CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 1

Program Pengurusan Kredit, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

[Copy link]
Post time 16-6-2020 10:40 AM | Show all posts |Read mode
1. Latar belakang
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

Ada satu program yang diwujudkan oleh AKPK khas untuk rakyat Malaysia yang sangat bermanfaat iaitu Program Pengurusan Kredit (Debt Management Program). Saya kongsikan beberapa info menarik mengenai program ini:

Program Pengurusan Kredit (PPK) adalah program khusus, di mana kaunselor kredit AKPK akan bekerjasama dengan peminjam untuk merangka pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan peminjam.
Program pengurusan kredit disediakan untuk semua individu yang memerlukan bantuan dalam mengurus hutang peribadi mereka dengan institusi kewangan.



Program ini juga tidak mengenakan bayaran yang terlibat untuk pelanggan semasa sesi kaunseling dan / atau jika pelanggan ingin mengikuti PPK.


Apa yang pentingnya, AKPK tidak menyediakan dan membantu pelanggan untuk mendapatkan pinjaman baharu.
Pelanggan diminta berhubung terus dengan institusi kewangan sekiranya ingin membuat pinjaman baharu,semua keputusan tertakluk kepada terma dan syarat Bank.



2. Kelebihan Mengikuti Program PPK secara sepintas lalu:
(a) AKPK tidak akan memaklumkan majikan sekiranya peminjam menyertai program PPK, jadi terdapat kerahsiaan hanya peminjam dan AKPK sahaja yang tahu.
(b) Pihak bank masih mempunyai hak untuk menghubungi peminjam, sekalipun telah berada dalam program AKPK, namun pihak bank tidak akan mengambil tidakan undang-undang selagi pembayaran balik program PPK berjalan dengan lancar.
(c) Tiada sekatan perjalanan ke luar negara untuk pelanggan AKPK.


3. Kriteria Kelayakan PPK:
(a) Bukan seorang yang muflis / bankrap.
(b) Tidak berkemampuan untuk mengurus hutang.
(c) Mesti mempunyai pendapatan bersih yang positif (bekerja dan mempunyai baki bersih positif).
(d) Tidak berada di bawah tindakan undang-undang.
(e) Hanya pinjaman dari penyedia perkhidmatan kewangan yang mengambil bahagian dalam PPK sahaja (LPPSA, Koperasi dan Ahlong tiada dalam program ini).
(f)  Jumlah pinjaman tidak melebihi RM 5 juta.


4. Jenis-Jenis Pinjaman yang termasuk dalam program PPK:
1. Bolehkah pinjaman peribadi melalui potongan gaji dijadualkan semula di bawah program PPK?
Pengstrukturan semula pinjaman peribadi melalui potongan gaji hanya dibenarkan untuk pinjaman daripada institusi kewangan berikut :
(a) Bank Kerjasama Rakyat (BKRM),
(b) MBSB Bank
(c) Bank Islam Malaysia Berhad
(d) Bank Simpanan Nasional (BSN).


Adakah individu yang telah diishtiharkan muflis layak untuk mengikuti program PPK?
Tidak boleh. Walaubagaimanapun, individu tersebut boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia untuk bantuan selanjutnya.


2. Adakah pinjaman kenderaan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, hanya pinjaman kenderaan dengan institusi kewangan berikut sahaja:
(a) Bank Islam Malaysia Berhad
(b) Ambank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad


Pinjaman sewa beli daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.


3. Adakah pinjaman perumahan boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, hanya pinjaman perumahan dengan bank berikut sahaja:
(a) Affin Bank Berhad, Affin Islamic Bank Berhad
(b) Alliance Bank Malaysia Berhad, Alliance Islamic Bank Berhad
(c) AmBank (M) Berhad, AmIslamic Bank Berhad
(d) Bank Islam Malaysia Berhad
(e) Bank Muamalat Malaysia Berhad
(f)  Bank Simpanan Nasional
(g) CIMB Bank Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad
(h) Hong Leong Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad
(i)  Maybank, Maybank Islamic Berhad
(j)  Public Bank Berhad, Public Islamic Bank Berhad
(k) RHB Bank Berhad, RHB Islamic Bank Berhad


Pinjaman perumahan daripada penyedia pinjaman lain boleh dipertimbangkan mengikut kes.


4. Adakah pinjaman PTPTN  boleh dijadualkan semula bawah PPK?
Boleh, dengan syarat individu tersebut mempunyai pinjaman lain yang diambil dengan penyedia pinjaman kewangan untuk dijadualkan semula dalam PPK. Sekiranya pelanggan hanya mempunyai pinjaman PTPTN, pelanggan perlu berunding terus dengan pihak PTPTN.


5. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula hutang syarikat / pinjaman wang berlesen?
Tidak. AKPK hanya boleh membuat penjadualan semula pinjaman daripada institusi kewangan yang terlibat sahaja.


6. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman pelajaran?
AKPK boleh membuat penjadualan semula pinjaman pelajaran untuk PTPTN sahaja.


7. Adakah AKPK boleh membuat penjadualan semula untuk pinjaman perniagaan?
Tidak. AKPK hanya membuat penjadualan semula untuk pinjaman individu atau pinjaman pengguna sahaja.


5. Pemberi Kredit yang Terlibat:
Institusi kewangan manakah yang terlibat di dalam program PPK?
Pinjaman-pinjaman atas nama individu yang di luluskan oleh penyedia kredit berikut layak untuk dipertimbangkan di bawah PPK:         
(a) Bank Perdagangan
(b) Perbankan Islam
(c) Penyedia  Insuran Hayat
(d) Penyedia Takaful
(e) Institusi Bank Pembangunan
(f)  Penyedia Kad kredit/kad caj
(g) Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
(h) Koperasi Bank Persatuan
(i)  PTPTN (Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)
(j)  Pinjaman kenderaan (seperti di atas)
(k) Pinjaman perumahan (seperti di atas)
(l)  Pinjaman bayaran melalui potongan gaji (Bank Rakyat, MBSB, Agro, BSN)


6. Kesan Mengikuti PPK:
Apakah kesan apabila pelanggan menyertai program PPK?
Kemudahan kredit pelanggan seperti kad kredit dan kemudahan overdraf akan ditarik balik dan pelanggan mungkin tidak boleh memperoleh kredit baru sementara berada dalam DMP dan tertakluk kepada budi bicara penyedia perkhidmatan kewangan.


Bolehkah pelanggan membuat pinjaman lain setelah mengikuti program DMP.
AKPK tidak mempunyai bantahan jika pelanggan ingin memohon kemudahan kredit baru. Kelulusan / penolakan adalah atas budi bicara penyedia kredit setelah melakukan penilaian dan penilaian kredit yang menyeluruh.


7. Kebaikan Menyertai PPK:
Di antara kebaikan menyertai PPK adalah seperti berikut:
(a) Penyusunan semula aliran tunai
(b) Tempoh bayaran balik yang munasabah berdasarkan aliran tunai terkini
(c) Penangguhan daripada tindakan undang-undang
(d) Tiada gangguan daripada pemungut hutang


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm ada topik ni.. nnt kita check   but yeah good info.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058602 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list