CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3431|Reply: 7

(Tutorial) Cara Menyusun Aplikasi Pada iPhone Dan iPad Mengikut Turutan Abjad Se

[Copy link]
Post time 11-6-2020 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 11-6-2020 06:11 PM

iPhone dan sistem operasi iOS sudah wujud hampir dua belas tahun. Ia adalah sistem operasi dengan sekitar 13% pasaran peranti dunia. Android masih mempunyai dominasi yang besar dengan pegangan 86% pasaran. Kelebihan Android terletak pada kemampuan melakukan pelbagai kustomasi antaramuka serta platform yang lebih terbuka. Boleh juga dikatakan Android lebih mudah digunakan kerana terdapat banyak fungsi yang tidak wujud pada iOS.


Sejak dilancarkan pada 29 Jun 2007, iOS tidak pernah menyertakan talam aplikasi yang membolehkan aplikasi ikon disimpan dengan lebih teratur. Sebaliknya kesemua aplikasi dipaparkan pada skrin hadapan mengikut turutan ia dimuat turun oleh pengguna. Ini memerlukan anda menghafal lokasi setiap ikon. Proses menghafal lokasi aplikasi menjadi semakin susah apabila mendapati secara purata pengguna iPhone memuat turun di antara 60-90 aplikasi. Antara cara mudah mencari aplikasi ialah menyusunnya mengikut turutan abjad.
Tidak seperti pada Android yang menyertakan fungsi ini pada talam aplikasi, proses melakukan perkara yang sama pada iOS adalah sedikit tersorok.


Pada iPhone dan iPod

Mari kita mulakan dengan iPhone dan iPod terlebih dahulu. Pertama sekali pergi ke Settings dan kemudian pilih General. Tatal terus ke bawah dan pilih Reset. Anda kemudian akan dapat melihat pilihan Reset Home Screen Layout. Skrin amaran akan terpapar pada bawah skrin. Untuk meneruskan proses penyusunan ikon, tekan Reset Home Screen yang berwarna merah.






Pada iPad


Langkah yang perlu anda lakukan adalah hampir sama seperti pada iPhone dan iPod. Pertama sekali pergi ke Settings dan kemudian pilih General. Tatal terus ke bawah dan pilih Reset. Anda kemudian akan dapat melihat pilihan Reset Home Screen Layout. Skrin amaran akan terpapar pada bawah skrin dalam bentuk pop-keluar. Untuk meneruskan proses menyusun semula ikon aplikasi mengikut abjad tekan butang Reset berwarna merah.




Sekiranya anda mempunyai aplikasi yang disusun di dalam Folder. Folder akan disusun terlebih dahulu mengikut abjad. Selepas Folder disusun barulah aplikasi di luar Folder disusun mengikut abjad.


Spotlight Search



Mungkin ada yang merasakan masih sukar mencari aplikasi walaupun selepas disusun mengikut abjad kerana terlalu banyak terpasang pada peranti. Apakah pilihan lain yang boleh anda lakukan? Kami sarankan anda menggunakan Spotlight Search.
Tatal dengan pantas dari atas ke bawah pada bahagian tengah skrin. Sebuah skrin overlay akan terpapar pada skrin dengan ruang carian pada bahagian atas. Masukkan nama aplikasi yang ingin dicari dan ia akan dipaparkan di bawah ruang carian. Kini anda boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada peranti-peranti iOS seperti seorang Bossku sebenar.



------------------------------
saya dah cuba tadi..memang menjadi.
bosan betul,sebelum ni nak cari apps
betul2 bosan.ni dah buat,lebih teratur






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
IPhone 12 nak keluar dah.. Dan Samsung pun nak keluar phone yg langsung tak ada notch..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 06:55 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 06:44 PM
IPhone 12 nak keluar dah.. Dan Samsung pun nak keluar phone yg langsung tak ada notch..

pergh,model baru setiap 6 bulan haha
pedih2..wabak ke tak wabak ke
model baru,tetap on keluar
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 06:55 PM
pergh,model baru setiap 6 bulan haha
pedih2..wabak ke tak wabak ke
model baru,tetap on keluar

Tu la.. Nampak kat ig phonearena tak salah.. Katanya Julai iPhone 12 keluar..dan dlm bulan 8 keluar Samsung baru... Sy boleh tengok saja.. Hahahahahaha.. Beli x mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi

Nk tny pendapat korg tentang iPad air
Dr segi harga
Lbh convenient x nk guna
Utk student is it great

Atau korg ada better idea
Terima kasih ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2020 04:55 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 21-6-2020 09:24 AM
Hi

Nk tny pendapat korg tentang iPad air


kalau awak dah berkenan, jangan ragu2 nak beli (kalau saya hehe),lagi pun ia product Apple
masih ada harga,kalau nak let go satu hari nanti.

cuma,kalau nak beli,saya dah try tekan 'buy' tadi..kalau nak ok.dan minima
specs tengok gambar bawah

https://www.apple.com/my/shop/buy-ipad/ipad-air/64gb-gold-wifi-cellular






dan,kalau boleh jangan just ambil yang wifi aje.susah nanti
kot, sebab nak kena guna wifi pula baru boleh surf
internet.apa pun.awak boleh pilih2 situ dan kalau
kena dengan budget. hehe


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 21-6-2020 04:55 PM
kalau awak dah berkenan, jangan ragu2 nak beli (kalau saya hehe),lagi pun ia product Apple
masi ...

Dh try jgk pilih2 td
Drpd pandangan my brother
Kena pk spare part die dgn kos repair jgk
Agk mhl
Brg mewah
For me nk laptop utk kegunaan biasa2 je pun

I think I'll pass

Thank you ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2020 10:00 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 21-6-2020 09:27 PM
Dh try jgk pilih2 td
Drpd pandangan my brother
Kena pk spare part die dgn kos repair jgk

oh tak cerita tadi nak Laptop hehe..ingatkan nak style kecil2 portable

tapi,sejujurnya, kalau cermat barang Apple tak mudah rosak pun

so,kalau nak fikir tentang kerosakan tu jaranglah.cuma,kalau dah
abang awak dah komen gitu,dan awak tak perlukan nya,
boleh aje cari yang murah2 dan kualiti.Moga berjaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.061427 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list