CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3256|Reply: 4

IPhone Dicuri? Ikuti TIPS Ini Setelah IPhone Anda Dicuri

[Copy link]
Post time 8-6-2020 07:24 PM | Show all posts |Read mode
IPhone anda dicuri? Jika ya, ikuti beberapa langkah ini untuk membantu anda memulihkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan kerosakan telefon yang dicuri.

Setelah anda mendapati iPhone anda telah dicuri, anda perlu segera mengambil tindakan. Tindakan sebaik sahaja iPhone anda dicuri sangat penting. Ia boleh melindungi data anda dan mungkin mendapatkan telefon anda kembali. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Kunci iPhone dan Padam Data Jika Perlu



Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah melindungi maklumat peribadi anda. Jika anda menggunakan kod laluan pada iPhone anda, anda masih selamat. Tetapi jika tidak, gunakan Find My iPhone untuk mengunci telefon anda dan tambahkan kod laluan. Ia dapat mencegah pencuri daripada menggunakan telefon anda.


Sekiranya anda tidak dapat mendapatkan kembali iPhone anda dan terdapat maklumat yang sangat penting dan peribadi di dalam iPhone anda, anda dinasihatkan memadam data telefon. Anda boleh melakukannya melalui web iCloud. Memadam data tidak dapat menghalang pencuri daripada menggunakan iPhone anda, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak mempunyai akses kepada data peribadi anda.


Padam Maklumat Kad Debit dan Kredit Daripada Apple Pay
Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pembayaran tanpa wayar Apple, anda memadam semua maklumat kad kredit atau kad debit yang telah anda tambahkan ke telefon untuk digunakan dengan Apple Pay. Apple Pay sangat selamat kerana pencuri tidak boleh menggunakan Apple Pay anda tanpa cap jari anda. Anda boleh menggunakan iCloud untuk memadam maklumat kad.

Jejaki iPhone dengan Find My iPhone






Perkhidmatan percuma Find My iPhone boleh mengesan telefon anda menggunakan GPS terbina dalam peranti dan memberikan peta lengkap tempat telefon itu. Anda hanya perlu menetapkan Find My iPhone sebelum telefon anda dicuri.
Jika anda tidak mengemari Find My iPhone, terdapat aplikasi lain dari pihak ketiga dari App Store yang dapat membantu anda mencari telefon. Sesetengah aplikasi ini juga membolehkan anda mengubah tetapan keselamatan dari jauh.


Dapatkan Bantuan Daripada Pihak Polis








Jika anda dapat mengesan lokasi iPhone anda melalui aplikasi GPS seperti Find My iPhone, dapatkan bantuan pihak berkuasa untuk mengambil kembali iPhone anda, jangan pergi sendirian. Hubungi pihak polis dan beritahu mereka bahawa anda mempunyai maklumat tentang lokasi telefon anda yang dicuri.


Hubungi Syarikat Pembekal Telefon dan Maklumkan Tentang Kecurian








Sesetengah syarikat telefon mungkin akan hanya mengambil tindakan setelah anda membuat laporan polis tetapi terdapat juga syarikat yang bertindak segera tanpa memerlukan laporan polis. Hubungi syarikat telefon bimbit anda untuk melaporkan kecurian dan maklumkan supaya membatalkan akaun yang masih terikat dengan telefon supaya dapat memastikan bahawa anda tidak menganggung kerugian yang dibuat oleh pencuri.
Sebelum anda membatalkan perkhidmatan telefon anda, cuba jejaki telefon anda menggunakan Find My iPhone. Apabila perkhidmatan dimatikan, anda tidak akan dapat menjejakinya lagi.


Tukar Kata Laluan








Jika anda tidak mempunyai kod laluan dan tidak dapat menetapkannya menggunakan Find My iPhone (pencuri itu boleh menyekat telefon daripada disambungkan ke rangkaian), semua data anda akan terdedah. Jangan biarkan pencuri mendapat akses ke akaun anda yang kata laluannya disimpan di iPhone anda. Mengubah kata laluan akaun e-mel anda akan menghalang pencuri daripada membaca atau menghantar e-mel dari telefon anda. Selain itu, perubahan dalam perbankan dalam talian, iTunes, dan kata laluan akaun penting lain akan membantu mencegah kecurian identiti atau kecurian wang.


Artikel Lain
------------


Bila iPhone Isteri Saya Dicuri, Ini 9 Langkah Keselamatan Yang Kami Lakukan

[size=0.8125]
[size=1.25]
[size=1.25]
[size=1.25]



[size=1.25]
Pada pertengahan bulan Oktober lalu, iPhone isteri tercinta saya, Etty Garib telah dicuri di sebuah pasar raya terkemuka di Kuala Lumpur. Bagaimana ianya dicuri adalah satu lagi cerita lain yang boleh saya tulis.
Apa yang penting apabila kami sedar iPhone isteri telah dicuri, kami cepat-cepat lock menggunakan apps Find my iPhone.

HYPE



Fast forward 2 minggu kemudian, kami dapat notification iPhone kami telah dihidupkan dan ianya berada di Vietnam.
Kami yang pada ketika itu memang dah tak berharap sangat nak dapatkan phone tu balik, tiba-tiba terasa terkejut apabila kami dapat sms, juga pada hari yang sama daripada “pihak Apple” untuk login Apple id dan password kami.

Alasan yang diberikan adalah untuk tahu lebih lanjut lokasi di mana iPhone kami berada.
Lepas buat carian dan semakan tentang beberapa phishing site, saya terus dapat agak ini salah satu daripada cubaan mereka untuk ‘unlock’ iPhone kami.
Untuk yang tak tahu – phishing adalah cara hacker (penggodam) untuk mendapatkan data-data sensitif dari orang lain seperti kata laluan, password, credit card info untuk kegunaan yang tidak baik.
Kalau anda biasa pakai Maybank2u atau CIMBclicks, cara yang sama juga akan digunakan oleh para penggodam untuk mengelirukan orang.
Di sini pengajaran yang boleh saya dan isteri dapat adalah:
1. Lock phone anda menggunakan apps rasmi Find my iPhone secepat mungkin bila menyedari iPhone anda telah dicuri.
2. Kalau tak ada iPhone lain, pergi ke pc personal anda yang berdekatan dan taip url berikut – www.icloud.com dan lock juga menggunakan tab find my iPhone.
3. Masukkan nombor orang lain (pasangan atau keluarga) untuk bahagian contact lock iPhone anda. Ini juga penting supaya lebih mudah anda mengenali sms phishing. Dengan ini semua mesej mereka akan dihantar ke nombor yang telah dimasukkan di bahagian contact lock iPhone tersebut, bukan ke nombor iPhone yang telah dicuri!
4. Jangan sesekali masukkan kata laluan apple id dan password ke dalam website yang anda dapat dari link. Walaupun anda nampak sms atau pesanan yang anda nampak tu memang authentic dari Apple. Ini sangat penting!
Salah satu contoh phishing site. Please note url yang bukan dari icloud.com. Juga Abang Tajam ingatkan sekali lagi. Jangan klik dari link kalau perlu login ke icloud.com. Taip sendiri di dalam browser!
5. Walaupun anda dah lock, kemungkinan iPhone anda boleh dihidupkan tanpa dikesan juga adalah besar.
6. GPS hack bukan hanya boleh digunakan untuk perisian Pokemon Go, tapi juga boleh mengelirukan applikasi Find my iPhone.
7. Sms yang telah dihantar untuk umpan anda ke phishing site mereka datangnya dari nombor 63001, nombor yang sama digunakan oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar untuk hantar sms utama mereka. Saya pernah dapat verification code untuk Google, Facebook, Zalora dan bermacam lagi dari nombor ini.
8. Mereka akan akhirnya akan hantar email / iMessage / email dari icloudappleinc@icloud.com yang mengatakan mereka adalah dari pusat khidmat pelanggan Apple dan kita dikehendaki menyerahkan kata laluan dan password.
9. Sekali je anda masukkan kata laluan dan password yang betul ke dalam phishing site tu, bukan hanya iPhone anda akan diunlock, Apple id anda juga akan digunakan untuk kegunaan lain seperti pembelian secara maya dan sebagainya.
Lihat dari gambar gambar yang saya sertakan di bawah. At least 5 phishing site digunakan oleh mereka untuk mengelirukan saya dan isteri.
Sms-sms awal yang dihantar dalam bahasa Melayu. Perasan Apple id saya tanpa id? Itu sebab mereka tak tahu Apple id saya dan mereka perlukannya.
SMS berikutnya dalam bahasa inggeris. URL juga berubah.
Kembali semula ke bahasa melayu. URL kembali berubah.
Kemudian dapat iMessage dari icloudappleinc@icloud.com. Url juga berubah.
Nombor dari 63001 yang juga digunakan pakai oleh Zalora, TMEF SME Tech, Google dan banyak lagi company. Jangan terpengaruh!
Juga screen shot perbualan antara saya and the so-called Jack from Apple.
Drama bermula!
You talk sounds very uncomfortable? Adakah itu Bahasa Inggeris yang dipakai oleh seorang customer service? Huuuu.
[size=0.7]OK LA SANGAT.

Saya juga percaya strategi mereka akan berubah-ubah mengikut perkembangan semasa. Jadi kalian, berhati-hatilah.






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2020 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tak berbaloi siapa yg rembat iphone. jual yg lock pun just dpt rm200 ke rm300 sbb x boleh nk unlock.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2020 09:17 PM | Show all posts
Andyscenes replied at 8-6-2020 08:52 PM
tak berbaloi siapa yg rembat iphone. jual yg lock pun just dpt rm200 ke rm300 sbb x boleh nk unlock. ...

saya ada ternampak ada saja orang buka servis
unlock Iphone ni hehe..kena pandai cari gitu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 8-6-2020 09:17 PM
saya ada ternampak ada saja orang buka servis
unlock Iphone ni hehe..kena pandai cari gitu aje.

wow, boleh berjaya ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2020 11:59 PM | Show all posts

mungkin kot,sebab seseorang seller ni,biasanya
akan jual servis ikut  permintaan.tapi, apa gunanya
kita ni Muslim..kalau terjumpa iphone orang dan
'simpan' siap nak unlock lagi,itu dah kes curi hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065642 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list