CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12772|Reply: 28

Tips Memilih Solid-State Drive (SSD) untuk Pengguna Laptop di Malaysia

  [Copy link]
Post time 21-6-2020 01:37 AM | Show all posts |Read mode
Sudah banyak kali hantar ke kedai tapi laptop masih lembab?
Bermacam cara telah dilakukan tetapi masalah masih berulang?
Anda mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:
  • program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
  • games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
  • laptop masih lembab biarpun baru sahaja diformat
  • sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah tidak selesai
Jika masalah ini tidak diatasi, banyak kerja penting tidak dapat disiapkan dan menyebabkan produktiviti kerja anda terjejas teruk.
Jadi, apa penyelesaiannya?
Mudah.
Ya, mudah sahaja sebenarnya.
Berikan peluang kedua kepada laptop anda dengan menggunakan Solid-State Drive (SSD).
Kenapa anda perlu beralih cinta kepada SSD?
  • kelajuan membaca dan menulis 20 kali lebih pantas berbanding dengan cakera keras (hard disk) biasa
  • melajukan boot up laptop kurang daripada 10 saat
  • lebih lancar dan responsif seperti start up, shut down, salin fail, guna pelayar Internet dan imbas virus
  • penggunaan perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan Premiere sangat responsif dan mampu meningkatkan produktiviti
  • melajukan proses loading ketika bermain games
  • menjimatkan penggunaan bateri laptop
  • tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data sekiranya terjatuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak
  • lebih ringan, senyap dan sejuk
Apa itu Solid-State Drive @ SSD?
SSD adalah solid-state drive atau solid-state disk yang menggunakan himpunan litar bersepadu sebagai ingatan untuk menyimpan data secara berterusan.
Ia berbeza dengan pemacu cakera keras (HDD) atau cakera liut (floppy disk) yang mengandungi cakera berputar dan read/write heads.
Ia juga lebih tahan terhadap kejutan fizikal, senyap, masa akses yang lebih cepat dan kependaman (latency) yang lebih rendah.
Walaupun harganya terus menurun dari masa ke masa, sehingga 2018 ia masih mahal untuk tujuan penyimpanan data berbanding dengan HDD.
Setakat 2017, kebanyakan SSD menggunakan ingatan flash berasaskan 3D TLC NAND, iaitu non-volatile memory.
Non-volatile memory bermaksud ia mampu mengekalkan data biarpun bekalan kuasa telah ditutup atau dimatikan.
Sebelum anda berfoya-foya membelanjakan wang anda, sila perhatikan 5 perkara ini:
  • saiz storan
  • seni bina (architecture) controller, memory, cache/buffer, wear levelling dan host interface
  • reka bentuk @ form factor
  • jenama
  • jaminan
1. Saiz storan
Ya.
Ini adalah perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan. Tentukan berapa besar saiz storan yang anda perlukan.
Sebab apa?
Semakin besar saiz storan yang anda pilih maka semakin tinggi kos SSD tersebut.
Berikut adalah keupayaan biasa yang boleh anda jangkakan untuk penyimpanan pada setiap julat:
  • 32 GB: Ini adalah penggunaan paling asas. Apa yang boleh anda jangkakan dengan saiz storan sekecil ini?
  • 64 GB: Masih terhad untuk pemasangan sistem operasi (OS) dan hanya mampu menyimpan sedikit program anda.
  • 120 GB/128 GB: Untuk pemasangan OS sudah dikira memadai tetapi penyimpanan media dan permainan masih terlalu terhad di sini.
  • 240 GB/250 GB: Untuk pemasangan OS lebih daripada mencukupi di samping mampu menyimpan media dan beberapa permainan. Pilihan kebanyakan pengguna di Malaysia.
  • 480 GB/500 GB: Sangat disyorkan untuk pemasangan OS, penyimpanan media dan permainan. Pilihan kebanyakan pengguna tegar permainan (gamers).
  • 1 TB/2 TB: Untuk golongan bangsawan sahaja mereka yang banyak melakukan suntingan (editing) foto dan video di samping bermain permainan serta digunakan untuk menyimpan dokumen, foto, muzik dan video.
Nasihat daripada saya, sekurang-kurangnya cuba dapatkan 120 GB atau 240 GB sebagai permulaan.
Jika wang bukan masalah, pergi kepada saiz storan 480 GB atau 500 GB.
2. Seni bina (architecture) controller, memory, cache/buffer, wear levelling dan host interface
Ini lebih kepada teknikal dan mungkin akan memeningkan kepala anda.
Jangan risau saya akan menerangkan beberapa istilah di bawah semudah yang mungkin.
Komponen utama SSD adalah controller dan ingatan (memory) untuk menyimpan data.
Komponen ingatan utama dalam SSD secara tradisinya adalah DRAM volatile memory tetapi sejak 2009 ia lebih kepada NAND flash non-volatile memory.
Controller
Controller adalah pemproses terbenam yang melaksanakan kod peringkat firmware.
Ia merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam menentukan prestasi SSD.
Antara fungsi yang dilakukannya ialah:
  • Bad block mapping
  • Read and write caching
  • Encryption
  • Error detection and correction via Error-corectting code (ECC)
  • Garbage collection
  • Read scrubbing and read disturb management
  • Wear levelling
Untuk mengelakkan anda tertidur, saya tidak akan mengulas satu persatu istilah teknikal di atas.
Saya akan senaraikan beberapa istilah penting yang biasa digunakan oleh pengeluar SSD seperti:
  • ingatan @ memory
  • encryption
  • Error Correction Code (ECC)
  • garbage collection
  • TRIM command
  • wear levelling
  • endurance MTBF
  • host interface
Ingatan @ memory
Terdapat pelbagai teknologi ingatan @ memory yang digunakan pada SSD dari multi-level cell (MLC) sehinggalah ke triple-level cell (TLC) yang agak murah.
Jika bernasib baik, anda juga mungkin akan dapat melihat single-level cell (SLC) yang jarang ada di pasaran dan paling mahal buat masa ini.
Kelebihan SLC, ia lebih cepat, boleh diharap (reliable) dan tahan lama.
Semakin banyak bilangan bit (bits) per sel (cell), kemungkinan untuk gagal, tidak konsisten dan prestasi akan menurun juga semakin meningkat.
Encryption
Enkripsi perkakasan (hardware-based encryption) adalah penggunaan perkakasan komputer untuk membantu perisian atau mengganti perisian dalam proses penyulitan data.
Biasanya ia dilaksanakan sebagai sebahagian daripada set arahan pemproses (processor’s instruction set).
Sebagai contoh algoritma penyulitan AES (cipher moden) boleh dilaksanakan menggunakan set arahan AES pada mana-mana seni bina x86.
Ia juga lebih cepat dan kurang terdedah terhadap eksploitasi dan selanjutnya mampu melindungi daripada gangguan yang menyebabkan kerosakan.
Kebanyakan SSD menawarkan penyulitan peringkat AES dengan 256-bit.
Dapatkan fungsi ini jika anda merancang untuk menyimpan data sensitif pada SSD anda.
Error Correction Code (ECC)
SSD mesti mengekalkan integriti data apabila data bergerak daripada host PC ke storan NAND melalui controller SSD.
Pemindahan data ini sering dirujuk sebagai “data in flight” atau “data in transit” sebelum ia ditulis ke storan NAND Flash.
Controller SSD menggabungkan ECC untuk mengesan dan membetulkan sebahagian besar ralat (error) yang boleh menjejaskan data sepanjang trajektori ini.
Cip ingatan Flash memasukkan maklumat pembetulan ralat tambahan bersama-sama dengan setiap block data yang ditulis.
Seperti pemacu cakera keras (HDD) memori NAND Flash menemui ralat bit semasa operasi normal dan membetulkan ralat tersebut dengan menggunakan data ECC.
Jika ada pilihan, pastikan anda memilih SSD dengan fungsi ECC.
Garbage collection
Semua SSD di pasaran mempunyai fungsi garbage collection (GC). Perbezaan ketara hanyalah:
  • bila ia melakukan proses tersebut
  • berapa pantas ia melakukan proses tersebut.
Garbage collection juga adalah sebahagian besar daripada write amplification pada sesebuah SSD.
Secara ringkasnya, ia adalah proses pemindahan data sedia ada ke lokasi baharu dan membenarkan data yang tidak sah (invalid data) di sekitarnya dipadamkan.
Tidak seperti pemacu cakera keras (HDD), data sedia ada di dalam SSD tidak boleh ditulis ganti (overwrite) begitu sahaja.
Ia mesti dipadam terlebih dahulu sebelum data baharu boleh ditulis di lokasi yang sama.
Data yang ditulis ke dalam ingatan flash di dalam sesuatu unit dipanggil pages.
Walau bagaimanapun, ingatan hanya boleh dipadamkan di dalam unit yang lebih besar yang dipanggil block.
Jika data pada pages ini sudah tidak diperlukan, hanya pages yang mengandungi data yang baik dibaca dan ditulis semula ke block yang kosong (block yang telah dipadamkan sebelumnya).
Kemudian pages yang kosong tadi telah tersedia untuk data baharu yang akan dimasukkan.
Tidak faham?
Mari saya berikan contoh yang mudah.
Lihat semula gambar di atas. Fokus dulu kepada kolum pertama.
Katakan dalam kolum pertama ini terdapat dua block, iaitu block X dan block Y.
Huruf A, B, C dan D ini mewakili pages yang berada di dalam block X.
Free pula mewakili ruang kosong atau data yang belum diisi ke dalam pages (dalam block X).
Sekarang fokus pada kolum kedua pula (masih pada block X).
Ada ketikanya data mungkin berubah, jadi pages A’-D’ ditulis dan pages asal A-D sekarang ditandakan tidak sah (invalid data).
Pada masa yang sama, data tambahan ditulis pada pages E-H (masih pada block X).
Ketika semua pages pada block X sudah penuh barulah block X ini boleh dipadam agar tulis semula (overwrite) pada block ini boleh dilakukan.
Untuk memadam block X ini (lihat kolum ketiga sekarang), data yang masih baik seperti pages E-H dan A’-D’ pada block X akan dibaca dan ditulis ke block Y sekarang.
Selepas itu, block X akan dipadam.
Wear levelling
Harus diingat bahawa wear levelling berlaku ketika garbage collection bekerja.
Wear levelling adalah teknik untuk memanjangkan hayat perkhidmatan beberapa jenis media penyimpanan komputer yang boleh padam.
Contohnya, ingatan flash yang digunakan dalam SSD, USB flash drive (contohnya, pen drive) dan phase change memory.
Penjelasannya:
Sekiranya block tertentu diprogram dan dipadamkan berulang kali tanpa menulis kepada mana-mana block lain, block tersebut akan cepat haus (wear out) berbanding dengan block yang lain.
Ini seterusnya akan memendekkan jangka hayat sesuatu SSD.
Oleh sebab itu, controller SSD menggunakan teknik wear levelling untuk menulis pada semua block SSD pada kadar sama rata.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2020 01:38 AM | Show all posts
sambungan..


Pada umumnya ia boleh terbahagi kepada:

Dynamic wear leveling
Static wear leveling
Dynamic wear levelling

Ia menggunakan peta (map) untuk menghubungkan logical block addresses (LBAs) dari OS ke ingatan flash fizikal.

Setiap kali OS menulis data gantian, peta dikemas kini supaya block fizikal asal ditandakan sebagai data tidak sah (invalid) dan block baharu dihubungkan dengan entri peta itu.

Setiap kali satu block data ditulis semula ke ingatan flash, ia ditulis ke lokasi baharu.

Static wear leveling

Ia menggunakan peta (map) untuk memautkan LBA ke alamat ingatan fizikal.

Ia juga berfungsi sama seperti dynamic wear levelling kecuali ia tidak berubah (dipindahkan secara berkala) agar penggunaan rendah sel-sel (cells) ini dapat digunakan oleh data lain.

Kesan putaran ini membolehkan SSD terus beroperasi sehingga kebanyakan block digunakan sehingga ke penghujung hayatnya.

Anda boleh melihat contoh dynamic dan static wear levelling di bawah.

Dynamic and Static Wear Leveling in SSD

TRIM command
Perintah atau arahan trim membenarkan sistem operasi memberitahu SSD yang block data tidak lagi digunakan dan boleh dihapuskan secara dalaman .

Ia juga dikenali sebagai TRIM dalam set perintah ATA dan UNMAP dalam set perintah SCSI.

Trim diperkenalkan tidak lama selepas SSD diperkenalkan.

Ia membolehkan SSD untuk mengendalikan garbage collection dengan lebih cekap.

Jika tidak dilakukan ia boleh melambatkan operasi menulis pada block yang terlibat.

Menjelang 2014, kebanyakan SSD mempunyai mekanisme garbage collection dalaman yang bekerja secara bebas.

Contoh sistem operasi yang disokong adalah:

Windows 7
Windows Server 2008 R2
Linux 2.6.33
FreeBSD 8.2
Open Solaris
Mac OS X Lion.
Ia membolehkan garbage collection untuk melangkau data yang tidak sah (invalid data) daripada mengalihkannya untuk menjimatkan masa.

Hasilnya, bilangan kitaran untuk memadam (erase) pada ingatan flash dapat dikurangkan dan seterusnya dapat memanjangkan hayat SSD.

Mari kita lihat contoh di bawah bagaimana TRIM ini berfungsi.

Garbage collection tanpa TRIM command

Garbage Collection without the TRIM command

Garbage collection dengan TRIM command

Garbage Collection with the TRIM command

Apa maknanya semua ini?

Maksudnya ada tiga manfaat utama jika garbage collection dan TRIM command digunakan bersama seperti:

merendahkan write amplification di mana data kurang ditulis semula dan lebih banyak ruang kosong (free space) disediakan semasa garbage collection berjalan
pergerakan data dapat diminimumkan semasa garbage collection bekerja dan seterusnya SSD boleh berfungsi dengan lebih pantas
ketahanan bertambah baik kerana SSD kurang menulis semula data tidak sah (invalid data)
Endurance MTBF
Mean Time Between Failure (MTBF) ditakrifkan sebagai jangkaan masa berlakunya kegagalan sistem yang wujud semasa operasi.

Anda mungkin perasan spesifikasi SSD terdapat catatan yang menunjukkan tulisan 1.2 juta jam MTBF.

Bermaksud…

Secara teorinya SSD anda boleh digunakan sekitar 1.2 juta jam (bersamaan dengan 136 tahun!) sebelum ia rosak.

Tetapi…

Realitinya ia bukanlah begitu.

Dalam kes ini jika SSD digunakan secara purata selama 8 jam sehari, 1000 buah SSD dijangka akan mengalami kegagalan setiap 150 hari atau dua kali setahun.

Sekurang-kurangnya kita perlu mencari MTBF lebih daripada 1 juta jam ketika memilih SSD.

Ini secara amnya menunjukkan kira-kira 3 kegagalan setahun jika 1000 buah SSD digunakan secara purata selama 8 jam sehari.

Dengan kata lain, anda mempunyai kemungkinan 0.3% kegagalan operasi menulis dalam tempoh jaminan SSD.

SSD Endurance MTBF

Anda juga mungkin boleh mempertimbangkan Drive Writes Per Day (DWPD) dan Terabytes Written (TBW) pada sesuatu SSD.

DWPD mengukur berapa kali anda boleh menulis ganti (overwrite) saiz keseluruhan SSD setiap hari semasa tempoh hayatnya.

Saya akan memberi contoh yang mudah.

Katakan saiz storan SSD anda adalah 200 GB dan tempoh jaminannya adalah 5 tahun.

Sekiranya DWPD adalah 1, ini bermakna anda boleh menulis 200 GB ke dalamnya setiap hari untuk 5 tahun akan datang.

Ini bermaksud, 200 GB sehari x 365 hari x 5 tahun = 365 TB daripada kumulatif menulis sebelum anda perlu menggantinya.

Jika DWPDnya adalah 10, itu bermakna anda boleh menulis 10 × 200 GB = 2 TB (saiznya sepuluh kali ganda) ke dalamnya setiap hari.

Seterusnya, 3,650 TB = 3.65 PB kumulatif boleh tulis lebih dari 5 tahun.

TBW pula secara langsung mengukur sejauh mana anda boleh menulis secara kumulatif ke dalam SSD sepanjang hayatnya.

Sebagai contoh, jika SSD anda dinilai untuk 365 TBW, itu bermakna anda boleh menulis 365 TB ke dalamnya sebelum anda mungkin perlu menggantikannya.

Jika tempoh jaminannya adalah 5 tahun, ia berfungsi untuk 365 TB ÷ (5 tahun × 365 hari) = 200 GB boleh ditulis setiap hari.

Jika SSD anda bersaiz 200 GB, itu bersamaan dengan 1 DWPD.

Begitu juga jika SSD anda dinilai untuk 3.65 PBW = 3,650 TBW yang berfungsi untuk 2 TB boleh ditulis setiap hari atau 10 DWPD.

Seperti yang anda lihat di atas tadi, jika anda tahu saiz dan tempoh jaminan sesebuah SSD, anda boleh mendapatkan nilai DWPD ke TBW atau sebaliknya.

Ia dilakukan dengan beberapa pendaraban atau pembahagian yang mudah.

Host interface
Antara muka hos (host interface) adalah penyambung (connector) secara fizikal dengan isyarat yang diuruskan oleh controller SSD.

Ini termasuklah:

Serial attached SCSI (SAS, 12.0 Gbit/s) – biasa ditemui pada pelayan (servers)
Serial ATA (SATA, 6.0 Gbit/s)
PCI Express (PCIe, 31.5 Gbit/s)
Fibre Channel (128 Gbit/s) – biasa ditemui pada pelayan (servers)
USB (10 Gbit/s)
Parallel ATA (UDMA, 1064 Mbit/s) – kebanyakannya digantikan oleh SATA
(Parallel) SCSI (> 40 Mbit/s) – biasa ditemui pada pelayan (server), kebanyakannya digantikan oleh SAS
SSD menyokong pelbagai antara muka peranti logik seperti ATAPI, Advanced Host Controller Interface (AHCI), NVM Express (NVMe) dan lain-lain.

Antara muka peranti logik menentukan set arahan yang digunakan oleh sistem operasi untuk berkomunikasi dengan SSD dan host bus adapters (HBAs).

Saya akan menerangkan SSD jenis SATA dan PCI Express lebih lanjut kerana kedua-duanya lebih banyak berada di pasaran berbanding dengan yang lain-lain.

Serial ATA

Serial ATA (SATA, singkatannya Serial AT Attachment) adalah antara muka (interface) yang menghubungkan host bus adapters kepada pemacu cakera keras (HDD), pemacu optik dan solid-state drive (SSD).

Antara kelebihannya:

mengurangkan saiz kabel dan kos
hot swapping
pemindahan data yang lebih cepat melalui kadar isyarat yang lebih tinggi
pemindahan yang lebih cekap menerusi protokol controller I/O.
Umumnya, kelajuan SATA ini boleh dipecahkan kepada:

SATA I (1.5 Gbit/s, 150 MB/s, Serial ATA-150)
SATA II (3 Gbit/s, 300 MB/s, Serial ATA-300)
SATA III (6 Gbit/s 600 MB/s, Serial ATA-600)
Ingat.

Spesifikasi SATA II memberikan backward compatibility untuk berfungsi pada port SATA I.

Manakala spesifikasi SATA III memberikan backward compatibility untuk berfungsi pada port SATA I dan SATA II.

Walau bagaimanapun, kelajuan maksimum ini akan menurun jika had laju port yang digunakan jauh lebih rendah.

Contohnya:

SSD yang menyokong antara muka SATA 6 Gbit/s apabila disambungkan ke port SATA 6 Gbit/s, ia boleh mencapai sehingga 550 MB/s (read) dan 520 MB/s (write).

Walau bagaimanapun, apabila SSD disambungkan ke port SATA 3 Gbit/s, ia hanya mampu mencapai 285 MB/s (read) dan 275 MB/s (write).

PCI Express

PCI Express (Peripheral Component Interconnect Express) yang juga dikenali sebagai PCIe atau PCI-e adalah piawaian expansion bus yang direka untuk menggantikan piawaian PCI, PCI-X dan AGP yang lama.

Ia turut ditentukan oleh bilangan lanes bermula daripada 1, 2, 4, 8, 12, 16 atau 32.

Biasanya bilangan lanes ini ditulis dengan awalan “x”.

Sebagai contoh “x8” mewakili kad atau slot yang mempunyai lapan lanes dengan x16 adalah saiz terbesar yang paling biasa digunakan.

3. Reka bentuk @ form factor
Saya hanya akan mengulas 3 jenis reka bentuk atau form factor SSD yang banyak berada di pasaran.

Ini termasuklah:

standard HDD form factors (contoh 5.25-inci, 3.5-inci, 2.5-inci, 1.8-inci)
standard card form factors (contoh mSATA dan M.2)
Standard HDD form factors
Ingat.

Kebanyakan SSD untuk kegunaan laptop biasanya didatangkan dalam bentuk 2.5-inci dan bukannya 3.5-inci.

Ketebalannya di antara 7 mm dan 9.5 mm tetapi sesetengahnya boleh mencecah sehingga 12 mm.

Kalau ikut pengalaman, SSD di pasaran biasanya bersaiz 7 mm.

Western Digital Blue SSD 2.5-inch

Standard card form factors
Reka bentuk atau form factor jenis kad untuk kegunaan laptop biasanya didatangkan dalam bentuk mSATA dan M.2.

Sebelum membeli, pastikan laptop anda menyokong kad jenis mSATA atau M.2.

Periksa buku manual atau pergi ke laman web pengeluar untuk memastikan jenis kad yang disokong.

mSATA

Mini-SATA (disingkat sebagai mSATA) yang berbeza daripada penyambung mikro (micro connector) diumumkan oleh Serial ATA International Organization pada 21 September 2009.

Digunakan pada netbook, komputer riba (laptop) dan peranti lain yang memerlukan SSD digunakan dalam ruang yang kecil.

Western Digital mSATA

Penyambungnya (connector) serupa seperti antara muka PCI Express Mini Card tetapi tidak sama dari segi penggunaan elektrik.

Isyarat data (data signals) seperti TX ± / RX ± SATA, PETn0 PETp0 PERn0 PERp0 PCI Express memerlukan sambungan kepada SATA host controller dan bukannya pada PCI Express host controller.

M.2 (NGFF)

M.2 yang dahulunya dikenali sebagai Next Generation Form Factor (NGFF) adalah spesifikasi untuk expansion card komputer dan penyambung (connector) yang berkaitan.

Ia menggantikan piawaian mSATA yang menggunakan susun atur fizikal PCI Express Mini Card.

Mempunyai spesifikasi fizikal yang lebih kecil dan lebih fleksibel bersama-sama dengan ciri-ciri yang lebih maju.

Ia sesuai digunakan di dalam peranti kecil seperti ultrabook atau tablet.

Pada kebiasaannya M.2 mempunyai lebar (width) 12, 16, 22 dan 30 mm dan panjang (length) 16, 26, 30, 38, 42, 60, 80 dan 110 mm.

Terdapat juga saiz untuk kegunaan komersial di mana ia mempunyai lebar (width) 22 mm dengan pelbagai panjang (length) 30, 42, 60, 80 dan 110 mm.

Western Digital Blue SSD M.2

Lihat semula gambar di atas.

Kod modul M.2 ini adalah 2280 (saiz yang paling biasa ditemui).

Apa maksudnya?

Maknanya modul ini mempunyai lebar (width) 22 mm dan panjang (length) 80 mm.

4. Jenama
Seperti yang anda tahu harga sesebuah SSD bukanlah murah.

Sebelum membeli SSD, pertimbangkan beberapa jenama di bawah. Antaranya:

Samsung
Intel
SanDisk
Crucial
Kingston
Top SSD Brands

Membeli SSD tanpa nama (jenama yang tidak dikenali) hanya mengundang masalah.

Biasanya harga mereka jauh lebih rendah berbanding dengan SSD yang saya senaraikan di atas.

Ingat!

Jangan ambil risiko memilih jenama SSD yang kurang popular sekiranya anda mementingkan data anda.

5. Jaminan
Oleh kerana teknologi ini masih dalam peringkat “bayi”, SSD tidak boleh dipercayai 100% seperti HDD.

Berita baiknya, pengilang terus berusaha memperbaiki kedua-dua perkakasan dan firmware di dalam SSD mereka.

Ketika memilih SSD, seboleh-bolehnya cari jaminan 3-5 tahun (paling biasa, tapi ada yang sehingga 10 tahun).

5 Years Warranty

Jaminan yang panjang bermaksud pengilang yakin SSD mereka boleh bertahan daripada sebarang kerosakan dalam tempoh tersebut.

Anda boleh mengurangkan risiko ini dengan membeli jenama terkenal untuk jangka hayat yang lebih lama dan prestasi yang lebih baik.

Secara ringkasnya…
Jika anda masih tidak faham proses memilih SSD yang betul, mungkin ringkasan di bawah ini boleh membantu anda:

Tentukan berapa besar saiz storan SSD yang anda perlukan (contoh: 240 GB)
Periksa buku manual atau pergi ke laman web pengeluar untuk melihat apa jenis reka bentuk @ form factor yang disokong oleh laptop anda (contoh: 2.5-inci, mSATA atau M.2). Sentiasa gunakan M.2 sekiranya laptop anda menyokong form factor ini.
Jangan terlalu risau dengan istilah-istilah seperti memori @ memory,
encryption, Error Correction Code (ECC), garbage collection, TRIM command, wear levelling, endurance MTBF dan lain-lain. Biasanya SSD berjenama mempunyai semua fungsi ini.
Ikut petua mudah ini. Pilih jenama SSD yang biasa anda dengar dan nampak (contoh: Samsung)
Sediakan wang anda secukup rasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kebetulan aku pun nk cari laptop baru, info ni memang berguna. Thanks tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2020 04:59 PM | Show all posts
Mina2215 replied at 21-6-2020 08:34 AM
Kebetulan aku pun nk cari laptop baru, info ni memang berguna. Thanks tt

aa.ya..kena beli SSD.nanti menyesal hehe.. pilih yang storage besar sikit pun ok
sebab,kalau tak guna SSD,akan kacau performance kelajuan nanti
masa itu,baru nak kesal,kenapa tak beli Laptop yang sudah
ada SSD.sebab ,nak pasang kemudian bukanlah tak boleh, cuma
kalau kita hanya ada hanya 1 Laptop dan Laptop itulah kita
nak guna seharian, kat sinilah seksa, sebab kalau nak tukar
ke SSD ,dah kena format pelbagai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2020 07:07 PM | Show all posts
saya baru beli Western Digital Blue SSD M.2
berbaloi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2020 07:13 PM | Show all posts
aziz79 replied at 21-6-2020 07:07 PM
saya baru beli Western Digital Blue SSD M.2
berbaloi

yang 1TB  ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2020 10:20 PM | Show all posts

500gb.
tapi takpe HDD 10TB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:20 PM | Show all posts
rupanya SSD pun ada banyak jenis..igt M.2 jek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2020 03:31 PM | Show all posts
palmolive replied at 25-6-2020 03:20 PM
rupanya SSD pun ada banyak jenis..igt M.2 jek

Astro pun dah ada persaingan sekarang, dulu dia sorang
monopoli hehe contoh aje
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:38 PM | Show all posts
trunks replied at 25-6-2020 03:31 PM
Astro pun dah ada persaingan sekarang, dulu dia sorang
monopoli hehe contoh aje

masa PKP ari tu plan nak beli desktop refurbish..pahtu nak upgrade la ke SSD..
mujur tak jadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2020 03:48 PM | Show all posts
palmolive replied at 25-6-2020 03:38 PM
masa PKP ari tu plan nak beli desktop refurbish..pahtu nak upgrade la ke SSD..
mujur tak jadi

syukurla , sebab kaalu nak beli Laptop ke PC ke
memang kena beli baru punya.susah nak explain
sebab,kita nak guna benda ni lama.tak nak ada
risiko rosak pula.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 03:50 PM | Show all posts
trunks replied at 25-6-2020 03:48 PM
syukurla , sebab kaalu nak beli Laptop ke PC ke
memang kena beli baru punya.susah nak explain
se ...

rosak tu 1 hal..lain jenis pun 1 hal..tak ngam dgn slot kt PC tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 09:32 PM | Show all posts
Kalo laptop ada SSD, laju , compared to yg tak da. recommended sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 10:57 AM | Show all posts
Yes, memang SSD laju. Tapi untuk gamers, kalau guna laptop sampai masa nak kena tukar jugak sebab graphic card dah tak support game2 baru ni.

Kalau guna PC senang lagi boleh gantikan je. tu pun kalau motherboard support gpu baru.

Terliur nengok RTX 2080 ti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 09:20 AM | Show all posts
Hizert replied at 14-8-2020 10:57 AM
Yes, memang SSD laju. Tapi untuk gamers, kalau guna laptop sampai masa nak kena tukar jugak sebab gr ...

Video editing termasuk Adobe Premiere Pro perlu minimum 1TB kan?

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 12:13 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 2-2-2021 09:20 AM
Video editing termasuk Adobe Premiere Pro perlu minimum 1TB kan?

Kalau editting memang digalakkan pakai beso nak senang keje. Yela raw file besar kot size dia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2021 12:20 PM | Show all posts
Edited by freakazoid at 2-2-2021 12:21 PM
hayrin86 replied at 2-2-2021 09:20 AM
Video editing termasuk Adobe Premiere Pro perlu minimum 1TB kan?

better drive OS guna m.2, file drive guna ssd/hdd. Kalau bajet besar, boleh angkat 1TB terus.

try cari nvme gen3X4, speed read 1800mb/s, write 1200mb/s. Paling murah skrg dekat shopee ADATA SX6000 lite (free heatsink) @RM95 / Gigabyte NVME @RM109.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:23 PM | Show all posts
Hizert replied at 2-2-2021 12:13 PM
Kalau editting memang digalakkan pakai beso nak senang keje. Yela raw file besar kot size dia.

Betul.. Laptop baru saya tak sampai 1TB.. RAM 4GB

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2021 04:49 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 2-2-2021 04:23 PM
Betul.. Laptop baru saya tak sampai 1TB.. RAM 4GB

SSD memang jarang offer 1TB. Ada bajet nanti lepas abis warranty buat sendiri je. Yang laptop punya tu beli casing buatkan jadi external SSD.


RAM 4GB sikit sangat la. Upgrade je, beli yang 2nd hand sudah. Belambak di shopee.


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2021 09:01 AM | Show all posts
Hizert replied at 2-2-2021 04:49 PM
SSD memang jarang offer 1TB. Ada bajet nanti lepas abis warranty buat sendiri je. Yang laptop puny ...

Tunggu aje RAM 16/32/64GB.. Internal SSD untuk laptop tunggu aje 2TB ke atas..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.093834 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list