CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12464|Reply: 40

KOLEKSI 'INDOOR PLANTS' DI RUMAH

  [Copy link]
Post time 17-6-2020 03:09 PM | Show all posts |Read mode
Hai semua.

Sekarang semakin ramai yang berminat dengan 'indoor plants'. Jom kongsi koleksi indoor plants yang korang semua ada.

Ceritalah sikit tip penjagaan, deco indoor plants.

Maybe korang ada kumpul jenis tertentu sahaja? (Calathea, Philodendron, Sansevieria, Monstera, etc) atau suka campur-campur?

Berapa lama dah indoor plants tu korang jaga, atau baru nak cuba jadi plant parents semenjak tularnya "pokok lidah jin".

Indoor plants apa yang senang ditanam, indoor plant apa yang "manja"?

Indoor plants kesayangan korang (spesies yang unik, susah nak dapat).. dan lain-lain lagi.


Gambar dari Pinterest.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de  indoor plants kat rumah ni. Tapi suka lah tengok rumah orang yang rajin ada koleksi indoor plants.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada outdoor plants je. Indoor plants takde lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2020 09:03 PM | Show all posts
saya belum nak tanam sangat lagi dalam rumah, anak2 bulus saya pasti
main2 dan rosakan hehe, tapi kalau tengok seseorang yang rajin gila
buat itu,rasa kagum sangat



10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah
10 Jenis Indoor Plants wajib ada di dalam rumah | Ramai umi tengok bila musim PKP ni yang rajin menanam pokok-pokok Indoor dan Outdoor.Yelah.Masa stuck sebulan lebih tak bekerja kan? Adalah masa nak menghias rumah dengan pokok-pokok.
Lagipun ada pokok-pokok indoor dan outdoor yang sangat bagus untuk supply oxygen dan tak kurang juga memberikan aura yang positif untuk penghuni di dalamnya.
Yang paling best adalah melihat kehijaun di dalam rumah sendiri.Umi juga antara yang menyukai Indoor dan Outdoor plant.Tapi umi tak suka yang jenis berbunga ni.Sebab yang jenis berbunga ni penjagaan dia lebih rumit.
So, mesti korang tak taukan kebaikkan apabila kita tanam indoor plant niJom kita lihat apa kebaikkan yang terdapat pada tanaman Indoor plant ni.
KEBAIKKAN TANAM INDOOR PLANT
  • Supply oxygen di dalam rumah
  • Mengurangkan allergi
  • Menyerap aura negatif
  • Meningkatkan fokus
  • Mempercepatkan proses recovery
  • Pokok pun bertasbih
ANTARA JENIS POKOK INDOOR PLANT YANG BOLEH KITA LETAKKAN DI DALAM RUMAH
  • Snake Plant

Antara pokok Indoor yang paling mudah sangat untuk dijaga dan menjadi pilihan utama mereka yang minat dengan pokok-pokok ni.Snake Plant sangat bagus untuk meneutralkan udara dari gas-gas toksik.So, umi paling suka untuk letak snake plant ni di dalam rumah.

  • Monstera Deliociosa
Pokok Monstera ni sangat cantik .Daun yang besar dan merupakan indoor plant yang boleh dikatakan senang juga nak jaga.Pokok ini dikatakan mampu menyerap formaldehyde yang berbahaya kepada kesihatan manusia.So, sangat sesuailah jika ianya di hias di dalam rumah.


  • Money Plant
Money plant ni senang untuk dijaga.Kelebihan menanam Money plant di dalam rumah selain hiasan menghijaukan suasana dan mampu membersihkan bahan cemar bawaan udara seperti VOCs, benzene,toluene, formaldeyde, carbon monoxide dan xylene.Selain mudah untuk dijaga ia juga senang untuk dibiakkan.Money plant ni jugak mampu meningkat kelembapan dalam udara.
Cara mudah tanam pokok Money Plant ni cuma ambil keratan dahannya sahaja.Boleh di tanam di dalam pasu berisi tanah ataupun di dalam air sahaja.

  • Spider Plant
‘Spider Plant’ merupakan pokok hiasan yang paling mudah untuk dijaga walaupun korang  tidak memiliki kemahiran untuk bercucuk tanam. Spider plant  adalah pokok hiasan yang selamat dan mampu untuk mengeluarkan beberapa dozen anak pokok yang senang untuk dicantas dan ditanam semula.
Cara penjagaan: Spider plant boleh diletakkan    di mana saja kerana ia tidak memerlukan suhu dan pencahayaan yang tinggi. Ia cuma memerlukan sedikit air sahaja. Namun begitu, kita  perlu membiarkan tanahnya untuk kering sebelum menyiram semula.
Oleh kerana anak pokoknya berjuntai, adalah dinasihatkan untuk mengantung pokok hiasan ini di tempat yang tinggi untuk mengelakkan gangguan dari haiwan kesayangan korang tu ye.


  • Areca/Golden Palm
Jika kita mempunyai ruangan rumah yang luas dan memerlukan pookok hiasan yang bercirikan suasana tropika, Pokok ini adalah yang paling sesuai.Ia juga mampu meningkatkan pengudaraan di dalam rumah kita.
Cara Penjagaannya : Pokok ini tidak memerlukan cahaya yang terlalu terang dan tahan juga tidak perlu terlalu lembab.Kita tidak perlu menyiramnya setiap hari sekiranya tanah masih lagi lembab.Pokok ini juga mudah tumbuh di tempat yang terang dan meerima pencahayaan secara tidak langsung.

  • Boston Fern
Boston Fern mempunyai daun-daun hijau yang banyak dan merupakan antara pokok hiasan penapis udara semulajadi yang terbaik. Bukan itu sahaja, ia boleh membersihkan udara toksik berbahaya di dalam rumah, dan ia juga boleh melembapkan udara secara semulajadi.
Cara Penjagaan: Pokok hiasan ini boleh tumbuh dengan sempurna dalam persekitaran yang mempunyai kelembapan yang tinggi dan tidak memerlukan cahaya yang banyak. Cukup sekadar menyemburkan air secara harian dan letakkan di ruang yang sejuk.


  • Tradescantia Zebrina
Pokok berwarna ungu ini juga dikenali sebagai Zebrina Pendula dan ia amat sesuai untuk digantung di tepi tingkap atau di atas meja. Ia juga amat mudah untuk dijaga dan cepat tumbuh selain diminati kerana warna daunnya yang menarik.
Cara Penjagaan: Tradescantia Zebrina merupakan pokok hiasan yang mudah tumbuh dan  boleh di siram sekali sekala ataupun setiap hari (batangnya akan layu sekiranya tidak disiram dengan lama). Pokok hiasan ini juga menyukai persekitaran tanah yang lembap.
Selain itu, pokok ini memerlukan pencahayaan matahari secara langsung tapi jangan letakkan pokok ini di tempat yang terlampau terdedah dengan sinaran matahari yang terik kerana daunnya mudah kering sekiranya terdedah dengan suhu yang terlalu panas.

  • Aloe Vera
Aloe Vera atau dikenali dengan lidah buaya sangat popular dan hampir setiap rumah ada menanamnya.Aloe vera ni banyak manfaatnya dan gel Aloe Vera dikatakan boleh menyembuhkan kulit daripada kesan melecur.Penjagaan Aloe Vera ni juga sangat mudah tetapi memerlukan siraman setiap hari.

Cara Penjagaannya : Hanya perlu diletakan dekat dengan cahaya matahari dan siraman setiap hari.Pokok Aloe Vera ni ramai yang letakkannya di bilik air dan di ruang dapur.

  • Fiddle Fig
Daun pokok Fiddle Leaf Fig adalah besar dan lebat, dan batang pokoknya sendiri boleh tumbuh dengan tinggi. Jadi pokok ini sesuai untuk mengisi ruang rumah korang  untuk nampak ‘penuh’.
Korang  juga kena  pastikan yang pokok Fiddle Leaf Fig ni dapat cahaya yang secukupnya.
Kalau nak tahu bila nak siram, cucuk tanah dalam pasu tu dengan jari anda. Kalau anda rasa permukaan (dalam satu inci) tanah tersebut kering, tandanya dah tiba masa untuk siram.
Ia  juga boleh dilap daun pokok ini bila dah banyak habuk, supaya ia boleh menyerap cahaya matahari dengan lebih efisien, serta nampak cantik dan kemas.


  • Succulent
Pokok yang nampak macam kaktus kecil ni adalah paling comel dan paling senang untuk dijaga.
Succulent adalah sangat kecil dan ada macam-macam saiz dan rupa, jadi ramai yang beli beberapa jenis succulent untuk dapatkan gabungan yang cantik.
Pokok ini perlukan cahaya, jadi pastikan ainya diletakkan di bahagian tingkap rumah. Korang tak perlu siram selalu pokok ni untuk terus hidup ye.


Sebenarnya banyak lagi jenis tanaman indoor yang boleh korang dapatkan. Yang umi pilih ni tanaman yang umi rasa cantik di mata umi.Jom umi share pulak tips penjagaan indoor plant ni supaya lebih sihat dan sedap mata memandang.



TIPS PENJAGAAN POKOK DALAM RUMAH
At least korang pilih dahulu jenis pokok yang korang nak letak di dalam rumah.Mungkin ada jenis pokok yang berbeza penjagaannya.Tipsnya adalah :-
  • Pastikan aliran air pokok dijaga-Ini memastikan yang air tidak terlalu banyak dan menyebabkan akar pokok menjadi reput.
  • Tukar pasu bila perlu – Bila pokok membesar, sudah tiba masanya ditukarkan kepada pasu yang lebih sesuai.
  • Siram air secukup rasa – Nak siram air bukan sampai habis lecun pokok tu,Cukuplah sekadar melembabkan tanah.
  • Kemaskan daun dan tanah– Bersihkan tanah dengan daun-daun kering supaya ia tak menarik serangga untuk datang.Perhatikan juga mana-mana daun yang nak mati tu dan cantas semula supaya nutrien akan pergi ke daun-daun yang memerlukannya.

Hah..Itu dia sedikit sebanyak tentang Indoor plant yang umi dan korang kena tahu.Semoga bermanfaat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 04:31 PM | Show all posts
meols ada.. philodendron , pothos, anthurium, caladium,oxialis, alocasia , monstera biasa and thai constellation

tengah duk usha spathiphylum zebra sama medinilla dolce vista (lawa giler, sila google)

on order monstera albo , philo pastazanum silver

awat tered ni sendu...

chuols nak tanam apa? meh meols share tips...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2020 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Air plant tilladansia iols tunggu masa nak mati

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2020 08:44 PM | Show all posts
boleh share kat mana nak dapatkan pasu seramik murah2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2020 09:42 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 25-6-2020 04:31 PM
meols ada.. philodendron , pothos, anthurium, caladium,oxialis, alocasia , monstera biasa and thai c ...

banyaknya koleksi dah berapa tahun menanam indoor plants...

soalan : trailing plants apa yang tahan direct sunlight?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
iwaniriz replied at 28-6-2020 08:44 PM
boleh share kat mana nak dapatkan pasu seramik murah2?

Sis duduk area mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
bianglala replied at 29-6-2020 09:42 PM
banyaknya koleksi  dah berapa tahun menanam indoor plants...

soalan : trailing plants  ...

Nak letak mana? Luar ke , dlm umah tepi tingkap ke under glass roof ke ?

Heat tolerant plant banyak le.. esp flowering type.. climbing roses, porana, madagascar jasmine, sandpaper vines, kesidang, grapes pun boleh.. eh banyakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 28-6-2020 04:13 PM
Air plant tilladansia iols tunggu masa nak mati

Chuols over water kut.. mist je.. esp kat mesia yg humid ni tak perlu siram selalu pun

Jgn putus asa, if dah sadakallah, beli baru n cut down watering jew
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 01:27 PM | Show all posts
thanks momod @bianglala , kasik banyak tacang kat meols

Comments

sama-sama  Post time 8-7-2020 01:09 PM
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I memang teringin sangat nak simpan my plants indoor. Tapi every time pun mesti mati sbb root rot or daun lama lama jadi pucat, stop growing, tak keluar new leaves.

So kalau root rot tu sbb overwater. Kalau daun pucat sebab tak cukup sunlight kan?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tanam edible garden dalam pasu indoor. Tapi thymes tu jadi coklat dan mati. Susah betul.  Patutnya kena siram berapa banyak air? Kena direct cahaya matahari ke?
Kalau tempat berangin ok ke?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 25-6-2020 04:31 PM
meols ada.. philodendron , pothos, anthurium, caladium,oxialis, alocasia , monstera biasa and thai c ...

Kitty duduk area selangor ke?
Mana nak cari kawasan pasu dan pokok murah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 07:16 PM | Show all posts
MissVixen replied at 30-6-2020 04:18 PM
Kitty duduk area selangor ke?
Mana nak cari kawasan pasu dan pokok murah?

pokok cari area kusta sis.. green lane tu smua dah kena pindah, some pegi tropikana, some pegi dekat area uitm dekat cahaya spk sana.. merata2 nursery tu kena pecah, but price wise green lane tu tak semurah area kusta..

tau ke kusta kat mana? dekat spital sg buluh tu.. sana byk nurseries , mur2 la tapi sejak dua menjak viral indoor plants ni mmg rega naik la.. dulu rm10 boleh dapat calathea , skang sorry you.. caladium tu selalu org tak pandang, dulu below rm10/pot, now rm25/pot.. caladium import rm260/pot tu pun org sanggup beli... sanggap   

potters garden pun ok, utk pasu n pokok, since now kedai lain dah up rega.. pasu situ mur2 sis and cantik2 tp mcm meols ckp la sejak lepas pkp ni org menggila cari pokok and pots, sampai ada  rela jaga on wekens... rasa most shopee seller beli borong kat situ, then jual, kowwwserrr meols nak jejak mcm hanat..

chuols nak cari pokok apppooo...? tolong la jgn kata lidah mak  mertua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-6-2020 07:16 PM
pokok cari area kusta sis.. green lane tu smua dah kena pindah, some pegi tropikana, some pegi dek ...

Nak cari pokok daun lubang2 dengan lily. Cantik sangat.
Pasu2 comel nanti sis cari di potters garden. Terima kasih bagitahu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 30-6-2020 07:45 PM
Nak cari pokok daun lubang2 dengan lily. Cantik sangat.
Pasu2 comel nanti sis cari di potters ga ...

Daun lubang2 tu monstera adansonii ke? Or monstera deliciosa?

Adansonii tu kecik n renek.. deliciosa tu boleh besarrr

as of lily , rasa chuols referring to peace lily? A very good indoor plant?

Smua pokok ada di potters garden..sila singgah
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-6-2020 08:19 PM
Daun lubang2 tu monstera adansonii ke? Or monstera deliciosa?

Adansonii tu kecik n renek.. d ...

Dua2 nak cari. Adansoni dah jumpa. Sepokok rm5 di pasar malam. Tanam banyak2 jenis pokok macam ni supaya dalam kondo jadi hutan rimba.

Peace lily.. aah yang tu. Cantik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 30-6-2020 08:39 PM
Dua2 nak cari. Adansoni dah jumpa. Sepokok rm5 di pasar malam. Tanam banyak2 jenis pokok macam ni  ...

Murah tu.., rasa deliciosa tu dlm rm30-50/pot depending on size but pokok mmg dah stable.. meols dulu beli cenonet je.. daun pun x pecah rm18, ada la 2 batang daun.. last year.. now dah tinggi menjalar but meols doubt it’s deliciosa but borsigiana sbb daun dia kecik sikit but meols suke je

Adansonii variegated tu ada jumpa kat area kusta, rm1,000 yach , bila pegi lg following week pokok tu dah ada org beli

U can try syngonium / arrowhead plant.. ni boleh panjat pole.. n kaler macam2... philodendron lemon, and brasil pun cantik .. dia mcm money plant/pothos tp daun dia nipis sikit.. scindapsus pun nice.. ehh byk la indoor plant meols tersuggest

Meols suka guna nama omputih, sbbnya senang nk gugle esp about how to care for the plant.. n chuols pun leh gugle further kut2 interested

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 7.394731 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list