CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5554|Reply: 9

Harga kereta perodua turun hingga 6%

[Copy link]
Post time 10-6-2020 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Senarai Harga Kereta PERODUA Terkini Antara (3%-6%)
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini telah mengumumkan bahawa mulai hari ini mereka telah menurunkan harga kereta dari 3% hingga 6% dan sekaligus menjadikan jenama perodua antara jenama terawal telah membuat penurunan tersebut.
Kata peneraju automotif tersebut dalah satu kenyataannya di menerusi berita harian online, penurunan percent tersebut dipecahkan kepada dua (2) slot mulai 14 jun, hal ini selaras dengan pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumukan oleh YAB Perdana Menteri dalam Pelan Penjana Jumaat Lepas.
Kalau diikutkan pengurangan kadar peratus tersebut bemula pada 15 jun 2020 ini, namun untuk pembelian perodua, ianya bermula lebih awal iaitu pada hari ini.
Senarai Harga Setelah Turun Dari 3%-6%
Harga baru Perodua tanpa Cukai Jualan (SST) bermula 15 jun sehingga 31 disember 2020 ini dikongsikan oleh tuan Muhamad Qalif di laman sosial miliknya petang tadi. Sebarang perubahan akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Antara model semasa Perodua adalah
Axia
Kereta ni sesuai untuk bagi yang nak mula pakai kereta, antara yang paling murah antara semua model-model kereta perodua.
Bezza
Bezza merupakan kereta sedan pertama perodua, spec memang cun dan antara yang termurah selepas model axia.
Myvi
Kereta ni memang menjadi pilihan pembeli, dari versi pertama sampai la ke versi terbaru, permintaan model ini memang viral.
Alza
Alza antara kereta pilihan terutamanya yang dah bekerluarga, sebabnya ada 6 seat sampai belakang, famly yang ada anak memang sesuai dengan kereta ni, travel jauh pun sedap.
Aruz
Model premium antara semua model-modeal perodua, harga nya tak terlalu over sangat seperti jenama-jenama lain yang sama level dengannya.
Adakah sekarang masa sesuai beli kereta? bagi pendapat min boleh saja, tapi perlu buat kira-kira model mana yang sesuai dengan bajet anda.
Jenama-jenama lain juga akan turut ada pengumuman berkaitan penurunan ini berdasarkan saranan (Penjana) yang diumukan oleh kerajaan tempoh hari. Jadi tak lama lagi kita tunggu dan lihat.
sumber


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh la walaupun sikit..can laaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2020 08:04 PM | Show all posts
Covid19 replied at 10-6-2020 07:43 PM
Boleh la walaupun sikit..can laaaa

bolehlah dari tak ada hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rezeki lebih boleh la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2020 09:12 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-6-2020 08:30 PM
Ada rezeki lebih boleh la..

haha,semalam saya terpergi Pahang dan ternampak
jangan awak ter buat tayar kepak macam itik balik petang gini dahla


dia ingt style camni.lawa ke?







kenapa tak buat macam bawah ni aje? masih boleh berjalan ke lagi tu   



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 10-6-2020 09:12 PM
haha,semalam saya terpergi Pahang dan ternampak
jangan awak ter buat tayar kepak macam itik balik ...

Uish.. X rosak kereta ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-6-2020 09:20 PM | Show all posts
sarah82 replied at 10-6-2020 09:14 PM
Uish.. X rosak kereta ka?

kalau ikut info sini.akan merosak kan kereta kot.cuma kaki modify kereta ni
selalu duit terlebih banyak, itu bukan masalah hehe


Lima ‘Modifikasi’ yang bakal merosakkan prestasi kereta anda


Kereta merupakan bentuk kejuruteraan yang paling kompleks kerana ia menggabungkan pelbagai jenis teknologi. Jika anda kaki bikin kereta, artikel ini akan menjelaskan lima pengubahsuaian prestasi yang sebenarnya bukanlah suatu idea yang baik.
Walaubagaimanapun terpulanglah kepada anda, kerana itu merupakan selera dan duit poket anda sendiri yang akan rabak dikemudian hari. Kami rasa tiada apa pun yang menarik jika anda terpaksa mengorbankan prestasti kereta semata-mata nak nampak cantik di mata anda, walaupun orang lain nampak ia sesuatu yang pelik.
Jom kita tengok apakah lima perkara tersebut.
1. Kamber (Camber) Negatif

Walaupun pelbagai fakta dibentangkan mengenainya, namun peminat modifikasi ini akan tetap menafikannya sampai bila-bila. Cuba rujuk pada rajah di bawah yang diambil dari buku Carroll Smith “Tune To Win”.
Pekali (coefficient) geseran antara tayar dan permukaan tanah mungkin ciri paling penting untuk tayar – lebih tinggi pekali (coefficient) geseran, lebih cengkaman tayar. Seperti yang anda lihat dalam graf di atas, cengkaman puncak terhasil daripada kira-kira -1.0 hingga -2.0 darjah kamber negatif.
Jumlah ini akan berubah berdasarkan tayar tertentu dan beban lateral yang dialami, sebagai contoh kereta yang mempunyai downforce yang sangat tinggi dapat melepaskan diri dengan kamber (camber) sedikit negatif.
Perlumbaan Nascar merupakan sukan permotoran yang menggunakan kamber (camber) negatif yang paling tinggi. Namun anda kena ingat, kereta ini berlumba atas litar berbentuk oval yang agak curam dengan downforce dan kelajuan yang sangat tinggi. Jadi G-forcenya adalah lebih baik dari kereta yang berada di atas jalan raya biasa, membolehkannya menggunakan sudut kamber (camber) yang lebih tinggi.
Pada hakikatnya, jika anda menggunakan kamber (camber) negatif tayar kereta anda akan kurang cengkaman selain tayar akan lebih cepat haus dan pemanasannya tidak sekata. Jom tonton video di bawah.

Camber Kit - Explained




Watch this video on YouTube




2.Tayar yang diregangkan

Salah satu daripada dua cara ini membolehkan tayar kereta anda diregangkan. Cara pertama adalah meletakkan tayar sempit pada roda asal. Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pengendalian.
Cara kedua adalah untuk meletakkan tayar saiz asal (atau lebih besar) pada roda lebih lebar.Ini akan mengakibatkan pertambahan berat roda, sekali gus meningkatkan inersia putaran (kuasa penyaliran) dan meningkatkan berat tak terpegas (mengurangkan keberkesanan sistem anda).
Jadi semasa membelok di selekoh, tayar akan tersagat pada dinding bawah kereta. Untuk menyelesaikan masalah ini, ia tidak memerlukan pelarasan kamber (camber) lebih negatif, tetapi  sebenarnya pemilihan saiz roda dan tayar yang betul.
3. Spring yang keras

Untuk kes yang tertentu ada keperluan untuk menggunakan spring yang lebih keras, namun ia tidak semestinya baik. Dalam sukan permotoran kadar spring lebih keras digunakan kerana kereta lumba lebih rendah ke permukaan litar dan digunakan untuk menyekat pergerakan badan kereta, selain mengoptimumkan aerodinamik dan keadaan permukaan litar lumba yang agak rata serta licin.
Spring yang lembut sebenarnya memberikan lebih cengkaman mekanikal. Jika guna spring keras memanglah ia membantu mengurangkan olengan badan dan merendahkan kereta, tetapi jika anda lalu bonggol, jalan yang tidak rata dan lubang pasti anda akan rasa menyesal menggunakannya. Takkan nak menyendeng ke tepi setiap kali nak lepas bonggol macam ketam nak mengajar anak dia berjalan kan?

What's The Best Suspension - Soft or Stiff Springs?




Watch this video on YouTube




4. Hellaflush

Ia lebih kurang sama macam tayar yang diregangkan. Jika kenderaan anda mempunyai lega yang hanya beberapa milimeter sahaja dengan permukaan jalan ia bermakna suspensi perlu lebih keras. Kereta yang terlalu rendah akan lebih kerap tersagat (jika guna supensi terlalu lembut dan kurang lega) atau melantun setiap kali melepasi bonggol (jika guna supensi terlalu keras).
Jadi ia akan mengurangkan kualiti perjalanan dan meminimakan cengkaman mekanikal. Idea Hellaflush ini telah diharamkan oleh kerajaan Quebec dan syarikat insurans akan menolak tuntutan anda jika berlaku kemalangan yang melibatkan modifikasi sebegini.
Mungkin Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mempertimbangkan penguatkuasaan untuk modifikasi seperti Hellaflush ini. Sebenarnya ada cara membolehkan kereta anda nampak seolah-olah merayap atas jalan, dengan menggunakan supensi udara. Contohnya tengok bas Rapid tu, apabila berhenti ia akan rendahkan badannya ke permukaan jalan untuk memudahkan penumpang untuk turun, bijak kan?
5. Menggerudi cakera brek

Menggerudi cakera brek sebenarnya ada tujuan yang tertentu, bukan untuk suka-suka je. Bucu tajam dari lubang yang digerudi boleh meningkatkan tekanan dan akan melalui julat suhu yang luas -- dari terlalu panas, kembali turun ke ambien, mengakibatkan cakera menjadi retak.
Sebenarnya, lubang yang digerudi itu bertujuan untuk menyingkir keluar gas permukaan brek, serpihan atau air (stim), membolehkan pad brek kekal mencengkam pada cakera. Selain itu dengan menggerudi cakera, ia mampu mengurangkan haba brek.
Masih tidak yakin? Jika lubang yang digerudi lebih bulat, melengkung, talang (chamfered) tidak lurus, ia akan meningkatkan pusingan cakera dan ketahanan pad selain menghapuskan bucu yang tajam serta mengurangkan tekanan teraruh. sumber

Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 10-6-2020 09:20 PM
kalau ikut info sini.akan merosak kan kereta kot.cuma kaki modify kereta ni
selalu duit terlebih  ...

Uish.. Baik guna yg mai dari kilang.. Senang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 09:15 AM | Show all posts
kenapa tak turun 10% ek...
takkan murah tu je cukai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 02:33 PM | Show all posts
awanysss replied at 11-6-2020 09:15 AM
kenapa tak turun 10% ek...
takkan murah tu je cukai..

kan..alang2 tu.

tapi,dia orang pun ada kira2 sendiri juga tu,untung rugi
dalam pengiraan,kereta2 jenis ni harga turun laju juga
beli hutang agak rugi,mungkin kot beli terpakai cash
dan tak payah loan sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.472138 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list