CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5156|Reply: 8

32 APPS SMARTPHONE YG KORANG TAK PERASAN WUJUD,jom tengok2

[Copy link]
Post time 18-6-2020 06:29 PM | Show all posts |Read mode

12 Apps Android Yang Berguna  Semasa Bosan



Ada tak yang selalu tak tau nak buat apa bila dah bosan sangat? Dah lah bosan lepas tu takde pulak internet, alamak… Jom bersedia untuk masa-masa bosan yang akan datang dengan apps yang boleh didapatkan di Google Playstore untuk pengguna telefon Android. Yang guna iPhone boleh check kalau Apple store ada 12 apps ni.


1. Eye Exercises – Eye Care Plus



Zaman sekarang ni ramai yang kecil-kecil dah rabun, apa lagi yang selalu menghadap laptop dan handphone kan? Kenapa tak gunakan smartphone anda dengan pintar? Download apps ni untuk membantu penglihatan anda dengan menggunakan pelbagai kuiz dan mainan.


2. Mystic Messenger


Siapa yang kenal Mystic Messenger ni? Ramai tak yang tau Mystic Messenger? Tahun lepas MM ni agak popular di kalangan peminat anime dan cosplayer. Kenapa? Sebabnya? Anda boleh cuba game ni untuk mengetahui sebabnya!


3. What if..


What if……. Apa akan jadi jika……. Ramai tak yang selalu tanya soalan macamni dengan diri sendiri? Sekarang anda boleh guna apps ni untuk menanya diri anda soalan yang anda tidak pernah terfikir! Lepas tu undi la yes or no dan ketahui berapa ramai orang yang setuju dengan anda!
4. Miss wind


Miss Wind nigame yang amat menenangkan. Siapa yang tengah bosan atau geram boleh cuba aplikasi ni sebab lagu background dia memang menenangkan dan juga art dia yang sangat lawa.. Ni memang apps yang sesuai untuk orang yang bosan dan tak nak jadi makin geram.


5. Viridi


Aplikasi ni pun best juga waktu tengah bosan, buka je aplikasi ni anda boleh menanam tumbuhan anda sendiri dan anda tidak perlu sentiasa menjaga aplikasi ni. Waktu bosan je buka dan main lah sehingga anda bosan lagi hahaha!


6. Paper Planes





Aplikasi yang membenarkan anda untuk membuat kapal terbang menggunakan smartphone anda lepas tu anda boleh menerbangkan kapal terbang anda! Jangan terbuang phone tau semasa menerbangkan kapal terbang anda. Anda juga boleh menangkap kapal terbang daripada orang lain!
7. Wattpad


Yang minat membaca pasti tahu apps ni kan? Apps ni amat popular dikalangan pembaca disebabkan banyak buku-buku yang menarik dalam apps ni dan semua percuma! Lepas tu anda boleh baca buku ni online ataupun download buku yang anda nak dan baca offline tanpa sebarang gangguan.
8. ColorMe: Adults Colouring Book
Tahun lepas coloring book for adult memang popular kan? Tau tak ada apps untuk mewarna? Anda tak perlulah nak membeli buku coloring yang mahal tu! Download je apps ni dengan percuma dan anda boleh membawa coloring book ni ke mana-mana sahaja!


9. Pointless Button THE BUTTONING

Siapa yang memang dah bosan sangat tu, ni ha sesuai untuk anda. Anda tekan lah butang ni seberapa banyak kali yang anda nak, lepas tu anda dapat kumpulkan markah dah naik ranking. Siapa yang boleh tahan main game ni, saya respect la… Saya tak boleh main game ni.
10. Curiosity – Get Smarter Daily
Bosan tapi tak nak buang masa? Ni apps untuk anda! Anda boleh melayari “blog” atau artikel dalam aplikasi ini dan menambah pengetahuan anda semasa anda bosan. Banyak fakta yang menarik anda akan pelajari daripada aplikasi ni. Jangan percaya bulat-bulat tau! Try google dulu untuk pastikan.
11. Treadmill
Anda ada tak rakan-rakan yang selalu cakap jari dia dah lah pendek, lepas tu gemuk pula tu, tak lawa lah jari dia. Ada tak? Saya kenal dua orang macam tu! Ni apps yang sesuai untuk mereka! Cepat-cepat bagitau mereka apps ni, nanti masa bosan bolehlah exercise jari dia yang pendek dan gemuk jadi kurus!
12. Bored Button


Anda dah cuba semua 11 apps kat atas? Ni apps jika anda memang dah bosan nak mati. Dengan satu butang sahaja anda dapat mencuba pelbagai aplikasi yang akan membantu anda untuk tidak menjadi bosan.
Harap-harap siapa yang download apps ni dah tak bosan ataupun dah jumpa benda yang lebih berfaedah..


10 Aplikasi Yang Sangat Berguna Bagi Pengguna Android

Setelah operating-system Android diperkenalkan pada tahun 2008, ia menerima sambutan yang hangat hingga ke hari ini dan mampu bersaing dengan keluaran Apple, iaitu iOS. Sejak akhir 3 tahun ini, pengeluaran telefon pintar Android semakin rancak dengan syarikat besar dari China iaitu Huawei, Xiaomi dan Vivo yang bersaing kuat dengan Samsung.

Aplikasi adalah sebuah perisian yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri untuk membantu pengguna. Oleh yang demikian, banyak developer telah membangunkan aplikasi yang terbaik untuk pengguna Android serata dunia. Maka, marilah kita ketahui 11 aplikasi yang sangat berguna kepada setiap individu yang mempunyai peranti Android ini.

1. VPN

Virtual private network (VPN) ialah teknologi yang mewujudkan sambungan yang selamat dan encryption ke atas rangkaian yang kurang selamat iaitu internet. Untuk menjaminkan keselamatan, data anda akan melalui tunnel yang selamat dan keselamatan pengguna VPN akan terjamin, khususnya daripada penggodam, kerajaan dan bos syarikat. Bukan itu sahaja, VPN ini akan menjaga privasi anda sepanjang melayari internet. Namun, anda mestilah menggunakan VPN yang mempunyai reputasi yang baik agar data maklumat anda tidak disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mari baca 5 VPN terbaik yang percuma.

2. Clean Master & SD Maid

Kedua-dua aplikasi ini merupakan aplikasi yang paling wajib untuk dipasangkan pada telefon pintar Android anda bagi meningkatkan kelajuan telefon pintar. Clean Master berupaya untuk mengosongkan memori storan, meningkatkan performance sebuah peranti dan membersihkan virus. Bahkan, ia akan menjamin keselamatan dan privasi gadget anda. Tak guna Clean Master pun tidak menjadi masalah, kerana Android terkini selalunya hadir dengan aplikasi pembersihan yang disiap pasang.






Manakala SD Maid, ia akan membersihkan fail yang tertinggal apabila sebarang aplikasi telah dinyahpasang. Ia juga berupaya untuk buang fail yang tak berguna seperti logs, reports dan lain-lain. Untuk mencapai 2-kali ganda pembersihan, anda perlu root telefon Android anda supaya proses pembersihan oleh kedua-dua aplikasi ini lebih mendalam (di mana ia memerlukan akses root).



3. Google Photos

Google Photos merupakan galeri gambar daripada Google yang serba canggih. Ia dilengkapi dengan fungsi edit, filter, dan save-photo-to-cloud. Gambar anda akan disimpan secara automatik ke Google Drive dan anda boleh cari semula dengan mudah melalui Google Photos. Apa yang seronoknya, anda boleh mengurangkan storan telefon anda dengan fungsi cloud tersebut.

Baca juga: 5 Perkara Menarik Mengenai Google Photos

4. Google Drive

Google Drive, siapa yang tak pernah guna ? Pentingnya Google Drive ini untuk setiap golongan sama ada pelajar, guru, pekerja mahupun bos. Ia merupakan medium storan di awan yang percuma untuk digunakan dan selamat. Di samping menyimpan fail-fail penting, anda boleh menghantar URL fail tersebut yang boleh dimuat-turun kepada penerima.

5. ShareIt

ShareIt merupakan aplikasi yang sangat berguna untuk proses perpindahan fail antara dua gadget – sama ada Android, iOS dan Windows. Dengan ShareIt, anda boleh transfer fail dan data sehingga 40x lebih laju berbanding Bluetooth dengan teknologi WiFi. Mudah sahaja sebenarnya Cara Menggunakan Aplikasi ShareIt.

6. System App Remover

System App Remover merupakan aplikasi yang sangat berkuasa untuk rooted phone. Apa yang dimaksudkan ialah anda boleh uninstall aplikasi sistem, pre-installed ataupun bloatware. Aplikasi-aplikasi ini kebanyakkan tidak berguna dan hanya menambahkan storan telefon anda – seperti Samsung App Store ataupun OneDrive.

7. MX Player

Jika anda penggemar movie dan drama, sudah pastinya anda akan menyukai MX Player. Hal ini kerana ia merupakan video-player yang sangat bagus dan stabil. Ia juga berupaya membantu anda menonton filem bersama subtitle, secara automatik ataupun manual. Anda boleh baca Cara Menggunakan Subtitle Dengan MX Player.

8. GO Keyboard

Bagi pengguna Android, anda mesti mahu install aplikasi Go Keyboard kerana ia dilengkapi dengan emoji dan boleh dihiaskan. Tapi, tahukah anda tentang kehebatan Go Keyboard yang anda tidak tahu ? Sebenarnya, aplikasi ini amat berguna untuk seseorang yang menggunakan telefon pintar sebagai medium untuk melakukan kerja-kerja. Ia akan mempercepatkan penaipan anda dengan fungsinya tersendiri. Ia boleh permudahkan proses copy dan editing dengan lebih mudah.


9. Google Maps

Anda pasti tahu kan mengenai Google Maps? Ia merupakan aplikasi canggih untuk mencari sesuatu tempat atau lokasi. Apa yang menariknya, latest update membolehkan anda menggunakan Google Maps dengan Offline. Ini bermaksud anda boleh download sesebuah kawasan tertentu dan anda tidak perlukan sebarang internet data untuk kegunaan kemudian. Ia amat stabil dan sangat berguna.

10. LastPass

LastPast merupakan pengurus-password anda dan boleh mencipta kata laluan yang kukuh. Segala informasi akan disimpan dalam vault dan menyimpan password untuk segala akaun media sosial anda. Penciptaan password yang kukuh boleh menghalang anda daripada digodam dengan mudah, bahkan mengambil masa beratus-ratus tahun. Anda takut lupa kata laluan? Gunakan LastPass dan ia akan kekal di sana.

Kesimpulan

Kesemua aplikasi tersebut amatlah berguna dan bermanfaat jika kita tahu cara penggunaannya. Kebanyakkan aplikasi yang dicadangkan adalah percuma dan selamat untuk digunakan. Dengan adanya teknologi yang disediakan oleh aplikasi-aplikasi tersebut, anda mampu meningkatkan gaya hidup anda.  sumber


10 Aplikasi Yang Berguna Untuk Kehidupan Seharian

Setiap hari, setiap cabaran yang kita akan hadapi. Sedikit demi sedikit kita tempuhi dengan kesukaran. Namun, setelah era telefon pintar muncul, kehidupan kita juga lebih mudah bukan?


Artikel ini akan memaparkan aplikasi yang berguna kepada kita untuk digunakan setiap hari. Malah, aplikasi yang dipilih ini semuanya percuma. Rugi kalau kita tak pakai kan? Teruskan membaca.



-------------------------------------------------------


ok.korang trylah mana berkenan..saya adalah suka
1 apps ios,taklah rajin try error segala apps,banyak
kerja lain boleh di buat lagi,hehe..apps youtube player
dia boleh playback masa kita guna apps lain2,malah
display off pun,lagu masih boleh playback, takat ni
dia macam premium youtube yang kita kena bayar
tu,supaya tak ada iklan bagai. cuma ini free punya









This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2020 06:31 PM | Show all posts
Files Go

Hampir semua telefon Android ada fail manager, tetapi jika anda tidak gembira dengan sedia ada, Files Go nampaknya sesuai. Aplikasi ini membantu mengimbas telefon bimbit anda, ia juga membolehkan anda menghantar dan menerima fail luar talian melalui Bluetooth, dan membantu anda mencari fail besar, aplikasi yang tidak digunakan dan fail lain yang hanya mengambil ruang storage telefon anda.

Files Go




Grammarly Keyboard

Jika anda dapat menguasai bahasa Inggeris, atau ingin memperbaiki tatabahasa anda semasa menulis e-mel, laporan, dan mesej, Grammarly Keyboard boleh membantu anda. Ia mencadangkan penambahbaikan kepada input anda semasa anda menaip dan membuat pembetulan automatik, jadi teks anda menjadi lebih baik – sambil memberi anda peluang untuk belajar dari kesilapan anda secara on-the-go.

➤ Keyboard Grammarly




Truecaller

Truecaller berfungsi dengan hebat kerana komuniti pengguna yang semakin meningkat yang menandai nombor dan melaporkan spammer – tetapi kini lebih baik lagi kerana ia menambahkan ciri berguna. Ia membolehkan anda mengimbas nombor yang dicetak di atas kertas atau papan iklan untuk memanggil dan menyimpan kenalan untuk kemudian. Jika anda benci ejen insurans dan panggilan daripada Astro, anda harus cuba aplikasi ini.




➤ Truecaller



BlackBerry Privacy Shade

Sakit hati bila ada orang mengintip telefon anda semasa anda berada di tempat awam? Aplikasi ini membolehkan anda mengawal skrin anda, menghasilkan kawasan segi empat tepat atau bulat yang anda boleh mengubah saiz dan bergerak. Walaupun ia diaktifkan, anda boleh menggunakan telefon anda seperti biasa. Selain itu, anda boleh membaca di atas katil tanpa mengganggu pasangan anda dengan skrin terang yang terang.

➤ Shade Privasi BlackBerry




Datally

Datally direka untuk memberi anda kawalan ke atas aplikasi untuk mengelakkan mereka daripada menggunakan data internet anda – semasa penggunaan aktif dan semasa beroperasi di latar belakang. Sebaik sahaja anda telah melihat aplikasi yang kuat makan, anda boleh memilih untuk menyekat penggunaannya.


Di samping itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan pencari Wi-Fi awam yang akan membimbing anda ke lokasi di mana anda boleh gunakan internet secara percuma.




➤ Datally




One-handed mode

Malas nak gerakkan jari jauh-jauh semasa menggunakan telefon dengan satu tangan? Mungkin aplikasi ini amat berguna. Separuh telefon yang baru dilengkapi dengan sistem ini, jika tidak, anda boleh dapatkannya dari XDA. Ia tidak memerlukan rooting pun. Mudah kan?

➤ One-handed mode




Path Guide

Microsoft telah membangunkan alat yang sangat baik untuk membantu orang yang mengalami masalah penglihatan masuk ke dalam ruang dalaman, dan ia dipanggil Path Guide. Apabila anda berada di dalam bangunan yang sebelum ini dipetakan oleh pengguna Path Guide, ia akan membantu anda pergi ke sesuatu lokasi dengan memberitahu anda berapa banyak langkah dan di mana arahan anda perlu beralih untuk mencari, katakan, tandas di pusat membeli-belah besar.


Ia percuma untuk digunakan, dan berfungsi untuk kedua-dua navigasi dan laluan rakaman. Jika anda berada di bangunan awam yang popular banyak, anda boleh berbuat sedikit untuk membantu orang lain dengan merakam panduan navigasi untuk mereka. Jika Google Maps untum jalan raya, kini Path Guide untuk dalam bangunan. Canggih betul.

➤ Path Guide




Can’t Talk

Berharap anda boleh menggunakan bot untuk mengendalikan WhatsApp apabila anda tengah sibuk? Aplikasi ini membolehkan anda untuk memberitahu rakan yang tengah mengacau kita yang kita dalam waktu yang sibuk. Seperti panggilan, anda boleh reject call dan menghantar sms ringkas. Jika Whatsapp macam mana? Sebab tu wujudnya aplikasi ini.







YouTube Go

Google melancarkan sekumpulan aplikasi yang dioptimumkan untuk peranti low-spec supaya performance telefon tidak ketiggalan. Maka Google menyediakan Youtube Go untuk Android Oreo (Go edition) untuk menjimatkan ruang telefon.


YouTube Go membolehkan anda menonton video dari seluruh platform, sambil menawarkan pilihan untuk menyimpan klip untuk menikmati kemudian. Anda juga boleh menggunakannya untuk menyiarkan video kerana ada offline mode.

Perlu diingat bahawa ini bertujuan untuk pengguna yang ingin menyimpan dengan data mudah alih, jadi anda tidak dapat menstrim video pada 720p atau lebih tinggi.


Aplikasi ini masih dalam penambahbaikan, maka hanya dapat digunakan dalam sesetengah negara sahaja. Jika anda tidak boleh download melalui Play Store, cuba di APK Mirror.

➤ YouTube Go





Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy guna grammarly bila nak tulis email.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 06:53 PM | Show all posts
sarah82 replied at 18-6-2020 06:46 PM
Sy guna grammarly bila nak tulis email.

pergh..bosan juga apps tu haha,tapi itu penting la kan
nah,,buat2 la picit semut ni,kalau bohsan





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 06:55 PM | Show all posts
saya baru install, memang ada semut real lah keluar haha

jenuh ambil ridset  

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 18-6-2020 06:53 PM
pergh..bosan juga apps tu haha,tapi itu penting la kan
nah,,buat2 la picit semut ni,kalau bohsan  ...

Hahahaha.. Nanti cuba download.. Tengah belajar tentang game WW2..hahahaha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2020 08:09 PM | Show all posts
Pulsar
Nova
Snapseed
Adobe Lightroom
PAGF

rooted devices.
-----------------
Gcam
Viper4Android
adaway
Xposed
Energized protection



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2020 10:19 PM | Show all posts

ziz,
last dulu2 puluh tahun lepas kot hehe,kita kan dah puluh tahun sinimasa kita zaman batu dulu2 ekeke

aku baca ko macam guna Note 2 ke 3 kot kan? yeke? kot aku silap


wah,sampai sekarang,ko masih setia dengan Android la kan?
wah syabas betty hehe..sekarang layan smartphone yang mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2020 06:49 PM | Show all posts
trunks replied at 18-6-2020 10:19 PM
ziz,
last dulu2 puluh tahun lepas kot hehe,kita kan dah puluh tahun sinimasa kita zaman batu dulu ...

sekarang oneplus 7 pro.
tgh bercadang nak beli p40 pro  atau one  plus 8 pro
pernah guna iphone 6. seminggu ajer.
kah kah


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.122104 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list