CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4928|Reply: 17

Gaming Alienware Dengan Kemaskini Intel Dan NVIDIA Terbaru Akan Tiba Pada

[Copy link]
Post time 11-6-2020 06:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 31-10-2021 03:53 PM

Untuk sekian lamanya, jenama Alienware diperkatakan sebagai siri mesin gaming yang paling premium dan berkuasa di dunia. Siri komputer riba gaming mereka misalnya hadir dengan saiz dan spesifikasi seakan-akan komputer desktop, membuatkannya sebagai sebuah mesin pengganti daripada sebuah siri komputer riba.
Hari ini siri komputer riba gaming Alienware mula memperlihatkan kemaskini yang cukup besar kepada spesifikasi luaran dan dalamannya dalam usaha untuk mengekalkan reputasi mereka sebagai siri komputer riba gaming yang paling premium di pasaran.
Bermula dengan Alienware m15 dan m17, ia adalah sebuah mesin gaming yang dilengkapi dengan paparan skrin bersaiz 15.6 inci dan 17.3 inci dengan empat pilihan skrin, termasuklah skrin IPS dengan resolusi Full HD dan kadar semula 144Hz, 300Hz dan sokongan NVIDIA G-SYNC, dan juga paparan OLED dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 60Hz.
Kedua-dua komputer riba ini dikuasakan oleh CPU Intel generasi kesepuluh Comet Lake dan pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan CPU Intel Core i5-10300H, Intel Core i7-10750H dan juga Intel Core i9-10980HK bergantung kepada keperluan dan kehendak mereka.
Dari segi konfigurasi memori dan storan pula, pengguna boleh memuatkan sebanyak 32GB memori DDR4 dan SSD PCIe sebesar 4TB dalam konfigurasi RAID0. Jika diingini, SSD Intel Optane juga boleh dimuatkan tanpa masalah.
Pengguna juga mempunyai pilihan cip pemprosesan grafik yang cukup banyak. Ini termasuklah:
  • NVIDIA GeForce GTX 1650 Ti
  • NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti
  • NVIDIA GeForce RTX 2060
  • NVIDIA GeForce RTX 2070
  • NVIDIA GeForce RTX 2070 Super
  • NVIDIA GeForce RTX 2080 Super
  • AMD Radeon RX 5500M
Menyejukkan komponen-komponen didalam komputer riba ini ialah sistem penyejukan Alienware Cryo-Tech. Sistem ini terdiri daripada dua buah kipas bersaiz 64mm yang menyejukkan CPU dan GPU komputer riba ini, dimana setiap kipas mempunyai 66 bilah untuk mengalirkan haba dengan lebih banyak dan lebih pantas.
Sebuah lagi komputer Alienware yang dikemaskini ialah Alienware Aurora R11. Komputer desktop besar ini mengekalkan rekaan uniknya, tetapi spesifikasi dalamannya telah dikemaskini dengan pilihan terbaru, termasuklah empat CPU baru, termasuklah Intel Core i5-10400F, Intel Core i5-10600KF, Intel Core i7-10700KF dan Intel Core i9-10900KF yang menggunakan papan induk Intel Z490 yang terbaru.
Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan storan Kingston HyperX dari 8GB sehingga 64GB jika diingini, dan storan SSD PCIe sebesar 2TB. Pilihan kad grafik untuk Aurora R11 ini juga cukup banyak, daripada NVIDIA GeForce GTX 1650Ti sehinggalah NVIDIA GeForce RTX 2080 Super, termasuklah model kad grafik yang disejukkan menggunakan penyejukan cecair.
Siri komputer riba Alienware akan tiba di pasaran tempatan bermula 22 Mei kelak di laman web Dell Malaysia. Alienware m15 R3 akan mempunyai harga permulaan RM9899 untuk spesifikasi Intel Core i7 dan cip grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti manakala Alienware m17 R3 akan dijual pada harga permulaan RM12,199 dengan spesifikasi Intel Core i7 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070.
Alienware Aurora R11 pula akan tiba di pasaran tempatan pada 30 Jun untuk harga permulaan RM6999 untuk CPU Intel Core i5 dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650Ti.


---------------------------------------
kalau 12krm ni.dah boleh beli
Ysuku.specs 65  

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
MYR12K.. Tersedak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 07:00 PM
MYR12K.. Tersedak...

Gamerz skang suka buat pendapatan dr streaming...hehe...cober balik tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-6-2020 07:05 PM
Gamerz skang suka buat pendapatan dr streaming...hehe...cober balik tu...

Tak mampu... Hahaha.. Iols main game kat phone.. Suka2..tapi mmg depa dpt byk duit kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 07:13 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-6-2020 07:05 PM
Gamerz skang suka buat pendapatan dr streaming...hehe...cober balik tu...

itu baru cerita gaming PC atau Laptop, belum cerita kalau
tengok bilik gaming daorang lagi hehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 07:15 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 07:07 PM
Tak mampu... Hahaha.. Iols main game kat phone.. Suka2..tapi mmg depa dpt byk duit kan..

kalau yang streamer game kat facebook tu jana 50k rm
tengok ni hehe


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2020 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 07:15 PM
kalau yang streamer game kat facebook tu jana 50k rm
tengok ni hehe

50k sebulan ka? Huhuhu.. Kayaaaaa... Boleh golek atas duit.. Hahahaa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2020 07:19 PM | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 07:16 PM
50k sebulan ka? Huhuhu.. Kayaaaaa... Boleh golek atas duit.. Hahahaa.

dan ter mati pun atas duit


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2020 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 07:19 PM
dan ter mati pun atas duit

Hahahahaa..betul juga.. 14 jam sehari kena layan game.. Pengsan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-6-2020 07:00 PM
MYR12K.. Tersedak...


Simpan duit je sekarang ni.. gamer atau tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 11-6-2020 07:50 PM
Simpan duit je sekarang ni.. gamer atau tak

Tak.. Aku x beli.. Cuma aku terkejut dgn harga.. Hahahaaha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 07:15 PM
kalau yang streamer game kat facebook tu jana 50k rm
tengok ni hehe

Tu la hai...anak2 aku sibuk nak jd streamer...siap aku disuruh jd streamer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 11-6-2020 07:19 PM
dan ter mati pun atas duit

Ayoo..rindunya kecik2 dulu main starcraft gundam tu. Nasib baik sebelum ni prepare drawing submission 3h2m depan PC tak mati. Cuma lepas tu tido kat 2 hari ja
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 12:01 AM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 12-6-2020 12:03 AM

Hmm.. cantik desktop.. tp tu ah takde side panel kaca..

Kalo nak main game tembak2 memang wajib
- 144hz monitor (RM1K)
- 16gb ram (RM400)
tu je. lain2 boleh upgrade slow2.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2020 12:38 AM | Show all posts
Edited by trunks at 12-6-2020 09:23 PM
Amigurumi replied at 11-6-2020 09:41 PM
Ayoo..rindunya kecik2 dulu main starcraft gundam tu. Nasib baik sebelum ni prepare drawing submiss ...
nampak tadi,ada untuk Android

tak nak try ke?


Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 12-6-2020 12:38 AM
pergh 3 jam hehe

nampak tadi,ada untuk Android

Bukan 3 hours, 3 hari 2 malam yea. Uhh..ada utk hp. Tapi main kat desktop lagi best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 03:41 PM | Show all posts
honeybee1802 replied at 11-6-2020 08:02 PM
Tu la hai...anak2 aku sibuk nak jd streamer...siap aku disuruh jd streamer..

jadi streamer tu yg kerja buat ulasan game tu ker? sambil main sambil mengulas?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2021 09:44 AM | Show all posts
This notebook is perfect!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.423497 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list