dalam sekatan jalan raya di Jalan Medan Masria berhampiran Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

"Ketika anggota polis bertugas mahu melakukan pemeriksaan pernafasan terhadap wanita itu, dia bertindak agresif kerana tidak mahu diperiksa.

"Malah, dia turut bertindak menolak anggota polis berkenaan menyebabkan wanita terbabit ditahan dan dibawa ke balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya merekodkan sebanyak 57 tangkapan pemandu mabuk bagi tempoh Januari lalu hingga semalam menerusi lima operasi dilakukan di negeri berkenaan.

"Jumlah itu meningkat berbanding hanya 47 tangkapan dilakukan menerusi 68 operasi direkodkan sepanjang tahun lalu.

"Bagi 2018 pula, seramai 62 pemandu mabuk ditahan menerusi 75 operasi dilakukan," katanya.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
harey btol mabuk2 alkohol susahkan org
kat dgn umah aku ni, dinding pembahagi jln antara perumahan dgn hiway dan berapa kali kena rempuh dgn kete. aku suak kes mabuk la. sbb siang eloi je tembok dgn divider tu, esok pagi tgk da berlubang. tu kalai xde divider, tembok batu dan tiang jejantas kt situ.. mau berlumba2 kete terjun masuk hiway melintang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 12:59 PM | Show all posts
baguih la tangkap depa
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kasi banteras... tahniah pdrm... nak minum minum kat rumah je la...tunggang tebalik dlm lobang jamban sapa nk pduli
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis naik lemak

tunjuk besar kepala

tak sabar nak pru
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih polis
Teruskan membasmi pemabuk yang tak bertanggungjawab di malaysia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2020 03:02 PM | Show all posts
Syabas pdrm
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
msia ni kena ada servis designated driver la pasni. buat cm korea tu ha. nk minum mampu, xkn nk hired designated driver pokai pulak. klu rs x selamat dgn niat designated driver, xyah minum. mabuk sorg2 kt umah tu ha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka.                 
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.154190 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list