View: 3889|Reply: 30
|
[Tempatan]
Setuju kalau rentas negeri dari zon hijau ke langkawi?
[Copy link]
|
|
LANGKAWI: Pengusaha pusat pelancongan di Pulau Langkawi berharap kerajaan memberi kelonggaran rentas negeri melibatkan negeri dalam zon hijau untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di pulau itu yang terkesan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lepas.
Pengurus Besar Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd, Adam Fuaad mencadangkan kebenaran rentas negeri dibenarkan kepada penduduk di utara Semenanjung yang berada dalam zon hijau supaya dapat berkunjung ke Langkawi dan membantu memulihkan kembali sektor pelancongan di pulau legenda itu.
"Pintu masuk ke Langkawi hanya ada dua iaitu Terminal Feri Penumpang Kuah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
"Oleh itu, kawalan aktiviti rentas negeri bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dipatuhi boleh dilakukan dengan baik," katanya kepada Bernama.
Adam turut menzahirkan keyakinan pemain industri pelancongan di pulau berkenaan akan memastikan SOP bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 turut dilaksanakan di premis masing-masing sekiranya rentas negeri dibenarkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dr Hezri Adnan berkata pihaknya bersedia untuk menjenamakan semula pulau ini sebagai destinasi yang selamat, bersih dan lestari.
Beliau berkata perkara tersebut adalah antara 10 strategi dirangka dalam Pelan Tindakan Pemulihan Ekonomi Langkawi (PTPEL) untuk jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memulihkan ekonomi Pulau Langkawi yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"LADA akan memperkenalkan 'pelancongan pintu ke pintu' yang menepati perkhidmatan perjalanan pelancongan yang disesuaikan.
"Melalui pakej ini, pelancong akan dijemput bermula dari penginapan mereka hingga ke kawasan tumpuan pelancongan yang dipilih dan melakukan pelbagai aktiviti sebelum kembali semula dengan keadaan selamat, mengambil kira keperluan penjarakan sosial dan protokol keselamatan lain," katanya.
Hezri berkata LADA bersama agensi kerajaan di Langkawi akan turut melancarkan peraturan awam yang perlu dipatuhi setiap pelancong semasa berada di pulau itu.
"Peraturan ini bertujuan menyakinkan pelancong bahawa Langkawi adalah destinasi selamat. Peraturan ini akan dikeluarkan mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara dan disesuaikan dengan keadaan semasa di pulau ini," katanya.
-- BERNAMA
N
Tag: Langkawi, kerajaan, pelancongan, ekonomi, keselamatan, SOP, pelancong, penjarakan sosial, koronavirus, COVID-19
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
iols setuju, asalkan pakai mask. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju sesangat. Tanjung rhu resort tgh promo. Kalau arini umum boleh rentas negeri, rabu terus ke langkawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat sebenarnya takda kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dgn Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan sekarang bermasalah komunikasi...kena improve sikit komunikasi tu Kasi mesra sikit dengan State Government. |
|
|
|
|
|
|
|
setujukkkk!!!jap nak kemas bag siap2 |
|
|
|
|
|
|
|
Mi dan keluarga mi pon!
Lepas gunting rambut dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
Adui, Setiap kali aku baca komen kt thread pelancongan, aku risau.
No, x blame sesiapa pn.
Nk bercuti ke, ape ke, hak masing2.
Just agak concern bile ramai2 dah pasang niat abis je PKP terus nk gi bercuti.
But then, who am I to predict anything.
Lg pn, paham je ramai dah bosan terperap.
Maybe sbb my parents are living with me kot.
Seriau dengan jangkitan kat diorang.
Sorry, not shading on anyone, really.
Just agak concern andai kata semua org berpendapat yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr pengumuman TSMY td, dah boleh sesapa nk p melancong dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku je kot yg masih skeptical nk p melancong ni. Nk blik kpg pun x bleh lg. Flt x byk |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 7-6-2020 02:15 PM
Adui, Setiap kali aku baca komen kt thread pelancongan, aku risau.
No, x blame sesiapa pn.
Nk berc ...
Betui.. aku pon masih takut2 lg bab melancong ni.. tambah anak ada masalah respiratory.. tp xla nk kecam org nk melancong.. kesian jgk kt bisnes pelancongan |
|
|
|
|
|
|
|
Langkawi hotel buat promo kaw2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bulanbaru replied at 7-6-2020 02:07 PM
Mi dan keluarga mi pon!
Lepas gunting rambut dulu
Hahaha.... Dah selamat booking. 10 hari terus duduk langkawi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mi kena tunggu saudara kat Pinang konfirm dulu. Nak singgah kat situ dulu.
Selamat berswitch-off uol
|
|
|
|
|
|
|
|
Dok tringt coklat kt Langkawi...tgk dlu la mcm mana... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 7-6-2020 12:26 PM
iols setuju, asalkan pakai mask.
kalo pakai mask..xde la nak merasa udara segar langkawi......haha... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 7-6-2020 07:13 PM
kalo pakai mask..xde la nak merasa udara segar langkawi......haha...
Udara kat mana2 sama aja bg iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-6-2020 09:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tinot7 replied at 7-6-2020 08:03 PM
Udara kat mana2 sama aja bg iols.
U kn sllu nk gi jjcm..time ni le.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|